Wednesday, September 21, 2016

18 TAHUN LALU - BUDAPEST DAN VIENNA

The year was 1998. I was in my late 20's. Guna pun kamera filem masa tu....hehe. 

Kawan baik saya sejak sekolah menengah dapat posting di Budapest Hungary. Jadi dia ajak saya ke sana bercuti. Ingat-ingat balik, huishh... betul ke saya ke Budapest? Sorang-sorang pulak tu. Also mesti tiket kapalterbangnya mahal! Tak ingat dah. 

Jadi kenapa nak buat entry lama ni? Firstly sebab inilah cuti-cuti abroad saya yang pertama. Kedua sebab dalam banyak-banyak foto dari filem yang saya ada, foto-foto trip ni yang paling saya jaga sebab kenangan yang best :). Also foto-foto tu after 18 years dah nak mula kuning-kuning dah. Jadi saya scan dan jpeg kan semua :).

Kalau tak silap, flight saya ke Budapest via Frankfurt. Sampai Budapest kawan saya picked me up di airport and terus ke rumah dia. Situ le saya menumpang beberapa malam semasa di Budapest. 

Ni sedang lounging depan lawn rumah dia. Gitu le gaya posing saya dulu-dulu.. hahaha... Oh, there will be many more photos with me in it sebab dulu-dulu kalau nak ambik gambar mesti saya ada sekali.. hehehe. Pakai filem kan, mahal tau, so rugi la kalau I'm not in the photos.. hehehe.     

Di ruang tamu rumah. Saya ingat lagi masa tu kawan saya tu mintak saya bawakkan untuk dia frozen satay kiriman dari keluarga dia di Malaysia. Selamba je masa tu bawak frozen food. Good thing la lepas.. hehe. 
Once my friend had a makan-makan where he invited his counterparts. Saya siap goreng mee hoon satu kuali for 8 or so guests... hehe. Good thing la menjadi, if not bazir je la mee hoon tu. Yes, masa tu boleh la kalau nak masak sebab masa tu bujang so kadang-kadang tu terpaksa masak. Now dah kawin tetiba tak pandai dah.. hehe.

Gitu le kenangan best saya. Tu yang best tu bila tengok-tengok balik foto-foto lama :). 

Di depan office kawan saya. Tengah tunggu dia finish work before taking me jalan-jalan bandar Budapest.

Kebetulan masa tu di bandar Budapest ni ada some sort of event. Dapat la bergambar dengan István Tarlós, Mayor Budapest ni.

The next day kawan saya bawak jalan ke Szentendre sebuah bandar yang menarik di Hungary kerana suasana Mediterraneannya dan lively art life. Ia terletak berhampiran Budapest di tebing Sungai Danube. Pergi tu naik tram :).

Suasana di Szentendre.

Excited tengok kereta kuda tu, tu yang posed and snapped masa kereta tu tengah lalu.. hehe. 

Selain 'agar aku tidak lupa', antara sebab kenapa saya buat posting ni ialah, cuba tengok foto kiri tu. Dah kusam lebam dah rupanya. Jadi lepas scanned, saya edit la semampu saya dan resultnya ialah foto kanan :). Kira boleh la ya.. hehe.

Berposing depan souvenir shop :). 

Saya tak ingat samada saya ada beli apa-apa souvenir or not. Macam ada tapi tak ingat apa.

Tempat ni memang ada jual macam-macam souvenir menarik dan seingat saya adalah tidak begitu mahal. Masa tu la. Now ni tak tau la :).

Yang saya ingat saya ada beli perfume di tax free shop ini. Ingat lagi saya beli perfume Christian Dior Dune for men. Memang murah harganya! Sejak tu saya tukar terus dari pakai Old Spice yang saya dah mula pakai sejak sekolah menengah lagi.. hehehe.

Di Szentendre ni ada banyak lorong-lorong menarik macam ni. Mmmm... rasanya saya masa tu tak la into photography sangat. Saya mula betul-betul minat pun sejak tahun 2006. Tapi bila tengok foto ni, the fact that saya memilih berposing di alley yang menarik macam ni, terfikir la jugak yang adakah mungkin saya dah lebih awal lagi sukakan fotografi? Cuma agaknya masa tu tak boleh nak serious sebab guna filem kan mahal. Nak beli kamera pun belum ada kemampuan. 


Hujan di Budapest.
Foto ini saya upload di sini on 06/11/2016 selepas dapat foto ni dari kawan saya. We were talking about my visit to Budapest when I was visiting him bulan lepas di Kuwait as he in now posted there. So glad he found a few photos yang boleh saya up di sini :).

Belah malamnya kawan saya bawak saya menonton ballet. Ni masa jalan-jalan di bandar Budapest di waktu malam. 

Berposing di bawah street light di depan The Intercontinental Hotel yang terletak di tebing Sungai Danube. 

Tak ingat dah ini bangunan apa... hehe.

Platform shoes were all the rage masa tu.. hehe.

Nak ke lokasi tengok ballet tu kami naik tram.

Ballet performance malam tu bertajuk 'Carmen'. It was summer masa tu di Budapest dan persembahan ballet tu di buat di open air stage. What a wonderful experience it was!
Walau pun summer, sejuk jugak, tu yang berjaket tu. Kalau tak silap ada la dalam low 20s suhunya, mungkin sebab masa tu malam. Also saya teringat semasa performance at one time tu tiba-tiba ada angin kuat. I mean, really strong wind, but the show still went on. 

Tapi cuma 3 keping foto je yang menjadi. Lain semua blur. Maklum je la sebab pakai kamera filem. Pakai flash pun pancaran tak sampai stage...hehe. Duduk pun jauh, dan kamera tak leh nak zoom :). 

Tak ingat dah nama group yang perform tu. May be the Hungarian National Ballet.

Esok kami berjalan-jalan lagi. Ni saje je berlakon guna telefon di phone booth.. hehe. 

Since dah 18 tahun yang lalu, saya bercerita ni pun berpandu pada foto je la ya :). Nampaknya seperti kami berjalan menyusuri Sungai Danube. Ni tengah stop kejap berposing di tebing sungai.

Di seberang sungai, di atas Gellért Hill tu ialah Liberty Statue. 
The Liberty Statue or Freedom Statue adalah sebuah monumen untuk memperingati mereka yang mengorbankan nyawa untuk kemerdekaan, kebebasan dan kemakmuran Hungary.

Dari lokasi tempat kami stop tu, di seberang sungai Danube ni juga boleh nampak Rudas Thermal Baths. 
Rudas Thermal Bath ni telah dibina pada awal abad ke 16, semasa zaman pemerintahan Ottoman. Merupakan salah satu tempat mandian terma yang paling penting di Budapest, menawarkan rawatan perubatan dan perkhidmatan spa.

Foto dari Google Street View.

Juga boleh nampak jambatan putih ni iaitu Elisabeth Bridge.
Elisabeth Bridge adalah jambatan terbaru ketiga Budapest, menghubungkan Buda dan Pest merentasi Sungai Danube. Dinamakan sempena Queen Elizabeth, isteri kepada Francis Joseph I, yang mati dibunuh di Geneva pada tahun 1898.

Juga kelihatan Statue of St. Gellant. 


Saya selitkan juga foto-foto terbaru dari internet sebagai perbandingan 18 years ago and present day.

Ini Jambatan Elisabeth sekarang.
Foto dari Google Street View.

Pemandangan Elisabeth Bridge, Rudas Thermal Baths dan Liberty Statue. 
Foto dari Google Street View.

Statue of St. Gellant. 
Foto dari Google Street View.

Esoknya kami teruskan dengan program jalan-jalan. Kawan saya bawa ke Central Market Hall. Di ground floor ada penjual-penjual grocery produce dan tingkat satu ada kedai-kedai souvenirs.
Foto dari Google Street View.

Suasana dalam Central Market Hall.
Foto dari Google Street View.

Berposing dengan t'shirt 'Penang Island' saya di Central Market Hall, Budapest Hungary... hehehe..

Lapik alas meja dengan sulaman yang begitu cantik. 



Sempat posing untuk pelukis karikatur. 

Inilah rupanya.. hahaha...

Hari tu kami ke Janus Hill naik chair lift.

Janus Hill is part of the city's Buda Hills parklands.


Pemandangan yang sangat cantik.


Di atas Janus Hill ni ada Elizabeth Lookout Tower. Merupakan puncak tertinggi di Budapest. 
Dibina pada tahun 1911, menara itu dinamakan sempena Empress Elisabeth, isteri Maharaja Franz Joseph I.

Foto dari Google Street View.

Bergambar di atas Elizabeth Lookout Tower berlatarbelakangkan Budakeszi (I think so la), sebuah bandar di Pest County dalam kawasan Metropolitan Budapest.

Pemandangan masa 1998.

Pemandangan terbaru. Lebih kurang je tapi bandar di bawah tu sekarang kelihatan ada lebih banyak pokok :).
Foto dari Google Street View.

Esoknya berjalan lagi. Ini ialah Liberty Bridge. 
Liberty Bridge atau Freedom Bridge ini menghubungkan Buda dan Pest merentasi Sungai Danube. Ia adalah the third southernmost public road bridge in Budapest, terletak di hujung selatan pusat bandaraya. Asalnya bernama Ferenc József híd (Franz Joseph Bridge). Pada kedua hujungnya ada dua dataran awam iaitu Gellért tér (di kaki Gellért Hill, dengan Gellért Spa and Hotel Gellért) dan Fővám tér (dengan Great Market Hall). 

Foto dari Google Street View.

Hari tu kawan saya bawa saya naik cruise Sungai Danube.

Bergambar dengan berlatarbelakangkan Hungarian Parliament Building.
Sambil cruising sambil dengar penerangan audio.

Hungarian Parliament Building.
Foto dari Google Street View.

Dengan background Liberty Bridge.

Minum complimentary drinks di deck belakang bot with Liberty Bridge as backdrop :). 

Ni tak tau kat taman mana ni.. hehehe.

Next day jalan lagi. Hmmm.. tak ingat actually berapa hari saya bercuti-cuti ni. Rasanya all together dalam 8 hari agaknya, may be more.... hehe.
Minum di Pizza Hut. Tak jauh dari Pizza Hut ni ada McDonalds. Masa tu saya ingat lagi kawan saya beritahu semalamnya ada kejadian letupan bom pada kereta di area lebih kurang 100 meter dari McDonald's yang ketika itu penuh dengan lunchtime customers. Letupan itu sangat kuat sehingga tingkap kaca McDonald's tu habis berkecai. Kami ingat yang kami memang ada berjalan di kawasan tu. Letupan tu terjadi lebih kurang dalam sejam selepas kami lalu di situ untuk ke Janus Hills. 4 orang terbunuh dan 25 orang cedera teruk. Syukur Alhamdulillah kami terselamat.

Sasaran bom tersebut ialah pengusaha restoran Jozsef Tamas Boross. Bom yang diletupkan secara remote control tu meledak semasa Jozsef sedang lalu di kereta tersebut. Pihak polis sedang menyiasat kira-kira 140 pengeboman yang telah berlaku sejak tahun 1991, tetapi mereka tidak boleh menghentikan pertelingkahan di antara kumpulan-kumpulan yang kebanyakannya adalah orang-orang Rusia, Ukraine, Romania, Turki dan Arab.

Hungarian Parliament Building.


Hari tu kawan saya nak bagi saya pengalaman mandi di thermal bath pulak. I remembered how nervous I was but excited too.. hehe.
Foto dari Google Street View.

Kami ke Gellért Thermal Baths ini. Ia adalah sebahagian dari Hotel Gellért di Buda. 

Suasana di area lobi kompleks permandian Gellért Thermal Baths. 
Yang lucunya customers yang nak mandi di situ mesti memakai hanya sehelai kain kecil yang hanya menutup bahagian depan. Mau saya tak cemas.. hehehe. Well, I'm not about to let my butt hang out like that pulak kan! Tapi my friend kata fear not, boleh pakai shorts. Lega.. hehehe.

And yes, berendam dalam pool thermal tu felt very therapeutic. Seingat saya tak boleh berendam lebih certain minutes. Must get out of the pool lepas tempoh tu. Too hot. Ada pool yang less hot, there you can stay longer.

And we also had a massage. My friend kata kalau nak experience, haaa.. must esperience fully. And so I did. Punya la sakit kena urut... hehe.  

Lepas lega berendam dalam air panas, saya dibawa ke Hungarian Historical Wax-Works Museum pula. Ada foto ticket masuk muzium ni je sebab photography not allowed inside. 

Esoknya jalan lagi. Ni tengah breakfast di sebuah cafe.

Bangunannya nampak seragam je dengan pastel colors. Cantik.

Singgah kejap di sebuah gallery. 

Berhenti kejap berteduh. Panas agaknya masa tu.

Nampak lorong, bergambar :).


Hari tu kawan saya bawa saya ke Buda Castle. 

Buda Castle adalah sebuah istana bersejarah dan merupakan kompleks istana raja-raja Hungary. Siap pada 1265 ia pernah dikenali sebagai Royal Palace/Royal Castle. 

Foto dari Google Street View.

Istana ini adalah sebahagian daripada Tapak Warisan Dunia Budapest, yang telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan pada tahun 1987.


Ini adalah the Matthias Fountain.

Ia menggambarkan parti memburu diketuai oleh Matthias Corvinus, raja Hungary.

Selepas tu kami Fisherman's Bastion pula.
Ini tiket masuk ke Fisherman's Bastion.

Fisherman's Bastion ni ialah sebuah teres yang dibina dengan gaya neo-Gothic dan neo-Romanesque, terletak di tebing Sungai Danube, di atas Castle Hill, berdekatan Gereja Matthias.

Fisherman's Bastion ni dinamakan sempena persatuan nelayan yang bertanggungjawab mempertahankan tembok ini pada zaman Middle Ages. 

Di sini juga ada sebuah patung gangsa Stephen I dari Hungary di atas kuda, didirikan pada tahun 1906, terletak di antara Bastion dan Gereja Matthias.

Stephen I, juga dikenali sebagai King Saint Stephen adalah Grand Prince terakhir Hungary antara tahun 997 dan 1000 atau 1001, yang juga merupakan King of Hungary yang pertama. 


Dataran di patung King Stephen I.



Teres ni ada banyak tangga dan laluan pejalan kaki. Jadi very nice to explore especially dengan pemandangan-pemandangannya yang cantik. Juga sesuai untuk bergambar.. hehe.

Statue of a medieval soldier in front of Fisherman's Bastion.

Dari atas menara pengunjung boleh lihat pemandangan-pemandangan Sungai Danube, Margaret Island, Pest dan Gellért Hill.

Memang dulu-dulu saya rajin bergambar.. hehe.

Unfortunately, mostly moody je rupanya.. why la so serious kan.... hahahhaa... 

Di Fisherman's Bastion ini ada 7 menara yang mewakili 7 suku Magyar yang menetap di Lembangan Carpathian pada 896.

Dari tembok ni juga boleh nampak semua yang saya label dalam foto ni. 

Selesai di Fisherman's Bastion, kami ke Matthias Church pula.
Foto dari Google Street View.

Gereja Matthias ini adalah sebuah gereja Roman Katolik di Budapest, terletak berdepan dengan Fisherman's Bastion di tengah-tengah Daerah Castle Buda.  

Gereja yang dibina pada tahun 1015 ini pernah dibinasakan oleh tentera Mongol pada 1241. Jadi dibina semula pada separuh kedua abad ke 14 dan pada abad ke 19.

Setelah penaklukan Buda oleh Turki pada 1541 gereja ini dijadikan masjid utama di bandar ini. Lukisan yang sebelum ini menghiasi dinding bangunan itu telah dicat putih dan hiasan dalaman dibuang.

Semasa Perang Dunia II, gereja ini telah rosak teruk. Gereja Matthias telah digunakan sebagai kem oleh Jerman dan Soviet pada 1944-1945 semasa  Soviet occupation of Hungary.

Sekarang ia adalah Ecclesiastical Art Museum  (ecclesiastical: theological study of the Christian Church), yang bermula dengan kubur zaman pertengahan sehingga kepada St. Stephen Chapel. Galeri ini mengandungi beberapa peninggalan suci dan ukiran batu zaman pertengahan, bersama-sama dengan replika Hungarian royal crown and coronation jewels.


Bergambar di Trinity Square berhampiran Matthias Church.

Di Trinity Square ni ada the Holy Trinity Column. 

Column ini dibina untuk meraikan berakhirnya the plague dan rakyat berharap bahawa ia akan melindungi mereka daripada kedatangan wabak-wabak lain.

Sambil melihat bangunan lama dan peninggalan sejarah, tengok juga kedai-kedai di situ. Saya nampaknya especially attracted to this antique shop sebab siap bergambar depan kedai ni.. hehehe.

Minum sebentar di sebuah cafe.
Foto ni dari kawan saya. Omg, we look soooo young! Hehehehe...

Seterusnya kami ke Heroes' Square.
Heroes' Square ini adalah salah satu daripada dataran utama di Budapest. Di sini ada salah satu mercu tanda Budapest, iaitu Millennium Memorial atau Millennium Monument or Millennial Monument. 

Millennium Monument ini terkenal dengan kompleks patung-patung atau tugu-tugu ikonik yang antaranya adalah patung-patung 'Seven Chieftains of the Magyars' dan patung pemimpin-pemimpin negara lain yang penting. Di sini juga ada makam askar yang tidak diketahui.

Di bahagian column pada Millennium Monument ini adalah sekumpulan 7 patung mewakili ketua-ketua Magyar yang mengetuai rakyat Hungary ke dalam lembangan Carpathian. Di hadapan adalah Árpád, yang dianggap sebagai pengasas negara Hungary. Di belakangnya adalah ketua-ketua Előd, Ond, Kond, Tas, Huba dan Töhötöm.

Tak banyak sejarah tentang mereka ni. Di patung-patung ini, pakaian mereka dan kuda-kuda mereka pula dikatakan lebih fanciful dan tidak menepati sejarah.  

Dibina untuk memperingati ulang tahun ke seribu penaklukan Carpathian Basin and the foundation of the Hungarian state pada tahun 1896.

The female statue of Peace.


Kebetulan masa kami lalu di situ ada satu parade sedang berlangsung. Tak ingat dah parade apa ni... hehe. 

Sambil minum tengok parade :).

Later malam tu akan ada concert. 

More shots of the parade. 



Ada kumpulan berkuda.


Sempat bergambar dengan musicians ni :).

Lepas tengok parade my friend took to me to a museum, the Museum of Fine Arts. 
Koleksi di muzium ini terdiri daripada pelbagai seni antarabangsa (selain daripada Hungarian), termasuk dari semua era seni Eropah, dan terdiri daripada lebih 100,000 artifak. Koleksi ini juga terdiri daripada artifak yang lebih tua seperti dari Istana Buda, the Esterházy and Zichy estates, serta daripada pengumpul individu. Koleksi Muzium ini terdiri daripada enam jabatan: Egyptian, Antique, Old sculpture gallery, Old master paintings gallery, Modern collection dan Graphics collection.

Bergambar di depan Museum of Fine Arts, Budapest.

Photography adalah dibenarkan dalam muzium ni tapi tak boleh pakai flash. Makanya foto-foto yang saya ambik banyak yang blur.. hehehe.

Patung-patung marble Roman.

Di bahagian Egyptian.
Galeri Egyptian di muzium ini merupakan koleksi kedua terbesar seni Mesir di Eropah tengah. Ia terdiri daripada beberapa koleksi yang dibeli oleh Hungarain Egyptologist, Eduard Mahler, dalam tahun 1930-an.

Di sini saya sempat bergambar di pameran Gamhoud coffins. 

Koleksi Old master paintings gallery dibahagi kepada bahagian Itali, Jerman, Netherlandish, Flemish, Perancis, Inggeris dan Sepanyol.

Di sini saya bergambar dengan lukisan oleh Monet bertajuk 'Flowering Plum Trees'.

Muzium ini adalah tersangat besar. Masa tu saya rasa macam saya dah berjalan berkilometer!

Foto sculpture yang ni je yang boleh saya share di sini. Yang lain tu bogel.. hehehe.

Kami balik ke rumah my friend's house naik subway train. 2 things yang I remembered masa turun ke paras bawah tanah di subway tu. First, the escalatornya laju betul! Second, punya la jauh ke dalam tanah! Seram pulak rasanya masa tu. Saya difahamkan dalamnya memang begitu kalau di Eropah. 
Tiket subway train Budapest.


Peta jalan-jalan saya di Budapest.

Esoknya kawan saya bawa saya masuk Austria pula, ke Vienna.
Tiket keretapi pergi-balik Budapest-Vienna.

Sekarang ni HUF 9670 lebih kurang RM145.00. In 1998, saya tak ingat dah.

Mesti la bergambar dalam keretapi... hehe.
I noticed masa tu banyaknya rambut saya.. hehehehe...


Tak ingat berapa jam perjalanan dari Budapest ke Vienna tapi sempat la minum-minum :).

Passport dicop. 

Sampai di Vienna kami ke St. Stephens Cathedral. The most important religious building in Vienna and the most beloved landmarks in Austria.
Foto dari Google Street View.

Mozart kawin dalam gereja ni pada tahun 1782.


Cantik tiles bumbung gereja ni.


Jalan-jalan di bandar Vienna.

Masa jalan-jalan tu kami terserempak dengan wife of the former ambassador who was once posted in Vienna. Tapi lupa dah nama Puan Sri ni :).


Seterusnya kami ke Burggarten - Imperial Palace Gardens. 
Foto dari Google Street View.
Burggarten adalah sebuah taman besar di Vienna Inner City, yang terletak bersebelahan dengan Imperial Palace Hofburg, Palmenhaus (rumah hijau bersejarah), dan Burgring (sebahagian daripada Ringstrasse). Burggarten juga sangat dekat dengan Albertina dan Vienna State Opera.

Di taman ini ada patung Wolfgang Amadeus Mozart.
“Music, even in situations of the greatest horror, should never be painful to the ear but should flatter and charm it, and thereby always remain music.”
- Wolfgang Amadeus Mozart (1756-1791).

Mozart Monument. Patung marmar ini dicipta pada tahun 1896 oleh Victor Tilgner. Pose Mozart ini adalah dari satu babak dalam 'Don Giovanni'.
Don Giovanni ialah sebuah opera yang muziknya oleh Wolfgang Amadeus Mozart. Ia adalah berdasarkan kepada legenda Don Juan.

Sempat bergambar bersama 'Wolfgang Amadeus Mozart' :).
Selain mengarang Piano Concerti dan Chamber dan Church music, Mozart juga telah mengubah opera 'The Marriage of Figaro' dan 'The Magic Flute' semasa tinggal di Vienna.

Berhenti sekejap di Statue of Donnerbrunnen fountain.
Foto dari Google Street View.

Bergambar bersama patung Enns, tukang tambang (ferryman) yang memegang kemudi sedang bersandar di batu. Ini merujuk kepada Enns sebagai laluan penting kepada Alps.

Lepas tu kami ke Vienna State Opera. Memang grand bangunan ni.
Vienna State Opera adalah sebuah rumah opera dan syarikat opera, dengan sejarah sejak pertengahan abad ke-19. Ahli-ahli Vienna Philharmonic direkrut di sini.

Bergambar di depan Lorelei Fountain di Vienna State Opera House.
Persembahan opera perdana semasa pembukaan Opera House ini adalah sebuah opera bertajuk 'Don Giovanni' oleh Mozart pada 25 Mei 1869.

Opera House ini adalah salah satu daripada rumah-rumah opera yang paling sibuk di dunia yang mengeluarkan 50 hingga 60 opera setiap tahun dan sepuluh productions balet dalam kira-kira 300 persembahan.

Lorelei Fountain.

Di Vienna kami menginap di Hotel König von Ungarn.


Esoknya kami jalan-jalan lagi sikit sebelum balik ke Budapest dan saya pulang ke Malaysia.

Bersarapan dulu :).


Pagi tu kami pergi ke Imperial Palace Hofburg.
Foto dari Google Street View.
Imperial Palace Hofburg ini dulunya adalah tempat tinggal Habsburg Emperors dan sekarang diduduki oleh Presiden Austria. Ia adalah sebuah kompleks bersejarah yang besar dan merupakan salah satu tarikan pelancong di Vienna.





Lepas tu ke Natural History Museum pula. 

Ini adalah the Maria Theresa Monument. 

Dibina sempena Empress Maria Theresa.

Maria Theresa Monument ini telah diklasifikasikan sebagai World Cultural Heritage. 

Tiket masuk ke Natural History Museum, Vienna. Dah kekuningan dah tiket ni.. hehehe.

Koleksi terawal muzium artifak ini telah dimulakan lebih 250 tahun yang lalu. Hari ini, koleksi yang dipamerkan meliputi 8,700 meter persegi. 

Sehingga 2011, muzium ini menempatkan kira-kira 30 juta objek dan jumlah itu semakin meningkat. Di sebalik tabir, koleksi yang terdiri daripada lebih 25 juta spesimen dan artifak, merupakan asas penting untuk kerja-kerja lebih 60 kakitangan saintis muzium. Bidang utama penyelidikan mereka meliputi pelbagai topik dari asal-usul sistem suria dan evolusi haiwan dan tumbuh-tumbuhan hingga evolusi manusia, serta tradisi pra-sejarah dan adat resam.

Bergambar di depan pintu masuk muzium at this grand staircase. 

Ini adalah statue of Theseus and the Centaur oleh Antonio Canova.
Patung itu dibuat atas perintah Napoleon to glorify the victory over the Austrians.

Suasana di dalam Natural History Museum, Vienna.



Then it was time to go home. 


Syukur Alhamdulillah. Sambil saya dapat menziarahi kawan baik saya, dapat juga saya bercuti-cuti di Budapest dan Vienna. 

Now 18 years later and after seeing all these old photographs yang telah brought back so much happy memories, terfikir saya agaknya ada ke lagi peluang saya nak ke sana? 

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

10 comments:

  1. Kagum dengan senibina bangunan diorang terjaga hingga kini.
    just wonder material apa yang dorang guna ya buat bagunan tahan tak reput macam bangunan kt negara kita ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Bukan saja tahan tapi juga bangunan mereka tidak sekadar blocks of buildings je, siap dengan lavish decorations! Grandeur!

      Delete
  2. 18 tahun berlalu masih lags simpan tiket2 dan bag tag flight? Hebat tu. InsyaAllah kami akan ke Budapest dan Vienna pads April 2017 dan ingin juga melawat Szentendre. Thx for the info,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, masih lagi... hehe.
      Masa tgk balik album foto lama tu, dalam poket2 album tu ada tersimpan tiket2. So saya scanned le sekali.. hehe. Kenangan :).
      Welcome. Saya tgh jeling2 pakej ke sana... tapi jeling2 je la. Kena kumpul duit dulu :).

      Delete
  3. hehheheee...

    banyaknya rambut..
    pendeknya seluar..


    hehhehee

    jap lagi sambung

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Tak pernah ditunjuk ajar otherwise.. hehehe...

      Delete
  5. Bro syed.. Nampak Slim jer zaman tu heheheh

    ReplyDelete