Wednesday, May 31, 2017

UMRAH 2017 - DAY 11 - PART 01 - MASJID QUBA - THE REFUGE OF FAITH EXHIBITION - MASJID QIBLATAIN

Hari ke 11, kami membuat lawatan lagi. 

Apa-apa pun sarapan dulu. Mee goreng dan roti 😋.

Berdebu pagi tu, so pakai mask.

Masa tengah tunggu group members yang lain dalam bas, tetiba naik saudara ni jual barang. 

Cloudy morning.

Masjid Zu Al Nurain, near our hotel.

Seperti pagi-pagi sebelumnya, kami ke Masjid Quba dulu untuk solat sunat 2 rakaat.

Tiba di Masjid Quba.




Sekali lagi bersolat di bawah kubah.

Ruang solat wanita di tingkat satu di Masjid Quba.



Jumpa lagi family comel ni!

Jemaah dari Indonesia.

Di tepi Masjid Quba sekarang dah ada kedai-kedai.

Penjual tasbih dan buah kurma. 

Hari ini kami masuk melawat exhibition ini yang dinamakan The Refuge of Faith Exhibition yang terletak di sebelah Masjid Quba, sebuah pameran tentang sejarah dan warisan Al-Madinah Al-Munawwarah.

Apakah maksud 'The Refuge of Faith' ini? 
Abu Hurairah ra narrated that the Messenger of Allah SAW said, 'Faith will retreat to Madinah as a snake retreats to its hole' - reported by Al-Bukhari.

Pameran ini dan pameran-pameran lain seumpamanya adalah hasil usaha satu badan yang ditubuhkan untuk memelihara sejarah dan budaya Madinah untuk generasi akan datang dan badan ini dinamakan Al-Madinah Al-Munawwarah Studies and Research Center.
'Al-Madinah Al-Munawwarah has an old cultural heritage distributed in the books, manuscripts and documents that spread throughout the world in several languages. There has become critical need to establish an authority to be concerned with this heritage, to compile, study and present it to the current and future generations for the service of the City of the Prophet (PBUH) in particular, and heritage and culture in general. For this purpose, Al-Madinah Al-Munawwarah Studies and Research Center was established based on the supporting charity stance'.

Ustaz sedang teruja dengan koleksi buku-buku yang ada di pameran ini. Rare buku-buku tu kata Ustaz.

Antara yang dipamerkan ialah Al Quran lama dan kitab-kitab Hadith.




Masuk ke bahagian sejarah Al Madinah Al Munawwarah.

Tentang Al Haramain Railway Project yang alan menyambungkan Makkah, Madinah dan Jeddah.

'... all future projects of urban planning in Madinah to be geared towards the service of its visitors'. 

Info tentang Masjid Nabi yang asal.

Artist's impression Masjid Nabi yang asal seperti yang dibina oleh Rasulullah SAW. 

Artist's impression selepas pertukaran kiblat. 

Ada juga informasi tentang tahap-tahap kerja pembesaran Masjid Nabawi dari masjid yang asal yang dibina sendiri oleh Nabi SAW (berwarna magenta) pada 622 AD hingga ke pembesaran masjid yang dibuat oleh King Fahad pada 1984 (warna hijau).

Muzium ini cukup nyaman dan selesa. 

Ada info tentang Al Rawdah.

Juga tentang Minbar Nabi SAW.


Al Rawdah, a Garden of Paradise. 

Etika melawat kubur mulia Nabi SAW.

Baik, foto-foto seterusnya adalah pretty much self explanatory.





Antara para sahabat Nabi SAW yang merupakan ahli perniagaan.









Miniature Kota Madinah.


'.... it is in the swamp of Al-Jurf that Al-Dajjal (anti-Christ) will station himself when the angels prevent him from entering Madinah'. 











Dan di muzium ini juga ada foto-foto rare hitam putih ini. I got really exicted lah. 



Al Anbariyah Gate, Madinah. (Photographed by Mirza, around 1307 AH - 1890).  

Masjid Quba, Madinah. (Photographed by Mirza, 1307 AH - 1890).


Madinah, a panormic view. (Photographed by Mirza, around 1324 AH - 1907).



























Dan selesailah lawatan kami di muzium ini yang penuh dengan pelbagai maklumat tentang Al Madinah Al Munawwarah. Alhamdulillah. Saya sangat recommend lawatan ke muzium ini dimasukkan dalam itinerari pakej Umrah anda. 

Untuk ziarah yang seterusnya, kami dibawa pass by ke Universiti Islam Madinah yang banyak melahirkan ulama dan pakar-pakar agama Islam.
Universiti Islam Madinah Al-Munawwarah telah diasaskan pada 6 September 1961. Terdapat 5 buah kuliah yang ditawarkan di Universiti Islam Madinah Al-Munawwarah iaitu Al-Quran, Hadis, Syariah, Dakwah & Usuluddin dan juga Bahasa Arab. Bahasa pengantar yang digunakan di sini dah pasti Bahasa Arab.

Pelajar yang terpilih untuk belajar Universiti Islam Madinah Al-Munawwarah memang bertuah kerana segala-galanya percuma, termasuk yuran pembelajaran dan yuran asrama ditanggung oleh Kerajaan Arab Saudi. Pelajar di sini datang dari seluruh dunia dan mereka diberi elaun setiap bulan sebanyak SR 840 seorang serta disediakan tiket pergi balik percuma pada setiap tahun. Tetapi universiti ini hanya terbuka kepada pelajar lelaki sahaja.


Di hadapan kampus Universiti Islam Madinah, terletak Wadi Aqiq. Rasullullah SAW memberitahu para sahabat yang lembah ini diberkati dan baginda telah singgah di wadi ini dalam perjalanan pulang dari menunaikan ibadah Haji. Ada beberapa riwayat yang menjelaskan tentang sunnah untuk berdoa di sini, kerana Wadi Aqiq merupakan tempat yang baik dan mustajab untuk berdoa. 

Seterusnya kami melawat Masjid Qiblatain. Masjid ini pada mulanya dikenali dengan nama masjid Bani Salamah, kerana masjid ini dibangunkan di atas bekas rumah Bani Salamah. Ia terletak kira-kira 7 km dari Masjid Nabawi di Madinah.

Pada permulaan Islam, orang bersolat dengan menghadap kiblat ke arah Baitulmaqdis (Masjidil Aqsa). Rasulullah SAW ketika itu dicemuh oleh kaum Yahudi dan Nasrani dan orang-orang kafir yang mengatakan bahawa apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW itu hanya mencontohi dan mengikut ajaran nenek moyang mereka. Kerana itulah Rasulullah SAW berdoa dan meminta agar arah kiblat dipindahkan. 



Bersama Ustaz berjalan ke pintu masuk Masjid Qiblatain. Jemaah wanita adalah tidak dibenarkan masuk. 


Ini di ruang masuk ke pintu utama. Kasut ditanggalkan dan diletak di rak-rak kasut yang disediakan.

Doa Rasulullah SAW ini telah dikabulkan oleh Allah SWT di saat baginda sedang berada di masjid yang kemudian dinamakan sebagai Masjid Qiblatain ini. Pada tahun ke 2 Hijrah, pada suatu hari Isnin dalam bulan Rajab waktu Zohor di Masjid Salamah ini, tiba-tiba turunlah wahyu surah Al Baqarah ayat 144:
"Kami melihat wajahmu (Muhammad) sering mengadah ke langit, maka akan Kami palingkan engkau ke kiblat yang engkau senangi. Dan di mana saja engkau berada, hadapkanlah wajahmu ke arah itu. Dan sesungguhnya orang-orang yang diberi Kitab (Taurat dan Injil) tahu, bahawa (pemindahan kiblat) itu adalah kebenaran dari Tuhan mereka. Dan Allah tidak lengah terhadap apa yang mereka kerjakan”. (Al-Baqarah: 144).

Ketika turun wahyu tersebut, solat telah berlangsung dua rakaat. Bila mendengar wahyu tersebut, serta merta Rasulullah SAW diikuti para sahabat langsung menukar arah kiblat 180 darjah. Peristiwa perpindahan kiblat itu dilakukan sama sekali tanpa membatalkan solat, dan juga tidak mengulangi solat dua rakaat sebelumnya. 

Satu ketika dulu, bangunan Masjid Qiblatain memang memiliki dua arah mihrab yang menonjol (arah Makkah dan Baitulmaqdis). Namun tidak lama dulu, masjid ini telah diubahsuai oleh pemerintah Arab Saudi, dengan hanya memfokuskan satu mihrab yang menghadap ke Kaabah di Makkah. 

Mihrab yang menghadap ke Baitulmaqdis telah dikecilkan dan dijadikan sebagai kesan sejarah sahaja. Di bawahnya terdapat replika mihrab tua yang menyerupai ruang bawah kubah batu di Baitulmaqdis yang bercirikan tradisional.

Lokasi Masjidil Haram, Masjid Qiblatain dan Masjid Al Aqsa.

Tanda kiblat yang mengarah ke Masjid Al Aqsa.


Kedudukan Mihrab sekarang dan tanda kiblat lama di dalam masjid. 


Lawatan cuma sekejap sahaja tapi penuh dengan sejarah. Syukur Alhamdulillah.

Seperti biasa, bila tempat ramai dilawat, maka ramailah juga peniaga.


Bersambung....

Saya list di bawah semua entries Umrah 2017 for easy reference:
DAY 01 - PREPARATION & DEPARTURE

DAY 02 - ARRIVAL & UMRAH PERTAMA

DAY 03 - MASJID SITI AISYAH, TANAIM

DAY 04 - JABAL ABU KUBAIS, JABAL THUR, MASJID AL RAJHI, UMM AL-QURA UNIVERSITY, ARAFAH, MASJID NIMRA, JABAL RAHMAH, AIN ZUBAIDAH, WADI MUHASSIR, MASJID MASYA'IR HARAM, MUZDALIFAH, MINA, JABAL QURBAN, KOMPLEKS JAMRAH, MASJID BAIAH AQABAH, JABAL NUR, JAARANAH & UMRAH KE 2

DAY 05 - TAIF, MASJID ANDULLAH BIN ABBAS, MASJID KU', EMPANGAN IKRIMAH, PASAR BUAH-BUAHAN, MASJID MIQAT QARNUL MANAZIL & UMRAH KE 3

DAY 06 -  LADANG UNTA, EXHIBITION OF THE TWO HOLY MOSQUES ARCHITECTURE & YAYASAN JAMIYYAH KHAIRIYYAH

DAY 07 - BERANGKAT KE MADINAH, MASJID JIN, TANAH PERKUBURAN MAA'LA, KAWASAN ABU LAHAB, MASJID SITI AISHAH & WADI QUDAID

DAY 08 - MASJID GHAMAMAH, MASJID QUBA', LADANG KURMA, TELAGA YASEERAH, JABAL UHUD, MASJID SAYYID AL-SHUHADA, JABAL RUMAT, PERKUBURAN SHUHADA, MASJID QIBLATAIN, KAWASAN KHANDAK, MASJID SAB'AH, MASJID FATH, MASJID KHANDAK, PASAR KURMA, ZIARAH MASJID NABAWI, TELAGA HA DAN PERKUBURAN BAQI'

DAY 09 - PART 01 - MASJID BANI MUAWWIYAH, MASJID IMAM BUKHARI, SANDSTORM AREA, HIJAZ RAILWAY MUSEUM, MADAIN SALEH

DAY 09 - PART 02 - AL-HIJR (MADAIN SALEH)

DAY 10 - MASJID BILAL BIN RABAH, MASJID JUMMAH, BUKIT TSANIYATUL WADA', MASJID QUBA, TELAGA ARIS, KUBU KAAB BIN ASYRAF, BUKIT KHURAIDAH, KUBU URWAH BIN ZUBAIR, HIJAZ RAILWAY STATION MADINAH, MASJDI AMBARIAH

DAY 11 - PART 01 - MASJID QUBA, THE REFUGE OF FAITH EXHIBITION, UNIVERSITI ISLAM MADINAH, WADI AQIQ, MASJID QIBLATAIN

DAY 11 - PART 02 - SOKAIFAT BANI SAEDAH & MUHAMMAD MESSENGER OF ALLAH EXHIBITION


DAY 12 - GOING HOME

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment