Friday, June 27, 2014

BALI 2014 - DAY 01 - PART 01 - DEPARTURE AND GARUDA WISNU KENCANA CULTURAL PARK

And 6 years later we were in Bali again :).

Well, apart from not needing to have to take leave too long, not a long haul flight, not too costly, we decided to go to Bali again because we wanted to visit/experience places that we did not get to during our last visit there. One of them is to watch Kecak dance :).

Penerbangan Malaysia Airlines MH715 dari KLIA ke Denpasar mengambil masa lebih kurang 2 jam. Kami tiba di Bandar Udara Ngurah Rai pada pukul 11:50 pagi dengan selamat, Alhamdulillah. Kapal terbang Boeing 777-200 yang kami naiki itu penuh dengan foreigners [about 90%]. Agaknya sebab masa tu musim cuti sekolah kat Malaysia dah habis. Flight tu penuh!

Then we notice pramugari yang bertudung. Dah boleh bertudung ke sekarang crew Malaysia Airlines? Dah tak payah pakai kebaya ketat ke? Bagus la! So saya pun interview la sikit pramugari tu masa dia tengah serve breakfast. Menurut Cik Tuty, mereka adalah krew Penerbangan Charter Malaysia Airlines yang usually jadi crew untuk pernerbangan2 khas seperti untuk penerbangan jemaah Haji dan Umrah. And also sometimes they were also called to crew commercial flights but still wears their own uniform.

Lepas jumpa Pak Wayan tour guide kami, kami terus minta dibawa ke restoran untuk makan tengahari. Pak Agung pula adalah pemandu kami. Lunch kami hari itu adalah di restoran Malioboro di Denpasar. Main dish di restoran ni ialah ayam tulang lunak. Sedap bunyinya :)

Kami order Ayam Presto Cabe Merah. Wooo... cabai merah tu sedap betul. Ayamnya pun lazat. Kalau bukak cawangan kat KL sure meletop. Restoran ni ade cawangan di Jurong Point, Singapore.

Also kami order Sup Gurami yang rasa supnya sungguh perisa.

And of the three dishes that we ordered, yang ni my favourite, Plecing Kangkung. Kecur bila teringat balik...hihi....

Alhamdulillah, syukur lunch kami hari tu begitu lazat. Simple je tapi sedap dan mencukupi.

Lepas lunch kami terus dibawa ke hotel untuk check-in dan berehat sekejap sebelum proceed with itinerary seterusnya. Hotel Best Western Kuta Beach ni bertaraf 3 bintang dan kami pilih kerana ianya terletak cuma 10 minutes walk to Kuta beach. We planned during our free time kami nak ke pantai. I was hoping to capture some shots of surfers in action :). Hotel ni basic tapi selesa. Yg penting tak sempit, jadi selesa untuk bersolat. Juga ader anak panah arah kiblat kat siling :). And the food is halal. I asked the chef himself..hihi.

Dah selesai solat jamak, kami terus bertolak ke GWK atau Garuda Wisnu Kencana. It is a Cultural Park and masih lagi sedang dalam pembinaan yang dijangka siap pada 2015. Namun ramai juga pelancung yang datang khasnya Indonesian sendiri terutama dari pulau Jawa. Fyi, masa tu cuti sekolah di Indonesia. In fact, di huge electronic signboards di bandar Denpasar juga byk iklan GWK ni.
Untuk keterangan lanjut tentang GWK ni silalah ke sini.

Mengikut kata Pak Wayan jarang sangat pelancung Malaysia datang ke GWK. Saya rasa ini benar kerana bila saya check holiday packages ke Bali tak ader yg itinerary nya include GWK.

Ni lokasi GWK. Garuda Wisnu Kencana Cultural Park ni terletak di atas Bukit Peninsula di bahagian selatan pulau Bali. Ianya sebesar 240 hektar. Cuma 15 minit sahaja dari Ngurah Rai International Airport. Belah baratnya ialah Uluwatu dan belah timurnya pula ialah Nusa Dua.

Ni Pak Wayan tour guide kami. Saya buat2 kecewa kerana dia tak pakai pakaian tradisional rakyat tempatan Bali. He took it seriously and berjanji akan pakai pakaian tu esok...hihi. I told him yang saya cuma bergurau je...hihi.
And that's our ride. Alhamdulillah selesa. Since cuma kami berdua, so we got the air-con all to ourselves...hihi. Panas jugak kat Bali tengahari tu tapi gradually got cooler sebab mendung2 sikit.

Dah gelaran pun 'Pulau Dewata' maka tak heran la sana sini byk statues cam ni.

This is how GWK will look bila dah completely siap. So epic, right. According Pak Wayan park tu masih tak siap kerana tak cukup dana. So they have to gradually built it.

Patung yg sangat besat tu ialah Lord Vishnu tengah tunggang Garuda. Ia direka dan dibina oleh Nyoman Nuarta. Tingginya patung ni dengan pedestal sekali ialah 150 meter dan sayap garuda tu 64 meter lebarnya. Dibuat dari 4,000 tan copper and brass.

And that huge statue is based on this small statue.

And this is just to show that part of Lord Vishnu from waist up.

And this is part of the huge statue i.e Lord Vishnu body from waist up. Part ni dah siap and on display. Nanti bila semua dah siap baru all parts will be assembled and attached. Katanya boleh rival statue of Liberty.

Ni pulak tangan Lord Vishnu. Also dah siap tunggu disambung pada body.

Dan ni pula ialah kepala Garuda. Standing there I was terkejut jugak of the sheer size of these parts. Kalau parts ni dah besar cam ni, bayangkan bila dah disambung dan siap sepenuhnya.

Ok, actually one of the main reasons saya nak ke GWK ni ialah kerana nak tengok [and take photos, of course] the Balinese dance performance. Park ni ader daily Balinese dance performances every on the hour for half hour di amphitheatre. Tapi kami sampai di theatre tu pukul 3:40 pm dan maknanya baru je miss. Pukul 4:00 pm pulak ader Balinese parade and pukul 5:00 pm ader performance joged bumbung dan bukan Balinese dance. And we cannot be there too long cause we have other places to go. Oh no!

Agaknya muka saya nampak kecewa, Pak Wayan terus kata supaya jangan risau sebab masa parade tu juga ader Balinese dance. Lagi best dia kata kerana Balinese dance yg masa parade tu akan diadakan di depan patung Lord Vishnu dan bukan kat dalam theatre. Saya terus bersemangat balik...hihi. Also Pak Wayan said, esok pun kita akan tengok dance performances yg lebih elaborate. Saya terus tersenyum sepanjang hari itu...hihi...

Saya tanya pada Pak Wayan boleh ke masuk ke dalam amphitheatre tu since tengah tak de performance. Saje la since dah termiss show pukul 3:00 pm, saya nak tengok2 le dalam theatre terbuka tu. Pak Wayan kata tentunya boleh :). Waa... masuk2 je kat atas pentas [rendah je pentas tu] ader 2 patung2 ni. Juga ader beberapa performers tengah berehat sementara tunggu masa for the parade. Saya mintak izin dulu nak ambik gambar patung2 ni. Diaorg kata tentu saja boleh dan senyum. Agaknya lucu tgk gelagat 'pelancung' saya ni...hihi... Saya lagi lebar senyum...hihi.

Lepas ambik gambar patung2 tu, saya sembang2 sambil ambik gambar performers tu. Sangatlah baiknya mereka ni. Cumanya malu2 sikit bila gambar diambil...hihi....

Ini di Plaza Kura-Kura. According tu mitos, dulu2 masa pulau Jawa baru nak membentuk, pulau tu asyik terumbang ambing dan bergegar goncang. So para dewa2 pun meeting dan decide nak paku pulau Jawa tu dengan cara memindahkan gunung Mahameru dari India ke atas pulau Jawa.

So apa kena mengena dengan kura-kura pulak. Ok, nak cerita la ni...hihi...

So nak bawak gunung Mahameru tu dari India ke pulau Jawa, dewa Wisnu menjelma jadi kura-kura. Apparently mestilah kura-kura bersaiz raksasa [dan tentunya lagi besar dari godzilla dan semua raksasa yg Ultraman pernah lawan]. Then kura-kura jelmaan dari dewa Wisnu tu pun gendong gunung Mahameru dipunggung dia. Tapi nantinya gunung Mahameru tu akan slipped off the punggung and jatuh. So how? So dewa Brahma pulak menjelma jadi seekor ular raksasa [of course] dan belit kedua-dua kura-kura dan gunung Mahameru tu dan ikat kuat2. So ingatkan kura2 tu dah sgt2 besar, now imagine la betapa besar dan panjangnya ular tu! So baru la gunung tu boleh ditransport dengan aman.

Jadinya kura2 tu jadi simbolik, yg boleh beri kestabilan banggunan. So org Bali bila buat rumah akan tanam patung kura2 di dalam asas/foundation rumah yg mereka nak bina tu.


Ni pula di Plaza Wisnu. Ni patung Wisnu yg baru separuh siap. Bila parts lain dan siap baru assemble. Dia bukan tutup mata tapi melihat ke bawah. Sebab kedudukan dia yg sgt tinggi, maka bila dia tgk bawah sampai nak pejam mata.

Sempat bergambar dengan patung besar ni.
I look tall and slim...hahahaha.... Aaaa.... I love wide/stretch lenses...hihi...

Ni views dari Bukit Peninsula at Plaza Wisnu. Boleh nampak laut, airport and cities.

Ader kuil kecil di belah kiri patung Wisnu tu.

Also kat sebelah kiri patung Wisnu ader sebuah mata air yg dinamakan Parahyangan Somaka Giri yg dianggap suci oleh orang Bali. Kenapa sacred? Sebab air tu keluar dari barren limestones hills. Dan air tu dipercayai boleh sembuhkan pelbagai penyakit dan air itu juga adalah antara ramuan yg diperlukan untuk 'panggil' hujan.

Ni dia holy man yg jaga air mata tu. A very gentle man and sporting je bila tanya boleh ke ambik gambar. Tu dia siap tunjuk dia selok dalam lobang dengan sudip dan kaut air. Lepas tu curah dalam bekas :)


Cik2 ni nampak gaya cam orang Islam. Tapinya nampak cam mereka pun ambik 'berkat' dari air dan dari pendita hindu tu.

Satu pose istimewa dari Mr. Holy Man :)

Dan ni pulak kepala Garuda tunggangan Lord Vishnu. Besar giler. Langit pulak awesome blue masa tu :)

And then the parade started. Pak Wayan dah siap2 bagitau kami supaya stay kat Plaza Wisnu tu sebab parade tu akan berakhir di plaza tu dan performance akan di buat depan patung Wisnu. Also dia suggested that we find the best place to sit. Awesome, yes? :)

Ni parade moving up the stairs to Plaza Wisnu.

And then they performed. Tak lama cuma lebih kurang 20 minutes tapi dah cukup pada saya. Janji dapat shot2 ni buat kenangan dan untuk pengalaman dapat tgk dan shooting Balinese dancers.














Dia ni memang sangat lawak. Riuh plaza tu dengan hilai tawa pengunjung2 sebab gelagat kelakar dia...hihi...

Dan saya sempat bergambar dengan si pelawak. Siap request dia tanggal topeng...hihi. So sporting diaorg ni!

Then kami terserempak dengan adik2 comel ni. Saya tanya mereka dengan loghat Indon broken saya adakah mereka juga performers? Mereka gelak dan kata bukan. Cuma mereka di situ kerana ader acara keramaian.

Pose yg lebih santai.. hihi...

Dan ini tangan2 Wisnu di letak di kawasan Tirta Agung. Sebenarnya area ni tutup tapi saya request jugak nak masuk ambik gambar, kalau boleh la. And both Pak Wayan dan Pak Agung so gladly took us there.. hihi...




And that's how huge it is, the hands, not me la....hihi...

Bersambung.. 

Di bawah ni saya senaraikan links kepada semua entries Bali 2014 saya:
1) BALI 2014 - DAY 01 - PART 01 - DEPARTURE AND GARUDA WISNU KENCANA CULTURAL PARK

2) BALI 2014 - DAY 01 - PART 02 - KECAK DANCE

3) BALI 2014 - DAY 01 - PART 03 – STREET

4) BALI 2014 - DAY 02 - PART 01 - BARONG & KERIS DANCE

5) BALI 2014 - DAY 02 - PART 02 - BALI BIDADARI BATIK

6) BALI 2014 - DAY 02 - PART 03 - DEWI's FINE ART GALLERY & GOLD/SILVER JEWELRY & PADDY FIELD

7) BALI 2014 - DAY 02 - PART 04 – TEGALALANG

8) BALI 2014 - DAY 02 - PART 05 - TIRTA EMPUL

9) BALI 2014 - DAY 02 - PART 06 – STREET

10) BALI 2014 - DAY 02 - PART 07 - KAMPUNG AREA

11) BALI 2014 - DAY 03 - PART 01 - KUTA BEACH

12) BALI 2014 - DAY 03 - PART 02 - SURFERS KUTA BEACH

13) BALI 2014 - DAY 03 - PART 03 - DOMBA COFFEE

14) BALI 2014 - DAY 03 - PART 04 - SCHOOL KIDS

15) BALI 2014 - DAY 03 - PART 05 - TANAH LOT

16) BALI 2014 - DAY 03 - PART 06 – PROCESSION

17) BALI 2014 - DAY 03 - PART 07 - PACUNG RESTAURANT

18) BALI 2014 - DAY 03 - PART 08 - ULUN DANU BERATAN

19) BALI 2014 - DAY 03 - PART 09 - DEVDAN SHOW

20) BALI 2014 - DAY 03 - PART 10 – STREET

21) BALI 2014 - DAY 03 - PART 11 - WHILE PASSING THROUGH VILLAGES

22) BALI 2014 - DAY 04 - PART 01 - KUTA BEACH

23) BALI 2014 - DAY 04 - PART 02 – SURFERS

24) BALI 2014 - DAY 04 - PART 03 - MONUMEN TRAGEDI KEMANUSIAAN

25) BALI 2014 - DAY 04 - PART 04 - PATUNG SATRIA GATOTKACA

26) BALI 2014 - DAY 04 - PART 05 – STREET

27) BALI 2014 - DAY 04 - PART 06 - FOOD IN BALI

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. Wisnu buat ' 1 Malaysia ' !!! :)

    Rahwana bagi flying kiss satu!!

    cantik sangat kan.. bila nengok mereka pada hari biasa-biasa pun berbaju kebaya berkain batik'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... langsung I tak terfikir like that..hihi... good one doc!
      Dah mulut dia pun dah semulajadi cam tu kan...hahaha...
      Betul tu doc. I just find it very fascinating. Simple je tapi very uniquely theirs and punya nilai tradisi yg tinggi dan yg dibanggakan.

      Delete