Monday, December 30, 2013

HONG KONG AND MACAU - HONG KONG REPULSE BAY & ABERDEEN

We stopped by Repulse Bay yg according to our guide pasir pantainya di import dari beberapa negara termasuk Malaysia. Yg bestnya masa kami sampai tak der tourists lain. Deserted actually. Nice :).

Setiap 3 tahun, Kerajaan Hong Kong akan menambak pasir di pantai ini untuk mengelakkan hakisan dan pasir yang digunakan adalah pasir yang sama dengan pasir pembinaan. Oleh yang demikian, memang sakit kaki jika berjalan di pantai ini dengan tidak memakai kasut. Pasir halus hanya terdapat berhampiran gigi air di pantai.

Menurut Eric, orang Hong Kong gemar memakan shark fin. Makanya, 25 tahun yang lalu, jerung membalas dendam kepada penduduk Hong Kong. Seorang pengunjung ke Repulse Bay cedera digigit ikan jerung sewaktu bermandi-manda di pantai ini. Semenjak itu, Kerajaan Hong Kong telah memasang shark net untuk keselamatan pengunjung kini.

Disebabkan pemandangan yang indah di kawasan ini, ramai orang-orang ternama Hong Kong memilih untuk tinggal di kawasan berhampiran Repulse Bay. Salah sebuah rumah yang menarik perhatian kami adalah rumah kediaman pelakon Jacky Chan.

Lepas tu kami ke Aberdeen Harbour. According to our guide the next time kalau kami ke situ, very likely the harbour tu dah tak der. Govt nak demolish dah.

Jika Portugis pertama kali menjejak Macau di A-Ma Temple, British pula pertama kali menjejak Hong Kong di Aberdeen Harbour. Namun begitu, tidak seperti Macau yang memelihara tempat-tempat bersejarahnya dengan begitu baik, tiada usaha begitu dilihat di Hong Kong. Sejarah Aberdeen hanya disampaikan secara lisan dari satu generasi ke generasi yang lain.


Pelabuhan Aberdeen adalah sebenarnya sebuah perkampungan nelayan. Namun bila kita tiba di sini buat pertama kali, memang sukar nak percaya. Di kawasan ini terdapat sebuah Yacht Club dan marina yang menempatkan bot-bot mewah. Di sekelilingnya pula berdiri megah apartment-apartment mewah.

Untuk melihat perkampungan nelayan, kita perlu menaiki sampan bermotor ke tengah laut. Setiap bot boleh memuatkan 10 orang penumpang dan setiap penumpang dikenakan bayaran HK$60 (RM25) untuk bersiar-siar di sini.























Nelayan-nelayan Aberdeen tinggal di dalam bot. Mereka telah tinggal di sini sejak beberapa generasi yang lalu. Pelabuhan ini juga selamat kerana terlindung dari taufan yang melanda Hong Kong setiap tahun.


Disebabkan dasar Kerajaan yang tegas memulihara perairan di sekitar negara tersebut, nelayan-nelayan di Hong Kong tidak dibenarkan menangkap ikan secara komersil.















Bersambung...

Di bawah ni saya senaraikan links untuk kesemua entries HONG KONG AND MACAU saya:
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

6 comments:

  1. ni.. at the other side of Hong Kong kan?
    menghadap laut lepas?

    banyaknya lampu besar-besar atas bot tu!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. I believe so doc...
      I think tu utk tangkap sotong kot.. :)

      Delete
  2. Haiiiii..Cakkk!!
    done follow sini no. 88
    sudilah kiranya follow me back yea..
    he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

    http://tengkubutang.blogspot.com/

    dan my 2nd blog
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nice to have made the acquaintance :).

      Delete
  3. berapa suhu time ni? masa saya pegi sejuk gedi... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually GB it was quite nice... nyaman je... around 15 to 19/20 degrees... :)

      Delete