Wednesday, February 4, 2015

KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 08 - COBANRONDO

Kota Malang, Jawa Timur terletak about 90 km di belah selatan Surabaya dan merupakan kota kedua terbesar di Jawa Timur selepas Surabaya.

"Malang" sebenarnya bukan berasal dari perkataan yang bermaksud "unfortunate", tapi berasal dari perkataan Malangkusheswara yang merupakan seorang raja yang hebat yang pernah memerintah kota ini pada masa dahulu.

Sebelum keluar jalan-jalan pada hari tu, sempat saya ambik gambar Kota Malang dari bilik hotel.




Untuk jalan-jalan pagi tu kami akan dibawa ke Kota Wisata Batu about 45 minutes drive from Kota Malang. Nak bertolak pukul 8.30 pagi so awal-awal kami dah turun for breakfast.

For me part of the vacation are the experiences during the travelling itself from one destination to the next. Jadi saya suka merakam apa yang dapat saya saksikan sepanjang perjalanan-perjalanan tu. 

Lukisan dinding yang menarik. 


Locals going about their daily chores.

Mereka yang dari pelbagai lapisan masyarakat.

Suasana bandar. 


Kota Malang ni juga dikenali sebagai Kota Pelajar. Ada banyak universiti dan kami nampak 3 of them masa perjalanan ke Kota Batu. 


Students. 


Dah tiba di Kota Wisata Batu. 

Macam Kota Bandung yang terkenal sebagai kota wisata di Jawa Barat, Kota Batu pula terkenal sebagai kota wisata di Jawa Timur. Jadi perjalanan ke Kota Wisata Batu masa tu boleh tahan juga sesaknya dengan pengunjung yang ingin bercuti ke sana.


Kata Pak Iskandar ni rumah penyanyi terkenal Indonesia Kris Dayanti.  



Kota Wisata Batu. Ada banyak tempat menarik di sini tapi kami akan ke air terjun Coban Rondo.




Untuk sampai ke Air Terjun Coban Rondo, kenderaan kami terpaksa mendaki sebuah gunung yang dinamakan Gunung Panderman. Mengikut ceritanya Pal Iskandar, Panderman adalah seorang Jeneral tentera Belanda. Sewaktu diburu oleh pejuang-pejuang kemerdekaan Indonesia dahulu, dia telah melarikan diri ke gunung ini. Panderman telah terperangkap di gunung ini dan dibunuh oleh pejuang-pejuang tersebut. Kerana itulah kini, gunung ini dinamakan sebagai Gunung Panderman. Pak Iskandar juga tambah yang Kota Malang ni pada masa itu cukup terkenal dengan kegagahan pejuang-pejuang mereka. 


Pemandangan yang cantik semasa dalam perjalanan ke Coban Rondo.

Penduduk-penduduk sekitar Gunung Panderman.

Dah sampai ke Wisata Coban Rondo. 

Kaunter tiket dan papan peta kawasan Wisata Coban Rondo.


Sceneries yang kami nampak memang breathtaking!


Alhamdulillah cuaca elok pagi tu so dapat la tengok views macam ni. 

Kawasan pertanian di lereng-lereng gunung.

Dan kami pun sampai ke Air Terjun Coban Rondo. Dah ramai pelawat tiba masa tu. Berbas-bas. 
Saya pulak nampak macam nak cepat tu sebab nak ke WC..hehe... 

Tapi ok je crowd. Tak le sesak. Ada banyak aktiviti-aktiviti boleh buat di sini. 

Tapi mungkin sebab musim hujan maka faktor-faktor keselematan diutamakan.

Gerbang pintu masuk ke kawasan air terjun.

Sangat cantik kawasan hutan ni. Surrounding areas juga elok bersih berjaga. 

Coban bermaksud Air Terjun, manakala Rondo pula bermaksud Janda dalam Bahasa Jawa dan tempat ini ada lagendanya yang tersendiri. Mengikut kisahnya, sepasang suami isteri yang bernama Raden Baron Kusuma dan Dewi Anjarwati yang sedang dalam perjalanan ke Gunung Anjosmoro telah diganggu oleh Joko Lelono yang terpikat dengan kecantikan Dewi Anjarwati. Sewaktu Raden Baron Kusuma hendak bertarung dengan Joko Lelono, dia telah menyembunyikan isterinya, Dewi Anjarwati di Air Terjun ini. Kedua-dua Raden Baron Kusuma dan Joko Lelono tewas dalam pertarungan ini dan Dewi Anjarwati terus menunggu di Air Terjun (Coban) ini. Bermula dari situlah tempat ini dinamakan Coban Rondo.

First look at the water fall. Awesome sangat! Kepala saya terus fikir-fikir macam mana nak ambik gambar. Kena go nearer and check out the area. 


Air Terjun Coban Rondo ni tingginya 84 meter. Jadi masa airnya turun dan masa hit the ground, maka tempias la. Bukan sikit, macam hujan tempiasnya... hehe. Dari jauh dah rasa percikan air. Dan impact air tu hittting the bottom buat ada angin kuat juga. Jadi untuk mengelakkan dari basah, ramai pengunjung yang hanya memerhatikan air terjun ini dari jauh je.


Saya rasa somewhat lega sebab tak terlalu ramai orang. Senang sikit nak ambik gambar.


Saya dan isteri tak kisah dah nak basah masa tu sebab macam teruja nak gi dekat-dekat nak bergambar dan ambik gambar...hehe.

Pada saya memang cantik air terjun ni. Dan kawasan ni elok terjaga dan ada path pejalan kaki yang dibuat khas untuk kegunaan pelawat-pelawat.

So beautiful! SubhanAllah.

Masa ni saya sedekat yang saya berani. Took a few shots the lap-lap lens. Shot lagi dan lap lagi. Risau gak kot camera masuk air..hehe.

Kebetulan masa saya took these close shots, a group of pelawat-pelawat baru je beredar. So dapat la uncluttered shots :).

Tengah saya ambik gambar masa tu rupanya my wife took this shot! Saya suka! Hihihi...

Puas dah ambik gambar, masa untuk beredar ke next destination. 

Abang ipar nak menembak kejap..hehe. Dengan bayaran 10,000 Rupiah, setiap penembak dibekalkan dengan 5 peluru senapang paintball.

Nampak sedap je goreng pisang tu. 

Aroma dari jagung bakar ni memang sungguh menggoda! :)






Btw, ni lah tourists guide kami Pak Iskandar [kanan] dan Agus the driver. 

Bersambung....

Di bawah ni saya senaraikan links untuk semua entries KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO saya:
1. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 01 - THE DEPARTURE

2. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 02 - THE WEDDING PART 01

3. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 03 - THE WEDDING PART 02

4. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 04 - THE WEDDING PART 03

5. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 05 - SARI ATER

6. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 06 - DARI KOTA SUBANG KE BANDUNG

7. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 07 - DARI BANDUNG KE SURABAYA

8. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 08 – COBANRONDO

9. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 09 - WISATA PETIK APEL

10. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 10 - LUNCH-BRAWIJAYA-RAMAYANA-SUNSET

11. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 11 - SUNRISE DI KOTA MALANG DAN CANDI SINGOSARI

12. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 12 - PASAR NONGKO JAJAR

13. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 13 – BROMO

14. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 14 - PERMATA TANGGULANGIN AND GOING HOME

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

5 comments:

  1. masa ke Bromo hari tu , kami tak pergi sini , sebab ikut jalan lain sebab nak ke Lapindo tu..
    sekarang saya dah tau .. ada 2 kota yang mereka panggil kota pelajar.
    Jogja dan Malang.
    [ hehehheeee.. kalau En Syed tak cerita .. sampai sekarang saya anggap nama Malang tu sebab ' malang ]
    Depa ni suka sangat pendekkan nama kan!!?? Terus hilang makna asalnya yang indah , bersejarah etc..

    kalau berangin .. sure kuyup!!
    kalau kena timing dan anglenya .. mungkin ada pelangi kan? sebab ber'mist' gitu!

    En Syed ada halo kuning !!!
    sungguh rare moment itu!!
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pula tak ke Lapindo. Banyak kan tempat yang boleh kita lawat. Kena lama sikit di sana kalau nak round semua wisata. Actually travel time taken yg lama disebabkan road situations. Distance tak la jauh sangat sebenarnya.

      Masa di Malang tu memang kami noticed ada banyak pusat2 pengajian, Universitas. So kami tanya la Pak Iskandar which he then proceeded to share a lot of information about the education centers di situ.

      Sebelum tahu sejarah sebenar nama Malang tu, saya pun fikir unfortunate ke maksudnya. But then terfikir jugak tak kan nak namakan Bandar dgn nama macam tu kan. So cari2 la sejarahnya :).

      Memang berangin doc tapi kejap2 kuat, kejap2 pelan anginnya. Jenuh jugak la saya lap2 kamera! Hihihi...
      Betul, tapi tak nampak pelangi sebab saya rasa pancaran matahari tak dalam sudut yang boleh menghasilkan pelangi.

      Halo kuning? Foto yang mana satu doc? Yg saya tgh ambik gambar tu ke? Tu mungkin sebab ada bintik2 air kat lens camera isteri saya kot.. dan sebab saya pakai hoodie kuning tu yg nampak macam ada halo kuning tu kot..hihi...

      Delete
  2. tingginya air terjun tu
    bleh mandi ke
    mau tercabut kepala kalau letak bawah jatuhan air terjun tu
    kat papan tanda tu
    debit air terjun
    dah macam akaun lak gayanya

    eh buah longgok2 banyak2 tu duriankah?

    padat betul kota malang kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya boleh mandi kot tapi not dekat2 air terjun tu jatuh. Bahaya tapi. Saya tak perasan pulak sebarang papan tanda kata tak boleh mandi.
      Hihi... bahasa sana sama macam kita tapi adakala berbeza pilihan kata2nya :).

      Yes, tu durian tu :). Banyak kan!

      Betul tu El, padat. And because of that tu la agaknya certain times jalanraya situ boleh tahan sesaknya.

      Delete