Saturday, September 26, 2009

JAPAN - MOUNT FUJI

Kami ke Jepun mengikuti Pakej JAL Select, anjuran Japan Airlines.

Setibanya di Narita, tourist guide kami yang bernama Kitty telah sedia menunggu. Kitty adalah seorang rakyat Malaysia berketurunan Cina yang sedang menuntut di Jepun. Dia bekerja part-time sebagai Tourist Guide pada waktu cuti.

 Hello Kitty :).


Tidak seperti di Malaysia, jurutol adalah terdiri dari orang-orang tua (mungkin pesara yang masih ingin bekerja).



Dari Narita Airport, bas membawa kami terus ke kawasan Gunung Fuji. Dalam perjalanan, kami melintasi sebahagian bandaraya Tokyo.











Sungai Sumida yang merentasi Tokyo.













Kami juga melintasi Taman Tema Fujikyu yang mempunyai roller coaster paling tinggi di dunia. Disebabkan cuaca yang baik ketika itu, puncak Gunung Fuji juga kelihatan di belakang Roller Coaster Fujikyu.





Kami makan tengahari di sebuah restoran yang menghadap ke Tasik Kawaguchi.


Orang Jepun makan menggunakan chopstick, dan disebabkan kami tak pandai makan pakai chopstick, kami minta sudu dan garfu. Namun, pelayan restoran kata mereka tak ada sudu dan garfu di situ. Yang ada cuma sudu dan garfu untuk kanak-kanak. Disebabkan tak ada pilihan, bantai sajalah makan pakai set kanak-kanak tu. Takkan nak makan pakai tangan pulak, terkejut orang Jepun tengok kami nanti.


Kami tiba di kaki Gunung Fuji pada waktu makan tengahari. Bas membuat perhentian di tepi Tasik Kawaguchi.


Ada 5 tasik yang terdapat di kaki Gunung Fuji. Tasik Kawaguchi adalah yang terbesar di antara kelima-lima tasik tersebut.









Selepas makan, bas membawa kami menaiki Gunung Fuji sehingga ke 5th station. Kami diberitahu ada 7 stesen di Gunung Fuji ini dan kenderaan hanya boleh naik sehingga ke stesen yang kelima sahaja.


Ketika itu, musim panas hampir berakhir dan musim luruh semakin menjelang. Jadi cuaca di Gunung Fuji (dan tempat-tempat lain di Jepun yang kami kunjungi sepanjang lawatan ini) amat nyaman dan menyenangkan.





Gate Torii di belakang kedai souvenir menandakan di situ terdapat sebuah kuil Shinto.
























Makcik Jepun ni beriya-iya nak bantu ambil gambar kami sampai berdiri di tengah jalan. Bila kereta lalu, dia suruh kereta tu berhenti sampai dia selesai snap gambar kami.


Disebabkan hari masih awal, Kitty mencadangkan supaya kami berkunjung ke sebuah ladang anggur. Terus saja seluruh ahli rombongan bersetuju.












Bersambung ke bahagian 2.

Di bawah ini saya senaraikan links untuk semua entries Japan saya:
1. JAPAN - MOUNT FUJI
2. JAPAN - LADANG ANGGUR DAN HOTEL MIFUJIEN
3. JAPAN - TOKYO, ASAKUSA TEMPLE DAN NAKAMISE STREET
4. JAPAN - GINZA DAN SHINJUKU
5. JAPAN - TOKYO DISNEYLAND

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment