Friday, June 12, 2015

JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - KUANTAN RIVER CRUISE

Jalan-jalan Pantai Timur - Day 01 - Part 03 - Kuantan River Cruise. 

Untuk mempelbagaikan acara jalan-jalan Pantai Timur saya ni, saya telah juga include river cruises. Too touristy? Indeed! Hehehehe... 

Seriously though, memang saya recommend sangat sesiapa yang nak jalan-jalan ke Kuantan, elok sangat naik cruise ni. Fun activity untuk semua lapisan umur :). Yang minat ambik gambar pasti juga seronok sebab banyak interesting subjects. 

Ok sambung balik cerita... 

Dari Kedai Nasi Ayam Hainan Mak Yong di Pekan, kami bergegas ke Kuantan untuk segera ke Jeti Shahbandar kerana nak naik Kuantan River Cruise. Masa tu dah pukul 2:38 pm and we were trying to catch the 3:00 pm cruise. According to the Kuantan River Cruise poster yang saya jumpa di internet, the last daily cruise will be at 3:00 pm with earlier cruises at 11:00 am and 1:00 pm. We have 22 minutes to get there! :O. Also we cannot take the next day's cruise because according to our plan esok dah nak ke Kuala Terengganu. Apa pun kami drove tenang je as we should. Sambil drive tu we discussed plan B in case tak sempat nak naik cruise tu. Plan B like gi muzium ker, gi makan-makan ke etc etc. 

Masa dalam perjalanan tu sempat saya ambik gambar sawah padi ni :).

Tiba-tiba hujan turun. Alhamdulillah sebab hari tu memang panas. Still kami drove dengan berhati-hati.


Dan akhirnya kami pun sampai ke Jeti Shahbandar, Kuantan. Jeti ni terletak di hadapan Hospital Tengku Ampuan Afzan [HTAA] dan sebelah Pejabat Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).

Alamatnya ialah:
Kuantan River Cruise
Jeti Shahbandar, Jalan Tanah Putih,
25100 Kuantan Pahang

Kami tiba pukul 3:08 pm. Hmm... dah terlepas last cruise for the day....

Tapi we were still hopeful. Lepas park kereta di parking area bangunan Majlis Perbandaran Kuantan, saya terus ke jeti dan jengok di kaunter jual tiket. Sebelum tu sempat pulak ambik gambar suasana jeti ni.. hehehe...


Haaa... bila nampak je poster ni saya macam nak melompat.. haha...

Open daily: 9:00 am to 9:00 pm
Rupanya ada new management. Under new management ni ada hourly trip dari pukul 9:00 pagi hingga la ke pukul 9:00 malam.
Maknanya info poster Kuantan River Cruise yang saya jumpa di internet tu dah tak valid!
Syukur Alhamdulillah dapat juga kami nak naik cruise ni :).

Ada beberapa package cruise tertampal di tingkap kaunter ni. Lupa pulak nak ambik foto packages ni sebab dah excited.. hehehe. 

Anyway, mula-mula we wanted to take the River Mouth Trip package, cruise ke arah muara sungai Kuantan. Tapi ada juga satu lagi package Mangrove Park Trip yang saya juga interested. 

Kalau combine both under the Combo Trip package

- akan ambil masa lebih kurang 1 jam 40 minit.
- the cruise fee will be RM30.00 seorang.
- lagi nak complicated, hanya ada kami berdua. Mana nak tunggu lagi 3 orang sebab minimum per trip mesti ada cukup 5 orang. 
- tambah pulak hari tu hari Khamis, mana la ada orang nak naik cruise masa tu. 
Hadoi la haiiii....

Last-last kami bayar for 5 people i.e RM150.00 for the entire boat. Jadinya dah macam private cruise pulak. Truthfully, walaupun dah bayar lebih dari yang sepatutnya dan bajet dah lari [terpaksa tolak bajet shopping nak beli serunding, dodol dan lemang.. hehehe], kami rasa sangat berbaloi dengan pengalaman yang dialami. 

Saja saya include poster cruise yang no longer valid ni.


Tapi peta cruise ni still helpful bagi gambaran perjalanan cruise tu.


Ni peta sungai Kuantan yang digunakan dalam Kuantan River Cruise. Mula-mula kami cruise upriver ke arah Taman Bakau tu. Then stop kejap jalan-jalan dalam taman bakau, naik semula bot cruise ke arah Jambatan Tanah Putih. Lepas tu patah balik ke arah muara sungai. Lepas tu U turn balik ke Jeti Shahbandar.


Macam selalu saya mesti nak cari lokasi dalam Google Earth.. hehehe...


Sementara Zainal menyiapkan bot, I took a few shots of the beautiful surrounding. Panas ke masa tu? Ye, panas tapi syukur berangin. 


Aaaaa... kebetulan bot berwarna warni ni tengah nak lintas depan sign gergasi 'KUANTAN' tu! 


Yessss.... dapat.. hehehehe.... 

And off we went. Yang baju putih tu Zainal dan the driver tu Bud. 


Excited nampak bot-bot yang berwarna-warni tu :)

While cruising, Zainal selaku tour guide informed us that the boats bukannya diwarna ikut suka hati tuan punya bot. Ada guidelines mengecat warna bot rupanya. Pada saya maklumat macam ni yang paling interesting bila lebih tahu apa yang kita lihat. Tak la just tengok je. 

According tu Zainal, bot-bot nelayan mesti diwarna mengikut negeri dimana ia didaftarkan. Bot berwarna merah berdaftar di Kelantan, hijau di Terengganu, Kuning di Pahang dan biru di Johor. 


Saya bertanya pada Zainal sangkar-sangkar apakah yang banyak atas bot tu? Dia kata itu adalah bubu kerisi untuk tangkap ikan kerisi. Wah... saya suka ikan goreng kerisi. Ikan ni banyak isinya dan rasa pun sedap :).


Bot-bot nelayan juga akan ditandakan dengan huruf-huruf A, B dan C. 

A menandakan bot tu boleh melakukan penangkapan ikan dari jarak pantai hingga 5 batu nautika. 

Bagi bot-bot nelayan B pula boleh menangkap ikan dari jarak 5 batu nautika hingga 12 batu nautika. Tapi boleh juga masuk area bot-bot nelayan C dan C2. 


Untuk bot-bot nelayan C, boleh tangkap ikan dari 12 batu nautika hingga 30 batu nautika. 


Bot-bot nelayan C2 boleh tangkap ikan dari 30 batu nautika ke atas. C3 pula ialah untuk zon laut lepas.


General rule nya ialah bot-bot nelayan yang besar tidak dibenarkan masuk menangkap ikan di zon-zon bot-bot nelayan yang kecil. Tiada halangan bagi bot-bot dari zon berhampiran pantai untuk menjalankan operasi tangkapan ikan di zon yang lebih jauh, contohnya, bot-bot yang beroperasi di zon A boleh menangkap ikan di zon-zon B, C dan C2. 


Bot-bot nelayan ni ada yang menggunakan pukat tunda dan pukat jerut. Zon-zon penangkapan ikan bagi bot-bot nelayan yang menggunakan pukat tunda atau pukat jerut adalah sama seperti zon-zon A, B dan C. 


Ringakasan maklumat di atas. Trawlers adalah pukat tunda dan purse seiner adalah pukat jerut.

Sumber: Jabatan Perikanan Malaysia


Sumber: Jabatan Perikanan Malaysia

Wah.. gigih betul saya menulis maklumat yang Zainal share dalam keadaan bot yang terumbang ambing tu.. hehehehe... Masa refer balik nota susah nak faham.. hahahaha.... 

Melihat saya dok tulis apa yang di share, Zainal berkali-kali bertanya adakah saya ni journalist dari mana-mana media cetak? Ke dari stesyen TV? Saya explain la saya ni ambik2 gambar sebab hobi dan ambik nota sebab suka info2 yang diberi dan kalau tak tulis mana nak ingat bila dah balik rumah.. hehehe.. Still dia nampak macam tak percaya.. hahaha... Lepas tu dia siap tanya my friend lagi... hehehe... 

Sambil sembang-sembang tu, sebenarnya Zainal ni ada masters tapi telah memilih untuk buat business river cruise ni sebagai kerjaya dia. Bud pula dulunya adalah seorang nelayan pukat jerut tapi dah berhenti dan jadi business partner Zainal mengendalikan cruise ni. 


Dari apa yang saya baca kalau nelayan nak dapatkan permit, bot-bot [vesel] binaan tempatan yang dibenarkan adalah yang dibuat dari vesel kayu baru dan terpakai, besi baru dan terpakai dan gentian kaca [fiberglass] baru dan terpakai bagi zon-zon C2 dan C3.


Kalau nelayan nak ganti kulit atau enjin dan kalau nak ubahsuai saiz dan muatan, mesti terlebih dahulu dapatkan kelulusan Jabatan Perikanan Malaysia. Dan mesti dibuat dalam negara sahaja.


Also kata Zainal, nelayan-nelayan tidak boleh park bot-bot mereka mana mereka suka. Mestilah park ditempat-tempat yang ditetapkan. 


Mesti bawak banyak bekalan air jika nak lama di laut untuk kegunaan harian. Kalau yang pakai pukat tunda boleh selama 2 hingga 3 minggu. 






Ini adalah Kuantan Slipway. Ini adalah tempat untuk repair bot-bot nelayan yang mengalami kerosakan. 


Lokasi Kuantan Slipway. 

Dan tentunya saya selitkan beberapa people shots :).

By this time dah nak reach the Hutan Paya Bakau Kuantan




Di situlah jeti Hutan Paya Bakau Kuantan where we docked and went on the mangrove walk. 


Berlabuh di jeti Hutan Paya Bakau Kuantan.

Memang cantik la taman bakau ni. 

Titi pejalan kakinya juga sangat elok dan nampak baru. Selesa. Also suasana begitu nyaman sekali. Redup dan sejuk. Kedengaran juga kicauan burung-burung. 




Ada juga beberapa wakaf untuk para pengunjung berehat dan menikmati keindahan semulajadi taman bakau ni. Ada juga menara tinjau for bird watching. Tapi saya tak naik sebab macam tinggi je.. hehehe...




Masa jalan-jalan tu saya ternampak pula adik ni dan beberapa orang lelaki sedang mencari-cari sesuatu di kawasan lumpur di bawah dan sekitar titian. Saya bertanya apa yang dicari? Terus adik ni seluk tangan dia dalam beg yang dia bawa dan tunjuk siput-siput sedut. Saya pun minta la dia letak kat atas titian untuk saya ambik gambar.. hehehe.. Adik tu kata tak banyak yang mereka jumpa. Tetiba saya craving nak makan siput sedut masak lemak batang keladi. Terus perut keroncong.. hahaha... 


Pak cik-pak cik ni sedang mencari siput sedut.

Setelah berjalan sejauh lebih kurang 600 meter, kami pun tiba semula di jeti. Ada dalam 30 minit kami jalan-jalan di taman bakau ni. Nice break stretch and from bouncing in the boat tadinya.. hehehe... 


Saya sempat bersembang dan bertanya itu ini pada lelaki yang berbaju biru tu. He seemed like the supervisor yang monitor some worker membaik pulih kerosakan di taman bakau ni. Saya curious dan tanya pasal bahan yang digunakan untuk buat titian sebab kelihatan macam kayu tapi bukan kayu. Nak kata besi pun bukan. Supervisor tu kata titian tu dibuat dari bahan bernama FRP yang boleh tahan selama 50 tahun. Bagus la sebab kalau buat dari kayu atau bahan lain tak tahan lama dan sering kena buat repair.

Saya pun researched la sikit, FRP tu is Fibre-reinforced plastic (FRP) (also fibre-reinforced polymer) a composite material made of a polymer matrix reinforced with fibers. FRPs are commonly used in the aerospace, automotive, marine, construction industries and ballistic armor.



Ni papan tanda peta taman bakau tu. Masih dalam plastik lagi actually tapi sebab saya nak ambik gambar supervisor tu tanggalkan plastik tu. So nice of him la.


Ok ni versi edited kasi besar tulisannya.. hehe...



Lepas tu kami naik bot balik dan menuju upriver lagi. Kami pun tiba di jambatan Tanah Putih yang berdekatan dengannya ada Medan Feri tempat di mana bot-bot boleh disewa untuk river cruise and leisure. 

Di situ juga ada kubu Jepun. Kalau tak silap kubu tu bukan dibina oleh Jepun tapi dibina oleh locals untuk bertahan dari serangan Jepun. 



Lepas tu buat U turn dan berpatah balik ke arah Jeti Shahbandar untuk route trip yang ke 2 iaitu mengarah ke muara sungai Kuantan. Masa ni si Bud pecut sampai saya dan Johan melambung-lambung.. hahaha... Si Zainal dan Bud gelak je tengok kami... hehe. 



Terus saya pastikan life jacket saya was securely fastened! Masa tu simpan je la camera kot tercampak keluar bot pulak. Tapi actually rasa syok meluncur laju dengan angin yang kuat! :)



Ni Jeti Shahbandar tadi. Di belakang tu Hospital Tengku Ampuan Afzan [HTAA]. Masa ni si Bud dah slow kan bot for the 2nd route. 




Dan kami pun tiba di jambatan Tanjung Lumpur. 




Then ternampak this white-bellied sea eagle. Magnificient bird! 



Elok je la pulak dia bertenggek kat dahan macam tu :).



Alhamdulillah la saya ada lens yang boleh zoom zoom ni. Ni pun dah zoom maximum dah.. hehe.. 




Saya happy sungguh dapat shot ni. Salah satu fav saya :).



Nelayan-nelayan tengah repair bot. 




Nampak macam tengah tukar lampu. 




Dan kami pun tiba di muara sungai Kuantan. Tu adalah Laut China Selatan. Gelombang agak besar dan terumbang ambing bot kami. Saya pulak sebab nak kan unobstructed shots pergi la ke depan bot. Lagi la bouncing.. hehehe... 



Another shots yang saya suka. Cantik pemandangan-pemandangan ni :).



Itu adalah Masjid Tanjung Lumpur, Kuantan. 




Then Zainal tanya nak tak masuk ke area Laut China Selatan. Errr.... ok lah. Teragak-agak jugak sebenarnya saya nak jawab. Tak pe kata Zainal, kita sekejap je dan tersengih. Errr... 



Zainal kata kapal-kapal hanya akan lalu antara kedua-dua buoys ni sahaja sebab situ lautnya dalam. The other 2 sides cetek dan tak selamat untuk bot-bot lalu. Masa di sini memang terasa angin agak kuat dan bot kami lebih terumbang ambing. Dah jom patah balik!



Ada orang sedang memancing.




More people shots :).



Rasanya nelayan ni tengah kaler rambut dia pakai berus gigi :).



Banyak juga saya nampak bot-bot yang tersadai.



More people shots :).




Ni adalah tempat di mana bot-bot akan pick up ais sebelum ke laut untuk digunakan to keep the fish fresh. 



Jeti Polis Marin. Ada saya baca nelayan-nelayan negara-negara lain yang menyamarkan bot-bot mereka dengan warna macam bot-bot Malaysia siap dengan bendera negeri pantai timur Malaysia dan menangkap ikan di perairan Malaysia secara haram. 



More people shots.. hehe









Dan kami pun meluncur balik ke Jeti Shahbandar. 



Syukur Alhamdulillah kami telah selamat sampai semula ke jeti. All in all, it was such a great experience for me. Seronok bila cruise yang saya ikuti kali ini adalah bukan sekadar duduk dan lihat dan ambil gambar sahaja tapi banyak info yang saya dapat menjadikan cruise ni lebih bermakna. 



Waktu dah hampir pukul 5:00 petang masa tu. Just nice and as per schedule. Kehausan kami terus ke restoran berdekatan dan minum sebentar sebelum bergerak ke destinasi seterusnya.


Bersambung.... 

Di bawah ni saya senaraikan kesemua links entries Jalan-Jalan Pantai Timur saya:
01) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - DEPARTURE - PANTAI SEPAT
02) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - KAMPUNG BUDAYA PULAU KELADI
03) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - KUANTAN RIVER CRUISE
04) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - MASJID NEGERI SULTAN AHMAD 1 DAN PANTAI-PANTAI TELUK CEMPEDAK-BESERAH-BATU HITAM
05) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - PAYUNG GUESTHOUSE AND CHALETS
06) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - PAYUNG GUESTHOUSE AND CHALETS
07) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - PANTAI CHERATING DAN PANTAI KEMASIK
08) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - PUSAT KONSERVASI PENYU - PANTAI JAMBU BONGKOK - PANTAI KELULUT
09) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - MASJID TENGKU TENGAH ZAHARAH DAN BAS CAS LIGAS
10) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - PASAR BESAR KEDAI PAYANG, KUALA TERENGGANU
11) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - KAMPUNG CINA, KUALA TERENGGANU
12) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - MASJID ABIDIN DAN KT WALK
13) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - LARIAN PERDANA PMINT DAN MASJID KRISTAL
14) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - TAMAN TAMADUN ISLAM
15) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - TAMAN TAMADUN ISLAM RIVER CRUISE
16) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - MUZIUM NEGERI TERENGGANU - BOT KAYU
17) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - FESTIVAL KESENIAN KEBUDAYAAN
18) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - PASAR BESAR KEDAI PAYANG
19) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - MENUJU KE KOTA BHARU DAN PASAR SITI KHADIJAH
20) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - BANK PITIS-ISTANA BALAI BESAR-ISTANA JAHAR-ISTANA BATU- KG KRAFTANGAN
21) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - PASAR SITI KHADIJAH - SARAPAN
22) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - KB PERMAI SILVERCRAFT
23) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - NORDIN BATIK AND CRAFT SDN BHD
24) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - RS SERUNDING ENTERPRISE
25) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - DODOL HJH WAN NAB - BURUNG CANDIK
26) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - BAHULU PASIR HOR
27) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - GALERI WAU PAK SAPIE - CIK MINAH SONGKET
28) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - RESTORAN NASI ULAM CIKGU - MUZIUM KRAFTANGAN
29) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - ISTANA BATU
30) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - MASJID MUHAMMADI - MEMORIAL PEPERANGAN DUNIA KEDUA
31) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - MUZIUM ISLAM
32) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - MUZIUM WAU
33) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - PESTA WAU ANTARABANGSA KELANTAN 2015
34) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - GOING HOME
35) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - TRIP SUMMARY

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

12 comments:

  1. wahhh...... nak nages tengok....

    En Syed... tau tak.... en Syed telah membuat kan saya..
    1) nak beli ja lens telefoto
    2) nak pegi sana hari ni jugak..
    3) buat saya mengangaaaaa sampai habis scroll ke bawah tengok gambar ni...

    En syed makan siput sedut tu tak...?!
    saya panggil siput tu "siput chot chot.".. heheheh ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eyhh... choppp... ade hammock .... mesti kak izat suka.....!!!

      tu dalam bot eyh... syok nya... sementara tukat ke jaring mengena ikat.. leh berayun dulu dalam tu.... :)

      Delete
    2. Hehehe... thanks CPL :)

      1- Good idea tu CPL. At least elok ada satu lens yg leh zoom zoom utk tembak subject yg jauh2. Puas hati tau. Nampak details nya.
      2- Hehehe... tak pe, insyaAllah satu hari dapat gi jalan2 tu. Buat la research dan plan and buat itinerary elok2. Also cari geng gi sama2. Baru meriah.
      3- Oooiittt... baik2 kang lalat masuk lak.. hehehe... Thanks CPL appreciate foto2 saya ni :).

      Hahaha... chot chot pulak. Macam bunyi sedut2 tu ek... hehehe... Tak la CPL. Dah cuba cari2 masa nak makan tapi tak jumpa pulak.

      Oooo... doc suka hammock ya. Kat rumah dia ada pasang satu kot :)
      Haaa.. tu la, syok kan... dengan angin sepoi2 bahasa. Mau lelap sampai tak sedar.. hahaha...

      Delete
  2. ada banyak hammock
    beli masa kat Siem Reap
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak tau doc suka hammocks. Ada pasang ke kat rumah doc?

      Delete
  3. warna warna bot mengikut pendaftaran negeri tu..warna di badan bot eh?
    sebab macam banyak je warna dalam satu bot tu..

    ReplyDelete
  4. Ustaz Homestay Kuantan ( 013-3604802 )... menawarkan penginapan sebuah rumah RM150 semalam....malam kedua RM 100 ( diskaun )...kami menawarkan malam keempat dan seterusnya cuma RM 50 saja....terima kasih kerana anda membaca hebahan ini.

    ReplyDelete
  5. Salam,
    Blog ni sangat bermanfaat. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  6. Aku suka sangat dengan blog kau Syed.. perkongsian jujur. Gambar byk cantik-cantik..

    ReplyDelete