Wednesday, May 31, 2017

UMRAH 2017 - DAY 11 - PART 02 - SOKAIFAT BANI SAEDAH - MUHAMMAD MESSENGER OF ALLAH EXHIBITION

Catatan hari ke 11 program Umrah 2017 kami diteruskan dengan bahagian ke 2. 

Ke Masjid Nabawi untuk solat Zohor. 

Boleh dapatkan bimbingan cara membaca Al Quran dengan betul dengan mereka ni. 

Di Masjid Nabawi ada phone booth ni for religious guidance. 

The General Department of Guidance and Advice in the Prophet Mosque is pleased to receive your questions and inquiries through the phones of Iftaa section all over the Prophet Mosque.

Salah satu gate masuk ke Masjid Nabawi yang menghala ke pintu masuk utama masjid ke bahagian wanita. Setiap kali lepas solat tunggu isteri di sini.

Lunch nasi ayam. Sedap. Alhamdulillah.

Menunggu masuk waktu solat Asar. 

Lepas solat Asar kami berkumpul di depan pintu 21 unutk buat lawatan ke dua tempat iaitu Sokaifat Bani Saedah dan ke 'Muhammad: Messenger of Allah Exhibition'. Both located near Masjid Nabawi so kami beramai-ramai berjalan kaki sahaja. 

Sebelum tiba di Sofaikat Bani Saedah kami passed by dulu Pasar Nabi yang dahulu diadakan sebagai tempat berniaga kaum Muhajirin yang kebanyakkannya adalah pedagang. Pasar yang sedia ada pada masa dahulu itu dimiliki oleh kaum Yahudi dari Bani Qainuqa' dan peniaga dikenakan bayaran sewa kalau nak berniaga di situ. Maka Rasulullah mengambil inisiatif agar kaum Muslimin juga memiliki pasar sendiri dan bebas dari membayar sewa.  

Untuk merealisasikan pasar tersebut, Rasulullah SAW menemui warga Bani Saedah (kaum Saad bin Ubadah) dan meminta mereka untuk menyerahkan tanah kosong yang pada mulanya disediakan untuk tanah perkuburan. Permintaan Nabi dipenuhi oleh Bani Saedah, dan akhirnya Nabi menjadikan  tempat tersebut sebagai tempat perniagaan bagi umat Islam. 

Sokaifat Bani Saedah adalah tempat berhimpun milik Bani Saedah. Ia terletak tidak jauh dari Pasar Nabi kerana pasar itu adalah tempat kediaman Bani Saedah pada zaman tersebut. Tempat ini terkenal kerana ketika Nabi SAW wafat dan belum dimakamkan, para sahabat telah berkumpul di sini untuk membicarakan peralihan kepemimpinan agar tidak terjadi kekosongan. 

Nabi Muhammad SAW tidak meninggalkan sebarang wasiat mahupun pesanan tentang calon pengganti sebelum baginda wafat. Baginda memberi kebebasan kepada Umat Islam memilih calon khalifah sendiri bagi meneruskan pemerintahan negara Islam. Oleh itu, umat Islam telah mengadakan rundingan dan persetujuan tanpa menetapkan calon terlebih dahulu. 

Sebelum jenazah Nabi SAW dikebumikan, Kaum Muhajirin dan Kaum Ansar berhimpun di Sofaikat Bani Saedah untuk berbincang dan melantik Khalifah. Bila berita tersebut sampai ke pengetahuan Umar bin Al-Khattab ra, dia meminta Abu Bakar As-Siddiq ra untuk menyertai perhimpunan tersebut bagi mengelakkan perpecahan di kalangan kaum Muhajirin dan Ansar yang gagal mencapai kesepakatan tentang calon khalifah. Bagi mengelakkan perselisihan dari berlanjutan, Saidina Abu Bakar As-Siddiq ra mencalonkan Saidina Umar bin Al-Khattab ra mewakili kaum Muhajirin dan Abu Ubaidah mewakili kaum Ansar sebagai khalifah.

Namun, kedua-dua Umar dan Abu Ubaidah menarik diri. Malah, mereka mencalonkan Saidina Abu Bakar As-Siddiq ra sebagai khalifah. Akhirnya, Saidina Abu Bakar As-Siddiq ra dibai'ah dalam syura menjadi khalifah pertama berpandukan fakta beliau pernah diminta oleh Rasullullah SAW untuk mengimamkan solat sewaktu baginda sedang uzur. 

Bai'at pertama ini disebut Bai'at Saqifah, sebab persetujuan dan pernyataan setia itu hanya dilakukan oleh para pemuka yang hadir dalam pertemuan di Saqifah (Sokaifat Bani Saedah). Selanjutnya, pada hari berikutnya diadakan bai'at kedua yang disebut Al-Baiah Al-Ammah (Bai'at Umum) oleh umat Islam. Peristiwa ini dilaksanakan di Masjid Nabawi. Pada kesempatan itu hampir semua penduduk Madinah menyatakan persetujuan mereka.

Zubair bin Awwam dan beberapa pemuka Bani Hasyim tidak memberikan bai'at pada pertemuan di Saqifah kerana ketika itu, mereka sibuk menguruskan jenazah Rasulullah SAW. Mereka hanya berbai'at pada bai'at yang kedua. Namun begitu, Ali bin Abi Talib ra hanya memberikan bai'at enam bulan kemudian, iaitu setelah wafatnya Fatimah ra, isterinya yang juga puteri Rasulullah SAW.

Golongan Syiah yang merupakan golongan daripada keluarga Bani Hashim menentang perlantikan Saidina Abu Bakar ra kerana mereka berpandangan Ali ra lebih berhak mewarisi Nabi SAW kerana dia adalah keluarga terdekat Nabi SAW. Mereka juga berpandangan Saidina Ali ra menentang pelantikan Abu Bakar ra kerana dia tidak berbai'at kepadanya ketika itu.

Sikap Ali ra yang demikian sebenarnya adalah untuk menjaga perasaan isterinya. Ini adalah kerana setelah Nabi SAW wafat dan Abu Bakar ra diangkat menjadi khalifah, Fatimah ra telah bertanyakan harta warisan Rasulullah SAW. Abu Bakar ra menjawab bahawa setiap rasul tidak pernah meninggalkan warisan bagi keluarganya. Demikian juga halnya dengan Nabi SAW. Mendengar jawaban ini Fatimah ra merasa kurang senang, dan tidak mahu membai'at Abu Bakar ra. Untuk menjaga perasaan isterinya, Ali Bin Abi Talib ra juga tidak melakukan bai'at sehingga Fatimah ra meninggal dunia.

Seterusnya kami melawat pula ke 'Muhammad: Messenger of Allah Exhibition'.

Maklumat tentang 'Muhammad: Messenger of Allah Exhibition' ini.

Foto-foto lama yang memberikan gambaran suasana Al Mdinah Al Munawwarah di akhir 1880an dan awal 1900an. 





Di exhibition 'Muhammad: Messenger of Allah Exhibition' ini ada banyak wonderful quotes from Al Quran dan hadith yang semuanya tentulah sangat penting dan menarik untuk dibaca dan kita hayati. The photos below are pretty much self explanatory. So please do immerse yourself in this very important and very wonderful exhibition. 

Nabi Muhammad SAW juga memiliki beberapa gelaran yang termasuk Ahmad, Al-Mahi ('yang menghapus' kerana dia adalah orang yang Allah utus untuk menghapus kekufuran), Al-Hasyir ('yang mengumpulkan' di mana manusia akan dikumpulkan di bawah kakinya) dan Al-'Aqib ('penghujung' di mana tiada nabi setelah Nabi Muhammad SAW).

Antara gelaran-gelaran Rasulullah SAW: Muhammad, Ahmad, Al Mahi (yang menghapus), Al Hasyir, Al-‘Aqib (penghujung), al Maqaffiy (pejejak nabi-nabi sebelumnya),  Nabi al Malhamah (Nabi pemimpin peperangan) dan Nabi at Taubah.  

Masuk ke ruang pameran yang menceritakan kehidupan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul ke seluruh alam. Pameran dimulakan dengan sejarah kelahiran Rasullullah SAW. 

Pameran mengenai salasilah keturunan Nabi Muhammad SAW. 

Salasilah keluarga Nabi Muhammad SAW boleh dikesan sehingga kepada Nabi Ibrahim as melalui Nabi Ismail as.



Gua Hira' di mana Nabi menerima wahyu yang pertama.

Suasana dalam exhibition. 








Ada bahagian yang menceritakan perawakan dan keperibadian Nabi Muhammad SAW. 




Hijrah berlaku apabila Nabi menerima wahyu dari Allah SWT. Wahyu tersebut adalah Ayat 30, Surah Al-Anfal. Ayat tersebut memberitakan kepada Nabi tentang pakatan yang dilakukan oleh Orang Musyrikin Makkah terhadap Nabi. Nabi seterusnya diperintah agar segera berhijrah ke Madinah. 

Dipamerkan perbandingan Laluan Hijrah Nabi (berwarna kuning) berbanding laluan yang biasa digunakan oleh orang Arab ketika itu untuk berulang-alik antara Makkah dan Madinah (berwarna merah). 
Jalan yang ditempuh Rasul setelah keluar dari rumah baginda adalah menempuh Gua Tsur yang berjarak sekitar 6-7 km di selatan Makkah, sedangkan Madinah berada di sebelah utara Makkah. Di Gua Tsur ini, Rasulullah dan Abu Bakar tinggal selama kira-kira tiga hari.

Selanjutnya, baginda mengambil laluan ke arah barat menuju Hudaibiyah. Kemudian, menuju arah Madinah dan berhenti di sebuah kawasan di Al-Jumum dekat wilayah Usfan. Lalu, bergerak ke arah barat dan berpusing ke perkampungan Ummu Ma'bad serta berhenti di wilayah Al-Juhfah.

Selanjutnya, baginda menuju Tsanniyat al-Murrah, Mulijah Laqaf, Muwijaj Hujaj dan Bath Dzi Katsir sehingga tiba di Dzu Salam. Di sini, baginda berputar ke arah barat sebelum meneruskan perjalanan ke arah Madinah dan berhenti di daerah Quba'. Di sinilah baginda mendirikan Masjid Quba yang merupakan masjid pertama yang didirikan Rasullullah SAW.

Selepas bertolak dari Quba, Rasullullah bersama umat Islam lainnya melaksanakan solat Jumaat. Untuk memperingati peristiwa itu, dibangunkan sebuah masjid di lokasi ini yang dinamakan Masjid Jumaah. Setelah itu, barulah Rasullullah SAW menuju Madinah. 





Di muzium ini juga, kita juga dapat melihat model Masjid Nabawi yang pertama sekali dibina di Madinah. Binaannya sangat simple berbanding masjid yang ada sekarang. 

Model rupa sebenar rumah kediaman Nabi Muhammad SAW turut dipamerkan di dalam muzium ini. 


Ini pula bahagian pameran kehidupan seharian Rasullullah SAW. 




































Dari 27 peperangan yang dicatatkan di zaman Rasullullah, 7 yang benar-benar berlaku. Yang lainnya dapat dielakkan dengan perjanjan damai atau penarikan diri dari pihak musuh.

Rasulullah SAW mempunyai sahabat-sahabat terbaik yang dijamin masuk ke syurga dan itu menambah kemuliaan mereka. Mereka adalah Abu Bakar As-Siddiq, Umar bin Khattab, Usman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Saad bin Abi Waqqas, Abdurrahman bin Auf, Abu Ubaidah bin Jarrah, Thalhah bin Ubaidillah, Zubair bin Awwam dan Sa’id bin Zaid. 

Sepuluh sahabat ini adalah manusia terbaik di kalangan kaum Quraisy, susuk terbaik di kalangan pemeluk Islam generasi awal, terbaik di kalangan kaum Muhajirin (yang berhijrah ke Madinah), terbaik di kalangan pasukan Perang Badar dan terbaik di kalangan para pembai’at Rasulullah SAW. 
Abu Bakar As-Siddiq ra adalah seorang pedagang Quraisy yang selalu menjaga kehormatan diri. Dia adalah seorang yang kaya, berpengaruh serta memiliki akhlak yang mulia. Sebelum datangnya Islam, tak seorang pun pernah menyaksikan Abu Bakar minum arak ataupun menyembah berhala. Dia tidak pernah berdusta. Begitu banyak kemiripan di antara beliau dengan Rasulullah sehingga beliau dilantik menjadi khalifah pertama setelah Rasulullah wafat. Rasulullah selalu mengutamakan Abu Bakar di kalangan para sahabatnya yang antara lain Hadis Nabi ada menyebut: "Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan seluruh umat niscaya akan lebih berat keimanan Abu Bakar". 

Saad bin Abi Waqqas ra pula adalah orang pertama yang terkena panah fisabilillah, seorang yang keislamannya sangat dikecam oleh ibunya, namun tetap tabah dan kukuh pada keislamannya.

Umar bin Al-Khattab ra masuk Islam setelah bertemu dengan adiknya Fatimah dan suami adiknya Said bin Zaid pada tahun keenam kenabian. Sebelum Umar, telah ada 39 orang lelaki dan 26 wanita yang masuk Islam. Di kalangan kaumnya, Umar terkenal sebagai seorang yang pandai berbincang, berdialog, memecahkan permasalahan serta bersikap kasar. Setelah Umar masuk Islam, dakwah dilakukan secara terang-terangan. Di saat hijrah juga, Umar adalah segelintir orang yang berhijrah dengan terang-terangan. Dia sengaja berangkat pada siang hari dan melewati gerombolan orang Quraisy. Ketika melewati mereka, Umar berkata: "Aku akan meninggalkan Makkah dan menuju Madinah. Siapa yang ingin menjadikan ibunya kehilangan puteranya atau ingin anaknya menjadi yatim, sila menghalang aku di belakang lembah ini!” Mendengar perkataan Umar, tak seorang pun berani mengikut apalagi mencegah Umar. Banyak pendapat Umar yang dibenarkan oleh Allah dengan menurunkan firmanNya seperti di saat peristiwa kematian Abdullah bin Ubay (Surah At-Taubah, Ayat 84), ataupun di saat penentuan layanan terhadap tawanan Perang Badar di mana pendapat Umar dibenarkan Allah dengan turunnya Surah Al Anfal, Ayat 67.

Abu Ubaidah bin Al-Jarrah ra terpaksa membunuh ayahnya dalam Perang Badar, sehingga Allah menurunkan ayat Al Quran, Surah Al Mujadilah : Ayat 22. Dalam perang Uhud, Abu Ubaidah mencabut besi tajam yang terkena pada kedua rahang Rasulullah, dan dengan berbuat begitu beliau rela kehilangan giginya. Abu Ubaidah mendapat gelaran dari Rasulullah sebagai pemegang amanat umat, seperti dalam sabda baginda: “Tiap-tiap umat ada seorang pemegang amanat, dan pemegang amanat umat ini adalah Abu Ubaidah bin Al-Jarrah.”

Usman bin Affan ra adalah seorang yang sangat dermawan. Dia pernah membiayai seluruh persiapan pasukan perang seorang diri. Setelah kaum Muslimin berhijrah, di saat kesulitan mendapat air, Usman telah membeli telaga dari seorang Yahudi untuk kepentingan kaum Muslimin.

Abdurrahman bin Auf ra adalah seorang pedagang yang berjaya, namun meninggalkan semua harta yang telah dia usahakan sekian lama pada saat berhijrah. Setelah berada di Madinah, beliau kembali menjadi seorang yang kaya raya dan pada saat beliau meninggal dunia, wasiatnya adalah agar setiap peserta perang Badar yang masih hidup mendapat 400 dinar, sedang yang masih hidup saat itu sekitar 100 orang termasuk Ali dan Usman. Beliau juga berwasiat agar sebahagian hartanya diberikan kepada Ummahatul Muslimin, sehingga Aisyah berdoa: “Semoga Allah memberi minum kepadanya air dari mata air Salsabil di syurga”.

Ali bin Abi Talib ra adalah pemuda pertama yang masuk Islam. Dia juga dengan begitu berani telah menggantikan Rasulullah di tempat tidur baginda pada saat Hijrah. Ali yang dinikahkan oleh Rasulullah SAW dengan puteri kesayangannya Fatimah, sangat sederhana kehidupannya.

Said bin Zaid ra yang merupakan adik ipar Umar bin Al-Khattab adalah orang yang dididik oleh seorang ayah yang memperoleh hidayah Islam tanpa melalui kitab atau nabi mereka, seperti halnya Salman Al Farisi, dan Abu Dzar Al Ghifari. Ramai orang yang lemah berkumpul di rumah mereka untuk memperoleh ketenteraman dan keamanan serta penghilang rasa lapar, karena Said adalah seorang sahabat yang dermawan.

Az-Zubair bin Al-Awwam ra masuk Islam pada usia 15 tahun dan hijrah pada usia 18 tahun, dengan siksaan yang diterima dari bapa saudaranya sendiri. Kepahlawanan Az-Zubair bin Al-Awwam yang pertama terlihat dalam Perang Badar saat dia berhadapan dengan Ubaidah bin Said bin Al-Ash. Az-Zubair berjaya menombak kedua matanya sehingga akhirnya Ubaidah tersungkur tidak bergerak lagi dan hal ini membuatkan pasukan Quraisy ketakutan. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Setiap nabi memiliki pengikut pendamping yang setia (hawari), dan hawariku adalah Az-Zubair bin Al-Awwam.” Az-Zubair bin Al-Awwam adalah suami kepada Asma binti Abu Bakar yang menghantarkan makanan pada Rasul saat baginda berhijrah bersama ayahnya. 

Thalhah bin Ubaidullah ra terkena lebih dari 70 tikaman atau panahan serta jari tangannya putus dalam Perang Uhud. Namun Thalhah yang berperawakan tegap serta sangat kuat inilah yang melindungi Rasulullah di saat-saat genting. Beliau memapah Rasulullah yang tubuhnya telah berdarah menaiki Bukit Uhud yang berada di hujung medan pertempuran di saat kaum Musyrikin pergi meninggalkan medan peperangan karena menyangka Rasulullah telah wafat. Rasulullah pernah berkata kepada para sahabatnya, "Orang ini termasuk yang gugur dan barang siapa yang senang melihat seorang yang syahid berjalan di muka bumi, maka lihatlah Thalhah".











Khulafa Al-Rasyidin bererti wakil-wakil atau khalifah-khalifah yang benar atau lurus. Mereka adalah waris kepimpinan Rasulullah SAW selepas kewafatan baginda. Perlantikan mereka dibuat secara syura (perbincangan para sahabat) atau pilihan khalifah yang sebelumnya. Khulafa Al-Rasyidin terdiri dari Abu Bakar As-Siddiq ra, Umar bin Al-Khattab ra, Usman bin Affan ra dan Ali bin Abi Talib ra.



Khutbah terakhir merujuk kepada khutbah atau ucapan terakhir Nabi Muhammad SAW kepada sekumpulan besar pengikut dan masyarakat Islam yang hidup pada zaman Nabi Muhammad SAW. Ia berlaku pada peristiwa Haji Wida' Rasulullah SAW yakni pada 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin.

Pesanan-pesanan Rasulullah SAW. 




Pada tahun 632 M, beberapa bulan selepas peristiwa Haji Wida atau Haji Perpisahan, Nabi Muhammad SAW telah jatuh sakit lalu wafat. Ketika kematiannya, hampir seluruh Semenanjung Arab berada di bawah naungan Islam dan bersatu dengan tatanegara Islam. 


Pada akhir bulan Safar tahun 11 H, Nabi SAW mula mengeluh sakit kepala. Baginda merasakan kesakitan yang berat. Oleh kerana sakitnya semakin berat, Nabi SAW memerintahkan Abu Bakar untuk menjadi imam kepada masyarakat. Abu Bakar menjadi imam solat selama beberapa hari di masa hidup Rasulullah. 

Pada hari Isnin, bulan Rabiul Awal tahun 11 H, Nabi SAW wafat. Hari itu adalah waktu dhuha yang penuh kesedihan. Bumi kehilangan orang yang paling mulia yang pernah menginjakkan kaki di atasnya. 

Berita di pagi duka itu tersebar di kalangan para sahabat. Dunia terasa gelap bagi mereka. Hati-hati mereka bergoncang, tidak percaya bahawa kekasih mereka telah tiada hingga ada di antara mereka yang menyanggahnya. Umar berteriak, “Rasulullah SAW tidak wafat. Beliau tidak akan pergi hingga Allah memerangi orang-orang munafik.”

Abu Bakar memerintahkan Umar duduk. Namun Umar menolak duduk. Orang-orang mula beralih dari Umar menuju Abu Bakar. Berkata Abu Bakar, "Siapa di antara kamu yang menyembah Muhammad SAW, maka Muhammad telah wafat. Siapa yang menyembah Allah, maka Allah Maha Hidup dan tidak akan wafat".

Kemudian Abu Bakar membacakan firman Allah, “Dan Muhammad hanyalah seorang Rasul; sebelumnya telah berlalu beberapa rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh, kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa berbalik ke belakang, maka ia tidak akan merugikan Allah sedikit pun. Allah akan memberi balasan kepada orang yang bersyukur.” (Al Quran, Surah 'Ali Imran : Ayat 144).




Mengesat mata saya baca.....










Syafaat Rasulullah SAW.












Saya sangat galakkan kepada sesiapa sahaja yang berada di Madinah untuk melawat exhibition ini. Lawatan ke pameran ini sangat meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri kami. Syukur Alhamdulillah.

Bangunan exhibition ini terletak betul-betul di sebelah Masjid Nabawi on the opposite side of Perkuburan Baqi.

Di pintu keluar exhibition ini ada kaunter ini di mana pelawat boleh membeli buku dan lain-lain souvenir.


Kami beli buku ini, 'Al Madinah Al Munawwarah - The Refuge of Faith'. It is a excellent book! 



Lepas lawatan ke exhibition, kami terus ke Masjid Nabawi dan menunaikan solat Maghrib dan Isyak. 

Hidangan makan malam kami. Alhamdulillah. Esok kami dah nak berangkat balik ke tanahair. 

Bersambung....

Saya list di bawah semua entries Umrah 2017 for easy reference:
DAY 01 - PREPARATION & DEPARTURE

DAY 02 - ARRIVAL & UMRAH PERTAMA

DAY 03 - MASJID SITI AISYAH, TANAIM

DAY 04 - JABAL ABU KUBAIS, JABAL THUR, MASJID AL RAJHI, UMM AL-QURA UNIVERSITY, ARAFAH, MASJID NIMRA, JABAL RAHMAH, AIN ZUBAIDAH, WADI MUHASSIR, MASJID MASYA'IR HARAM, MUZDALIFAH, MINA, JABAL QURBAN, KOMPLEKS JAMRAH, MASJID BAIAH AQABAH, JABAL NUR, JAARANAH & UMRAH KE 2

DAY 05 - TAIF, MASJID ANDULLAH BIN ABBAS, MASJID KU', EMPANGAN IKRIMAH, PASAR BUAH-BUAHAN, MASJID MIQAT QARNUL MANAZIL & UMRAH KE 3

DAY 06 -  LADANG UNTA, EXHIBITION OF THE TWO HOLY MOSQUES ARCHITECTURE & YAYASAN JAMIYYAH KHAIRIYYAH

DAY 07 - BERANGKAT KE MADINAH, MASJID JIN, TANAH PERKUBURAN MAA'LA, KAWASAN ABU LAHAB, MASJID SITI AISHAH & WADI QUDAID

DAY 08 - MASJID GHAMAMAH, MASJID QUBA', LADANG KURMA, TELAGA YASEERAH, JABAL UHUD, MASJID SAYYID AL-SHUHADA, JABAL RUMAT, PERKUBURAN SHUHADA, MASJID QIBLATAIN, KAWASAN KHANDAK, MASJID SAB'AH, MASJID FATH, MASJID KHANDAK, PASAR KURMA, ZIARAH MASJID NABAWI, TELAGA HA DAN PERKUBURAN BAQI'

DAY 09 - PART 01 - MASJID BANI MUAWWIYAH, MASJID IMAM BUKHARI, SANDSTORM AREA, HIJAZ RAILWAY MUSEUM, MADAIN SALEH

DAY 09 - PART 02 - AL-HIJR (MADAIN SALEH)

DAY 10 - MASJID BILAL BIN RABAH, MASJID JUMMAH, BUKIT TSANIYATUL WADA', MASJID QUBA, TELAGA ARIS, KUBU KAAB BIN ASYRAF, BUKIT KHURAIDAH, KUBU URWAH BIN ZUBAIR, HIJAZ RAILWAY STATION MADINAH, MASJDI AMBARIAH

DAY 11 - PART 01 - MASJID QUBA, THE REFUGE OF FAITH EXHIBITION, UNIVERSITI ISLAM MADINAH, WADI AQIQ, MASJID QIBLATAIN

DAY 11 - PART 02 - SOKAIFAT BANI SAEDAH & MUHAMMAD MESSENGER OF ALLAH EXHIBITION


DAY 12 - GOING HOME

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment