Tuesday, September 29, 2009

JAPAN - GINZA DAN SHINJUKU

Destinasi seterusnya ialah Ginza, sebuah pusat membeli-belah yang merupakan antara yang termahal di dunia.



Kata Kitty antara butik mewah yang terdapat di Ginza ialah butik Burberry. Burberry mempunyai perjanjian dengan Kerajaan Jepun yang mana produk-produk tertentu keluaran syarikat tersebut hanya boleh dijual di Jepun dan tidak di negara lain.


Setiap hujung minggu seperti ini, jalan raya Ginza ditutup kepada kenderaan dan dijadikan pedestrian mall.



Sebab tak shopping di sini [mana la mampu], makanya saya buat people photography lah :).






















Selepas Giza, kami ke Shinjuku pula. Seperti Ginza, Shinjuku juga adalah sebuah kawasan untuk membeli-belah tetapi tidaklah semahal Ginza. Maka tak hairanlah jika kawasan ini lebih ramai pengunjung berbanding Ginza.






Sedang berjalan-jalan di Shinjuku, kami terserempak dengan sebuah kedai yang menjual buah durian. Apa lagi, terus saja masuk nak tengok berapa harga sebiji durian di Jepun ni.
Harga durian: 3,500 - 4,500 yen sebiji (RM 100 - RM 128). Harga kelapa: 300 - 700 yen (RM 8.50 - RM 20) sebiji. Mahalnya!!






















Kami dibawa makan malam di Shinjuku. Menu yang dihidangkan adalah Udon dengan sup daging lembu. Disebabkan sure punya tak halal, kami cuma makan Udon yang dihidangkan saja. Rupa-rupanya ada juga di antara ahli rombongan  lain yang tak boleh makan di restoran ini sebab mereka tak makan daging merah mengikut kepercayaan agama mereka.
Menyedari yang kami berdua tak sentuh langsung makanan daging lembu yang dihidangkan, Kitty menawarkan untuk membawa kami makan di restoran lain, tapi kami menolak sebab dah okey walaupun makan Udon kosong. Balik ke hotel, kami sambung makan Maggi pulak.

Sampai di hotel saya bersiap untuk keluar pergi ke rumah kawan saya yang bertugas di Tokyo. Isteri saya tak ikut kerana keletihan. Inilah pemandangan malam bandar Tokyo yang saya ambil dari rumah kawan saya tu.



Bersambung ke bahagian 05 [akhir].

Di bawah ini saya senaraikan links untuk semua entries Japan saya:

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment