Monday, March 2, 2015

PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 01 - PART 01 - DEPARTURE - LEMBAH ANAI - PDIKM

Kami bercuti ke Indonesia lagi :)

Kali ni ke Padang dan Bukittinggi. Pada saya ni baru kali pertama nak ke sana. Isteri pula ni adalah kali kedua, first time dulu was like 18 years ago. Actual plan nak ke Chiangmai masa Chinese New Year tapi tak jadi sebab flight ticket mahal sangat. Pas tu tukar plan nak ke Vietnam, flight ticket ok, tapi hotel mahal sangat pulak. Masa tu Vietnam rai Perayaan Tahun Baru mereka same time dengan Tahun Baru Cina, tu yang jadi mahal tu. 

Last2 pilih ke Bukittinggi. Lokasi dekat, cuti pun tak payah ambik lama, harga package juga within budget. Also we went during the Hari Wilayah/Thaipusam holidays. Jadinya masa CNY kami melepak je kat rumah...hihi. 

Naik Air Asia maka ke KLIA2 lah kami. RM107.20. Tu dia, awal2 dah 'berbelanja' besar... hihi.. Subuh2 4:00 pagi kami dah bertolak ke KLIA2 sebab ambik flight pukul 7:50 pagi. Jadi elok keluar awal sebab nak drop bags, solat subuh dan sarapan. Ada satu lagi flight tapi pukul 1:55 tengahari. Lewat sangat pulak kalau ambik flight noon tu.

Subuh masuk pukul 6:10 pagi hari tu, so lambat lagi kami pun cari breakfast dulu. Jumpa restoran yang tak ramai orang, di Alessio.

Tu dia, subuh2 dah makan spaghetti... hihi... Bangun awal2 pagi ni buat perut cepat lapar!

Meals for 2 dah RM56.75. Hmmm.... lain kali mungkin nak bawak je roti dari rumah. 

Kami solat subuh dekat2 pintu perlepasan Q17. Ni 2nd time ke KLIA2 ni so masa jalan tu tak la rasa macam jauh sangat.

Flight info dari FlightAware. Tapi ni yang latest info not our actual flight info. History flight cuma available for free for about 2 weeks je. Nak yg lagi lama boleh tapi kena bayar. 

Flight path from KLIA2 to Padang City.

Masa tu tengah nak sunrise. Cantik pulak. So snap a few photos lah :).

7:50 pagi kami pun berlepas dari KLIA2 ke Padang Sumatera Barat. Alhamdulillah, cuaca baik. 

Dari tingkap belah yang kami duduk nampak pancaran cahaya sunrise over the Avani Sepang Goldcoast Resort. Cantik sungguh. Tu ha palm tree shape resort tu :).


Pagi2 tu lagi saya dah sibuk ambik gambar... hihi. Apa tak nya, lihat le views yang sangat indah ni. SubhanAllah.

Then noticed pulak these above the clouds ray of lights ni! Gorgeous!

Menu pre-order sarapan pagi kami :).

Actual flight duration supposedly was 1 hour 10 minutes, tapi 50 minit dah sampai. Pramugara dan pramugari tak sempat pun nak round jual makanan dah kena pack up. Tapi rasanya tak ramai nak beli cause flight kejap je.

We flew over the Banjaran Bukit Barisan di Pulau Sumatera. Awesome views!

Padang City. First time for me. So excited :).

Alhamdulillah kami selamat sampai ke Bandar Udara Internasional Minangkabau di Padang, Sumatera Barat.

Dah menunggu Tour Guide/Driver kami, En. Muslim. Kami dibawa terus ke Bukittinggi dari Padang. Distance about 90 km tapi 2 ke 3 jam jugak nak sampai kata Muslim.

Peta Sumatera Barat. 
Kami akan lebih banyak spend time di Bukittinggi. Sumatera Barat ni is also known as Ranah Minang [Tanah Minang] sebab majority penduduk adalah orang berketurunan Minang yang beragama Islam.

Kota besarnya adalah Padang dan Kota Wisatanya adalah Bukittinggi. 

Macam kebiasaan saya, masa dalam perjalanan saya suka merakam suasana kawasan yang dilalui serta penduduk2 di situ. Yang berlonggok2 tu adalah sengkuang.

Ini adalah train track lama yang telah tidak digunakan lagi kerana according to Muslim, kos penyelengaraannya terlalu tinggi dan tak mampu nak ditanggung oleh kerajaan. 

Banyak juga saya noticed durian dijual di tepi jalan.

Dan yang saya paling excited ialah pemandangan yang sebegini. Sawah padi yang luas saujana mata memandang. Yang masih hijau, yang sudah menguning juga petak kosong berair. Dengan backdrop pohon2 kelapa dan gunung ganang.


Nampak je petani saya terus kelam kabut nak ambik gambar... hahaha...
Dah minat ambik foto2 cam tu, nak buat cam mana... hihi...

Disamping jual petrol, ada juga dijual ikan bilih dan ikan danau. 
Adik2 tadika yang kiut miut :). Juga budak2 sekolah yang comel2 belaka :). 

Beginilah jalan dua lorong yang kami lalui menuju ke Bukittinggi. Jalannya ok, tak sesak, cuma sikit2 je jam bila lalu pekan, tapi itu biasa la kan. Dan yang paling best bila jalan slow macam ni, sempat lah saya ambik gambar di sepanjang perjalanan yang views kiri kanannya cantik2 belaka. Kalau lalu highway, sure tak nampak apa dah dan bila dah zoom laju apa pun tak sempat tangkap gambar. So jadinya perjalanan yg 2 ke 3 jam tu jadi sesuatu yang menyeronokkan bagi kami. We get to enjoy the views and got to have a closer look of the kampung and penduduk2 di situ. 
Ini lah masanya bagi saya yang merupakan salah satu highlights for my travels selain melawat tempat2 wisata.

First photo tu ialah pemandangan yang cantik dari Puncak Kiambang. 

Kalau anda minat nak tengok sawah padi yang cantik2, pergi lah ke Sumatera Barat ni. Gerenti puas hati lah :)

Kami pun sampai ke Sicincin, Kabupaten Padang Pariaman. 

Sebuah sekolah di Sicincin.

Ada juga saya nampak ibu2 ni menjual buah-buahan dan kuih muih. 

Jenis-jenis pekerjaan penduduk di sana.

Mak cik baju oren tu agaknya pakai sun block. Tak pun bedak sejuk kot.

Senyum lebar saya bila dapat frontal shot rumah/kedai atas air tu.. hihi. 

Ya, di sana ramai juga yang kami nampak bela anjing. Muslim beritahu kami yang anjing-anjing ni dibela untuk memburu babi hutan yang banyak merosakkan tanaman2 di kawasan2 pertanian. 

Perjalanan diteruskan sambil kami menikmati keindahan kawasan persekitaran.


Dan kami pun sampai ke Lembah Anai Air Mancur. Air terjun yang terletak betul2 di tepi jalan. Kira ni tempat wajib lawat la ni. 

Gerbang masuk ke Cagar Alam Lembah Anai Air Mancur. 

Ada juga kedai2 berdekatan yang menjual jajan dan pelbagai barangan souvenir. 

Oppss.. wife suruh pose kejap.. hihi... 


Kalau la ada keretapi tengah lalu masa tu! Hihihi.. Tapi train track tu dah ditutup dari digunakan dah sejak 15 tahun yang lalu.

Sungguh indah sekali!

Kata Muslim, kalau masa hujan boleh sampai basah jalanraya di sebelah tu.

Kata Muslim lagi kalau selalu basuh muka dengan air dari air terjun ni, orang tu akan awet muda. Saya tanya selalu la ya Muslim basuh muka di sini since dia sering bawa pelancung2 ke wisata ni. Dia kata bukan sekadar basuh muka, dia siap mandi dalam tu. Saya kata, 'Wah.. kalau macam tu satu badan la awet muda! Patut la Muslim ni nampak macam budak umur 18 tahun!' Gelak besar si Muslim.. haha. Fyi, Muslim is 28 yo dah kawin and expecting their first baby soon.

Tambah Muslim lagi, kawasan sekitar Lembah Anai ini telah diisytiharkan sebagai Cagar Alam (Hutan Simpan). Ia adalah sebahagian dari "paru-paru" dunia (seperti hutan di kawasan Amazon di Brazil). Sebahagian besar hutan di negara Indonesia telah dimusnahkan dan diteroka untuk pertanian dan pembanggunan. Kawasan hutan semulajadi yang masih tebal kini hanya wujud di Sumatera, Kalimantan dan sebahagian Sulawesi dan menjadi sebahagian "paru-paru" dunia.

Perjalanan diteruskan lagi dan kami pun sampai ke Padang Panjang, Kota Serambi Mekah, gelaran yang sama seperti Kota Bharu di Malaysia.


Selain Lembah Anai Air Mancur, tempat yang bagus di lawat di Padang Panjang ialah Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minang atau lebih dikenali sebagai Minangkabau Village.

Pemandangan di Minangkabau Village.

Ada sebuah Rumah Adat besar yang dinamakan Rumah Gadang.

Di depan Rumah Gadang tu ada sebuah taman yang cantik. Ramai juga pelancung2 yang saya nampak bergambar2 di sana dengan berlatar belakangkan Rumah Gadang.

Kami disambut petugas di Rumah Gadang yang menerangkan tentang Rumah Gadang dan adat pepatih yang diamalkan oleh masyarakat Minangkabau. 

Ada 2 jenis Rumah Gadang: 
1) yang beranjung bertingkat
2) yang beranjung rata. 

Datuk (Ketua) Rumah Gadang yang beranjung bertingkat mengamalkan Adat Temenggung manakala Datuk Rumah Gadang yang beranjung rata pula mengamalkan Adat Perpatih. Adat Perpatih bersifat demokrasi manakala Adat Temenggung pula bersifat autokrasi. 

Jika Datuk Temenggung meninggal dunia, tempatnya digantikan oleh anak lelaki sulung. Jika Datuk Perpatih yang meninggal dunia, penggantinya akan dilantik melalui mesyuarah yang tidak semestinya akan melantik pengganti dari anaknya sendiri.

Masyarakat Minangkabau juga sangat menjaga kerabat mereka. Segala-galanya dikongsi bersama. Di luar Rumah Gadang didirikan beberapa rumah kecil untuk menyimpan padi yang dinamakan Rangkiang. Ada 4 jenis Rangkiang yang didirikan yang setiap satunya mempunyai maksud masing-masing: 
1) Rangkiang untuk kegunaan adat seperti majlis perkahwinan.
2) Rangkiang untuk membantu penduduk fakir miskin.
3) Rangkiang untuk kegunaan makanan harian penduduk Rumah Gadang.
4) Rangkiang untuk pembangunan kampung di mana beras yang disimpan di Rangkiang ini akan dijual untuk mendapatkan wang bagi membiayai pembinaan masjid, jalan dan lain2. 

Rangkiang berkaki enam menyimpan padi untuk kegunaan makanan harian penghuni Rumah Gadang. Rangkiang yang bertiang sembilan dikhaskan untuk beras.

Mengikut kata Petugas tadi, Rumah Gadang diduduki oleh beberapa keluarga dalam satu suku. 

Dalam Rumah Gadang juga terdapat beberapa buah bilik yang setiap satunya dihuni satu keluarga. Ada tiang-tiang dibina di luar setiap bilik untuk mengasingkan ruang bagi setiap keluarga. Walaupun dapur Rumah Gadang dikongsi bersama, setiap keluarga ada ruang memasak masing-masing di dapur tersebut.

Bilik-bilik juga hanya dihuni oleh ibu dan bapa serta anak-anak yang masih kecil. Bila mencecah usia 5 tahun, anak-anak lelaki akan tidur di surau sambil belajar agama manakala anak-anak perempuan pula dari seluruh keluarga di Rumah Gadang akan tidur bersama di ruang yang dikhaskan untuk mereka.

Bilik yang paling kiri dikhususkan untuk ahli keluarga yang paling baru berkahwin. Semua keluarga akan berpindah ke bilik semakin ke kanan untuk memberi ruang kepada pengantin baru. Bila dah sampai ke bilik yang paling hujung di sebelah kanan, itu bermakna keluarga tersebut perlu bersedia untuk berpindah keluar dari Rumah Gadang.


Ramai orang beranggapan Adat Perpatih mementingkan kaum perempuan kerana harta pusaka diberi kepada mereka. Sebenarnya terdapat dua jenis harta dalam Adat Perpatih: harta pusaka tinggi dan harta pusaka rendah. Kaum perempuan sebenarnya hanya diberi harta pusaka tinggi yang tidak boleh dijual. Ini bersesuaian dengan fitrah kejadian manusia yang ditetapkan oleh Allah swt di mana kaum lelaki diwajibkan untuk menyara keluarga. Oleh yang demikian, kaum lelaki akan mengembara keluar dari desa untuk mencari harta manakala kaum perempuan yang tinggallah yang akan menjaga harta seperti rumah keluarga (yang merupakan sejenis harta pusaka tinggi). 

Harta pusaka tinggi juga tidak boleh dijual dengan sewenang-wenang. Jika terdapat keperluan untuk berbuat begitu (seperti jika berlaku kematian dan keluarga tidak mempunyai wang untuk membeli kain kafan jenazah), harta pusaka tinggi ini hanya boleh dijual kepada kerabat terdekat untuk memudahkan ia ditebus semula nanti.


Di bawah tu adalah bilik kediaman di Rumah Gadang. Kalau ada orang luar datang berkunjung mereka akan didudukkan menghala ke tingkap depan dan membelakangkan bilik.

Rumah Gadang juga dibina condong. Segala-galanya condong di dalam Rumah Gadang: dindingnya condong ke luar, malah tingkapnya juga dibina condong. Binaan condong ini ternyata dapat menahan gempa bumi yang sering melanda Wilayah Sumatera Barat ini. Ini terbukti sewaktu Gempa Bumi besar melanda wilayah ini pada tahun 2007 dan 2009 di mana tak ada sebuah pun Rumah Gadang yang rosak. Malah Orang Minangkabau ada perpatah yang berbunyi Condong nan indak membawa rabah (Condong yang tidak membawa rebah).


Di tingkat bawah Rumah Gadang ada pula sebuah pelamin yang digunakan oleh masyarakat minangkabau masa upacara bersanding. Pelancung2 boleh bergambar di sini :).

Tapi sebelum nak posing di pelamin contoh, mesti lah kena pakai pakaian pengantin, betul tak? Behind pelamin ni ada sebuah bilik persalinan yg ada pakaian pengantin minangkabau yang bermacam warna. Boleh pilih mana satu. Sewanya sangat murah, saya lupa pulak berapa. Since isteri teringin nak bergambar kenangan berpakaian pengantin minangkabau, maka saya pun ok je la. Lagi pun tak kan la nak biar dia sorang2 je bergambar tu kan. Kena la berpasangan... hihi...

And here are the photos.. hihihi. Yang ambik gambar tu adalah akak2 yang siapkan kami tu. Nak pakai senang je sebab pakaian tu jenis sarung dari depan ke belakang. Tak payah tanggal2 pakaian yg dah sedia pakai pun. 5 minit dah siap. Isteri yg pilih kaler ni dan dia nak yg style bertanduk tu for a more traditional look katanya... hihi. Saya ok je sebab black is slimming.. hahahaha...

Bersambung....

Di bawah ni saya senaraikan links untuk semua entries Padang dan Bukittinggi saya:
1) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 01 - PART 01 - DEPARTURE - LEMBAH ANAI – PDIKM

2) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 01 - PART 02 - PUTRI MINANG - CHAN UMAR - OKE - BIKA TALAGO


3) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 01 - PART 03 – WEDDING


4) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 02 - PART 01 - JAM GADANG


5) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 02 - PART 02 - SG LANDIA - LAKE MANINJAU


6) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 02 - PART 03 - PROF DR HAMKA - LAKE MANINJAU - BUNDO KANDUANG


7) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 02 - PART 04 - STREET DRUMMER - PASAR ATAS


8) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 02 - PART 05 - CULTURAL SHOW


9) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 03 - PART 01 - BENDI - NGARAI SIANOK - LOBANG JEPANG - AGAM GALLERY


10) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 03 - PART 02 - LAPANGAN LUBUK AMBACANG - SULAMAN HJH ROSMA - SAWAH - KINIKO ENTERPRISE - PONDOK FLORA


11) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 03 - PART 03 - ISTANO BASA PAGARUYUNG - GOING HOME


No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

17 comments:

  1. senyum besar saya tengok gambar paling last
    sweetnya en syed and wife, sporting lak tu
    tapi dah mai dari jauh
    elok la amik peluang camni
    banyak lak posenya
    dari dlm sampai ke luar


    dari awal saya baca
    serasa saya dimasukkan skali dlm kapal terbang
    serasa saya ada skali kat sana la
    saya suka entry2 en syed
    sangat comprehensive siap map bagai

    gambar kat airport yang ada lopak air nampak awan2 kat lopak air tu saya suka gila
    sebab sakan kan penggemar awan
    pastu gambar2 sunrise, nampak golden palm tree sepang tu cantik2

    adakah hari travel en syed ni merupakan hari spaghetti sedunia
    dah la makan spaghetti kat airport
    dlm flight pun makan spaghetti lagi hehehehehehe
    saya selalu makan nasi lemak pak naseer tu, tapi spaghetti tu nampak mengancam lak
    len kali nak order spaghetti la macam ni

    saya suka tengok uniform budak2 sekolah kat indonesia
    sebab bukan kaler putih
    saya rasa kaler mereka gunakan lebih relevan utk budak2
    putih cam yang negara kita amalkan
    alamakkkkk
    balik mcm belacan ok!
    plus saya kira jarang utk pelajar perempuan

    rumah gadang tu kan
    kalau dah kena keluar dari rumah gadang
    kena duk mana lak?????

    masyarakat minangkabau mmg banyak adatnya kan
    sangat sopan dan sangat mementingkan sikap kebersamaan
    segalanya kena bincang sama2
    cantiknya rumah tu
    saya suka betul seni binaan rumah tu

    psssst en syed
    en syed mandi ke kat air terjun tu kasi awet muda?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha.. tu la… sebenarnya teragak2 jugak saya nak letak foto2 tu. Segan actually. At first. Then I thought why not kan..hihi…
      Akak2 tu la suruh kami pose sampai kat luar dan tingkap tu. Kami ingat kat pelamin je… hihi… Akak2 tu actually memang baik dan kelakar orangnya. You’re right. Dulu2 I will not even entertain such thoughts let alone nak bergaya2 macam ni. So cliché dan so like typical tourists kan. Now I thought, why not. It’s fun what! Tak yah le nak fikir macam2. Lelah la. Just do it! Moreover ni dah request wife, mesti la saya tunaikan…hihi…

      So glad El felt that way. Memang saya berusaha untuk buat catatan travels kami dgn selengkap yg mampu. Dulu tidak dan bila saya baca balik my old entries memang terasa macam ada kekurangan. Banyak ‘kejadian’ yg took place saya tak catat. Plus entries dulu lebih kepada by subjects and not cara travel logs. Tu yg some things got omitted dan thus rasa tak lengkap. Dgn cara sekarang ni saya berharap ‘agar aku tidak lupa’ :). Yang tentang map tu pulak saya rasa macam sesuai to include supaya saya dapat bayangkan perjalanan2 kami dari segi lokasi dan kawasan yg kami lalui. Sebab tu bila lalu je kawasan2 tu saya akan tanya tour guide dan buat catatan.. hihi… Tapi kena rajin la lepas tu nak reconcile balik catatan tu dgn foto2 yg diambil. Walau pun macam tedious tapi macam jadi seronok pun ada gak.. hihi.

      I know right. Cantik kan reflection awan tu. Sebab tu saya selalu pastikan camera dah ready kot2 ada ‘terserempak’ dgn views macam tu..hihi..

      Dan kami bersyukur sgt kebetulan dapat seat dalam plane yg mengadap views sunrise dan Sepang tu. Tak sangka. Tu yg best tu kalau ambik flight pagi..hihi…

      Hahahaha.. sebenarnya saya terlupa dah order spaghetti for the plane meal. Ehh… spaghetti tu memang sedap El. Elok try next time ok.

      Agreed. Kalau warna uniform gelap2 tak le cepat sgt nampak kotor dan lusuhnya. Budak2 memang la lasak, especially masa main. Tak kisah uniform mereka tu bersih ke tak. Yang penting fun! Saya masa sekolah dulu main bola sebelum class started. Masuk class, lencun dgn peluh. Bau masam tok sah cakap lah. Tapi masa tu apa kisah tu semua kan.. hihi… Ala now ni dah dewasa pun kalau pakai shirt putih mesti kena percikan sambal la, tertoreh dgn ink pen la etc etc.. hihi…

      Kalau dah turn kena keluar dari Rumah Gadang tu, pasangan mesti kena buat rumah sendiri atau menyewa. Ini nak kasi chance for newly weds to stay there pulak while they get themselves prepared to stay on their own. Pasangan yg kena keluar tu pun dah tahu yg mereka tak boleh menetap terus di Rumah Gadang dan should be looking for other abode. Saya diberitahu yang dalam hal ini masyarakat Minangkabau akan membantu mereka dan tidak membiarkan mereka kesusahan. Bagus kan amalan tolong menolong dan penjagaan sesama mereka.

      Betul. Amalan dan adat2 mereka sangat menyerapkan prinsip2 keIslaman. Tu yg cantik tu.
      Seni bina dan ukiran mereka memang cantik dan unik. Cuma kami tak dapat lama di situ untuk siasat dan kumpul maklumat tentangnya.

      Hihihihi…. Tak, sebab tak bawak speedo… hahaha..

      Delete
  2. fuhhhh..
    gaya kat tingkap tu macam Penghulu Adat memerhatikan tanah sawah yang luas terbentang !!

    sat lagi datang balik..
    nak komen banyak-banyak..
    :)

    ReplyDelete
  3. [ kena jot down dulu point-point komennya.. kalau tak nanti lupa..] :)

    mahallah kalau ambik teksi gitu en syed !! tambang teksi lebih mahal dari tiket kapal terbang saya!! hehehhee..
    kami selalu park di Putrajaya Sentral .. then ambik ERL ke klia2 ..
    sehari 5 ringgit rasanya..
    ERL 5.50 rasanya..

    flight aware tu saya tak pernah dengar.. thanks for the info

    sunrise over Selat melaka yang sangat ohsem en syed!!
    especially dekat Gold Coast tu !!

    ada nampak Merapi tak masa lintas banjaran barisan tu.. depa kata.. boleh nampak..

    saya dok belek itinerari padang saya .. dok ubah sana sini.. macam banyak hari.. tapi masih tak cukup nak pergi semua tempat!! [ hahahhaaaaaaaa.. tamak !!]
    jambatan akar rasanya macam tak sempat..

    kami rancang nak ke lokasi penggambaran pilem Van der Wicjk tu.. Dal Elly tu pun ikut tau nanti en syed!!
    first time nak jenjalan dengan dia..
    siap lah dia... lampat sekeh!!

    bagus konsep Rumah gadang macam tu kan... tapi kalau ada keluarga yang gaduh2.. masam-masam muka .. habih aaa ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboiiii sukati jek ye....x sabar nk jalan ngan kak singa hahaha akan kupastikan diriku fit dan blk x jd adik muniandy

      Delete
  4. I know doc. Tu la, setiap kali kami mesti kena sediakan budget around RM120.00 for teksi. Tapi convenient la doc especially bila nak keluar pukul 4:00 pagi...
    Tu belum lagi tambang teksi balik rumah....

    FlightAware tu saya terjumpa secara tak sengaja bila tried to find info about my flight. Rupanya ada. Sekarang ni macam-macam ada... :)

    Kami memang happy sangat dapat saksikan sunrise tu. Tak sangka dan tak terbayangkan akan begitu. Masa nak naik plane tu saya dah plan nak tidur kejap sebab tadinya dah bangun pukul 3:00 pagi... hihi.. Last2 sampai sana, sampai malam tiba di hotel baru tidur.. hahaha...

    Not so sure la doc. I suppose kot cause saya ada ternampak satu puncak gunung tapi tak berapa pasti gunung apa. Moreover, masa tu berawan tebal.

    Of course you must. Ubahsuaikan, otherwise terkilan pulak nanti. Kami ada juga bertanya pada Muslim tentang jembatan tu, dia kata tak sempat kalau nak ke sana kerana jauh thus akan ambil masa yg lama. Then he made a statement yg til today saya tak faham maksud dia. Dia kata, "Sebenarnya tak elok orang kita pergi ke sana".

    Cool la plan nak gi lokasi filem tu! Tak de lagi pernah saya jumpa mana2 package percutian yg pergi sana. May be ada kot.

    Waaa.... Puan El gi sekali... Waaaaa.... syoknya.... pasti bertambah meriah! :)
    Actually siapa lagi yang pergi? Geng Jogja ke?

    Hmmm.... dalam mana2 komuniti tentunya ada kejadian macam tu doc. Tapi nak masam muka berapa lama kalau dah hari-hari bersua muka bertentang mata. Janggal sangat nanti ye tak... hihi....

    ReplyDelete
  5. kalau x keberatan, boleh sy dapatkan nama dan no tel supir yg nama Muslim?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf ya ND lambat balas sebab kena cari nombor tu :)
      +6285356951101

      Delete
  6. kalau kita backpackers ..naik teksi dia caj berapa dari padang ke bukit tinggi .

    ReplyDelete
    Replies
    1. I have no idea how much the fare is.
      As stated above, pakej kami dah termasuk transport dan driver so kami tak ambil teksi.

      Delete
  7. Encik Syed.. Pak Muslim tu under travel agent or private tourist guide..

    ReplyDelete
  8. Boleh bg nomor travel agent tu tak tuan

    ReplyDelete
  9. Salam..izin promot kat laman ni,kami sinar alam wisata tour and travel di padang bukittingggi indon,bila tuan/puan nak merancang melancong kat padang bukittinggi kami menyediakan perkhidmatan pakej percutian dan sewa pelbagai kereta dengan harga jimat dan berbaloi.
    Wassap +6285356000747
    Emel sinaralamwisata1409@gmail.com
    Website www.sinaralamwisata.com

    ReplyDelete
  10. PAKEJ TOUR BUDGET DAN PENGKHIDMATAN SEWA KENDERAAN SAHAJA UNTUK LAWATAN YANG BERBALOI DENGAN FAMILY KAT PADANG DAN BUKITTINGGI

    Assalamualaikum Tuan/Puan.
    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Padang dan Bukittinggi, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR BUDGET dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :

    1. Amsyahril
    ( Director )
    WhatsApp : +62 852 6300 7445

    2. Riko Adryansyah
    ( Tour & Transportation Manager )
    WhatsApp : +62 813 6565 4104

    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    ReplyDelete