Tuesday, May 23, 2017

UMRAH 2017 - DAY 09 - PART 01 - HIJAZ RAILWAY MUSEUM - MADAIN SALEH

Pada hari ke 9 dalam pakej Umrah 2017 dan hari ke 2 di Madinah, kami telah pergi buat lawatan lagi. Hari tu kami ke Madain Saleh. 

Bersolat Subuh di Masjid Nabawi.


Suasana selepas solat Subuh di Masjid Nabawi.

Sarapan pagi toast roti dan telur 1/2 masak.

Berkumpul di lobi untuk ke Madain Saleh. Lokasinya adalah 360 km ke utara Madinah, lebih kurang 4 jam perjalanan dengan bas. Jadi seawal pukul 6.45 pagi kami dah bertolak.

Sebelum kami bertolak tu sempat Ustaz Muhammad Mursyid, Pengarah Urusan Mursyid Alharamain Travel & Tours Sdn Bhd ajak kami bergambar.

Tidak jauh dari hotel penginapan kami Mubarak Silver Hotel, ialah Masjid Ijabah, sebuah masjid bersejarah. 

Masjid ini pada mulanya dikenali sebagai Masjid Bani Muawwiyah. Pada suatu hari, Nabi SAW bersolat dua rakaat dengan doa yang sangat panjang dan para sahabat ikut bersolat bersamanya. Selesai Rasulullah SAW bersolat, baginda berpaling kepada sahabatnya dan bersabda:
"Aku telah meminta kepada Tuhanku tiga perkara, dikabulkan dua dan ditolak satu (iaitu) aku memohon kepada-Nya agar Tuhanku tidak membinasakan umatku dengan bencana kemarau maka Tuhanku mengabulkannya, dan aku meminta-Nya untuk tidak menghancurkan umatku dengan bencana tenggelam maka Tuhanku mengabulkannya, lalu aku memohon kepada Tuhanku untuk tidak terjadi derita kerana permusuhan di antara mereka, maka Tuhanku menolaknya". (HR. Muslim)
Masjid Ijabah

Berdekatan juga dengan hotel penginapan kami ialah Masjid Imam Bukhari. Dikatakan di situlah rumah Imam Bukhari ketika beliau tinggal di Madinah. 

Al Noor Mall. 
"Synonymous with style and success and a key destination in Madinah city Al Noor Mall is dedicated to create a vibrant and unique upscale shopping, dining and entertainment environment for the whole family" - www.alnoormall.com


Kota Madinah yang hijau.

Tanda 'End of Haram Area'. Keluar dari Tanah Haram masuk ke tanah halal menuju ke Madain Saleh.

RnR di sana selalunya lengkap dengan masjid.

Selalunya kalau dalam perjalanan jauh begini saya tak tidur tapi manfaatkan dengan mengambil gambar. In this case, capturing the amazing desert, rocky and mountainous landscapes. Jadi saya kongsi di sini foto-foto yang sempat saya rakam dari dalam bas menuju ke Madain Saleh.

Keadaan highway di sini adalah excellent. Dan pemandu-pemandu cukup berhemah.

Sebuah lembah antara gunung/bukit ada penempatan. 

Di lebuhraya sana, sering ada check-points.  

Condition jalanraya yang baik dengan signboards yang jelas.

Every now and then, pemandangan gurun perjalanan kami diselang seli dengan keindahan hijau ladang-ladang kurma yang luas. Agaknya ada telaga atau oasis di ladang-ladang ni hingga nampak cukup subur. 

Dan saya juga nampak ada beberapa bangunan lama seperti ini. Dalam foto kanan, bangunan tu seperti ada historical importance sebab dipagar dan ada signboard dengan info bangunan tu.


It was so amazing to see not only the changes in landscapes but also the hues.

Sekali sekala nampak unta-unta also. Excited! Hehehe 😊.

Sekelompok pohon-pohon tamar yang tumbuh subur dan menghijau ditengah-tengah padang pasir. MasyaAllah.


Tadi kesuburan, sekarang barren land.


Nampak lagi bangunan-bangunan lama macam ni, yang berpagar dan siap ada signboards. Confirm mesti ada kepentingan sejarah. Bila saya check, rupanya ini adalah bangunan-bangunan stesen keretapi zaman dulu tahun 1900-an untuk route Hijaz Railway antara Madinah dan Tabuk.   

Once in a while ada area yang tak nampak bukit atau gunung langsung. Cuma padang gurun seluas mata memandang.


Abandoned cars in the middle of no where. Mungkin terlibat dalam accidents. Macam car graveyard pulak. 

Beautiful mountainous desert landscape with clear blue sky. MasyaAllah.

Highway landscape. I love it!

Melalui kawasan ribut pasir.

Masa kami lalu tak ada sandstorm tapi boleh nampak pasir berlonggok di tepi jalan dibawa angin kencang ketika ribut pasir.


Melalui Wadi Khiyabar. Ada saya terjumpa foto wadi ni penuh berair disebabkan hujan lebat 4 tahun lalu.

134 km lagi. 

Saudi Gazette stated highway ke Al Ula ni ialah kawasan accident prone. Mungkin kereta tu terlibat dalam satu kemalangan di sini. Mungkin dibiarkan di situ as a reminder to all road users.

Leburaya yang beralun-alun. Nice! 

Sepanjang perjalanan, kami ada melalui beberapa kawasan sandstorm. Ada ribut pasir kecil masa tu. Tak full visibility kalau tengok ke depan tapi still safe.


Ada banyak juga kawasan tanah runtuh.

Dari highway boleh juga nampak unta. Ni antara kawasan berwaspada ada unta melintas. 


Bila nak lalu kawasan penduduk, mesti slow down.

Sememangnya pemandangan-pemandangan landscape dengan gunung-gunung berbalam di lebuhraya ni adalah breathtaking!


AWAS! Unta melintas! 🐪🐫🐪🐫🐫🐪🐪

AWAS! Selekoh bahaya! 

Ladang luas dan subur.

Macam-macam road signs ada.

Pemandangan gunung-gunung batu berlapis-lapis. MasyaAllah, cantik sungguh!

AWAS! Peronda lebuhraya!

More amazing landscape. Le sigh.


Dah hampir nak sampai ke the historical Hijaz Railway Station.

Juga dah hampir nak sampai Madain Saleh.

Bila dah mula nampak banyak gunung-gunung batu merah ni maka dah nak hampir tiba di kawasan Madain Saleh. Pada zaman dulu, kawasan ini adalah tempat tinggal kaum Tsamud yang sangat mahir memahat batu gunung untuk dijadikan tempat tinggal. 




Memang unik landscape di sini.



Jelas nampak di kiri kanan jalan gunung-gunung dan bukit-bukit batu. 

Just look how magnificent the rows of mountains up ahead! Tak berapa jelas sebab debu. 

Tiba di Madain Saleh.

Inilah bentuk mukabumi unik Madain Saleh. 


Dalam keterujaan saya ketika itu, rasa meremang juga kerana tempat ini pernah ditimpa azab Allah SWT pada masa dahulu. 

Sekali lagi di tengah-tengah ketandusan ada kehijauan.

Bila saya dok tengok lama-lama foto-foto gunung/bukit ni, mula la 'nampak' yang pelik-pelik. Nampak tak muka tersenyum tu.. hehe.


Dan kami pun tiba di Al Hijr (The Stoneland or The Rocky Place) atau Hegra atau Madain Saleh. Ia adalah sebuah tapak arkeologi yang terletak di Sektor Al-`Ula dalam Wilayah Al-Madinah, Hijaz, Arab Saudi.

Madain Saleh ni adalah satu Tapak Warisan Dunia. Majoriti daripada sisa-sisa penemuan tinggalan sejarah adalah dari Nabatean kingdom dari abad ke-1. Al-Hijr merupakan penempatan penduduk Kingdom Nabatean yang paling selatan dan kedua terbesar selepas ibu negara Kingdom Nabatean iaitu Petra. Jadi Al-Hijr ni dan Petra di Jordan tu adalah dari kingdom yang sama. 

Lokasi Madain Saleh di Arab Saudi dan Petra di Jordan.

Bentuk mukabumi Petra dan Madain Saleh.

Pintu masuk ke kawasan Arkeologi Madain Saleh.

Kata Ustaz mula-mula kita akan lawat stesyen keretapi lama Hijaz Railway Station dan Railway Museum. Ada muzium? That got me really excited lah 😊.


Ada beberapa bangunan di stesen keretapi lama ini yang dah di restored. 

Hijaz Railway dibina oleh seorang pemerintah Ottoman, Sultan Abdul Hamid II untuk memodenkan pengangkutan dan komunikasi dalam empayar pemerintahannya.

Sebuah keretapi enjin wap lama juga ada di sini. Keretapi ini adalah salah sebuah keretapi stim lama yang digunakan ketika Hijaz Railways beroperasi. 


Stesen ini pada masa dahulu digunakan sebagai perhentian rehat untuk Jemaah Haji dalam perjalanan yang jauh dari Damsyik menuju ke Madinah. Oleh yang demikian tempat penginapan dan restoran turut disediakan di sini pada masa itu.

Saya masuk ke Visitor Center dahulu. 


Inilah kesan sisa tempat tinggal kaum Tsamud yang akan kami lawati selepas di stesen keretapi ini.


Ini pula adalah foto yang saya ambil semasa kami ke Petra Jordan. Memang jelas ada persamaan antara kedua-dua seni bina pahatan batu pada bukit dan gunung yang dijadikan tempat tinggal. 

Stesen keretapi Madain Saleh ini dibina pada tahun 1907. Ia mengandungi 16 buah bangunan yang terdiri dari bangunan pentadbiran, bangunan stor, sebuah balai polis, hospital, rumah-rumah pekerja dan rumah rehat. Ia juga mempunyai sebuah bengkel penyelenggaraan keretapi dan sebuah bangunan simpanan bahanapi.

Memang la excited bila nampak ada info boards macam ni 😊. 

Jom kita baca sejarah railway ni. 

Keretapi Hijaz Railway dibina dari Damsyik di Syria sehingga ke Madinah untuk kegunaan Jemaah Haji pada masa dahulu. Cadangan laluan asalnya adalah dari Damsyik sehingga ke Makkah, tetapi pembinaannya hanya sempat dilaksanakan sehingga ke Madinah sahaja. 

Laluan keretapi Hijaz ini bermula dari Damsyik ke Madinah, melalui kawasan Hijaz Arab Saudi, dengan garis cawangan ke Haifa di Laut Mediterranean. Ia adalah sebahagian daripada rangkaian keretapi Uthmaniyyah dan dibina untuk melanjutkan garis dari Terminal Haydarpasa di Kadikoy di luar Damsyik ke kota suci Makkah. Tapi cuma sempat hingga ke Madinah sahaja kerana gangguan kerja-kerja pembinaan yang disebabkan oleh tercetusnya Perang Dunia I. Jarak antara Damsyik ke Madinah adalah 1,300 kilometer. 

Tujuan utama laluan keretapi ini dibina adalah untuk menghubungkan Constantinople, ibu kota Empayar Uthmaniyyah dengan Khalifah Islam, dan Hijaz di Arab, yang merupakan tapak paling suci Islam dan lokasi kota suci Makkah. 

Juga penting kerana ianya membantu jemaah haji. Sebelum adanya keretapi ini, cabaran perjalanan yang jauh menyebabkan hampir 20% Jemaah Haji meninggal dunia sebelum sampai ke tempat tujuan disebabkan ancaman dahaga, kekurangan makanan dan penyakit.

Satu lagi sebab penting adalah untuk meningkatkan integrasi ekonomi dan politik daripada wilayah-wilayah Arab yang jauh dengan kerajaan Uthmaniyyah disamping untuk memudahkan pengangkutan tentera. 

Antara cabaran terbesar yang dihadapi dalam pembinaan Keretapi Hijaz ialah topografi di sepanjang laluan dari Tabuk ke Madinah yang memerlukan pembinaan beberapa buah jambatan merentasi beberapa buah wadi, yang mana sesetengah kepanjangannya melebihi 60 meter. Sebuah terowong yang panjang pula terpaksa dibina di bawah rabung gunung, manakala sebuah lagi jambatan sepanjang 143m terpaksa dibina merentasi Wadi Al-Akhdar, yang menjadi jambatan terpanjang di jajahan Saudi. Di kawasan Al-Azzam pula, tambakan tanah dari batu terpaksa dibina untuk mengurangkan kecuraman cerun landasan keretapi.

Juga ada info tentang the Nabateans.  


Di Madain Saleh ini juga letaknya kesan tinggalan sejarah Kaum Tsamud yang menentang dakwah Nabi Saleh pada masa dahulu.


Populariti penggunaan keretapi ini meningkat dengan mendadak semenjak perkhidmatannya diperkenalkan. Rekod menunjukkan bilangan penumpangnya meningkat dari 14,965 orang pada tahun 1909, sehingga 27,823 orang pada tahun 1912. Perkhidmatannya sangat berjaya sehingga Syarikat Hijaz menawarkan tiket separuh harga bagi Jemaah yang berhasrat untuk pergi ke Madinah bagi menyambut perayaan Maulid Nabi pada tahun 1912. 

Cadangan untuk menyambung perkhidmatan keretapi ini ke Makkah terhenti dengan meletusnya Revolusi Arab (1916-18). Revolusi ini menyaksikan para pemberontak meletupkan jambatan, peralatan dan stesen-stesen keretapi di bawah arahan Emir Faisal dengan sokongan seorang pegawai tentera British yang bernama Thomas Edward Lawrence (yang lebih dikenali sebagai Lawrence of Arabia). Objektif pemberontakan ini ialah untuk mensabotaj bekalan makanan, minuman dan bekalan senjata tentera Ottoman. Selepas kejatuhan Kerajaan Ottoman, perkhidmatan keretapi ini di Arab Saudi tidak lagi digunakan walaupun bahagian landasan di Syria, Jordan dan Palestin terus beroperasi.


Mari kita masuk ke Railway Museum ini untuk tahu dengan lebih lanjut sejarah Hijaz Railway ini. Stesen keretapi Hijaz ini terletak dalam wilayah Bab Al-Anbariah di Al-Madinah. Ia telah dijadikan sebuah Muzium Islam kerana lokasinya yang bersejarah dan kepentingan arkeologinya yang ketara, di samping mempunyai gaya seni bina yang unik.

Suasana di dalam Railway Museum.

Ada beberapa gerabak lama keretapi yang digunakan dahulu.

Ustaz memberikan penerangan.

Inilah Sultan Abdul Hamid II yang banyak memodenkan pengangkutan dan komunikasi empayar Ottoman. Kejayaan terbesar beliau ialah Hijaz Railway yang menyambungkan Damascus dan Al Madinah Al Munawwarah.


Antara keretapi enjin wap yang digunakan ketika itu.

Tujuan utama pembinaan Hijaz Railway ini adalah untuk menguatkan lagi jalinan hubungan sesama rakyat Islam.

Muzium ini adalah sangat selesa dan penuh dengan info. Part info tu buat saya macam 'kid in a candy store'.. hehehe. 

Pembinaan Hijaz Railway ini mengambil masa selama 8 tahun. Tahap pertama pembinaan adalah antara Damascus dan Dera bermula pada September 1900 hingga ke Madinah pada August 22 1908. Project ini dibuat oleh jurutera dari German dan Turki dan tenaga pekerja didapati dari kawasan di mana pembinaan dibuat. 

Antara cabaran yang dihadapi oleh projek ini ialah penentangan dari kuasa-kuasa Eropah yang ada di wilayah itu. Untuk mengatasi masalah ini, Sultan Abdul Hamid II menerapkan ciri-ciri Islam antarabangsa pada Syarikat Hijaz dan menggesa agar umat Islam di seluruh pelusuk dunia untuk menyokong dan menderma kepada projek ini. Empayar Ottoman memberikan pingat-pingat kepada individu-individu dan organisasi-organisasi yang membuat derma yang datangnya dari India, Asia Timur, Singapore, Morocco dan dari Empayar Ottoman sendiri. 

Telah ada cadangan untuk menyambungkan lagi railway ni hingga ke Makkah. In fact untuk terus lagi ke Yemen, tapi terhindar kerana beberapa kejadian yang berlaku ketika itu. Bulatan merah di bawah ialah the incomplete part of the project from Madinah to Makkah. 

Seterusnya, ada dipamerkan barang-barang yang digunakan ketika railway ini beroperasi.

Seronok saya tengok semua barang-barang bersejarah ni.. hehe.













Ini adalah gambar keretapi terakhir yang berangkat dari Madinah dan tiba di Istanbul pada 14 Mei 1917. Berikutan pembukaan Keretapi Hijaz pada tahun 1908, gerabak penumpang dan komersil mula beroperasi antara Haifa dan Damsyik setiap hari dan tiga hari seminggu antara Damsyik dan Madinah. Perjalanan pertama Keretapi Hijaz telah dilancarkan pada 27 Ogos 1908, dengan tetamu yang datang dari Istanbul, bertolak dari Damsyik ke Madinah al-Munawwarah. Selain kumpulan orang kenamaan, keretapi tersebut juga membawa ramai wartawan tempatan dan antarabangsa. Keretapi eksklusif ini mempunyai gerabak besar saloon, gerabak makan, gerabak masjid dan tiga gerabak penumpang. 


Penumpang sedang memasak air untuk membuat minuman teh di belakang gerabak.

Keretapi enjin wap yang digunakan di Hijaz Railway. 


Kerja-kerja pembinaan Hijaz Railway terbahagi kepada 5 sektor.

Cabaran-cabaran yang dihadapi ketika pembinaan railway antara Tabuk dan Al Madinah Al Munawwarah. 

Al-Akhbar Tunnel. 

Ini jambatan keretapi yang masih utuh di Wadi At'il. Jambatan-jambatan seperti ini telah dibina dari batu kuari tempatan sepenuhnya. Jambatan keretapi begini juga satu-satunya struktur trek keretapi yang tidak menunjukkan tanda-tanda dimakan usia.


Kepala keretapi enjin wap yang digunakan oleh Hijaz Railway turut ada dipamerkan di muzium ini.

Trek keretapi untuk Hijaz Railway ini dibina merentasi pelbagai bentuk mukabumi. 


Sebuah jambatan di Wadi Al-Hamdh.


Stesen That Al-Hajj.

Sebanyak 16 buah stesen dibina antara Tabuk dan Al-Ula dan 16 lagi antara Al-Ula dan Al-Madinah Al-Munawwarah. Saiz stesen-stesen ini adalah berbeza-beza. Di bawah adalah antara batu asas-batu asas stesen-stesen tersebut.

Stesen-stesen kecil dibina antara Tabuk hingga Al-Hijr dengan rekabentuk yang sama.

Mabrak Al-Naga Station.



Steam engine locomotive.

Stesen-stesen yang kecil juga dibina antara Al-Ula dan Hadiyya siap dengan bekalan air dari perigi sendiri.


Stesen-stesen yang dibina antara Hadiyya dan Al Madinah Al Munawwarah yang antaranya dibuat dari black stones of volcanic origins.  

Inilah antara stesen keretapi Hijaz Railway yang sempat saya rakam semasa dalam perjalanan ke Al Hijr earlier. Bangunan ni gelap sebab rupanya dibuat dari batu hitam volcanic seperti info di atas. 

Makhit Station.

Hafirah Station.

Abu Al-Niam Station.

Pembinaan trek keretapi siap sampai ke Tabuk.

Stesen Hijaz Railway di Tabuk. 
Ini adalah salah satu stesen utama di sepanjang landasan keretapi Hijaz. Ia mempunyai ciri-ciri untuk gaya binaan yang tersendiri. Kedatangan keretapi yang pertama ke stesen ini diraikan pada tahun 1906. Hari ini ia terletak di tengah-tengah bandar Tabuk dan terdiri daripada sekumpulan bangunan yang dibina dalam garis selari dengan landasan keretapi ini. Ia telah diubahsuai beberapa kali dan ia berada dalam keadaan yang baik. Ia meliputi kawasan seluas kira-kira 80,000 meter persegi.

Tabuk Hospital yang dibina berdekatan Stesen Keretapi Tabuk untuk merawat penumpang yang sakit terutama mereka yang akan menunaikan haji.

Celebration of the arrival of the railway to Al-Ula. 





Stesen Keretapi Hijaz di Madinah. Di kiri ialah Masjid Ambariah. Di bawah adalah gambar yang diambil semasa pembukaan stesen keretapi di Madinah.

Tahun 1908. Ini adalah upacara rasmi untuk meraikan kejayaan projek Hijaz Railway dengan kedatangan keretapi buat kali pertama di Al-Madinah Al-Munawwarah. Disambut juga bersama the accession of the Sultan. Acara yang penuh bercahaya ini juga menandakan adanya tenaga elektrik buat pertama kali di Al Madinah Al Munawwarah. 


Ini adalah foto sekarang bangunan Hijaz Railway Station, Damascus.

Dan ini pula foto sekarang bangunan Hijaz Railway Station, Al Madinah Al Munawwarah.

The destruction of the railway. I may not have all the facts, tapi saya rasa sedih mainly because manfaat dari hasil usaha Sultan Abdul Hamid II dengan sokongan dan derma dari ramai umat Islam seluruh dunia dalam membantu memudahkan jemaah haji pergi melakukan haji/umrah telah hancur. 



Efforts to revive the railway were not successful.


Usaha pemulihan diusul dalam Haifa COnference 1928 tapi dibangkang oleh British dan French yang ketika itu mempunyai kuasa mandat di wilayah Arab. Usaha terus terbantut sehingga Perang Dunia kedua.

Usaha pemulihan seterusnya juga gagal. 

Oooo... memang seronok betul rasanya dapat ke Railway Museum ni. Banyak maklumat tentang the Hijaz Railway saya dapat. Saya juga suka sebab info yang dipamerkan adalah brief and terse. Enough to give me the necessary info to do a bit of research. 
Alhamdulillah.


Pose untuk isteri 😊.

Sungguh pun Hijaz Railway sekarang cuma tinggal sejarah sahaja, saya rasa gembira sebab Kingdom of Arab Saudi telah preserve the history of the amazing project di dalam muzium ini. 

Bersambung...

Saya list di bawah semua entries Umrah 2017 for easy reference:
DAY 01 - PREPARATION & DEPARTURE

DAY 02 - ARRIVAL & UMRAH PERTAMA

DAY 03 - MASJID SITI AISYAH, TANAIM

DAY 04 - JABAL ABU KUBAIS, JABAL THUR, MASJID AL RAJHI, UMM AL-QURA UNIVERSITY, ARAFAH, MASJID NIMRA, JABAL RAHMAH, AIN ZUBAIDAH, WADI MUHASSIR, MASJID MASYA'IR HARAM, MUZDALIFAH, MINA, JABAL QURBAN, KOMPLEKS JAMRAH, MASJID BAIAH AQABAH, JABAL NUR, JAARANAH & UMRAH KE 2

DAY 05 - TAIF, MASJID ANDULLAH BIN ABBAS, MASJID KU', EMPANGAN IKRIMAH, PASAR BUAH-BUAHAN, MASJID MIQAT QARNUL MANAZIL & UMRAH KE 3

DAY 06 -  LADANG UNTA, EXHIBITION OF THE TWO HOLY MOSQUES ARCHITECTURE & YAYASAN JAMIYYAH KHAIRIYYAH

DAY 07 - BERANGKAT KE MADINAH, MASJID JIN, TANAH PERKUBURAN MAA'LA, KAWASAN ABU LAHAB, MASJID SITI AISHAH & WADI QUDAID

DAY 08 - MASJID GHAMAMAH, MASJID QUBA', LADANG KURMA, TELAGA YASEERAH, JABAL UHUD, MASJID SAYYID AL-SHUHADA, JABAL RUMAT, PERKUBURAN SHUHADA, MASJID QIBLATAIN, KAWASAN KHANDAK, MASJID SAB'AH, MASJID FATH, MASJID KHANDAK, PASAR KURMA, ZIARAH MASJID NABAWI, TELAGA HA DAN PERKUBURAN BAQI'

DAY 09 - PART 01 - MASJID BANI MUAWWIYAH, MASJID IMAM BUKHARI, SANDSTORM AREA, HIJAZ RAILWAY MUSEUM, MADAIN SALEH

DAY 09 - PART 02 - AL-HIJR (MADAIN SALEH)

DAY 10 - MASJID BILAL BIN RABAH, MASJID JUMMAH, BUKIT TSANIYATUL WADA', MASJID QUBA, TELAGA ARIS, KUBU KAAB BIN ASYRAF, BUKIT KHURAIDAH, KUBU URWAH BIN ZUBAIR, HIJAZ RAILWAY STATION MADINAH, MASJDI AMBARIAH

DAY 11 - PART 01 - MASJID QUBA, THE REFUGE OF FAITH EXHIBITION, UNIVERSITI ISLAM MADINAH, WADI AQIQ, MASJID QIBLATAIN

DAY 11 - PART 02 - SOKAIFAT BANI SAEDAH & MUHAMMAD MESSENGER OF ALLAH EXHIBITION


DAY 12 - GOING HOME

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment