Friday, February 9, 2018

EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - MONDSEE-LANDZEIT

Di Vienna kami menginap di Hotel Exe Vienna yang terletak di pusat bandar Vienna. Awal pagi kami keluar hotel jalan-jalan sebelum sarapan. 

Suasana masih lengang sebab masih awal pagi.

Unik benches ni.

Club dan Irish Pub.

Jalan Ottakringer Strasse.  

Di simpang jalan Ottakringer Strasse dan Hernalser Gürtel. Ada tram tengah lalu. Ada a man walking his (huge) dog.

Laluan tram.

Ada juga kami nampak restoran Arab di kota Vienna ni.

Dari jalan Hernalser Gürtel ni boleh nampak Breitenfelder parish church. 

Kejap je jalan-jalan sebab sejuk dan lapar.. hehe. Sampai hotel terus sarapan. 

Pagi ni kami akan ke Salzburg dan Munich. Sebab kena bertolak awal, maka tour leader arrange dengan hotel untuk sediakan sarapan pukul 6:30 pagi instead of the hotel's usual breakfast time at 7:00 am. Boleh kata reception staff tu tapi hanya ada roti je la. Kami ok je sebab bukan banyak yang kami boleh makan pun dari full spread breakfast hotel ni. 

Ni pun dah lebih dari cukup. Bukan je ada roti tapi also ada kek, croissant, pastries, buns, lots of fruits and juices. 


About pukul 8:00 pagi kami dah gerak. Jarak Vienna ke Salzburg lebih kurang 296 km, about 3 jam perjalanan. For some mungkin mengeluh lama dalam bas. Ye la, saya faham sebab bila duduk lama saya sendiri pun sakit-sakit pinggang. For the two of us ok je sebab ni la peluang nak tengok rural areas dan ambik gambar pemandangan yang cantik. Maka haruslah dimanfaatlan sepenuhnya 😊.

Leaving Vienna. A few more shots of Vienna sebelum meninggalkan bandaraya ini.

Schönbrunn Palace. 

Macam tak berapa ramai pelawat lagi. Mungkin sebab masih awal pagi.

Sphinx dan singa depan Schönbrunn Palace. 

Passed by bangunan Olympic and Sports Museum, Vienna.

Masuk highway dah. Melalui West Autobahn, highway yang pertama dibina di Austria.
Camera, siap! Aim! Tembak! Hehehe 😊

Unfortunately, berkabus pulak. Eh... unfortunate ke? Nooo... lagi cantik! Lain la sikit foto-fotonya dari yang dicapture earlier. You see, it is what you make of it. If asyik fikir negative ja, maka the whole trip becomes 'negative'. Lelah dan waste of time je if dok la fokus on the negatives. 

Alright, jom tengok keindahan alam ciptaanNya. SubhanAllah.

Percayalah, pemandangan ini adalah jauh lebih indah dari yang saya managed to capture. Maklum la guna compact camera je, so 'noisy' la the images.. hehehe...


Dan yang bestnya juga bila di highway macam ni, boleh nampak pekan-pekan, bandar-bandar kecil dan kampung macam ni. 

Dan ladang-ladang yang luas amat. Sayup mata memandang.

Rumah-rumah dan bangsal-bangsal besar. For live stock dan crops agaknya.

Ada signboard 'Bei Nebel' amaran memandu di kawasan berkabus tebal. Austria menggunakan sistem 'dots' di lebuhraya yang memberitahu pengguna lebuhraya supaya memandu dengan kelajuan dan jarak antara kenderaan yang disarankan semasa kabus tebal. Contohnya road sign ni recommend kelajuan 40km/h dengan jarak 1 dot antara kereta pemandu dan kereta di depan. 'Dot' tu jalur putih di jalanraya. 

Keretapi eletrik Western Railway dari Vienna ke Salzburg.

Menyeberang sungai Ybbs yang mengalir di Lower Austria. 


Sejuk! Dalam bas ada heater le.. hehe. Dalam bas also ada soket, so tak perlu risau kalau terlupa nak caj bateri. 

Menuju ke Salzburg.

Lepas pandu 2 jam, pemandu bas di Eropah mesti berhenti break. Dah law gitu. Dan stop di RnR mereka. Kalau di highway West Autobahn Austria ni ia dipanggil Landzeit i.e sebuah restoran. Kami berhenti di Landzeit Strengberg, di daerah Ramsau. 

Cantik kawasan rehat ni. 

Landzeit, your quality restaurant on Austria's motorways. Ada Wine Press tradisional yang dijadikan hiasan di entrance depan restoran.

Di dalam restoran ni is even more inviting.


Great selection of food and enjoyable. A cafeteria ambience with higher end food. Tapi pricey. Tapi kami tak la beli apa-apa sebab kenyang lagi, just pergi toilet je.

Ada deco ayam dan foto lama. Agaknya foto penduduk-penduduk di kawasan ni dulu-dulu yang bekerja sebagai petani dan penternak, hence the taxidermied chickens.

Macam biasa since ada masa kami explore la sikit RnR ni. Ni pemandangan di belakang restoran. Ada ladang yang luas. Dan berkabus. Sangat la indahnya.

Tebal kabusnya. The air so fresh. Sejuk.

Taman tepi restoran yang look very inviting. Masa summer la. Not masa ni yang sejuk dan basah.. hehe.

Bila nampak pokok jalar ni mesti nak ambik gambar 😊. 

Kawasan di depan restoran.




So nice lah!

Multi colored daun yang berguguran. 



Jom sambung balik perjalanan.


Menyeberang salah satu anak sungai Danube di Lower Austria. Nama Lower Austria tu sebab kawasan itu terletak di downriver location of the Danube River, yang mengalir dari barat ke Timur. Dan vice versa for Upper Austria. Ini di kawasan St.Valentin.

Ladang-ladang yang sangat luas.






😊


Solar panels harnessing solar energy.

Dari Lower Austria dah masuk ke Upper Austria.

Jadi perjalanan kami dari Lower Austria melalui Upper Austria sebelum masuk ke Salzburg. 

Lalu kawasan tak berkabus, terang langit biru. Me be like 🙌.


Menuju ke Mondsee sebelum ke Salzburg.

Dah mula masuk ke kawasan Alps. 


Austria banyak kawasan bergunung ganang, terletak di Alps; hanya 32% negara ini di ketinggian bawah 500 m.

Kebetulan masa kami lalu di kawasan pergunungan ini cuaca begitu baik sekali. Dapatlah nampak dan tangkap gambar kehujauan bukit dan gunung serta langit biru. Alhamdulillah.


Dan kami berhenti sekali lagi di rest area. Kali ni lama sikit sebab nak lunch dan solat. Ada ke tempat solat? Jom tengok.

Ni pemandangan sebelum masuk ke area perhentian Mondsee. Cantik sungguh!

Di depan tu, ke kiri masuk ke Landzeit Mondsee.



Inilah Landzeit Mondsee. Ada Landzeit Hotel di sini yang terletak di kawasan bukit dengan pemandangan pergunungan dan Mondsee (Moon Lake). Perhentian tepi highway yang dah macam resort pulak. 

Ada gas station.

Ada views macam dalam poskad.

Ada kawasan ladang penternakan lereng gunung. Apa lagi, berdas-das la tembak ambik gambar.. hehe. Mujur la camera compact ni mampu nak zoom-zoom.. hehe.




Dah tu, jom masuk dulu. Apa-apa pun wajib solat dulu. Ini restoran Landzeit Mondsee.

Ada convenience/souvenir shop.

Sebuah restoran dengan panorama tasik Mondsee dan pergunungan Alps. 

Di hentian highway ni tak ada prayer room or contemplation room. Selepas tour leader berbincang dengan pihak pengurusan restoran, kami dibenarkan guna bahagian restoran yang tidak dibuka pada masa tu. Syaratnya cuma kami diminta untuk tidak mengalihkan dan tidak meletakkan barang-barang di atas kerusi meja di bahagian itu. Alhamdulillah ada tempat yang selesa untuk bersolat. 

View dari bahagian restoran yang tidak dibuka ini mengadap kawasan pergunungan yang sangat la indah.


Pandang sana, pandang sini, semua cantik belaka. Sampai tak tau mana nak shoot dulu.. hehe. Bawa bertenang brah. Tarik nafas and go with your heart. Haaa kau, sampai gitu... over la pulak kan 😆.  

Beautiful green pastures yang beralun-alun.

I wonder what it'd be like to wake up and look out the bedroom's window and see amazing views of sprawling green fields, mountain ranges and lake macam di Mondsee ni. 


Oh swoon!! 

While some of our group members had their lunch di restoran di Landzeit Mondsee ini, the rest of us termasuk kami berdua lebih prefer untuk jalan-jalan di kawasan hentian ni. Moreover, kami dah siap bawak roti dan serunding daging, so decided akan lunch dalam bas saja nanti.

Lagi pun rasa rugi la kalau tak ambil gambar pemandangan-pemandangan macam ni kan.


Tu dia Tasik Mondsee. Mujur cuaca terang, boleh la nampak.

Le sigh....




Pemandangan Tasik Mondsee yang lebih jelas. Berkabus dan mistik.

Terperasan ada sebuah bot kecil di tengah Tasik Mondsee ni. Apa lagi, zoom 'on' la.. hehe. Nampak nama bot ni 'Mondseeland'. 

Some part of the green fields were sprinkled with wild grass flowers. Lovely lah.

View yang mengadap opposite of Mondsee Lake.

Kerana kedudukan yang lebih tinggi, pemandangan Tasik Mondsee dari rumah-rumah/resorts di lereng gunung ni tentunya lebih awesome. 




Lembu lagi 😊. 

Milk cows agaknya.


Mondsee adalah sebuah bandar di daerah Vöcklabruck di negeri Austria di Upper Austria yang terletak di tepi tasik Mondsee. Di sekitar tasik Mondsee ni ada beberapa lagi tasik-tasik besar seperti Fuschlsee, Wolfgangsee dan Attersee.

Mondsee adalah salah satu daripada tasik milik persendirian yang terakhir di Austria. Pada Ogos 2008, pemilik Nicolette Wächter mengumumkan tasik Mondsee untuk dijual. Tasik ini dimiliki oleh keluarganya sejak abad ke-18 since 1760, diberi oleh Emperor Napoleon pada ancestors dia. Fyi, Tasik Irrsee (see above map) juga adalah milik persendirian. 

Ini Nicolette Wächter, pemilik Tasik Mondsee. So kenapa dia nak jual tasik ni? Dia kata, 'It was just too tedious.. had enough of the granting of fishing licenses, the inspection of each new bridge and the trouble with local politicians'. Ramai yang nak beli tasik ni. Antaranya ialah the Russians, pak Arab dan Bavarian nobility. Tak jumpa pulak info if the lake is eventually sold and for how much.
Source





Yang buat tasik jadi lebih epik ialah Drachenwand (Dragonwall) ini.

Drachenwand adalah sebahagian daripada kumpulan gunung di Northern Limestone Alps. So magnificent! SubhanAllah.




Selesai di Landzeit rest area ni kami pun meneruskan perjalanan ke Salzburg.





Bersambung...

For easy reference, saya senaraikan di bawah semua links kepada entries Eastern Europe travels saya:
01 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 01 - PART 01 - DEPARTURE & ROMERBERG
02 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 01 - PART 02 - WERTHEIM OUTLET VILLAGE

03 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 01 - KARLOVY VARY - GRANDHOTEL PUPP-HOT SPRING COLONNADE
04 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 02 - KARLOVY VARY - MARKET COLONNADE-MILL COLONNADE-DVORAK PARK-PARK COLONNADE-CZECH POST-ELIZABETH V SPA
05 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 03 - PRAGUE - PRAGUE CITY-WENCESLAS SQUARE-PRAGUE OLD TOWN SQUARE-ASTRONOMICAL CLOCK
06 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 04 - PRAGUE - CHARLES BRIDGE-PRAGUE OLD TOWN SQUARE
07 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 03 - PART 01 - PRAGUE - PRAGUE CASTLE-ST VITUS CATHEDRAL
08 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 03 - PART 02 - PRAGUE - OLD ROYAL PALACE-PRAGUE LESSER TOWN-CHARLES BRIDGE
09 - EASTERN EUROPE - SLOVAKIA - DAY 04 - PART 01 - BRATISLAVA - BRATISLAVA CASTLE
10 - EASTERN EUROPE - SLOVAKIA - DAY 04 - PART 02 - BRATISLAVA - BRATISLAVA OLD TOWN-CORDOBA CULTURE CENTER
11 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 04 - PART 03 - BUDAPEST - CENTRAL MARKET HALL-LIBERTY BRIDGE
12 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 01 - BUDAPEST - GELLERT HILL-CITADEL
13 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 02 - BUDAPEST - FISHERMAN'S BASTION
14 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 03 - BUDAPEST - HEROES SQUARE
15 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 04 - BUDAPEST - RIVER DANUBE CRUISE
16 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 05 - BUDAPEST - GELLERT THERMAL BATH-CAVE CHURCH
17 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 01 - VIENNA - SCHONBRUNN PALACE
18 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 02 - VIENNA - VIENNA CITY TOUR-MARIA THERESIEN PLATZ-HOFBURG PALACE
19 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 03 - VIENNA - KOHLMARKT-GRABEN-HUNDERTWASSERHAUS
20 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 04 - VIENNA -VIENNA ISLAMIC CENTER-St STEPHEN CATHEDRAL-KARNTNER STRASSE
21 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - MONDSEE-LANDZEIT
22 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - MIRABELL GARDEN-MOZART WOHNHAUS-MAKARSTEG
23 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - SALZBURG OLD CITY
24 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - ON THE WAY TO NEUSCHWANSTEIN CASTLE
25 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - NEUSCHWANSTEIN CASTLE
26 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - BMW WELT-MARIENPLATZ
27 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 09 - DACHAU CONCENTRATION CAMP MEMORIAL SITE
28 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 09 - DACHAU OLD TOWN - GOING HOME

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. subhanAllah
    cantiknya pemandangan kat situ!!

    she own the whole lake ?
    hahhaha... gila besar lakenya
    dan susahnya nak jaga..

    boleh pulak si Napoleon bagi the whole lake ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, cantik sangat! Very scenic!

      Tu la, ingatkan best la own a lake like that tapi sebenarnya memeningkan kepala. Banyak tanggungjawab.

      Kan. Agaknya dulu2 kalau memerintah, the land was his.

      Delete