Monday, June 29, 2015

JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - PASAR BESAR KEDAI PAYANG, KUALA TERENGGANU

Jalan-jalan Pantai Timur - Day 02 - Part 05  - Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu.

Selesai sembang and enquire dengan abang-abang teksi driver tu kami pun berjalan menuju ke Pasar Besar Kedai Payang.

Ini adalah Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. 



Awalnya tadi kami dari DJ Citi Point Hotel untuk check in. Dari hotel tu, kami pergi lunch di McDonald's di sebelah Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Dan sekarang menuju ke Pasar Besar Kedai Payang. Tak jauh pasar ni, cuma dalam 5 minit jalan kaki sahaja. 



Yang sebelah kanan yang banggunan 2 tingkat tu pasarnya. Yang belah depan ni bangunan yang tinggi tu untuk parking. 



Kerana hari tu hari Jumaat maka kami dah agak tentu banyak kedai yang tutup. Tapi since nak ke tempat-tempat lain pun dah agak lewat, kami terus je ke pasar ni. 



Jumaat pun ada banyak kedai yang buka sebenarnya. Which is just great lah! :)



Saya seronok banyak juga kedai-kedai yang buka bukan sebab saya nak bershopping, tapi seronok la dapat ambik-ambik gambar..hehehe..



Saya ni memang minat makan buat and mangga adalah salah satu favourite. Nak cari yang dah siap potong lah.. hehehe... senang nak makan... :).



Ada bermacam-macam kuih muih dan jajan-jajan tradisional dijual di sini. Harga pulak memang sangat berpatutan. Ni kalau sapa-sapa minat ni memang borong habis la! Cakar ayam saya kenal. Tapi putu kua dan kuih semang saya tak tau :). 



Memang bertimbun-timbun lah barangan jualan jajan-jajannya. 



Ehh... legal ke jual telur penyu? Bukan endangered specise ke? Ada telur penyu Sabah dan Terengganu. Sedap ke rasanya? Makan macam mana? Rebus ke? Ke buat gulai? Saya rasa saya tak makan la kalau dah dihidangkan pun. Rasa guilty. So much efforts had been put in dan bersusah payah orang nak selamatkan penyu2 ni agar bebas membiak, siap ada pusat konservasi lagi. Then saya nak makan pulak telur-telur penyu tu. Hish... feel very wrong la. To me la, that is. 

Kalau ada orang demand/ada permintaan nak makan telur penyu, maka ada la suppliers. So kalau tak de demand, tak de supplier. So selamat la penyu-penyu tu. 


Ini pulak kuih gebong buaya. Kuih kategori dodol ni juga dikenali sebagai kuih gelembung buaya. Huu haaa... saya tengok sirap gula dan minyak je pun dah buat saya takut.. hahaha... bau manis sangat! Banyak betul gulanya! Salah satu ingredient nya ialah kelapa muda! Aduhh... mesti sedap kan.. hehehe... 




Ni dodol daun. Macam-macam pun jenis dodolnya!



Ni pulak kuih semang. Dibuat dengan tepung gandum, gula dan pewarna je. Agaknya kalau tengah makan kuih ni jangan bercakap, kot tersembur.. hehehe...



Dan tentunya ada serunding. Ni serunding daging yang dibuat oleh Suzara binti Sulaiman, Palekbang, Tumpat Kelantan. 




Next kami jalan-jalan lagi dan terjumpa kedai jual keropok lekor ni. Panas lagi keropok ni masa tu! 




Mak cik ni jual keropok yang kering. 



Then jumpa pulak kedai ni, jual serunding. Ada yang ayam, ikan, daging tempatan dan daging import. Beza serunding daging tempatan dan import? Yang import lagi pedas dan lagi murah compared to yang daging tempatan. 



Saya suka makan serunding dengan roti :). 



Harga serunding daging tempatan for 100gm adalah RM6.00. Daging import RM5.00. 



Tentunya adik ni bagi kami try some samples. Akibatnya kami terpaksa la beli sebab sedap sangat walau pun dah terover budget. Tapi saya cuma beli 100gm ikan dan 100gm daging import je. 



Also di pasar ni, boleh je ambik gambar. Tapi berpada-pada la jugak dan sembang-sembang dan tegur-tegur la dulu kan :). 



Adik ni cool je. Saya tanya boleh ke ambik gambar, dia kata boleh :).



Ni pulak kuih gula-gula sarang burung. Macam kuih semang je rupanya. Ingredients pun sama jugak. 



Saya suka yang ni tapi tak boleh.. hehehe.. Saya dah tau dah mesti akan jumpa banyak kuih muih yang saya suka tapi saya tak boleh makan. Jadi ambik gambar je la.. hehehe...



Tak ingat dah bila kali terakhir saya makan lempok durian. Masa tadika kot... 



Katanya ini adalah salah satu keropok yang cukup popular di pantai timur ni, yang Cap Kapal Kelaut ni. 

"Dijamin tidak gatal" !! 
Wah... keropok-keropok lain boleh kasi gatal ke? 


Keropok ikan parang tu sekilo RM18.00. Adakah itu considered mahal? Keropok apa yang paling mahal harganya? Adakah keropok sotong?



Satu lagi kedai keropok. Actually banyak juga kedai yang buka di Pasar Besar Kedai Payang ni walau pun masa tu Jumaat petang. 




Kemudian kami ke bahagian pakaian pulak. Part ni kami laju je jalannya.. hehehe..



Snap je foto mana yang sempat. One thing saya notice memang la design2 batik di sini sangat cantik. 



Pandangan ke luar tingkap dari tingkat satu Pasar Besar Kedai Payang.






Bangunan putih tu adalah Bazar Warisan. Ada kedai-kedai jual produk ukiran kayu, kain sutera, songket dan cenderamata. 




Selesai round-round tingkat satu, kami turun ke bahagian luar pasar dan ke barisan kedai-kedai menjual buah-buahan. 



Rasanya ni main entrance ke pasar ni. 



Durian la sesaja yang banyak dijual di kedai-kedai buah-buahan di sini.



Siapa minat durian memang la seronok.



Okeh la, jom tengok foto-foto durian.. ada pamanis [telor buaya] dan musang king thai... 


Durian crepe pun ada. Tengok la abang ni dengan begitu tekun menyusun ulas-ulas durian tu! Definitely packaging kena pastikan menarik dan top!


Hanya di kedai adik ni je yang saya tegur-tegur sembang. Why? Sebab durian yang dia jual ni namanya durian cendi telor. Tak pernah saya dengar pun!  




Ini lah rupa durian cendi telor. Entah la, pada saya macam sama je rupanya dengan durian lain. Maklum le durian saya tak berapa minat sangat.. hehehe... 



Tak banyak kedai lain yang jual buah-buahan selain durian di situ.



Jalan-jalan lagi, jumpa kedai-kedai jual durian lagi! Isi duriannya punnnn... tebal-tebal sungguh! 



Asyik dok tengok durian je, tu yang bila jumpa akak ni jual goreng-goreng ni saya jadi excited.. hahahaha... Habis saya ambik gambar kat gerai dia... hehehe... apa dia goreng dalam kuali pun saya ambik.. hahahaa hai... 



Dan tentunya ada keropok lekor :).





Jalan lagi jumpa kedai durian lagi.. Adehhhh... 





Ok, dah selesai jalan-jalan di Pasar Besar Kedai Payang ni. Pasar yang memang saya nak lawat sangat dan tagged as 'must visit' dalam itinerary yang saya buat untuk trip jalan-jalan pantai timur ni.

Alhamdulillah.....

Bersambung....

Di bawah ni saya senaraikan kesemua links entries Jalan-Jalan Pantai Timur saya:


No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. OMGGG my favourite fruit durian
    bahahhahaha
    anak2 saya pun kaki durian

    pasar payang tu,
    kalau saya
    mmg melayan batik la gamaknya
    sebab batik kat sana cantik2 motifnya

    macam2 kuih
    tingin lak yang sarang burung tu
    cam sedap lak!

    serunding tu wajib beli bila ke sana kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.... jadi kalau El dan family ada kat sana, tentunya penjual2 durian di situ akan tersenyum gembira riang ria.. heehhee..

      I understand and agree memang deisgn batik tu sangat cantik. Ada yang tradisional dan ada yang moden. Both cantik in their own right.

      Hmmm... sama la, saya pun teringin. Bukan kuih tu je, malah macam2 kuih muih lain. Kalau saya dok sana, memang susah dan mencabarlah saya nak kawal my glukos level.. hehehe...

      I know right! Next time saya akan beli lebih dari 100 gm tu. Bawak balik, dalam 2 hari habis dah sebab meratah.. hahahaha...

      Delete
  2. kuih semang/ sarang burung tu sedap
    saya suka
    makan berterabur lah tapi nanti jadiknya!!
    yang manis manis mamang saya suka!!
    :)
    tadika??!!
    heh heh ehhh
    which is about 40 tahun dulu !!
    tak nak try makan balik ke en syed!
    lempuk derian tu pun fevret saya!!
    pisang salai tu pun saya suka..
    haisyyyyy...
    semua manis manis ..

    derian?
    saya pantang..
    pantang jumpa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya kalau makan kuih tu jangan bercakap... bersembur kot! Hahahaha...

      A'aa.. masa tadika. Ingat masa tu saya kecik sangat lagi... :).
      40? Ehh... bukan, it was more like 30 years ago je lah.. hahahaha...
      Nak jugak doc try, tapi dah tak leh manis2 dah sekarang ni.. hehehe...

      Durian saya cuma berani 2 ke 3 ulas sahaja.. hehehe...

      Delete