Monday, February 19, 2018

EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - NEUSCHWANSTEIN CASTLE

Dan kami pun tiba di Hohenschwangau. Hohenschwangau adalah sebuah bekas kampung dan kini sebuah bandar kecil dalam perbandaran Schwangau, daerah Ostallgäu, Bavaria, Jerman. Terletak di antara Neuschwanstein Castle dan Hohenschwangau Castle, ia dikunjungi oleh kira-kira 2 juta orang setiap tahun, di mana lawatan ke bekas istana-istana diraja tersebut dimulakan. 

Di pekan ini ada tempat letak kereta, restoran, rumah tumpangan, hotel dan kedai-kedai cenderamata. Di sebelah baratnya ada Tasik Alpsee. Dari sini juga boleh nampak Hohenschwangau Castle dengan jelas. 

Masa kami sampai tu tengah hujan renyai dan suhu 2°C. Sejuk la sangat! Mujur tidak berangin. 

Dari tempat parking bas, boleh nampak Hohenschwangau Castle. Istana ini pada asalnya adalah kediaman Knights of Schwangau sehingga dibeli oleh Crown Prince Maximilian pada tahun 1832. Di sinilah raja yang membina Neuschwanstein Castle, King Ludwig II dibesarkan. King Ludwig II adalah anak kepada Crown Prince Maximilian. 

Istana yang tidak mengalami sebarang kerosakan semasa Perang Dunia I dan Perang Dunia II ini sering digunakan by the royalties as summer residence. Lebih dari 300,000 pelawat dari seluruh dunia melawat istana ini setiap tahun.

Masa tour leader pergi beli tiket nak masuk ke Neuschwanstein Castle, kami jalan-jalan di Hohenschwangau ni. 


Kadang kala hujan renyai, at times lebat juga. So ada la group members kami yang pakai disposal rain coat. Very convenient! Kami ada juga bawak tapi malas nak pakai sebab susah nak ambik gambar.. hehe. 

Then ternampak pula this huge medieval looking wooden doors with beautiful iron hinges and decorations. Maka haruslah bergambar di sini.. hehe. Yes, it was very cold, terpaksa tutup hidung macam tu. Saya memang tak tahan sejuk sebenarnya. 


Hohenschwangau Castle. Istana ni kami tak lawat dan akan ke Neuschwanstein Castle.

First mention pasal istana ni ada dalam rekod sejarah dari abad ke 12. Masa tu namanya ialah fortress Schwangau dan terletak di atas bukit batu di lokasi istana yang ada sekarang ini.  

Dan first mention dengan nama sekarang Hohenschwangau castle ada dalam rekod sejarah 1397. So dah beratus tahun ujudnya istana ni. Of course throughout the centuries ia dah di rebuilt, renovated, added etc. 

Pernah digunakan sebagai tempat memburu beruang, residence, summer residence, hunting residence dan last sekali sebagai muzium/tourist attraction. 


Hohenschwangau bermaksud 'Upper Schwangau'. Schwangau pula ialah swan land. Tu yang ada patung swan di bumbung istana ni.  

Ini bangunan Visitor's Centre. Kalau nak masuk ke dalam Neuschwanstein Castle, tiket mesti beli di sini. Tiket tidak dijual di atas bukit di lokasi istana tu. So kalau dah sampai di atas sana tanpa beli tiket, then tetiba rasa nak masuk istana tu, kena turun bawah balik dan beli tiketnya.

Dan inilah jalan nak naik ke Neuschwanstein Castle. Tinggi bukit ni sebenarnya. Jaraknya kira-kira 1.5 km di jalan menanjak yang agak curam. Nak naik ke atas, ada 3 cara; naik shuttle bus, naik kereta kuda atau jalan kaki. 

Walaupun cuaca sejuk dengan bersalji, tetap ramai pelancong yang prefer jalan kaki. Kalau menapak macam ni, lebih kurang 30 ke 40 minit lamanya nak sampai atas tu, depending on your fitness and the weather lah.

Tour leader beritahu kami disebabkan salji turun pada hari ini, perkhidmatan bas shuttle yang sepatutnya kami naik tidak disediakan kerana permukaan jalan yang licin dan merbahaya. Oleh yang demikian, pilihan naik yang tinggal hanyalah naik kereta kuda ataupun berjalan kaki. Jadi pihak travel agent kami telah upgradekan kami naik kereta kuda. Nice lah. Ye la kan, rugi la kalau dah sampai ke Hohenschwangau ni lepas tu tak naik ke Neuschwanstein Castle.

Harga tiket nak masuk Neuschwanstein Castle untuk dewasa ialah €12.
Shuttle Bus ke Neuschwanstein Castle: Uphill, €1.80; Downhill, €1; Roundtrip, €2.60.
Kereta kuda ke Neuschwanstein Castle: Uphill, €6; Downhill, €3.

Kuda-kuda yang tarik kereta kuda ni adalah besar dan tegap belaka. Baik yang jantan atau yang betina. Nanti saya cerita lebih lanjut pasal kuda-kuda ni masa turun ke bawah sebab masa tu dapat duduk sebelah driver kereta kuda dan sembang dengan dia.

Ini tiket masuk ke Neuschwanstein Castle. Nombor giliran yang tertera pada tiket kami ialah 459 dengan waktu masuk pada pukul 12.55 tengahari. Penting untuk berada di pintu masuk awal for this tour inside the castle sebab kalau terlepas nombor giliran, kena beli tiket lain kalau nak masuk dan tunggu giliran lagi.

Selepas diberi tiket, kami pun beratur di tepi bangunan Visitor's Center untuk menunggu kereta kuda. 

Dah mula ada crowd berbaris di tepi Visitor's Center menunggu kereta kuda. It was expected akan ada long queue sebab kereta kuda ni adalah transport mode paling popular di sini dan juga sebab perkhidmatan Shuttle Bus dah dihentikan. 

Kereta kuda yang dah sampai ke bawah dari drop-off port di atas bukit. 

Seronok nak naik kereta kuda.. hehe. Mujur kami cepat beratur sebelum barisan jadi panjang.

Di sini penumpang diturunkan dan kemudian dinaiki oleh the next group of people yang nak naik ke atas.

Tempat kami beratur ni di tepi kedai souvenir. 

Ada pewter plates dengan ukiran Neuschwanstein Castle, porcelain pendants, beer steins (beer mug) dan trinkets.

Kereta kuda pun sampai. Satu kereta kuda boleh muat 12 orang dan kami pula 18 orang so pecah jadi dua group lah. Kami naik kereta kuda yang pertama bersama a few ladies from Japan. Since seats di depan dah diconquer oleh the Japanese maka kami pun duduk di seat belakang. 

Cuma bersempit sikit je. Quite comfy actually. 

Ini group kami yang dalam kereta kuda kedua.

Perjalanan naik ke Neuschwanstein Castle pun dimulakan.

Ini peta perjalanan dari Hohenschwangau naik ke Neuschwanstein Castle melalui jalan Neuschwanstein Strasse.

Pada belakang tiket masuk ke Neuschwanstein Castle tadi ada stated '1.5 km steep road to Neuschwanstein Castle'. Jadi kalau nak jalan kaki naik ke atas tu mestilah fit especially dalam cuaca macam ni. 

Pemandangan yang cantik semasa dalam perjalanan naik kereta kuda. Salji masih sedang turun masa ni. 


Tiba-tiba kereta kuda kami diberhentikan. Eh, kenapa pulak. Terus semua dalam kereta kuda terjengok-jengok keluar. 

Kami nampak ada seorang lelaki ni tengah memegang dua ekor kuda pada kereta kuda yang sedang dalam perjalanan ke bawah.

Kemudian lelaki tadi menanggalkan hook kedua-dua kuda tadi dari kereta kuda dan dibawa ke tepi seberang jalan.

Kemudian sepasang kuda lain dibawa ke kereta kuda tadi. 

Dan pasangan kuda yang pertama dimasukkan ke dalan horse truck ini untuk dibawa balik ke ladang dan berehat.

Pasangan kuda kedua di bawa ke kereta kuda.

Rupanya shift pasangan kuda pertama tadi dah habis dan diganti tugasan menarik kereta kuda oleh pasangan kuda kedua. Kami diberitahu kuda-kuda ini akan ditukar dan direhatkan setiap 4 trip perjalanan di mana going uphill dikira satu trip dan going downhill dikira satu trip. Bagus betul lah cara mereka jaga kuda-kuda ni. More of the horse caring later.

Ada saya baca cara ke Neuschwanstein Castle naik kereta kuda ni kiranya macam romantik and therefore yang paling popular. I guess I understand the allure sebab bukan selalu dapat naik kereta kuda dan route pulak scenic macam ni, menuju pula ke sebuah istana berusia ratusan tahun. And to top it off, dalam suasana salji tengah turun. Yeah, I guess it was kinda romantic.. hehe.

Tapi romantik ke kalau bau berak kuda-kuda tu mengiringi sepanjang perjalanan.. hahahaha 😄. 

Perjalanan diteruskan dalam suasana berkabus dan ketika salji sedang turun.

Terasa macam scene dalam filem pulak.

Sudah nak dekat sampai di tempat stop kereta kuda.

Suasana yang cukup indah. SubhanAllah.



Kerana tak cukup ruang di kawasan sekitar Neuschwanstein Castle di atas sana, maka kereta kuda tidak dibenarkan naik sampai di tepi istana tu. Jadi kami turun di tempat carriage turning area ini. Di hentian ini, pelancong akan turun dan meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki ke kawasan istana. Pelancong yang nak turun bukit ini dengan kereta kuda juga akan naik di sini. Tempat ini khas untuk kereta kuda sahaja. Shuttle Bus stop di tempat lain.

Since kereta kuda kedua kami tak sampai lagi maka kami pun jalan-jalan sikit di kawasan ini dan bergambar.. hehe. Bak kata isteri saya, ini pemandangan campuran di antara musim luruh dan musim dingin 😊.

Kereta kuda kedua kami dah sampai. 

Ada kedai souvenir dan cafe di hentian ini. Jadi kalau dah kesejukan dan kepenatan mendaki bukit dengan berjalan kaki, bolehlah lepak berehat sekejap di cafe tu sebelum meneruskan perjalanan ke istana.

Bila semua group members dah sampai dan berkumpul, kami pun bersama-sama mendaki naik bukit sikit lagi lebih kurang 10 ke 15 minit perjalanan untuk ke castle's entrance. 

Tidaklah terlalu curam mendakinya. Lagi pun dengan pemandangan indah macam ni, tak terasa la sangat stressnya.. hehe.

Kadang-kadang tu terasa macam surreal je berada di tempat macam ni. For me la. 

Tak perlu jalan laju-laju. Santai je. Lagi pun jalan agak licin juga masa ni.


Half-half, musim luruh dan musim dingin 😊. Seasonal transition... how lovely... even more delighful being there with her 💗.

I wonder though how much of this route is the original pathway used by the kings and other royalties pada zaman dulu. How amazing it was even pada masa zaman itu mereka ada teknologi untuk mengorek bukit/gunung berbatu ini untuk buat jalan. Juga menakjubkan bila fikir cara mereka transport semua bahan binaan yang digunakan untuk membina istana tu. 

Neuschwanstein Castle sebenarnya dibina atas bukit berbatu. 

Beautiful moss covered rocks. 


Mungkin sebab faktor cuaca tak berapa ramai pelancong lain yang kami nampak di situ.

Breathtaking view. Actually dah memang tengah slightly breathless dah masa ni dok mendaki dalam cuaca sejuk nak dekat 0°C ni.. hehehe. 

Saya suka betul tengok daun-daun kuning hijau ni melentuk tunduk menampung berat lapisan salji. 

Haaa.. dah nampak dah Neuschwanstein Castle! Excited.. hehe. Samar-samar kerana dilindungi sajli yang sedang turun.  

Mula-mula tu rasa macam frust pulak bila tak nampak Neuschwanstein Castle ni dengan jelas. Tapi bila fikir balik, bukan senang nak dapat view istana ni macam ni, ketika salji sedang turun, di masa sepatutnya kalau ikut kebiasaan pertukaran musim salji lambat lagi nak turun sebenarnya. 

Dan noticed jugak bahagian depan main entrance castle ni sedang dalam proses  restoration. I suppose I kinda already expected it sebab semasa dalam program percutian kami ni memang banyak tempat yang kami lawat samada bangunan seperti di Karlovy Vary, Prague, Bratislava atau fountain seperti di Frankfurt, Vienna dan Salzburg adalah ditutup kerana restoration.

Inilah rupa keseluruhan bangunan Neuschwanstein Castle dari atas. 

Merakam lagi pemandangan di sekitar kawasan Neuschwanstein Castle dikala musim luruh tak luruh, winter tak winter.. hehe. Got ke like that.. hehe.

Walau pun salji agak lebat, tetap juga ambik gambar. Jadinya sambil tu juga asyik la mengelap camera.. hehe. 

Menoleh kebelakang dan capture satu shots pathway kami jalan tadi. Boleh tahan juga nampaknya kecuramannya.

In a way it was nice to experience being outdoor masa salji sedang turun. I mean, photographically, just look at this pemandangan. Nampak macam berkabus tebal. 

Gigih ambil gambar dalam salji lebat.. hehe. Sejuknya masa tuuuu...

Pelan Neuschwanstein Castle. 

Pemandangan Neuschwanstein Castle dengan lebih dekat. Baru la nampak jelas sikit.

Lurah curam di tepi jalan naik ke istana.

Dari sudut pandangan sisi ini, istana ni nampak sangat tinggi. Jenuh la nak panjat tangga dalam tu.

Kawasan keliling istana adalah curam. Lagi la dalam keadaan cuaca begini, nampak macam bottomless pit. Seram pulak rasanya. 


Neuschwanstein Castle ni adalah tempat lawatan yang sangat popular. Jadi ia perlu sentiasa dipantau dan diperbaiki. Pergerakan foundation istana ini perlu berterusan dipantau. Dinding-dinding batunya juga perlu berulang kali diperkukuh. Cuaca buruk juga boleh memberi kesan pada facade batu kapur istana ini, jadi perlu diperbaiki section by section dari tahun ke tahun. Jadi sebab itulah bahagian masuk pintu utama istana ini penuh ditutup dengan scaffolding semasa kami di situ.

Tapi jangan risau, kan internet ada. Jadi beginilah rupa facade depan Neuschwanstein Castle ni. It's quite wondrous, isn't it?

Katanya Neuschwanstein Castle inilah yang menjadi inspirasi castle di Disneyland. Here, side by side comparison dengan castle di Tokyo Disneyland. Tak nampak pulak sebarang resemblence. Mungkin inspirasinya tidak diserlah dalam bentuk kemiripan. Apa la aku merepek ni ek? Hahahaha... moving on 😊.

Kami masuk ke dalam Neuschwanstein Castle di anak panah merah ni for the inside tour. 

Masa nak jalan masuk tu sempat ambil a few more photos.

Pemandangan yang mengingatkan kami pada percutian kami di Switzerland. 


Scaffolding everywhere.   

Di bahagian courtyard depan entrance. 

Curam di bawah tu!

Haaa... dapat pun view istana tanpa scaffolding.. hehe.

Neuschwanstein Castle ini hanya boleh dikunjungi dalam lawatan berpandu. Atau yang pakai panduan audio. Lawatan berlangsung lebih kurang 30 minit.

Tujuh minggu selepas kematian King Ludwig II pada tahun 1886, Neuschwanstein Castle dibuka kepada orang ramai. Raja yang pemalu ini telah membina istana ini untuk mengasingkan diri daripada kehidupan awam tapi kini ramai orang datang untuk melihat his private refuge.

Sekarang ini Neuschwanstein Castle adalah salah satu istana yang paling popular dari semua istana-istana di Eropah. Setiap tahun 1.4 juta orang melawat 'the castle of the fairy-tale king' ini. Pada musim panas kira-kira 6,000 pelawat sehari datang melawat sebuah tempat tinggal yang dibina untuk diduduki oleh cuma seorang sahaja. 

Setiap kumpulan diberi nombor giliran mengikut waktu yang tertentu. Kita perlu standby dekat pintu masuk bila waktu yang tertera pada tiket dah hampir. Ini adalah kerana kalau terlepas nombor giliran, kenalah turun ke Hohenschwangau membeli tiket yang baru. Kami dalam group tour 459 yang akan masuk pukul 12.55 tengahari.

Kami diberi sebuah peralatan audio sewaktu masuk ke dalam istana. Bila peralatan audio ini diletakkan dekat dengan telinga, kami dapat mendengar dengan jelas penerangan yang diberi oleh Tour Guide. 
Source and source

However, fotografi adalah tidak dibenarkan semasa lawatan ini. Ini dah memang kami tahu terlebih dahulu bila kami buat research sebelum ke sini. Jadi kami make sure kami beli buku ini di kedai souvenir istana ni so that boleh la scan gambar-gambar di dalamnya dan share di sini.

Istana Neuschwanstein ini dibina oleh King Ludwig II pada tahun 1868 untuk menjadikan tempat yang terletak di pergunungan ini sebagai kediaman di mana dia boleh menjalani kehidupan yang lebih private. Menjelang akhir hayatnya, King Ludwig II cukup recluse dan istana Neuschwanstein ini jadi bagaikan surga bagi dirinya sehingga kematiannya pada tahun 1886. Malangnya King Ludwig yang telah isytiharkan gila (sehingga lebih dikenali sebagai Mad King Ludwig) dan diletakkan di dalam tahanan rumah hanya sempat tinggal di istana ini selama 172 hari sahaja dan tidur di istana ini cuma 11 malam sahaja sebelum dia mysteriously ditemui mati di dalam tasik yang cetek bersama doktor yang mengesahkan status mentalnya. He was 41 years old.

Ini beberapa draf lukisan Istana Neuschwanstein ketika dalam proses permulaan sebelum ia dibina. Dikatakan King Ludwig sangat terlibat dalam pelbagai aspek rekaan dan pembinaan istana ini. Juga sering membuat perubahan yang menyebabkan kos pembinaan makin bertambah. 

King Ludwig II menanggung semua kos pembinaan istana peribadinya ini dengan harta dia sendiri dan juga melalui pinjaman dan pada awalnya tidak menggunakan the Bavarian public funds. Kos pembinaan Neuschwanstein Castle ketika King Ludwig II masih hidup berjumlah 6.2 juta marks, hampir dua kali ganda anggaran awal sebanyak 3.2 juta marks. Oleh kerana harta peribadinya tidak cukup untuk menanggung kos pembinaan yang semakin meningkat, King Ludwig II continuously opened new lines of credit. Kerana 'istana' ini ada banyak berhutang, maka sebaik sahaja King Ludwig mati, istana ini terus dibuka pada umum dan kutipan caj masuk melawat istana ini digunakan untuk membayar segala hutang.
Bahan-bahan binaan yang digunakan untuk membina istana ini.

Pada tahun 1880, kira-kira 200 tukang bekerja di tapak ini, tidak termasuk pembekal dan orang lain yang tidak terlibat langsung dalam pembinaan. Dilaporkan juga pernah sehingga 300 pekerja bekerja dalam satu masa, kadang-kadang bekerja pada waktu malam dengan lampu minyak. Dan pembinaan istana ini juga tidak terkecuali dari berlakunya kemalangan jiwa. Site manager bunuh diri dengan menembak dirinya di tapak pembinaan. Motifnya tidak diketahui. Seorang tukang jatuh dari bumbung ke dalam jurang yang sangat dalam dan mati serta merta. Seorang lagi tukang dijumpai mati dalam jurang. Seorang stonemason mati dihempap batu batan di kuari. 
The various stages of constructions. 

Walaupun hutangnya telah mencecah 14 juta mark, Ludwig berkeras untuk meneruskan projek istananya. Dia sampai mengancam bunuh diri jika pemiutangnya merampas istana beliau. Pada awal 1886, Ludwig meminta dari kabinetnya kredit sebanyak 6 juta marks, tapi ditolak.

Bavarian government decided to depose the king, who was living at Neuschwanstein at the time. On June 9 he was incapacitated, and on June 10 he had the deposition commission arrested in the gatehouse. In expectation of the commission, he alerted the gendarmerie and fire brigades of surrounding places for his protection. A second commission headed by Bernhard von Gudden arrived on the next day, and the king was forced to leave the palace that night. Ludwig was put under the supervision of von Gudden. On June 13, both died under mysterious circumstances in the shallow shore water of Lake Starnberg near Berg Castle. - Wikipedia

Neuschwanstein Castle. Ini foto dari buku yang kami beli di kedai souvenir istana ni.

Pelawat masuk ke Neuschwanstein Castle menerusi Entrance Hall. Di sinilah kita akan mengambil audio pendengaran dan bertemu dengan Tour Guide yang akan membawa kita melawat ke istana.

Neuschwanstein Castle ini penuh dengan banyak lukisan yang diilhamkan dari opera Richard Wagner. Lukisan-lukisan itu tidak dimodelkan secara langsung dari karya Wagner, tetapi pada medieval legends yang Wagner sendiri ambil sebagai asas untuk karya-karyanya. Terdapat tiga watak utama: the poet Tannhäuser, the swan knight Lohengrin and his father, the Grail King Parzival (Parsifal). These were Ludwig's models and kindred spirits.

Di istana ini King Ludwig II melarikan diri ke dunia impiannya - dunia puitis of the Middle Ages.

Berikut adalah antara lukisan-lukisan di dinding istana ini depicting scenes from Wagner's operas.
"The pictures on the walls of the castle deal with love and guilt, repentance and salvation. Kings and knights, poets and lovers people the rooms".




Kemudian kita dibawa masuk ke Throne Room yang dibina bagaikan sebuah gereja. Di sinilah King Ludwig mengabadikan dirinya dalam lukisan perhiasan di dinding sebagai seorang raja yang dilantik oleh Tuhan. Takhta yang telah ditempah tak sempat dibawa ke sini setelah kematian King Ludwig dan keluarganya mengarahkan supaya semua kerja di istana ini dihentikan.
"Religious and political ideas were involved in the planning of the castle. This can be seen in particular in the throne hall. The paintings here show how Ludwig saw kingship "by the Grace of God": as a holy mission, with powers that the Bavarian king had never possessed".



Lukisan pelan untuk pembinaan takhta ini. Beginilah rupa takhta yang tak siap tu. 

Lukisan twelve apostles di kiri kanan dinding throne hall ini.

Lukisan-lukisan lain di Throne Hall. 

Dah macam melawat galeri lukisan pula.





Throne Hall ini juga dihiasi dengan sebuah chandelier yang besar dan lantainya dilukis dengan motif haiwan liar.

Next kami masuk ke dining room pula.

Meja Makan King Ludwig di dalam Dining Room dihiasi sebuah perhiasan ukiran emas Siegfried yang sedang bertarung dengan seekor naga. Di bilik ini juga kita dapat melihat peralatan pemanas yang dibina ke dalam dinding. Sewaktu Neuschwanstein Castle dibina, telah ada peralatan-peralatan termoden ketika itu yang dipasang ke dalam istana ini seperti pemanas tersebut. 

Antara lukisan-lukisan yang ada di dining room.

Next ke bilik tidur King Ludwig II.

Ukiran-ukiran kayu di dalam bilik tidur King Ludwig mengambil masa 14 tahun untuk disiapkan. Katilnya cuma single bed kerana King Ludwig tidak berkahwin dan tinggal di istana ini bersendirian dengan pekerja-pekerja istana sahaja. 
King Ludwig gemar tidur di waktu siang dan berjaga sepanjang malam. Seorang orang gaji akan sentiasa standby di luar bilik tidur untuk menjaga keperluan raja. Jika King Ludwig memerlukan sesuatu dari orang gaji, baginda hanya perlu menekan loceng di bilik tidurnya.

Dalam bilik ini juga ada wash stand yang dilengkapi dengan paip air dan tandas. Tandas ini walau bagaimanapun, tidak dibuka kepada pelawat. 


Lukisan-lukisan di bilik ini pula menggambarkan adegan-adegan dari opera Richard Wagner yang bertajuk Tristan and Isolde.



Kisah Tristan and Isolde.



Bilik seterusnya, The Private Chapel.


Next, Dressing Room.

Semua bilik di istana ini dihiasi dengan siling ukiran kayu kecuali Dressing Room. Siling di bilik ini dihiasi dengan lukisan. Lukisan-lukisan di bilik ini pula adalah adegan dari opera yang bertajuk Meistersingers of Nuremberg.
Dressing Room. Kotak kayu di dalam gambar ini adalah jewellery case milik King Ludwig.


The Living Room.

Selain opera, King Ludwig juga sangat taksub dengan burung-burung swan. Perhiasan bermotifkan swan boleh dilihat di merata-rata tempat seperti diselitkan di dalam lukisan dan juga dijadikan ukiran pada pemegang pintu. Hiasan bertemakan swans ini paling ketara dilihat di dalam Living Room.





Opera Knight of Tannhaeuser menggunakan latarbelakang gua di Mount Hoesel yang menjadi kediaman kesatria dengan Dewi Cinta. Model gua ini turut dibina oleh King Ludwig di dalam istananya dan bilik gua ini kini dinamakan Grotto.

Pintu kaca dengan etching burung swan ini boleh dibuka untuk raja menikmati pemandangan di luar.

The King's Study.

Bilik King's Study dihiasi dengan lukisan dari opera Knight of Tannhaeuser yang menceritakan kisah seorang kesatria yang jatuh cinta dan tinggal bersama dewi cinta yang bernama Venus di dalam sebuah gua.




Guided Tour kami berakhir di sebuah bilik yang bernama Hall of Singers. Bilik ini dibina oleh King Ludwig untuk menonton persembahan opera. Walau bagaimanapun, dia tak sempat menonton sebarang persembahan opera pun di sini sebelum meninggal dunia.

Kata Tour Guide, dulu memang ada persembahan muzik dibuat di bilik ini setiap tahun. Namun begitu setelah pihak pengurusan istana mendapati peralatan muzik moden yang dibawa merosakkan bilik ini, persembahan tersebut telah tidak diadakan sejak dua tahun yang lepas. 

Since Hall of Singers ni besar, so ada banyak la lukisan-lukisan di dinding. 









So with that maka berakhirlah guided tour 30 minit kami dalam Neuschwanstein Castle ni. Kerana istana ini tidak dibina untuk menerima kehadiran other royalties and guests, kami dapat rasakan ianya lebih intimate, rasa macam rumah orang bujang tapi dengan lukisan, deco dan hiasan yang over the top lengkap dengan pelbagai ruang seperti dalam sebuah istana yang tipikal.

Selain buku pasal istana ni, kami juga beli beberapa poskad gambar istana ni ketika dalam musim-musim berlainan. 

So beautiful!



So breathtaking.

Tapi pada hakikatnya, beginilah yang kami nampak masa tu.. hehehe. 



Dan mestilah bergambar kenangan bersama group yang best ni 😊.



Dan kami pun beredar dari situ menuruni jalan yang dilalui tadi untuk ke tempat kereta kuda. Bye bye Neuschwanstein Castle. 


Ada la pulak orang yang buat snow man ni.. hehe.

'Frozen' anyone? Hehehehe...


Buat ais kepal.. hehe.



Sampai semula di tempat kereta kuda. Kereta-kereta kuda di sini beroperasi sepanjang tahun dan berulang-alik mengikut permintaan, tanpa jadual waktu tetap. Tiket boleh dibeli dari driver. Kereta-kereta kuda ini tidak beroperasi jika ada salji tebal atau ais di jalan. 

Dan kali ni masa nak turun balik ke Hohenschwangau kami duduk di seats depan kereta kuda ni. Saja la nak view perjalanan naik kereta kuda ni mengadap depan pulak. Btw, gini je control panel kereta kuda ni, cuma ada switches and break pedals. Dan leather straps as steering wheel.

Iya, mengadap depan, jadinya mengadap bontot-bontot besar kuda-kuda ni juga lah.. hahahaha.

Sebab kami duduk depan, kami diberi selimut untuk cover our legs. Dan selimut tu tebal, berat and warm, so it was super nice and comfy especially masa tu memang sangat sejuk. Kami appreciate sangat dapat selimut ni. Ni masa kami belum jalan lagi. Later on masa dah gerak turun, kena ketika berangin, huii... memang sangat lega ada selimut ni.

Everyone let me introduce to you, the Bavarian Coach Horses, Rocco di kanan dan Ellie 😊. 

Masa turun ke bawah, kami bersembang dengan driver kereta kuda. Ada dia bagitau nama dia tapi saya lupa dah. Anyway, dia beritahu dua ekor kuda ni namanya Rocco dan Ellie. Dia kata si Ellie pemalas sebab kereta kuda yang kami naik ni cuma sedang ditarik oleh si Rocco saja masa tu. Bila kami bertanya macam mana dia tahu yang cuma Rocco yang bekerja, dia menunjukkan kepada kami tali yang diikat kepada Rocco yang menegang. Tali yang memegang Ellie kendur kerana Ellie cuma berjalan-jalan bersiar-siar tak menarik kereta kuda seperti Rocco... hehe. 

Saya pun bertanyalah beberapa soalan lagi terutama tentang cara kebajikan kuda-kuda ini dijaga. Kami diberitahu memang kuda-kuda ini ditukar setiap 4 trips perjalanan di mana trip naik ke atas dikira 1 trip dan trip turun ke bawah dikira 1 trip. Kereta kuda dengan 12 orang penumpang ini juga sebenarnya mampu ditarik oleh seekor kuda sahaja. Namun mereka tetap dipasangkan dalam setiap perjalanan supaya kuda tidak kebosanan. Kalau seekor saja, kuda mungkin akan jadi resah dan ini adalah merbahaya. 

Dan soalan-soalan lain kami terus dijawab. Harga kuda dianggar sekitar €7,000-10,000 seekor. Jadi kuda-kuda ini dijaga macam seorang ahli keluarga. Bukan sekadar kuda ini ditukar setiap 4 trip perjalanan, kuda-kuda ini juga hanya bekerja 10 bulan setahun dan diberi cuti di ladang selepas itu selama 2 bulan untuk melepaskan tension melayan kerenah manusia sewaktu menarik kereta kuda. Kuda-kuda ini diberi makan 10 kg rumput kering setiap hari untuk menjaga kesihatan. Dari kesihatan pula, memang kuda-kuda ini dipantau dengan regular check up. Bertuah sungguh kuda-kuda di Jerman ni.

Begitulah serba sedikit tentang Bavarian Coach Horses ni. Saya tulis panjang lebar di sini sebab ada saya terbaca di internet pelancong yang bersungguh-sungguh menyuruh pelancong lain supaya jangan menaiki kereta kuda ini kerana ianya satu siksaan pada kuda-kuda ini, kuda-kuda ini are being abused, not being taken care of, the horses looking very tired and overworked and overburdened etc etc. Dan bila dah sembang dengan driver/owner kuda ini sendiri, saya yakin tuduhan itu semua tak betul. Saya tengok kuda-kuda ni semuanya sihat, kuat dan cergas. Tak de yang nampak macam lembik sebab overworked. Dan the carriage ride pun tak la dipandu laju, slow je dan sangat relaxed. Very well phased. Not rushing at all. Selepas 4 trip direhatkan terus for the day. Berambik berhantar dari ladang dengan covered horse trucks. Kerja menarik pun dibuat berpasangan (I like this 😊). Kalau jalan bersalji/berais, terus stop service ni. Kerja 10 bulan, cuti 2 bulan. Ada medical coverage. Dan dibela macam family member. So, mana kejamnya? 

Inilah driver kereta kuda yang kami naiki. Dan dia ni juga owner of the horses actually. Friendly orangnya. Agaknya dah biasa dah melayan macam-macam perangai pelancong termasuk macam saya ni yang bertanya macam-macam.. hehe. 
Side note: I looked so old and pruny and wrinkly.. hehe.. sejuk kot... and where were my glasses? I look weird la.. hehehe.

Sampai semula di Hohenschwangau, di Visitor's Center. Kami singgah kejap di sebuah bakery dan beli cheese sandwich for lunch. 

Cheese sandwich di sini is totally vegetarian kata staff bakery.

Hohenschwangau castle. 

Sebelum naik bas untuk balik ke Munich, kami jalan-jalan sekejap di tepi Lake Alpsee.


Ini bangunan Museum der Bayerischen Könige, Hohenschwangau - Museum of the Bavarian Kings. Tak masuk tapi sebab dah tak cukup masa dah.



Di Lake Alpsee.

Pemandangan Lake Alpsee dari Hohenschwangau. 

So serene. 



Banyak Mallards di tepi tasik ni.





Cheese sandwich for lunch.

Bersambung...

For easy reference, saya senaraikan di bawah semua links kepada entries Eastern Europe travels saya:
01 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 01 - PART 01 - DEPARTURE & ROMERBERG
02 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 01 - PART 02 - WERTHEIM OUTLET VILLAGE

03 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 01 - KARLOVY VARY - GRANDHOTEL PUPP-HOT SPRING COLONNADE
04 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 02 - KARLOVY VARY - MARKET COLONNADE-MILL COLONNADE-DVORAK PARK-PARK COLONNADE-CZECH POST-ELIZABETH V SPA
05 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 03 - PRAGUE - PRAGUE CITY-WENCESLAS SQUARE-PRAGUE OLD TOWN SQUARE-ASTRONOMICAL CLOCK
06 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 04 - PRAGUE - CHARLES BRIDGE-PRAGUE OLD TOWN SQUARE
07 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 03 - PART 01 - PRAGUE - PRAGUE CASTLE-ST VITUS CATHEDRAL
08 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 03 - PART 02 - PRAGUE - OLD ROYAL PALACE-PRAGUE LESSER TOWN-CHARLES BRIDGE
09 - EASTERN EUROPE - SLOVAKIA - DAY 04 - PART 01 - BRATISLAVA - BRATISLAVA CASTLE
10 - EASTERN EUROPE - SLOVAKIA - DAY 04 - PART 02 - BRATISLAVA - BRATISLAVA OLD TOWN-CORDOBA CULTURE CENTER
11 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 04 - PART 03 - BUDAPEST - CENTRAL MARKET HALL-LIBERTY BRIDGE
12 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 01 - BUDAPEST - GELLERT HILL-CITADEL
13 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 02 - BUDAPEST - FISHERMAN'S BASTION
14 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 03 - BUDAPEST - HEROES SQUARE
15 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 04 - BUDAPEST - RIVER DANUBE CRUISE
16 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 05 - BUDAPEST - GELLERT THERMAL BATH-CAVE CHURCH
17 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 01 - VIENNA - SCHONBRUNN PALACE
18 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 02 - VIENNA - VIENNA CITY TOUR-MARIA THERESIEN PLATZ-HOFBURG PALACE
19 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 03 - VIENNA - KOHLMARKT-GRABEN-HUNDERTWASSERHAUS
20 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 04 - VIENNA -VIENNA ISLAMIC CENTER-St STEPHEN CATHEDRAL-KARNTNER STRASSE
21 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - MONDSEE-LANDZEIT
22 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - MIRABELL GARDEN-MOZART WOHNHAUS-MAKARSTEG
23 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - SALZBURG OLD CITY
24 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - ON THE WAY TO NEUSCHWANSTEIN CASTLE
25 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - NEUSCHWANSTEIN CASTLE
26 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - BMW WELT-MARIENPLATZ
27 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 09 - DACHAU CONCENTRATION CAMP MEMORIAL SITE
28 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 09 - DACHAU OLD TOWN - GOING HOME

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. alhamdulillah , untung korang dapat merasa dan ambik gambar semasa musim luruh tak luruh, winter tak winter

    saya ni kan.. pemalu jugak .. macam King tu .. hehehhehe

    cantiknya gambar-gambar pada poskad tu... so breathtakingly beautiful!!

    macam kuda-kuda kat Bromo kan? not well treated.. abuse. over worked.
    kesian
    and di bagi minum kopi.. for 'energy'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah. Kami di situ masa transition musim. It was quite a wonderful experience despite the low temperature and heavy snow.

      Hahaha... ye ke pemalu doc? Hehehe..

      Tu la pasal saya beli. I'm guessing the shots for the postcards were taken at the most beautiful times of the years ikut musim-musim. Tu yang siap minta sales lady di souvenir shop tu pilihkan untuk kami the most beautiful postcard for each seasons.

      The horses here are treated well. I was so happy when I found out. It was nice to know.

      Di bagi kopi!!?? :O

      Delete
  2. saya plan ke sini nanti InsyaAllah..nak sewa kereta n drive around Germany.Time autumn mmg cantik kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. Waaa.. so nice drive sendiri. Boleh stop mana2 spots yang cantik2 dan ambik gambar!!
      Have an awesome trip!!

      Delete