Monday, June 8, 2015

JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - DEPARTURE - PANTAI SEPAT

Jalan-jalan Pantai Timur - Day 01 - Part 01 - Departure and Pantai Sepat.

Memang dah lama sangat dah teringin nak jalan-jalan ke pantai timur. Seronok baca blog kawan-kawan pergi ke sana. Makanya dengan gigihnya saya pun buat perancangan, buat baget dan mencari tempat-tempat menarik di sana. Banyak sungguh tempat-tempat menarik sebenarnya di sana tu. Jenuh memilih... hehe. Dah siap semua maka bertolaklah saya pada 21 May 2015 yang lepas. 

Rancangannya ringkas je. Pandu kereta dari KL ke Kuantan dan seterusnya ke Kuala Terengganu dan berakhir di Kota Bharu. Then balik KL ikut Gua Musang. Dan di sepanjang perjalanan berhenti di tempat-tempat menarik antara dan around ketiga-tiga bandar ni, mana yang sempat. Santai-santai dan enjoy je :).

Kali ni saya pergi berjalan dengan kawan saya Johan. Susah jugak nak cari kawan-kawan yang boleh pergi sama ni. Akhirnya pergi berdua sahaja sebab yang kawan-kawan yang lain semua tak dapat join sebab pelbagai hal. 

Lepas solat subuh kami terus bertolak. 

Masa dalam jam di jalan Ampang, on the opposite side, ada accident!
Terus berdoa semoga perjalanan-perjalanan kami selamat. Jauh kami nak jalan ni. 

Di highway berhenti sekejap isi perut. Mahal sungguh makna di Kaya Kopitiam tu! Spending kena jaga sebab ni trip baget!

Cantik sebenarnya pemandangan di highway ni masa awal pagi. Baru saya tahu sebab saya ni tersangatlah jarangnya travel di lebuhraya ni.


Of course lah a couple of snaps of the tunnel :).


Indah berkabus. SubhanAllah. 


Dan akhirnya kami pun sampai ke destinasi pertama. Kami tidak ke Kuantan dahulu sebab nak ke arah Pekan. On the way to Pekan singgah dulu sekejap di Pantai Sepat. Actually banyak sekali pantai-pantai menarik jadi kami plan singgah mana yang sempat dan sekejap sahaja for me to take a few shots. 

Dan tentunya saya took snaps of people too :).

Masa menyusur Pantai Sepat ni dalam kereta saya ternampak 2 orang lelaki ni. Seorang membawa jala dan sorang lagi membawa baldi. Saya jadi curious! Photo opp yang bagus ni.. hehe. Terus saya asked Johan to stop at the nearest parking area. 

Memang cantik Pantai Sepat ni. Long sandy beach.

Saya pun terus menuju ke arah lelaki2 tadi curious nak tahu apa yang mereka buat. Well, it was pretty obvious mereka sedang menjala but I want to know more lah.. hehehe...

And dapat satu shot jala sedang ditebar! :)

Saya pun beri salam dan berteguranlah dengan lelaki2 tu. Sambil sembang2 tu mereka beritahu yang mereka sedang menjala ikan belanak untuk dijadikan umpan. 

Dan ikan-ikan tangkapan tu diletak dalam baldi ni siap ada pam udara supaya ikan-ikan terus hidup dan segar. Tentunya ikan hidup is a better bait kan :).

Secara fotografi, this encounter sure was a good and promising start for the trip :).

And as they moved on to the next area untuk menjala, saya pun beralih ke pemandangan Pantai Sepat yang cantik ni for a few shots. 



Walau pun panas masa tu, tapi rasa lega juga sebab suasana berangin :).

One shot taken with mobile phone :).

Pantainya luas, bersih, berpasir dan landai. Pastinya masa weekend ramai pengunjung berkelah dan beriadah. 

Beautiful blue sky!


A couple of people shots :)


One of my fav shot lah :).


Saya jalan jauh sikit lagi di kawasan tepi pantai yang banyak pokok.

Ada orang yang sedang memancing.

Lega dapat berteduh di bawah pokok-pokok yang rendang ni.



Brader ni tengah doing some long distance fishing. 

Dia tengah buat long distance casting. A bit of an action shot lah :).

Ada pulak burung-burung ni tengah terbang. Kelam kabut cuba nak dapatkan shots.. hehehe. Maklum la kan, tadinya dah berjam-jam dok dalam kereta, I was itching to take some photos.. hahaha... 


Sabar menunggu umpan dipagut. 

Saya approached lelaki ni dan kami sembang. Sekejap je sebab saya tak nak la macam mengacau pulak kan :). Anyway, dia memang cuti hari tu dan suka datang memancing masa week day masa tak de orang. Kalau petang atau hujung minggu, memang ramai orang kata dia.

A shot of the man's long distance fishing reel. 

Selesai saya ambik gambar kami pun masuk kereta untuk ke Pekan. 
Tiba-tiba.... ehhh... lembu!! Banyak! Mesti lah take a few shots.. hehehee... 
Siap berhenti tepi jalan nak ambik gambar lembu ok.. hahaha... 

So scenic! Dengan lembu-lembu di padang hijau with houses and coconut trees di background. Nice lah! 

Suasana jalan di Pantai Sepat yang lengang masa tu. We rolled the car windows down and enjoy the cool angin laut :). 

Tiba-tiba saya ternampak view ni! SubhanAllah, cantiknyaaaaa!

Serta merta saya mintak Johan to stop the car. Stop je saya practically jumped out the car.. hahahaha... 

Mula-mula I just let it all in. Nikmati keindahan alam ciptaanNya. Lama dah saya teringin nak lihat scenery sebegini bukan dari gambar2 tapi secara live. Macam tak percaya pun ada juga but there it was. 







Of course one shot taken with samsung mobile phone :).

Puas ambik gambar, kami pun bertolak ke destinasi seterusnya, ke Pekan...

Bersambung....

Di bawah ni saya senaraikan kesemua links entries Jalan-Jalan Pantai Timur saya:
01) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - DEPARTURE - PANTAI SEPAT
02) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - KAMPUNG BUDAYA PULAU KELADI
03) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - KUANTAN RIVER CRUISE
04) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - MASJID NEGERI SULTAN AHMAD 1 DAN PANTAI-PANTAI TELUK CEMPEDAK-BESERAH-BATU HITAM
05) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - PAYUNG GUESTHOUSE AND CHALETS
06) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - PAYUNG GUESTHOUSE AND CHALETS
07) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - PANTAI CHERATING DAN PANTAI KEMASIK
08) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - PUSAT KONSERVASI PENYU - PANTAI JAMBU BONGKOK - PANTAI KELULUT
09) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - MASJID TENGKU TENGAH ZAHARAH DAN BAS CAS LIGAS
10) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - PASAR BESAR KEDAI PAYANG, KUALA TERENGGANU
11) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - KAMPUNG CINA, KUALA TERENGGANU
12) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - MASJID ABIDIN DAN KT WALK
13) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - LARIAN PERDANA PMINT DAN MASJID KRISTAL
14) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - TAMAN TAMADUN ISLAM
15) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - TAMAN TAMADUN ISLAM RIVER CRUISE
16) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - MUZIUM NEGERI TERENGGANU - BOT KAYU
17) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - FESTIVAL KESENIAN KEBUDAYAAN
18) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - PASAR BESAR KEDAI PAYANG
19) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - MENUJU KE KOTA BHARU DAN PASAR SITI KHADIJAH
20) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - BANK PITIS-ISTANA BALAI BESAR-ISTANA JAHAR-ISTANA BATU- KG KRAFTANGAN
21) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - PASAR SITI KHADIJAH - SARAPAN
22) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - KB PERMAI SILVERCRAFT
23) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - NORDIN BATIK AND CRAFT SDN BHD
24) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - RS SERUNDING ENTERPRISE
25) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - DODOL HJH WAN NAB - BURUNG CANDIK
26) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - BAHULU PASIR HOR
27) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - GALERI WAU PAK SAPIE - CIK MINAH SONGKET
28) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - RESTORAN NASI ULAM CIKGU - MUZIUM KRAFTANGAN
29) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - ISTANA BATU
30) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - MASJID MUHAMMADI - MEMORIAL PEPERANGAN DUNIA KEDUA
31) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - MUZIUM ISLAM
32) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - MUZIUM WAU
33) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - PESTA WAU ANTARABANGSA KELANTAN 2015
34) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - GOING HOME
35) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - TRIP SUMMARY


No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

5 comments:

  1. En Syed.....!!!

    cantek sangat pokok kelapa dan bayang2 tuuu...!!!! rasa nak lompat2 je tengok gambar2 en Syed....

    percaya la klu yg saya pegi.. memang saya lompat2 kat situ.. pastu akan cakap... -- Mesti En Syed Suka..-- hahahahaa...

    macam biasa En Syed dan 360 deg snap photo...

    mentabjubkan.... !!! (anak saya cakap...)

    angkat ibu jari laju2 goncang....

    saya tunggu next entry...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eyh.... lupa lak....

      seronok nya.... naik kereta.... pusing2 macam ni....

      (satu dalam list saya.... nak round the Malaysia... naik kereta or public transport... tengok negeri orang... cerita orang ... InShaa Allah... suatu hari nanti..)

      Delete
    2. Kannnn...!!! Cantik sangat right! Saya pun hampir gak nak melompat.. hahahaha... Bukan apa, sebab betul2 tak sangka dan picturesque sangat.
      Kalau CPL ke Pantai Sepat ni must must must make sure cari lokasi ni! MUST! :). Tak susah nak cari. Tak payah masuk jalan dalam or belok sana sini. View ni betul2 tepi main road!
      Dan yang best nya juga ada big area to park kereta betul2 depan scenery tu. So kalau convey beberapa kereta pun tak jadi hal.
      Also saya suggest cuba arrive time sunrise or sunset. Sure lagi scenic!

      Cakap pada anak CPL uncle Syed say 'Thank you' :).

      Next entry is tomorrow ya :).

      Betul. Saya decided to drive this time around supaya bebas menentukan masa dan tempat-tempat yang nak dilawati. Nak spent lama ke, kejap ke at one place terpulang pada kita. Memang penat drive jauh2 ni tapi kalau penat can always stop by at one of the many gerai-gerai and take the opportunity to sample locals dishes and kuih muih lah :).

      Bagus la tu CPL. Gi la dengan geng Jogja atau geng Acheh. Better yet daftar je dgn Travel Agent Dr.Singa tu. Pasti puas hati dan harga package sangat berpatutan. Ehem... saya don't mind joining lah.. hehehe

      Delete
  2. hahahaaaaaaaaa!!
    Tokeh TGDS datang ni!!!
    apa sebut-sebut ni!!??
    :)

    en johan ni pun kaki kamera ke?
    atau abang sado , model macam adam? :)

    cantik sangatttttt pokok kelapa dan ' reflectionnya' tu!!
    mesti ' kid in a candy store ' kan!!!!!???
    :)

    berapa puluh shots ambik?? :)

    gambar randting kayu kat pantai sepat tu,
    gambar dengan fon lagi cantik dan sharp..
    iklan samsung eh!! kihkihkihhhhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak aaiii... garangnya! Hehehehe....
      Ada tersedak tak doc..hahaha.
      Tu ha, tgh dok rekomen your travel agent pada Cik Puan Lawa tu ha... She want to round2 Msia, jelajah negeri tanah air kita ni :). Dan tentulah travel agent yg first came to mind was yours :).

      Hehehe... si Johan tu is neither. Tapi dia memang suka jalan-jalan. Lagi saya nak stop sana sini nak ambik gambar lagi dia suka. He likes to explore and see things.
      Huih... dengar si Adam tu doc kata dia macam model, suka sgt la dia...hahahaha...

      Oh most definitely like a kid in a candy store la doc!!! Kalau boleh nak lagi lama kat situ. Kalau boleh nak tunggu sunset walau pun sunset is on the other side... hehehe... Betul scenery tu cantik sangat. Juga penting ialah pantai dan kawasan tu bersih! Bersih! So jadi nice dan senang bila take photos :)

      Hahahaha... macam tau tau je ek? Malu la nak admit, tapi confirm puluh-puluh je, bukan ratus-ratus. Saya tahan diri... hahahaha...

      Exactly, more sharper and defined. DSLR tu cam soft sikit.
      Oiittt... mesti la since ada orang tu dok promote talipon ipon jek... hahaha...

      Delete