Monday, October 19, 2015

SRI LANKA - DEPARTURE AND ARRIVAL - DAY 01 - PART 01

Pada 16 September 2015 yang lalu, saya dan isteri telah pergi bercuti di Sri Lanka. It was her idea really. After doing some reading about Sri Lanka's interesting places to visit, I was hooked! :) 


And of course with Air Asia lah, named the World’s Best Low Cost Airline and Asia's Best Low Cost Airline for the seventh consecutive year at the Skytrax World’s Airline Awards held at the Paris Air Show in Le Bourget.

Skytrax is the global benchmark of airline excellence and one of the most prestigious accolades for the airline industry with 19 million customer surveys completed worldwide by over 160 nationalities, measuring standards across 41 key performance indicators of an airline’s front-line products and services.

Ini first time kami naik Air Asia X. Masa online check in terperasan yang seating dari row 44 ke 51 adalah 2 seater for the seats by windows. Nak book tempat tu masa tu dah penuh pulak. Kalau tau dah kami check in awal2! Best la kalau dapat seats at those rows since kami pun pergi berdua je. Also the aisles are wide and tak feel cramped.  

Kalau nak ke Sri Lanka mesti ada ETA Approval ni ya. 

Our flight and hotel details. So bila sampai ke Colombo, terus ke Kandy then ke Nuwara Eliya dan balik ke Colombo. 


Flights info dari Bandaranaike International Airport.


Tentunya check juga waktu solat di Sri Lanka. Lebih kurang sejam awal dari KL.


Dan juga tukar duit. Susah nak dapat currency Sri Lanka di KL ni. Dapat juga di KLCC but not enough. So we were asked to go to Jalan Masjid India. Haaa.. situ no problem.. hehehe... 


Flight pagi so we had to leave home awal, pukul 5 pagi. Senang terus bersolat subuh di airport je. 

Surau di KLIA 2. Masa tengah tunggu isteri selesai solat saya bersembang dengan seorang lelaki yang berada di situ dengan keluarga menghantar anak perempuan yang akan ke KK sebab sedang belajar di UITM. Dah bercerita2 tu dia bagitau dia actually adalah seorang chef and presently doing consultancy work for new restaurant opening at resorts around the world. Contohnya, dia pernah bekerja di Maldives developing the entire concept of a new restaurant of a 5 star resort di sana. Dia stayed there for 1 year! Ternganga kejap saya... syoknya. Macam2 dia cerita tentang Maldives dan suggested saya dan isteri ke sana for vacation. Hmm... tak cukup bajet la... Anyway, the point of this story is that when you travel you meet a lot of interesting people with interesting experiences. Ni baru kat airport! Hehehehe...

Memang selesa check-in prosesnya. No long queues. Mana2 kaunter boleh pergi check-in except for 3 kaunters.

Flight kami tu yang last row dalam list TV tu :). Gate Q12. Tak jauh rasanya tu.. hehe.

Kami breakfast di sini :). 

Lepas sarapan, round2 kejap. Mereka ni flight cancelled/tukar date ke? Kesiannya. 

Jom tengok keadaan jerebu. Alhamdulillah pagi 16 Sept tu jerebu nampak berkurangan. Risau je kot flight cancelled or delayed pulak sebab jerebu. 

Jom ke perlepasan... 

Ni first time kami nak naik X :).

Sambil beratur nak boarding, sambil berdoa semoga selamat pejalanan kami. 


Macam biasa saya mesti nak ambik suasana dalam flight lah :).

And we pre-ordered nasi lemak and chicken rice.  

.... and bought chocolate chip cookie bar.. hehehe... 

Kami duduk satu row dengan seorang wanita Sri Lanka bernama Kalyani bekerja sebagai seorang computer consultant di KL. Seronok kami bersembang dengan dia. Since dia dari Sri Lanka kami pun ambik peluang la tanya macam-macam. Baik Cik Kalyani ni melayan semua soalan kami. Dia pun nampak begitu enthusiastic juga menjawab.. hehehe... Siap bagi nombor telefon dia kalau2 kami nak contact dia masa di Sri Lanka :). Oh ya, dia suggest kami cuba makanan Sri Lanka contohnya seperti kiribath + katta sambal dan string hopper. Dia juga suruh try zesta or mlesna tea. Bagus untuk kesihatan kata dia.  

Also make sure anda isi borang ni ya. Sila minta pada flight crew kalau tak diberi. 



Oh, by the way, ikut cara tradisi orang Sinhalese [penduduk Bumputera Sri Lanka] kalau nak greet sebutlah 'Ayubowan!' yang bermaksud 'selamat panjang umur!' dengan kedua tangan melekap diangkat setinggi paras dada dan diserta dengan sedikit membongkok.  



Lepas lebih kurang 3 jam dah mula nampak pulau Sri Lanka. Birunya langit! 


Touched down pukul 10:40 pagi waktu Sri Lanka. Alhamdulillah dan selamat sampai. 

Ni flight path kami ke Sri Lanka. 

Ni pula flight path yang ditrack oleh rakan baik saya Puan Doc secara real time. Terima kasih doc. Appreciate sangat! :). 

Selamat tiba di Bandaranaike International Airport, Colombo.

Sana 10:51 pagi dan di Malaysia pukul 1.26 tengahari - Sri Lanka lewat 2 jam 30 minit. 

Since masa tu musim haji, kami nampak beberapa jemaah haji sedang menunggu flight mereka. Semoga selamat perjalanan mereka pergi, balik dan selama di sana dan pulang ke tanahair dengan haji mabrur, insyaAllah. 

Kami disambut oleh Terrence our Tour Guide/driver selama di Sri Lanka. Saya minta dia pose dengan card tu dan dia ok je sambil gelak.. hehehe... 
Btw, tu pramugari Sri Lanka Airlines. A'aa.. memang nampak perut macam tu.. :).

Iklan SriLankan Airlines :).

Peta Sri Lanka.

So kami dari Colombo akan ke Kandy, then Nuwara Eliya dan balik ke Colombo. So yep, provinces lain kami tak dapat pergi since cuti pun tak dapat lama2.  

Sebenarnya banyak sungguh tempat2 menarik di Sri Lanka ni!


Map Sri Lanka by provinces.


Terus naik kereta dan menuju ke Kandy yang terletak sejauh 116 km dari Colombo. Keluar je dari airport dah ternampak patung Buddha putih tu. Then a few km lagi ada lagi patung Buddha di tepi jalan yang diletak dalam kotak kaca siap berpagar. Saya bertanya pada Terrence kenapa diletak patung2 Buddha di tepi2 jalan macam tu. Dia kata dia pun tak pasti kenapa. Hmmm.. saya rasa pelik yang Terrence sendiri, a local, tak tau. So dah balik Malaysia saya research sikit. Dari apa yang saya baca dulu2 amalan meletak patung2 Buddha ni adalah satu propaganda yang dibuat oleh Buddhist activists untuk bersaing dengan penganut Kristian [Mungkin sebab ni la saya agak Terrence saja tak nak cerita pada saya]. Selalunya pokok2 Bo [Bo tree or Bodhi tree] juga ditanam dan diletak sekali patung Buddha. Ikut undang2 di Sri Lanka once dah letak statue macam tu di suatu tempat adalah tidak dibenarkan mengalihnya. 


Jauhnya 100+ km tapi Terrence kata akan ambik masa hampir 3 jam sebab melalui jalan 2 lorong melalui bandar-bandar yang tentunya akan jam sikit. Dan kalau 2 lorong ni bila ada lori besar lagi la slow. Also kami notice ada banyak Masjid di sepanjang perjalanan. Alhamdulillah. Orang Islam tak majority di sini. In fact cuma 9.7% [stats 2011] sahaja tapi ada banyak masjid. 

Walau pun lama dalam kereta, bagi kami ok je. Yang penting tak laju dan selamat. Lagipun seronok drive slow so that senang nak ambik gambar. Tak le blur2.. hehehe... 

We also  observed that sungguh pun 2 lorong tapi jalanrayanya cukup elok terjaga. Pemandu2 lain pun berhemah dan respect each other. Except seorang dua pemandu tuk tuk la. Tu kat mana2 pun sama peelnya. Ni tengah lalu pekan Minuwangoda.   

We also noticed Sri Lanka ni bersih. Tak ada kami nampak sampah sarap merata atau berlonggok di tepi jalan, atau ada orang bakar2 sampah sana sini. Tak kira di area kampung atau pun di bandar2. Bersih! Ini adalah the first thing yang buat saya suka Sri Lanka :).

Then kami lalu di Pekan Neyangoda yang ada banyak tanaman dan pengeluaran kacang gajus. Kata Terrence tempat ni memang famous dengan kacang gajusnya. Dia tanya nak stop ke? Kami ok je la. Ada macam2 perasa. Raw, roasted, salted, saltless, spiced etc. Sepekat je beli nak rasa2 je, about 200 Rupees [lebih kurang RM6.00]. Btw, bangunan putih bermenara tu adalah sebuah lagi masjid yang kami nampak. 

Saya noticed kalau kenderaan di depan bagi signal nak ke kanan, tidak bermakna pemandu tu nak ke kanan. Terrence kata itu adalah nak bagi warning pada pemandu di belakang supaya jangan memotong sebab keadaan di depan berbahaya. Bagusnya! Ni masa di Pekan Warakapola. CEYPETCO [Ceylon Pertoleum Corporation] adalah the national oil and gas company of Sri Lanka. Kata Terrence minyak sangat mahal di Sri Lanka. 


Ternampak juga sekali sekala lori2 sampah ni making rounds. Then masa drive forward saya noticed suri2 rumah bawak bag2 sampah mereka keluar letak tepi jalan for the garbage collectors to pick them up. 
Thirst Aid Station.... hmm.. I had never before heard it called quite like that.. hehehe... 

Thirst Aid Station tu macam RnR kat sini la. Pada sign board tu ada simbol2 toilet, kedai makan, parking area, wifi, surau dan makanan halal. Bagusnya! Ni adalah benda kedua yang saya suka tentang Sri Lanka.

Then we saw a line of monk statues dekat sebuah Buddhist temple. Tak tau apa nama temple tu. 


Haa.. tu dia.. dah mula nampak gajah dah.. :)


Ok, ni peta perjalanan kami pada hari pertama ni setakat ini. 


Bersambung ke bahagian Day 01 - Part 02 dengan gajah-gajah... :).

Di bawah ni saya senaraikan kesemua links untuk entries Sri Lanka saya:

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

16 comments:

  1. heheheeee..
    nampak perut!!
    ada frontal view tak?
    kalau perut leper .. cantik aa .. :)

    ok saya nak chop seat yang tu nanti..!
    cepat .. siapa nak chop jugak!!?/
    dak cpl mesti datang mengomen jap lagi tu!!

    kalau tak tukar duit kat sini ok tak?
    kita tukar kat sana?
    atau senang lagi kita bawak Dollar [!!! cam kaya !! hahahaaaaaa] tukar kat sana..

    supir ni ok tak?
    boleh bawak bincang tak?
    berapa dia caj ? kira hari ?

    [ lama lagi nak perginya tapi .. heheheheeee]

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama tak mengomen kat sini
      asyik baca tak komen2
      tapi hari ni nak komen gak
      kak singaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
      aku tensen tgk entry en syed ni, uwaaaaaaaaa nak nangis

      cam best
      cam best
      cam best
      tensen
      tensen
      tensen

      en syed
      dah abis tensen nanti saya mai komen semula ye

      Delete
    2. Doc, yes.... hehe.. memang nampak perut. hehe.. tu pakaian saree kebangsaan mereka. Frontal? Hmm... kalau ada saya post ok :).

      Yes, good idea! Memang selesa dok rows tu doc. Lapang. Dan kalau nak ambik shots dari tingkap pun senang if someone you know sits beside the window :).
      Kena cepat ya doc, cause masa saya select seats tu semua rows tu dah penuh padahal seats depan masih banyak lagi kosong. 2 seater tu it seemed memang orang target. Saya terperasan pun sebab heran kenapa seat belakang semua dah taken. Then baru realized 2 seaters!

      Saya rasa kalau tak tukar kat sini pun ok. Tapi carry USD la sebab nak tukar RM kat sana susah kot. Kami tukar di sini sebab takut susah atau ambik masa nak tukar2 currency di sana. Moreover kami tau masa sampai airport tu tour guide dah menunggu. Somemore sampai je, per itinerary, kami tahu that we had a long trip. Jadi tak nak buang masa cari pengurup etc.

      Terrence tu ok sangat. Dia dah biasa bawak pelancung. Sebulan dia bawak tourists jalan2 about 3 to 4 times. Dan dia dah biasa dengan tourists beragama Islam. So dia tau kami nak ke masjid dan paling penting makan di restoran2 halal. Tapi dia tu attached to a travel agent sana ya. Jadi saya tak pasti kalau dia boleh buat free lance touring/driving. So tak tau le jugak berapa dia caj. Kalau nak contact dia boleh. Send email to terrence19587@gmail.com

      Delete
    3. Ehhh... Elly jangan la tension2 pulak.. hehehe... tapi memang best jalan2 kat sana. Syukur Alhamdulillah percutian kami di sana menyeronokkan :).
      Ok dah, jangan tension lagi ya. Ni baru 1st entry tau. Banyak lagi entries bakal menyusul. So stay tuned ok! :).

      Delete
  2. dia tensen sebab dia nak ikut ... dia baru nak beli tiket.. dah tiket dah mahal.. :))

    ReplyDelete
  3. Tuan Syed ,saya bercadang ke Sri lanka pada tahun 2017. so saya mohon bantuan utk mendapat sedikit panduan. Tujuan saya ke sana utk melihat masjd yang dibina oleh orang melayu dan membuat sedikit kajian tentang orang melayu sri lanka. harap dapat beri sedikit panduan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam pak njang.

      Semasa di Sri Lanka saya cuma sempat melawat satu masjid iaitu Shaik Usman Shrine and Mosque. Pak njang boleh baca entry saya ni http://agarakutidaklupa.blogspot.my/2015/11/sri-lanka-tuk-tuk-tour-shaik-usman.html . Tak pasti kalau itu adalah masjid melayu. Seperti dalam entry saya tu, ada saya berjumpa dengan seorang jemaah di masjid tu dan dia adalah seorang berbangsa Melayu.

      Pak njang juag boleh rujuk entry saya yang ini http://agarakutidaklupa.blogspot.my/2015/11/sri-lanka-modara-temple-hamilton-canal.html . Dalam entry ni ada saya bercerita berjumpa dengan seorang staff di Hotel Pegasus berbangsa Melayu dan dia beritahu masjid melayu di Sri Lanka namanya Malay Regiment Mosque. Pak njang boleh google 'Malay Regiment Mosque Sri Lanka'. Ada beberapa links tentang masjid tu.

      Maaf ya pak njang kerana sekadar ini sahaja saya dapat membantu.

      Delete
  4. Perkongsian yang menarik...bermanfaat untuk mereka yang merancang ke sana...

    ReplyDelete
  5. Salam.. Berapa ye bayar Terrence, your Tour Guide/driver di Sri Lanka? Nak detail boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mai.
      Kami ambil pakej private, so caj khidmat Terence dah termasuk dalam harga pakej.

      Delete
  6. Owh..kalo trip tgk paus ngn dolphin berbaloi tak? Mahal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau pulak mahal ke tak sebab kami tak ambik trip tu.

      Delete
  7. Salam hai nak tanya kalau nak tukar duit.. Tmpt kat mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dulu tukar di money changer di KLCC.

      Delete