Saturday, December 1, 2012

NEW DELHI, KASHMIR DAN AGRA - DAY 01 - PART 01 - DEPARTURE - SRINAGAR - DAL LAKE - HOUSEBOAT - KASHMIR CARPET

Yes, finally. Syukur Alhamdulillah.

We've always wanted to go to India, for a vacation and we did. It was autumn there, there were frolickings in the snow, enjoying delicious local dishes, serene boat rides, gaspingly breathtaking views, first time horse rides, and of course a trip to Shah Jahan's magnificient ode to love, among others.

Plan awal nak ke New Delhi dengan Thai Airways with transit di Bangkok. Then Malaysia Airlines ada tambang murah plus it was a direct flight. So naik MA le :).

Departure kami dari KLIA ke Indira Gandhi International Aiport di New Delhi pada pukul 7 pm. 


Tukar duit siap-siap di KLIA. Di sana ada culture bayar tips. Contohnya, hotel staff yang bawakan your bags ke bilik 'mesti' dibayar tips. So we ensure we have small notes as well. 



Sebahagian besar penumpang yang menunggu di Gate 34 adalah warga India.

Awal lagi jadi kami makan dulu. Nasi goreng kampungnya RM23!! Roti telurnya RM18!! Pengsan!

Check cuaca dan suhu di sana. Sejuk!!

Penerbangan dari Kuala Lumpur ke New Delhi memakan masa 4 jam 30 minit.


The flight meals. Sedap! :)

Aftermint juga ada :). 

Selepas terbang 4 jam 30 minit, kami tiba di Terminal 3, Indira Gandhi International Airport (IGIA) di New Delhi pada pukul 9 pm waktu di sana. Perbezaan waktu antara New Delhi dengan Kuala Lumpur adalah 2 jam 30 minit, lewat di Delhi.
Gesture tangan-tangan yang menarik menyambut ketibaan pelancong asing di Indira Ghandi International Airport di New Delhi. Gerak isyarat tangan ini dipanggil Mudra. Contohnya, di foto kanan, ia dipanggil Akasha Mudra - mudra ini menyampaikan hasrat untuk memanfaatkan tenaga daripada udara dan langit dan membimbing tenaga ini untuk aktiviti positif di mana ia paling diperlukan.

Di Airport, Mr. Kalaish, wakil travel agent di India, dah sedia menunggu. Dia bawa kami ke Ashok Country Resort, untuk kami bermalam di situ, yang terletak kira-kira 15 minit perjalanan dari Airport. Masa dalam kereta tu Mr. Kalaish terangkan pada kami itinerary 5 hari 4 malam kami.

Tiba di Ashok Country Resort. Cukup selesa dan besar biliknya.

Esoknya awal pagi kami keluar bilik. Tidak terus untuk sarapan tapi ambik-ambik gambar hotel dan taman hotel ni dulu :). 

Sejuk juga masa tu. Berkabus :).

Kawasan taman hotel ni memang berjaga rapi dan cantik. 

So tranquil nak bermeditasi pun sesuai :).

Lapar dah, jom makan.

Kami sarapan vegetarian pagi tu. Punya la enak! Tak pernah rasa vegetarian food macam ni punya sedap! Alhamdulillah.

Lepas sarapan, kami check out dan terus menuju ke Indira Gandhi International Airport untuk penerbangan domestik ke Kashmir.

Tiba di Indira Gandhi International Airport kami terus ke Terminal 1 untuk penerbangan domestik.

Kami ke Srinagar International Airport, Jammu and Kashmir dengan IndiGo Airlines. 
Nak ke kapal terbang, penumpang naik bas. Kami tak dapat duduk sebab bas penuh. Si pemandu bas pulak sambil bercakap dengan handphone, memandu dengan begitu laju. Then tiba-tiba dia buat emergency break! Semua penumpang terkejut dan tercampak! Lepas tu pemandu tu dengan tergesa-gesa undurkan bas dengan cepat. Kenapa? Sebab masa tu tengah ada sebuah kapalterbang nak lalu! Like what!? Dia tak nampak ke kapalterbang tu tadi!? 

Penerbangaan ke Srinagar International Airport ambil masa 1 jam 15 minit. Tak demo cara nak pakai jaket keselamatan. Agaknya sebab ni penerbangan darat kot.

Tak tahu macam mana keadaannya nanti di Srinagar, kami decided to buy some food dalam kapalterbang ni. Kami beli sandwich, kek, samosa dan air mineral. Semua makanan yang dijual adalah halal. 
Dalam bag kertas yang printed macam suratkhabar tu ialah samosa. Sedap sangat samosa tu hingga perlu saya catatkan di sini! Hehehehe... 

Alhamdulillah kami dapat seats belah yang mengadap banjaran Himalaya. Sungguh indah lagi hebat ciptaanNya. SubhanAllah. 

Cukup cantik sekali!

Allahuakbar!


Kashmir sebenarnya adalah wilayah yang bergolak. Walaupun ia kini dikuasai India, Kashmir masih menjadi rebutan antara India dan Pakistan. Jadi tak sukar difahami bila merasakan ketibaan di Airport Srinagar di Kashmir, bagaikan tiba di medan perang. Bangunan di sekitar airport jelas milik tentera kerana penuh dengan celoreng. Bomb bunker juga sangat jelas kelihatan. 

Tentera lengkap dengan senapang juga meronda cukup hampir dengan kapalterbang sewaktu pesawat menurunkan penumpang. Pemunggahan beg penumpang dari pesawat juga dilakukan bawah pengawasan rapi tentera, takut-takut ada bom diseludup masuk dalam beg penumpang.

Kerajaan India sangat mengambil berat keselamatan rakyat asing yang melawat Kashmir. Mungkin untuk menjaga nama baik negara tersebut sekiranya peperangan dengan Pakistan meletus pada bila-bila masa.

Sewaktu kami menunggu ketibaan beg, kami dihampiri oleh seorang pegawai tentera yang bertugas di Airport. Kami diminta mengisi borang pendaftaran rakyat asing dan menyerahkannya di sebuah kaunter khas. Banyak maklumat diminta: antaranya tempat tinggal di Kashmir, bila kami nak tinggalkan Kashmir, apa pengangkutan yang akan digunakan bila keluar dari Kashmir nanti dan bagaimana nak hubungi kami di Kashmir sekiranya berlaku kecemasan (i.e. perang??). 

Disebabkan proses pendaftaran warga asing ni memakan masa, kami lewat keluar dari Airport. Keadaan sekeliling juga dah lengang sebab semua orang tempatan yang turun dari flight bersama kami dah menuju ke destinasi masing-masing. Nasib baiklah pemandu kami di Srinagar, Rasheed masih menunggu.

Sebab ada kawalan ketat oleh tentera, saya pun tak berani nak ambik gambar.

Perjalanan dari Airport ke tempat penginapan kami di Srinagar memakan masa 45 minit. Dalam perjalanan, kami memerhatikan pembangunan di bandar Srinagar ini agak ketinggalan. Walau ia adalah ibu negeri Kashmir, suasananya macam bandar kecil di Malaysia pada tahun 1970-an. 

Berikut adalah foto-foto penduduk Srinagar yang sempat saya rakam semasa perjalanan dari Srinagar International Airport menuju ke Tasik Dal.

The lighting was simply amazing. Never had I ever experience such beautiful atmosphere. Well, perhaps Bali came real close to this.

The signages are practically all in English.

That's Juhi Chawla the brand ambassador for Kurkure [a cheeto-like snack that means 'crunchy' in hindi]. Her face is, like, everywhere :)

The colours, the characters, the juxtapositions... ah-mazing! Imho lah :)

Felt like these guys were posing for me pulak.. hehe... Suka amat dgn lighting masa tu!

Yes, it was cold. Close to late afternoon and the temperature was dropping.

Love the old looking, almost finished, buildings and walls. And the colours. Add in people doing what they do everyday. I could not ask for more :)

There, the school children wears very nice and warm jackets/blazers. They all look rather spiffy, I think :).

Just sitting outside enjoying the sun and paper while waiting for customers. Another shot checked off the list of shots I wanted to capture :).

Just cause I've got the title 'Sir' and that I have a market.. hahahaha... I digress. I love this shot cause it was a rather modern compared to the more rustic part of the city.


There are just so many kind of businesses there. My guess this is a repair shop.

They have the freshest fruits I've ever seen. The apples are simply divine, sweet and crunchy and juicy!

 My fav shot, deffo !! :)

If it wasn't so cold, I guess I can enjoy the ice cream :)

For some reason I just love this shot. Like, coincidental-moment?

My guess is he was guarding those woods. The houseboats we stayed at used these woods to fire up the furnace/room heater.

I simply must take this shot and I did :)

The lighting, such brilliance....

Not obligatory ke to pakai helmet? 

When I reviewed this shot in my camera, I said, 'Alhamdulillahhhh...'. 

That's a 'facial hair cutting saloon'. Cause, you know, a majority of the men there has facial hair :)

I had fallen in love with the buildings there. Just look at the brick building. What's not to love, right? Hehehe...

When the lighting's this good, to me, old block of buildings became beautiful :)

 On the way to school agaknya.

Another one checked off the list :)

I hope this was not the only hospital they have in the city.

One of my fav shots. Suka sgt shot ni :).

 It did seem bright and hot, but no, it was very cold.. brrrr...

Fav shot! :) They do that, fold their arms underneath baggy overcoats [pheran]. Good way to stay warm I reckon.

Mechanics at work.

I have mixed emotions when I saw this image :(.

Di Kashmir ni kami akan bermalam selama 2 malam di houseboat di Tasik Dal. Satu pengalaman yang memang kami excited about :).

Untuk pergi ke houseboat kami, Rasheed membawa kami ke jeti sampan yang dinamakan Shikara. Beg-beg kami dipunggah ke dalam Shikara dan sampan kemudiannya didayung sehingga sampai ke Houseboat kami. 

The short boat ride to and staying at the houseboat themselves are memorable experiences. The excitement and anticipations. The 'discoveries' and 'adventures'. And, oh, the photographic opportunities! I simply just couldn't stop clicking.. hehe.

Actually I think we could have been driven around the lake and arrived on the other side where the houseboat is actually docked. Tapi I think the driver/houseboat owners tu nak make it an interesting experience for tourists so nak ke houseboat tu kami naik shikara ni, which I think is a wonderful idea. Plus also I think to help bagi business kat pendayung sampan tu.

While on the way we were greeted with these imageries! How marvelous!

Rows of houseboats.





Other tourists taking a leisurely boat ride.

Finally we arrive at our houseboat. That's Ali waiting for our arrival. He is the caretaker aka butler of the houseboat.

The welcoming party. Yang baju kelabu tu ialah the sampan owner. Yang coat merah tu Ali. Kat atas sekali is the houseboat owner Mr. Saboor.

Houseboat kami bernama Gurkha Houseboat. 

First thing yang kami noticed bila masuk je houseboat ni ialah how grand it looks! Tak sangka sebab dari luar nampak biasa je. Rumah bot ni memang cantik, cozy and welcoming. Di ruang tamu lengkap dengan perabot kayu, Kashmir carpets dan chandelier.  

Ada pendiang di tengah ruang tamu. An absolute neccesity sebab it gets very cold especially malam. 

Ruang tamu ni berbau harum kerana dinding dan silingnya yang berukiran penuh tu dibuat dari kayu sandalwood. Hmmm.... :).

Ruang makan where we had the best meals ever! :)

Some close up shots to capture the awesome details :). 

Dan kami juga duduk-duduk di balkoni houseboat ni. Pemandangan sungguh pun berkabus tapi tetap indah!

Tempat duduknya pun, comfy! Dan ukiran-ukirannya sangat la cantik. 

Banyak saya shoot kat balcony ni. More than necessary.. hehe. Maklum le baru je sampai, so teruja benor! :)


Once in a while ader la sellers datang dan tanya nak beli barangan mereka. I just politely waived and said no.

If it wasn't so cold, I would have sat there for hours. Tahan 15 minutes je, pas tu cepat2 masuk dalam dan berdiang kat heater.. hehe.. 

Ali menghidangkan kami teh saffron as a welcome drink. Uwwaaahhh... sedapnyaaa... Panas-panas pulak teh tu, diminum masa tengah sejuk-sejuk tu... puhhh... We told Ali teh tu sedap sangat, dia senyum dan kata teh tu is always available for us to drink, just let him know and he will prepare. Oh by the way, Ali speaks perfect English. 

Ada 3 bilik dalam houseboat ni. Ini bilik kami. Cukup besar dan selesa. Ada pendiang. Ada extra bed juga. 
Bilik tidur yg luas with own heater [very important]. Bawah blanket ader heating pad yg boleh adjust kepanasan. Boleh select nak panas kaki saja. Then boleh panas kaki dan separuh badan. Then next level satu badan boleh kasi panas. Sebab saya kesejukan masa sebelum tidur saya set le ke maximum, tahap kasi panas satu badan. Tengah malam terbangun rimas berpeluh rasa macam dalam sauna! Hehehe.... 

Ada bilik air moden. Kalau nak guna air panas kena bukak paip air dulu, lepas 2, 3 minit baru keluar air panasnya :). 

Petang tu kami tak ada apa-apa rancangan per our itinerary. I suppose best that we use the time to rest after the flights and travels and also sebab esok akan ada macam-macam tour. Tapi lepas rehat sekejap kami gelisah nak keluar houseboat yang cantik ni.. hehehe... So we went for the boat ride di Tasik Dal. Tak sejuk ke? Ehh.. sejuk.. so pakai le jaket tebal! :)

Dah nak sunset masa tu. Cantik!

Tasik Dal adalah sebuah tasik yang sangat besar di Srinagar.  Ia dipenuhi dengan Houseboat yang sebahagiannya digunakan sebagai penginapan pelancong manakala sebahagian lagi merupakan rumah kediaman penduduk tempatan.



Sungguh pun dah berjaket tebal, berthermal bagai, still kami tambah dengan selimut yang dibekalkan oleh Ali... hehehe...


With such a subject and with that background, I couldn't help but took more shots than necessary.. hehehe :)



I think that's their home.

Excited bila nampak pak cik ni tengah mendayung. Dia sedang mengutip pokok-pokok teratai. Tasik ini ada masanya akan dipenuhi dengan pokok-pokok teratai yang menurut ceritanya amat cantik dalam musim bunga (sekitar bulan April).

Dari Tasik Dal ni yang kelihatan seperti sebuah castle atau fort ialah sebuah kediaman yang dibina oleh seorang Putera Mughal bernama Dara Shikoh di sekitar pertengahan tahun 1600. Kediaman ini diberi nama Pari Mahal.
Pari Mahal atau 'The Fairies' Abode' adalah tujuh taman teres yang terletak di bahagian atas pergunungan Zabarwan dengan pandangan bandar Srinagar dan Tasik Dal. Ia adalah salah satu contoh seni bina Islam dan naungan seni semasa pemerintahan Maharaja Mughal Shah Jahan ketika itu - wiki.

Kelihatan juga rumah-rumah di tepi tasik Dal ini.


This may well be my most favourite shot, like, ever :). Alhamdulillah...

Di depan rumah tu ialah sebuah kebun sayur terapung. Tapi masa musim luruh ni tak ada sebarang sayur yang boleh ditanam. 

Masa ni musim luruh, so tak banyak bunga teratainya.

We were told by the guide that those lily pads will then be dried and served as cow feed.

Mengumpul daun lotus untuk disimpan sebagai makanan haiwan pada musim dingin yang semakin menjelang.


As our boats were about to passed each other, I frantically took several shots of this elderly gentleman. I was giddy with happiness... hehehe...

We then waved at each other. Such friendly people :)

Beberapa shikara lain membawa pelancong bersiar-siar. Tak banyak sampan pelancong masa ni mungkin sebab cuaca sejuk / musim luruh.


Ada juga bunga teratai sebenarnya, tapi tak banyak le :). Yang ni dipetik oleh pendayung Shikara kami :).

Lepas tu pendayung Shikara kami buatkan kalung bunga teratai ini untuk kami. So nice oh him :).

Selesai bersiar-siar di tasik Dal naik shikara, kami pun pulang ke houseboat. Sampai je kami bertemu Mr. Saboor (pemilik Gurkha Houseboat) dan dia kata kami bertuah dapat bersiar-siar dengan Shikara kerana air tasik masih belum beku. Dalam musim dingin, seluruh Tasik Dal akan beku jadi ais. Alhamdulillah.

Selain ada rumah bot ni, Mr. Saboor juga ada peniagaan buat permaidani. Dia menjemput kami untuk ke kedai permaidani beliau pada malam tu. 'Please visit my factory. I have beautiful cashmere shawls, silk scrafs and many choices of carpets', kata dia. Baik je cara dia menjemput tu. Tak beli pun tak pe kata dia, dia tak paksa. He sounded very sincere. Dia kata kalau tak de niat nak beli pun tetap elok melawat tempat jual carpets for the experience dan kerana dia kata permaidani Kashmir adalah lain dari yang dibuat di tempat-tempat / negara-negara lain. Kami ok je.

Malam tu kami berjalan kaki sahaja je kedai carpet Mr. Saboor sebab tak jauh dari houseboat. Kami dibawa oleh Ali dengan suluhan lampu picit. Gelap sungguh malam tu! Tak ada lampu jalanraya.

On the left tu is Mr. Saboor the owner and the right tu staff dia. Masuk je kitaorg disuruh duduk atas bangku while they sprawled carpets on the floor. The asked us to feel the softness of the carpets. Silk carpets especially were super soft and the price pun super expensive gak la. But it was so luxurious. Staff in the photos was actually trying to cabut satu benang carpet dari the silk carpet and one benang dari the normal carpet. Aku fikir, huishh.... rosak la carpet tu. But it was just one thread :)   
Kata Mr. Saboor sebahagian permaidani beliau yang dihasilkan di sini turut dijual di Gedung Harrods di London.

Saya takut cacat je kang carpet mahal tu.... :)

Ok, tujuan dia cabut benang2 tu sebab dia nak bakar to demonstrate which is the real silk carpet. Kalau bakar benang dari carpet bukan silk, baunya macam kertas terbakar. Tapi kalau betul2 silk, bau benang terbakar tu macam bau rambut orang terbakar. Hmm.. saya fikir kalau saya nak beli silk carpet dan nak sahkan carpet itu betul-betul silk, rasanya tak la sampai buat test bakar ni kot. But then again kalau saya nak bayar sampai beribu2 RM, harus buat ujian tu :).

Shawls and scarves heaven.. hehe.... pelbagai saiz, design dan patterns and materials. 

One will definitely be spoilt for choice!

While we were being 'entertained' by pesentations of beautiful carpets, shawls and scarves, we were served with saffron tea. Sedap teh tu. Spicy sikit tapi sedap.

Staff ni bentangkan depan kami berpuluh-puluh shawls and scarves atas carpet kedai ni. Kami pun dari duduk atas kerusi terus terduduk atas permaidani dan belek 'hidangan' depan kami.... heheh.. 

Memang kami akui sangat cantik materials dan designsnya. Tetiba rasa guilty pulak kalau tak membeli sebab staf ni dah susah payah :). Saya ni dok fikirkan yang staf ni later kena la lipat balik dan simpan semua bentangan ni.. hehehe..

Anyway, ended up kami beli juga a few but not because rasa guilty tu tapi sebab memang worth buying especially because they were the perfect gifts to give to our family :). 

Mereka berdua ni adalah the bosses. Humble sangat mereka ni. Macam abah-abah kita je :). Dan tak de la 'memaksa2' suruh beli. In fact, they were very polite and made us feel very welcomed and treated us macam very special guests.
Selesai berurus niaga, kami sambung minum teh saffron dan berbual dengan Mr. Saboor. Bersungguh-sungguh Mr. Saboor menyuruh kami kembali ke Kashmir dalam musim bunga kerana katanya Kashmir paling cantik pada masa itu. Bila kami tak beli permaidani, dia kata tak apa - simpan duit, nanti boleh pergi haji.

Bila kami kata kami dah pergi haji, dia tanya pada saya kenapa tak simpan janggut? Saya kata sebab susah nak jaga. "Not difficult", kata Mr. Saboor sambil mengurut-ngurut janggutnya sendiri sambil tersenyum :). 

Selesai di kedai carpet, kami dibawa pulang ke houseboat oleh Ali. Sampai di houseboat, saya perasan suasana di dalam rumah bot ini berlainan dari waktu siang. Lagi cantik pulak. Terus la ambik gambar.. hehehe. 




Ali bertanya kami dah bersedia ke nak makan malam sebab dia boleh sediakan. Tentu lah.. kami dah lapar masa tu.. hehehe...
Usually, while on vacations the meals can be quite an adventure in itself. It was definitely that for us :)

The chicken curry was just something I had never tasted before. Lain dari yg boleh didapati di sini. Sedap betul rasa rempahnya. Capati tu best lembut sedap dimakan begitu saja. That potato curry [I think curry kot] pun sedap sungguh makan dgn capati. And the veges, like wow! So fresh so crunchy full of natural goodness. A simple dinner set yet the most satisfying :)

Oh by the way, makanan ni semua dihidang dalam termos untuk elak lauk-lauk jadi sejuk/cepat sejuk. Jadi setiap kali lepas ceduk lauk-lauk tu kena cepat-cepat tutup balik.. hehe...  fun! :) 

Bersambung....
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment