Friday, January 6, 2017

JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) - DAY 01

Saya seronok bila dapat berita isteri ada kursus. Itu maknanya saya ada peluang untuk pergi jalan-jalan. Dan yang paling latest ialah di Port Dickson. Seperti selalu, isteri kursus, saya pergi round-round berfotografi.

Sebenarnya saya dah pernah jalan-jalan fotografi di Seremban seperti dalam entry JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN saya pada 2015. Masa tu saya sempat jalan-jalan ke Masjid Negeri, Lake Garden, Jelita Ostrich Show Farm, Empangan kecil sungai Terachi, sawah padi, Muzium Di Raja Seri Menanti, Kampung Gemetir, makan di Zaini Salai House, Taman Rekreasi Ulu Bendol, mata air gunung Angsi, Masjid At-Taqwa, Kedai Tradisional Food Industries, Kampung Kolam Air, Loji Rawatan Air, Mukim Pantai dan Empangan Sungai Terip. 

Jadi jalan-jalan Negeri Sembilan tahun 2016 ni saya rancang pergi ke lain-lain tempat pula. 

Kursus isteri saya diadakan di Corus Paradise Resort Port Dickson.

Cantik resort ni. Jom kita tengok 😊.

Main entrance yang besar. Tak berhawa dingin, tapi nyaman dengan angin laut.

Di bawah tu cafe/restoran. To the left (behind tiang) is the reception.  


Very high ceiling. Very airy lah.  

Grand staircase at the entrance, greeting guests with mellow and peaceful sounds of cascading waterfall.




Pemandangan laut dari reception/restoran/cafe floor.   

Let's go outside onto the balcony and see the view.  

Large swimming pool.  

And view of the Straits of Malacca.  



Dan yang uniknya waterfront resort ni ialah ia ada man made lagoon atau bay. Nice! Siap ada pokok-pokok kelapa. Tak sabar nak jalan-jalan di benteng berpokok kelapa tu.


Beautiful view!


View laut dari kolam renang.


The lobby.

Terkejut kami dapat bilik luas macam ni. Saya baca reviews dalam tripadvisor hampir 90% complaints pasal resort ni especially tentang bilik. Alhamdulillah bilik kami cukup semuanya. Minor issues tu biasa la kan. 

Shower room, toilet dan bathtub semua separate. Also got his and hers sinks. Spacious room/ruang tamu. Got sejadah also 👍.

Dan ada big private balcony. Bilik kami di ground floor. Depan ada taman dengan pokok-pokok kelapa. Dengan sea view yang betul-betul mengadap laut, bukan nampak separuh laut atau kena jengok leher panjang-panjang to extreme left or right to catch a glimpse of the beach. Ni betul-betul right smack in the middle of your view from balcony/room. 

Ini view dari luar bilik kami, coming out of the balcony. 

When they say room with sea view, guest will get exactly that. 

Sebuah resort yang bertanggungjawab memastikan keselamatan its guests. Syabas 👍.

Jom kita jalan-jalan di waterfront resort ni. Ingat nak ambik gambar sunset tapi nampaknya langit mendung je. Tak pe since kami di sini for 3 nights, hopefully esok lusa ada sunset. 

Aaa... isn't this just so beautiful 😊.

Guna handphone sepit dengan wide angle lens nak cuba capture the entire lagoon tapi tak muat.. hehehe. 

Ok lah, let's enjoy the views. 



Benteng di lagun ni ada opening untuk kasi bot keluar masuk. 

Panorama satu 😊.

View of the hotel. Memang best jalan-jalan petang di sini. 

Kebetulan malam tu ialah malam Supermoon. Saya tak tahu pun until my friend DrSinga dan kawan saya yang bertugas di Kuwait (yang bawa kami jalan-jalan di Kuwait semasa kami melawat dia di Kuwait) bertanya saya tak ke ambik gambar supermoon tu. 

Saya pun cuba-cuba la ambik gambar malam tu. Memang petang tadinya langit berawan tebal so I thought it will quite likely be the same malam tu. And indeed it was. Foto senget sebab tak de tripod.. hehehe.

Makan malam. 

My wife's. 

Mine. Makanan di resort adalah sedap! Alhamdulillah. 

😋.

Bersambung....

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment