Monday, May 14, 2018

IPOH - DAY 01 - OTW TO IPOH - HOTEL IMPIANA - KINTA RIVERFRONT

Seronok bila isteri ada kursus. Sebab boleh temankan. Seronok bila kursusnya 3 hari. Sebab masa dia berkursus, saya boleh pergi jalan-jalan. Dan kali ini isteri berkursus di Ipoh, Perak. Saya seronok sebab saya tak pernah lagi jalan-jalan expore Ipoh sebelum ini. Makanya research la apa yang patut sebagai persediaan.

Hujan lebat masa driving ke Ipoh. Tapi tak la all the way. Intermittent.  



Air terjun Lata Kinjang.

Banyak kereta mengarah ke KL. Slow moving dan panjang queue berkm-km.  

Dah nampak gunung karst.

Hujan lagi. Hmm.. hopefully tak hujan la masa nak jalan-jalan di Ipoh tu nanti.

Cantik pemandangan gunung ganang berbalam. 

Dah sampai Ipoh, Perak. Oh ya, btw, all photos ambil masa di highway ni mesti la isteri saya yang rakam since I was driving... hehe. 

Landskap Ipoh adalah sangat cantik dengan barisan bukit bukau struktur kars. Teringat masa kami di Guilin, China.


Bukit karst ni nampaknya dah hampir gondol.

Teruk dah bukit ini ditarah, dipotong dan diletup.

A closer look of the hill. Keindahan alam bukit batu kapur Perak yang dikorbankan bagi tujuan mendapatkan marmar dan untuk pemprosesan simen.

Sumber ekonomi vs warisan alam.

Adakah bukit-bukit lain juga akan jadi mengalami nasib yang sama? Harap-harap tidak. Satu cara ialah dengan pengiktirafan seperti Langkawi Geopark yang diiktiraf UNESCO. Granted di Langkawi tu bertaraf global tapi pengiktirafan Geopark kebangsaan juga boleh dibuat seperti yang dilakukan untuk Lembah Kinta Geopark. 


Kursus isteri saya diadakan di Impiana Hotel, Ipoh, Perak. Maka penginapan juga di situ. 

Cantik juga hotel ni. Ada level atas entrance hotel yang dibuat interiornya macam rumah Melayu.


Entrance hotel.

Lobi hotel. Hotel lama ni rasanya tapi dah refurbish. Nice.

Welcoming.

The lobby is quite huge actually with high ceiling.

Very comfy sofas.



Cafe and coffee house.

Piano and art.

360° satu.. hehe. 

More beautiful art. 

Our room.

Selesa. Alhamdulillah.

My wife yang hadir kursus, meals dah disediakan. Me, I have to order room service.. hehe. Or go to coffee house. 

Jengok luar tingkap bilik hotel. Macam nak hujan. 


Lepas settled in, went down to cafe, 'the deli', untuk minum petang.


Nice cafe ni. 

Pizza rendang tok?

Sebelah luar cafe ni ada swimming pool hotel.

Masa tunggu order food sampai, our drinks came with complimentary cookies. 

So nice, so buttery, so crumbly. Me like.

Food shot yang sangat cliché.. hehehe...

We had chicken and egg sandwich. Actually nak order cucur tapi after 5:00 pm mereka dah tak buat cucur. Hmm... 


Lepas tu ke swimming pool.












Dinner kami di bilik je. Malas nak bersiap dan turun ke coffee house. 


Mee goreng mamak and Ipoh prawn noodles. 

My wife's mee goreng mamak.

My Ipoh prawn noodles.

Lepas dinner, I decided nak ke Kinta Riverfront. Kenapa malam-malam nak ke sana? Sebab supposedly along tebing sungai di situ dibarisi dengan pokok-pokok lampu macam di i-City tu. I said supposedly sebab when I told the taxi driver saya nak ke sana terus dia kata tempat tu dah tak macam dulu. Pokok-pokok lampu dah banyak tak menyala kata dia. Still saya pergi sajalah ke sana since dah dalam teksi dah.  

Betul la. Gelap je tempat ni. Tak de kemeriahan like I saw/read di internet. Mungkin yang saya tengok tu foto-fofo/cerita lama.

Still the very helpful and informative taxi driver urged me to have a stroll at the place. He even offered to wait for me till I'm done and will send me back to the hotel. So nice of him. Ok then, here goes. 

Ini di bahagian yang ada deretan kedai dan art galleries. Terang tapi lengang. 

Ini jambatan merah yang sepatutnya super nicely lit, which apparently was not when I was there. 

Ini view dari jambatan merah mengadap kedua-dua belah tebing sungai depan Kinta Riverfront Hotel & Suites. Ada pokok-pokok lampu tapi dah tak menyala. Rosak dah semuanya. Gelap.

On the other side ada beberapa pokok lampu yang masih menyala although cuma beberapa branches of the trees je yang menyala. Pitiful sungguh rupanya.. hehe... 

Kata taxi driver dah lama dah keadaan tempat ni macam ni sebab pihak Kinta Riverfront Hotel & Suites dah tak jaga dah tempat ni. Tapi saya sendiri tak tahu pihak mana yang suppose to be responsible for the upkeep of this place. Hotel ke? Majlis Bandaraya Ipoh? Jabatan Pengaliran dan Saliran Perak? Entah la.

Ada banyak love locks. Bukti tempat ini dulu adalah a popular spot. 

Now nak jalan di jambatan ni masa malam pun rasa creepy sebab gelap.



Jambatan dan hotel.

Boleh sewa basikal. Which showed that once this place was buzzing with activities dilawat oleh warga Ipoh. Fyi, masa saya di sini it was malam weekend which the taxi driver said dulu masa macam ni ramai pengunjung. Sampai impossible nak dapat parking.

Tempat ini even ada muzium. Ini Palong Tin Museum. 

Ok, jom let's see what inside. Fyi, tak ada air-conditioning. Ada seorang uncle security guard. He was nice, telling me a bit about the museum. 

Tentang muzium ini.





Jongkong timah.





















Selesai di muzium saya decided to just made one round jalan ke arah satu lagi jambatan, cross the river, then lalu depan deretan kedai dan galleries tadi and back to the taxi. 


Sedih betul rupa pokok-pokok lampu ni.

Satu lagi jambatan yang needs attention and care. Supposedly ada lighting yang macam hujan tu. Now it looks like this. 


Still saya berusaha la jugak ambil gambar. Kesian saya kan... hehehe... 

Adalah lebih mudah dan lebih elok gambar outdoor malam macam ni kalau shoot pakai handphone. 






Sebuah galeri. 


Saya masuk ke dalam office/kedai Tourism Perak ni to get some maps. Lupa pulak nak tanya pada staff di situ kenapa Kinta Riverfront ni is not maintained. Oh well...

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment