Thursday, August 28, 2014

ISTANBUL 2014 - DAY 01 - FLIGHT TO ISTANBUL

Hajat di hati memanglah berharap satu hari nanti dapat kami ke Istanbul. Maklum la kalau nak ke belah2 sana, RMnya perlu banyak. Jadi selalunya bila buat plans nak bercuti, Turki akan berada yg paling bawah dalam list.

Alhamdulillah kerana saya dan isteri dapat juga ke sana. Kebetulan isteri terpilih untuk berkursus di sana so sang suami pun tumpang ler...hihi. Lagi pun tak sedap hati ini bila isteri sorang2 jauh di sana. Pulak tu selama 2 minggu!

So peluang ini kami gunakan sebaik-baiknya. Kami rancang elok2 daily itinerary untuk cover mana yg sempat according to budget, of course. Kiranya once my wife selesai kursus pada hari tu, kami merancang pergi jalan2. Masa tu di Turki musim panas so waktu siangnya panjang.

Tapi sebelum tu kena uruskan penginapan Tam Tam. Sedih gak rasanya nak tinggalkan dia lama2. 
Sedih....

Hmm.. alahai, nak ikut ke Tam Tam. Siap duduk/baring atas my wife's luggage pulak. Kesian nengoknya...



Syukur ada pet shop dekat2 rumah cause Tam Tam ni takut naik kereta. So short drive dia tak le trauma sgt.
Letak je carrier dia atas lantai, Tam Tam terus masuk. Macam dia tau-tau je di nak kena tinggal. 
Terharu aku jap...


Kami hantar Tam Tam ke Rampai Pet SHop. Alan, the owner of the pet shop whom we meet earlier, is a super nice guy. He showed us around and told us how he will take care of Tam Tam. In fact, dia siap kata he will sent photos and videos of Tam Tam via Whatsup to us! Waaa..... happy giler aku!! Hihihi....

Kesian Tam Tam kena duduk dalam sangkar. Tapi kata Alan dan staff dia, Tam Tam akan dibawa keluar di persekitaran dalam kedai tu so that he can stretch and run around and get to know other cats, like Muffy [Alan's cat]. Plus they will groom and bathe Tam Tam! Bagusnya service mereka! Plus I noticed Alan's staff, a young girl, is very experience and quite obviously is someone who loves cats.

Sebab kesiankan Tam Tam, kami sewakan untuk dia sangkar paling besar yg ader dalam kedai tu, yang 3 tingkat...hihi....





Tu dia, yg dalam sangkar tengah tu, tengah jengok2 kami masa kami tengah nak beredar... sedihnya aku... 


Ok lah, panjang benor pulak pasal Tam Tam...hihi...

And so off we went to KLIA for our penerbangan perkongsian dengan kod Malaysia Airlines MH5881 dengan Turkish Airlines TK61. Ni first time kami naik code-share flight. Kami beli tiket dari Malaysia Airlines tapi the flight was under Turkish Airlines. Jadinya tak boleh buat online check-in dari website Malaysia Airlines pulak. So kena la check-in kat kaunter Turkish Airlines di KLIA.

Risau gak takut tak de seats for both of us to sit together. My wife's office bought her ticket. I bought on my own. Fortunately masih ader lagi 2 seater tepi tingkap :)

Flight dijadualkan akan berlepas pada 11:15 malam.

Sambil jalan ke pesawat sambil baca2 doa.

Tepi sayap pun tepi sayap le... janji dapat duduk berdua-duaan...hihi. Lama flight ni 10 jam ++.

Suasana dalam pesawat. 



Macam2 Turkish Airlines ni bagi. Selipar pun ada. Hmm.. dah flight lama cam tu, elok sgt la bukak kasut. 

Favourite! Turkish Delight! Dibuat dari madu. Sangat sedap!

Menu Turkish Airlines.

Saya cuba la jugak baca yg dalam bahasa Turki tu. Ada huruf2 yg ada tanda cam comma and dots. Contohnya 'İnişten Önce'

More stuff from Turkish Airlines. Sampai tak der tempat nak taruk. Selipar, selimut, batal etc. Sesak..hihi

Toiletries and ear plug. How thoughtful! 

Pramugari Turkish Airlines. Ramai sungguh penumpang yang mintak alcoholic drinks. 

Ni nak panggil apa ya? Supper? Ke sahur? Hihi..


My wife had the grilled chicken breast and I had the Salmon fillet.

Omg, that rice [saffron rice] was sooooo nice! Kalau la rice sedap cam ni kat Istanbul, habis la aku!


Hmm.... yes, the huge prawn was cooked but that 'dip' at the bottom tu, entah apa rasanya tah... 

Simple tapi delicious!



Flight map. Route sgt jauh peta tak dapat tunjuk keseluruhan perjalanan pada skala ini.

Lepas makan, time to relaks. Layan in-flight entertainment. Ada bacaan Quran, so pilih surah Yasin. Sambil terus berdoa semoga selamat perjalanan. 


Cuba2 belajar Turkish language..hihi

Kami siap tanya pramugari cam ner nak say 'Thank you' in Turkish. Dia sebut tapi sangat susah nak sebut dan sgt panjang...hahaha...


Dah nak sampai India saya masih lagi tak boleh nak lelap. 

7 jam lagi....




Jadi capai la in-flight magazine 'Skylife' and read. Best sebab banyak info about Turkey. So I try to take some note to spice up our itinerary while in Istanbul.


Lots of interesting information for touristy activities...hihi.

Hmmm... saya imagining sayalah lelaki itu, jalan2 dengan Blue Mosque behind me siap dgn burung2 berterbangan...hihi...

Fantastic photos. Hopefully I will get the opportunities to capture such amazing sceneries.

Saya suka map gunung ganang ni :)


Dah sampai Tehran....


Also got in-flight chef di economy class. Tapi he was with that passenger je la. Special meals kot. 


For the rest of us commoners, our meals comes from here.. haha...

Pramugara Turkish Airlines.

Ni cam kira breakfast kot. Ke atau macam sahur gak? Hihi...

Dah nak sampai dah...


Alhamdulillah, dan kami telah selamat mendarat di Ataturk Airport selepas penerbangan selama 10 jam 28 minit. Syukur, Alhamdulillah. Time of arrival was 5:00 am in the morning. Gelap kat luar tu.

Plane park jauh dari building so kena naik bas. 



Sebab nak bergambar so kena nampak ceria dan segar. Padahal letih Ooo.... 

Tengah tunggu teksi datang ambik. Kami took private transfer dari Ataturk Airport to Hilton Bosphorus which my wife did the booking via internet a few days before we departed. Kosnya ialah 30 Euro [lebih kurang RM125.00]. Perjalanan ke Hotel mengambil masa 45 minit. It was early morning and it was Sunday. So tak jam.

Bersambung....

Di bawah ni saya senaraikan kesemua entries Istanbul saya:









































No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.


9 comments:

  1. seriously sedih tgk muka tam tam..
    mcm nk tinggalkan anak pulak..

    at the end of the story...kalo tak kesah bole share cost utk ke turki including flight ticket?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi JS :)
      Memang sedih Cik Julie. Tu yg siap snap a few photos bawak ke Istanbul... kot rindu pulak.....hihi...
      Boleh... nanti saya bagi rough estimates ya. As for the ticket beli direct dari Malaysian Airlines about RM3.7k.

      Delete
  2. Hi Syed, kalau u keluar je entrance ni, sebelah kanan u, then u jalan terus nampak Post Office Turkish then u turun satu level bawah, dah jumpa
    station Metro macam LRT. Hanya 1.75TL(RM3.00) one way.Metro dia luas dan ada space utk luggage. And u should stay kat area Sultanahmet, walking
    distance to Masjid Biru, Hagia Sophia, Tokapi Palace etc....etc....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi...
      Thanks for the info. Actually kami tak tahu pun ader station Metro. Come to think of it, logically tentunya ada some kind of public transportation to/fro airport kan. Hmmm... Anyway, Alhamdulillah the 30 Euro we paid for the transfer tu my wife boleh claim.

      Betul, saya setuju. We met a family from Australia and they stayed kat hotel area Sultanahmet. Memang diaorg cerita very convenient nak gi check out the tourist places like you mentioned from there. Kami menginap di Hilton Bosphorus tu sebab kursus isteri saya dibuat di hotel tu. So dia nak elak having to awal pagi commute to the hotel daily. Plus, Allhamdulillah hotel costs is also covered.
      Also later we found out ada Metro station di Taksim Square which is about 15 minutes walk from hotel.

      Thanks again for the tips. Really. I wish I know who and how to contact you.

      Delete
  3. assalamualaikum En Syed!!
    Istanbul rupa-rupanya..
    ingatkan Umrah lagi! :)
    me so jeles okehhhh...

    kalau tak ada cat hotel.. antie Doc pun boleh jaga Tam Tam !

    10 hours!!
    tidor tak akhirnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikuksalam doc :)
      Yep, Istanbul. Tapi umrah tu memang kami harap2 sgt satu hari nanti dpt pergi lagi, InsyaAllah.
      Doc, kalau tak silap package ke sana kos about RM5k and itu bukan Istanbul saje tapi all over Turkey for 9 days 7 night and fullboard. Which I think is such a great deal!

      Betul ke auntie? Waa... bestnyaaaa.....

      Ya doc, 10 jam! Bila dah dlm plane susah saya nak tidur.
      Yes, akhirnya dapat tido about 2 hours. Should be able to sleep longer actually, tapi dikejut isteri sebab breakfast dah sampai...hihi...

      Delete
  4. Assalamualaikum En Syed,

    Wah, bestnya dah sampai Istanbul. Baru nak kutip info utk plan ke sana next year. Keep blogging.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam CIk Hidayah.
      Alhamdulillah, ada rezeki kami ke sana.
      Next year? Bulan berapa tu? Masa musim apa ya?
      InsyaAllah, I will. For Istanbul trip ni saya terpaksa buat banyak parts/entries cause 'terambil' byk foto...hihi...

      Delete
    2. In shaa Allah dalam bulam September macam tu. Early autumn.
      Mmg slalu dilemma utk pilih gambar utk tepek dkt blog, hehe.

      Delete