Monday, January 19, 2015

KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 01 - THE DEPARTURE

Kami telah menerima jemputan untuk mengiringi pengantin lelaki, sepupu isteri saya, ke rumah pengantin perempuan di Kota Subang, Jawa Barat Indonesia. Since dah nak ke sana, isteri saya mencadangkan untuk kami pergi bercuti selepas wedding tu ke Jawa Timur nak tengok Gunung Bromo. Saya of course setuju sangat kerana Gunung Bromo tu adalah salah satu tempat yang saya memang teringin nak lawat. 

So the overall plan adalah seperti di bawah:

1- Hantar Tam Tam for boarding
2- Depart from KLIA2 to Bandung
3- Dari Bandung ke Kota Subang
4- Attend wedding
5- Jalan2 kejap di Sari Ater
6- Dari Kota Subang ke Bandung
7- Depart from Bandung to Surabaya
8- Dari Surabaya ke Malang
9- Ke air terjun Cobanrondo
10- Ke ladang epal
11- Shopping sikit
12- Candi Singosari
13- Stop kejap di Pasar Nongko Jajar
14- Bromo
15- Shopping sikit
16- Balik KL
17- Ambik Tam Tam

Semua atas tu dibuat in 6 days dari 26/12/2014 till 31/12/2014. Macam hectic tapi tak la sangat...hihi...

Kad jemputan dari keluarga pengantin lelaki. Actually pengantin lelaki ni belajar di Indonesia lalu jatuh cinta dengan gadis dari Kota Subang. Dah jodoh kan :).

Syaratnya yang anggota rombongan lelaki kena pakai baju melayu sepasang. Err... I don't have la sepasang. So kena la beli siap sampin, sponsored by my lovely wife...hihi...

Apa-apa pun, 6 hari terlalu lama untuk tinggalkan Tam Tam sekor-sekor kat rumah. So kena la hantar for boarding di pet shop yg dulu kami pernah hantar dia, di Rampai Pet Shop.

Ni sangkar dia....
Alaaa... kesiannya Tam Tam kena tinggal :(

Kesian tengok dia takut2 cam tu sampai mengigil.... :( :( :(

Kami naik Air Asia so departure dari KLIA2. Masa tu hujan. Memang masa year end 2014 tu hujan hari2. 

Ni first kami berdua sampai KLIA2. Ramai yg kata airport ni sangat besar. Kena jalan jauh. Macam shopping mall. Betul, betul dan memang betul! :)

So since first time ke KLIA2 ni, saya ambik many, many, many photos...hihi. Buat kenangan :)

Luas sungguh. Elok la buat airport baru ni cause LCCT tu udah sesak benor. 

In between buildings ada open air area yg berbumbung. Sebab hujan so dapat ambik foto from under the bumbung only lah. 

Bahagian kedua airport ni penuh dgn shops and eateries. Luas! Jalan lagi! :)


Kaunter yg ada payung lighted with multicolors tu adalah the check in counter. Ramai orang tapi tak sesak. Selesa la.

Nice and not cluttered. Everything look so new...hehe..

Di bahagian perlepasan antarabangsa. 

Then kami naik ke bahagian atas sebab nak lunch. Ternampak banner restoran ni masa kat bawah tadi. The Malaysian Recipe Cafe.

Cantik restoran ni. Makanannya ok2 je. Sebenarnya dah beli per-order meals for the flight tapi takut nanti lapar pulak since departure time pukul 3:20 pm.

Lepas makan kami terus check in. Jauh jalannya nak ke Gate 13. Sepanjang berjalan tu ada tingkap2 besar so stop kejap2 ambik gambar. Masih hujan lagi.

Kat bahagian dalam got more shops. Kalau tak larat boleh request naik kereta letrik tapi sampai kat check point je pas tu kena jugak jalan jauh lagi. But it helps la especially for mereka yang memerlukan.

Also kami tukar duit sikit. 

Flight kami QZ 0172, Air Asia Indonesia berlepas di Gate Q13. Very nice seating areas. I'm really liking this airport lah :)

Jalan2 lagi, baru sampai gate 3!

Ok, dah nak dekat dah. Penat jugak nak gendung bag camera yg seberat 5kg [dah timbang kat rumah] ni jalan jauh2...hehe...

Dan sampai Q13. Rombongan Kak Kiah ni adalah seramai 34 orang dan all planned naik same flight so that senang nak urus bila sampai Bandung. Di airport Bandung pula nanti, pihak keluarga pengantin perempuan telah menyediakan sebuah bas untuk bawa rombongan dari airport Bandung ke Kota Subang. Siap ada guide sekali. Actually, guide tu adalah the same person yang akan bawa rombongan bercuti2 berjalan di Bandung after the wedding. Tapi kami cuma join rombongan tu jalan2 ke Sari Ater sahaja since the next day tu kami dah nak ke Surabaya.

Sambil tunggu departure, saya ambik la gambar dari tingkap :).


Pas tu pergi cari surau untuk solat jamak. Very nice surau! Apa2 pun solat kena settle dulu kan. Alhamdulillah. 


Pesawat yang didedikasikan kepada Head of Operations Air Asia, Bo Lingam.
Yg bawah tu pesawat Air Asia Thai.

Sapa2 nak buat iklan boleh guna body kapal terbang Air Asia :).

Banyak gambar saya ambik sebab departure delayed for 40 minutes. 




And finally boarding time.

Selesa. Not a full flight.

Kat luar masih hujan lagi. Tapi tak lebat.

Lawanya... :)

Saya suka belek kad keselematan ni. 
'Kencangkan sabuk pengaman....' :)

Bukan je lawa, suara pun sedap...hehe.. 

Kad ni jangan lupa isi. Nanti problem!

Menu pun saya suka belek2..hehe...

Our prebook meals. Yang ni my wife's Nasi Minyak Palembang. Ni menu Air Asia Indonesia.

Saya punya Vegetarian Fried Rice. Sedap jugak. 

And mesti juga take a few shots out the window. Alhamdulillah, the flight was smooth with minimal turbulence. 

Sambil2 tu baca in-flight magazine. Approximately 2 hours flight ni.

Alhamdulillah kami selamat mendarat di Bandar Udara [Bandara] Husein Sastranegara, Bandung pada pukul 5.15 petang waktu tempatan di Bandung. Waktu di Bandung adalah sejam lewat berbanding Kuala Lumpur. Hujan masa tu.

Airport ni kecik je and tak de airbridge so kena jalan on tarmac sambil berpayung yg disediakan oleh pihak airport. Sempat saya bergambar...hehe...



Bila semua dah siap urusan di imigresen, kami dijemput naik bas oleh Dadang our guide untuk perjalanan ke Kota Subang yang jauhnya lebih kurang 51 km dari airport Bandung ni. Walaupun cuma 51 km, perjalanan ambik masa selama lebih kurang 4 jam sebab masa tu dah petang jadi traffic jam, jalan2 sempit dan jalan2nya turun naik pergunungan. Also it was year end so the locals ramai yg ambik kesempatan bercuti2 juga dan Bandung memang la destinasi percutian yg popular di Indonesia. 

Since dah dinner time, bas berhenti di Rumah Makan Grafika Cikole for a buffet dinner. Selera kami makan sebab dah lapar...hihi...

Lepas makan perjalanan diteruskan lagi selama sejam dan kami selamat sampai ke Hotel Dafam Betha Subang lebih kurang pukul 10:15 malam. Dah letih so kami tido awal. Lagi pun esoknya pukul 8:30 am dah nak bertolak kerumah pengantin perempuan.

Bersambung ke Part 02...

Di bawah ni saya senaraikan links untuk semua entries KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO saya:
1. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 01 - THE DEPARTURE

2. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 02 - THE WEDDING PART 01

3. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 03 - THE WEDDING PART 02

4. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 04 - THE WEDDING PART 03

5. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 05 - SARI ATER

6. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 06 - DARI KOTA SUBANG KE BANDUNG

7. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 07 - DARI BANDUNG KE SURABAYA

8. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 08 – COBANRONDO

9. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 09 - WISATA PETIK APEL

10. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 10 - LUNCH-BRAWIJAYA-RAMAYANA-SUNSET

11. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 11 - SUNRISE DI KOTA MALANG DAN CANDI SINGOSARI

12. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 12 - PASAR NONGKO JAJAR

13. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 13 – BROMO

14. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 14 - PERMATA TANGGULANGIN AND GOING HOME

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

8 comments:

  1. tak sabar nk tggu gmba bromo...
    mesti superb

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi... sebenarnya saya pun tak sabar nak up Bromo photos. Tapi sebab nak buat style travel log kena la tunggu ya.
      Thanks Cik JS :)

      Delete
  2. wah
    perjalanan yang penuh pengisian saya kira
    1. tak sabar nak tgk cite pasal wedding belah sana
    2. tak sabar tgk gambar bromo, sebab saya teringin sangat nak ke sana....nak cari geng yang kaki pi tempat2 mcm ni....nak ajak pakwe saya, dia kurang larat pi tempat2 cam ni ekekekekekkeke

    klia2 tu mmg luas
    kalau bawak org tua
    elok la pi awal
    jenuh nak jalan

    saya kadang2 pi sana weekend
    jalan2 bawak anak
    dah mcm mall kan
    heheheheh

    saya biasa suka preorder meal kalau naik air asia
    sedap dan murah
    makan kat airport pun dah brapa kan
    amboi sempat lagi ye layan mata tgk pramugari
    waduh pak!
    tapi mmg comel la pramugari tu
    jangan sampai lupa lak sabuk pengamannya ya pak syed

    ReplyDelete
    Replies
    1. el...

      bisa aja ajak gua kalau mau ke Bromo...
      :)

      Delete
    2. kalau ko nak pi
      aku nak ikut!
      jgn lupakan aku
      kang aku sekel ko kuat2

      Delete
    3. El, saya rasa pun begitu dari segi pengisian. Dulu kalau saya bercuti, fotografi jadi perkara utama. Now, saya hargai juga pengalaman dan cuba untuk enjoy the holidays rather than asyik sibuk dgn fotografi je. Sekarang niat fotografi lebih untuk merakam pengalaman disamping cuba nak dapatkan shot2 yg menarik.

      Ok, cerita pasal wedding tu dah siap Part 01 and esok akan diterbitkan...hihi. Still working on the next 2 parts for the wedding. Ha, betul tu! Wedding je ada 3 parts sebab banyak steps nya.

      Bromo tu posting kena ikut susunan la ya. So lambat sikit. I understand your feeling nak ke sana tu. I also feel like that lah. Ok, tu Puan Doc dah nak temankan. Plan for 2015 ok :). And no sekel2 please...hahaha... korang berdua ni dah macam adik beradik la pulak...hihi...
      Also I think your hubby can go also. I pun cam tak larat at first but Alhamdulillah I naik sampai atas tu :). Relak2 je and stop2 berehat bila penat. No hurry. Nanti I ceritakan kisahnya ya..hihi...

      KLIA2 tu saya rasa kalau ada another 50% more flights pun masih tak sesak kot. Mesti dah consider projection masa depan tu. Weekend ke sana? Wa... too far for me lah. Also tak rajin nak ke sana. Once je kami dulu ke KLIA saja2 for jalan2 and lunch. Tapi tu sekali je la..hihi.

      Yes, my wife pun sama. Kami berdua prefer to preorder meals. Pernah dulu sekali ingat nak beli je la masa dlm flight, tapi meals yg kami nak tu dah habis pulak. So we had mee cawan je. Tapi sedap pulak makan mee segera dlm plane...haha..

      Haha.. tak lupa Buk. Indeed she is pretty. Macam pelakon2 cinetron atau bioskop Indonesia yg cantik2 tu. It was a good thing that I dah kencangkan my sabuk pengaman awal2 sebelum terperasan adanya seorang pramugari cantik tu...hihi...

      Doc, you are such a good friend la. And I'm sure you and El will have such a great time :).

      Delete
  3. tapi kan .. tapi kannn..
    kalau dah berbaju melayu sepasang gitu.. bersampinglak.. karang orang konfius yang manasatu pengantinnya!!:)

    he...cool..ronda-ronda klia2 guna segway!! takpenat !!
    luas sangatkan klia2 tu!! saya setuju.. srau kat situ luas dan cantik dan bersih.. kala kat klia ..

    siapa nama pramugari cun tu.. mesti sempat usha kannn!!?? :)

    tetiba saya teringat tele tubbies kuning .... hehheheeeeeee.. lariii..

    lamaaa nya nak tunggu Bromo!!
    sabar..sabarrrrr....
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.... ehhh... jangannnn.... kang ada orang yg marah I nanti...hihi.... Eee... cukup le jadi pengantin sekali... cukuppp.... hahaha...
      Saya ni sebenarnya doc jarang sekali nak berbaju melayu sepasang. Kalau just baju melayu je for solat tu biasa la. Ni kalau nak bersampin, bersongkok rasa rimas sangat...haha. Btw, foto saya berpakaian baju melayu lengkap ada dalam next entry...jgn gelak ok..hihi...

      Haaa.. itu ke nama benda tu! Segway! Plan nak mention benda tu in my ulasan terus dibatalkan sebab tak tau namanya...haha...
      Ha betul la doc. Staff2 situ macam maintenance staff tentu kena cepat ke lokasi yg ada di seluruh pelusuk airport giant tu. So with that ride mesti tak penat while at the same time looking very cool! :)

      Betul! Saya selesa betul dgn surau kat KLIA2 ni! Saya rasa bersyukur sangat kat negara kita ni ada banyak surau2 dan masjid2. Saya pernah solat di tempat menunggu di tepi2 bangku di sebuah airport. Patutnya at least airport tu adakanlah 'Prayer Room' seperti yang terdapat di many major western airports where people of all religions can perform their prayers there.

      Tu la. Tak dapat nak berteguran sapa dgn pramugari cantik tu. Firstly because I was seated in the middle of the 3 seater with one pak cik Indon occupying the seat next to the aisle. Secondly, Cik Pramugari Cantik tu jaga bahagian ekor kapal terbang and saya dan wife di bahagian depan. Yg jaga section kami tu adalah seorang pramugari yg nampak tegas. Takut nak tegur2 dia..hihi...

      Ehhh..... lari ya!!! I kejar... ok, tak leh... semput... hahaha....
      Sebenarnya that's my favourite hoodie. Tu yg sering kelihatan dalam foto2 cuti2 saya...hihi...
      Ok, kena pakai yg lain pulak lah lepas ni...haha...

      Ye, sabar... sabar.... As at now, baru je selesai sort for No. 9 - Cobanrondo...hihi...

      Delete