Monday, January 23, 2017

JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) - DAY 03 - PART 04 - JERAM TOI DAN MUZIUM TENTERA DARAT PORT DICKSON

Sudah sampai di penghujung program jalan-jalan Negeri Sembilan hari ke 3 saya. Nak singgah ke Jeram Toi sekejap dan lepas tu lawat Muzium Tentera Darat di Port Dickson sebelum balik ke hotel to end the day's program. 


Menghala ke Jeram Toi. Ada air terjun kata Faizul.

Jalan masuk ke Jeram Toi. Lengang je kata Faizul. Macam heran pun ada jugak.

Lalu di bawah Jalan Kuala Klawang-Seremban.

Sampai dah. Ini pintu gerbang masuk ke Jeram Toi.

Unfortunately, or perhaps fortunately, jeram ni ditutup. Dah ditutup sejak Mei 2016 dan masih lagi ditutup kerana masih belum bersih dan tidak selamat dilawati oleh orang ramai.  
Selepas berkelah dan mandi di jeram ini, 5 individu disyaki telah dijangkiti leptospirosis atau penyakit kencing tikus pada April 2016.

Melalui Kampung Bemban....

... dan Kampung Bukit Kubot.

Tiba di Bandar Seremban.

Ini SMK King George V, Seremban.
- SMK King George V was officiated on 23 April 1928 in conjunction with St. George’s Day, a historical day in England.
- SMK KGV pernah dijadikan sebagai hospital pada zaman pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. Bilik yang terletak di sebelah dewan utama sekolah pernah dijadikan bilik penyeksaan oleh askar Jepun.
Wiki.

- Veni, Vidi, Vici - I came, I saw, I conquered

- Lepasan sekolah SMK King George V yang terkenal: Dato’ Punch Gunalan (Bekas pemain badminton kebangsaan), Shuhaimi Baba (Pengarah filem) dan Suki Low Sook Yee (Juara One in a Million yang pertama).
Wiki

Bandar Seremban. Hujan masa tu.

Stesen Keretapi Seremban yang bersejarah.  

Stesen ini dibina pada antara tahun 1904 hingga tahun 1910 dengan kos sebanyak RM26,000.00.

We passed by Sri Bala Thandayuthapani temple Seremban. Since hujan masa tu saya ambil gambar dari dalam kereta je. Dibina pada tahun 1895, antara salah satu dari 17 bangunan yang pertama di bina di situ. 

Ok, last place dalam program lawatan saya. Muzium Tentera Darat Port Dickson. Setiap kali sampai PD ni mesti teringin nak lawat muzium ni. So this time memang plan sungguh-sungguh.. hehe.
"Selangkah perjalanan ke gedung sejarah ketenteraan tanah air kita yang sarat dengan perjuangan, keringat, darah, nyawa dan air mata. Muzium Tentera Darat, Port Dickson akan membawa anda menyingkap kembali pelbagai khazanah, koleksi dan artifak yang pernah menjadi saksi sebuah perjuangan demi mempertahankan kedaulatan negara tercinta".
http://army.mod.gov.my/muziumtd/

Baiklah, entry ni sangat panjang tapi sebab banyak foto 😊. Where possible saya tampalkan maklumatnya. Enjoy. 

Di luar muzium ni ada pameran berikut. 


























I like this one! 😊

Di dinding luar bahagian koridor muzium ni ada ukiran-ukiran kayu ni which I find very fascinating. Tak jumpa saya siapakah artisnya.




Kegemilangan sejarah Melaka diperagakan dalam bentuk diorama. Suasana pelabuhan Melaka yang sibuk menyaksikan kapal Mendam Berahi berlabuh dengan para pedagang serta berlatarbelakangkan pasar dan deretan bangunan perniagaan sambil diawasi hulubalang-hulubalang Melaka yang gagah perkasa.
Sumber: link


Kapal Mendam Berahi.
Kapal Mendam Berahi, milik Sultan Mansur Shah yang dibina sekitar 1453.



















































































































Terowong PKM. Seram masa lalu dalam ni. Saya seorang je pulak tu masa tu. 























Seperti Muzium Adat, Muzium Tentera Darat ni juga saya sangat rekomen untuk dilawati. Sesuai sangat bawak family. Bukan sahaja the adults, kids will definitely enjoy being there too. 

Selesai di muzium, saya balik ke hotel. Dan tentunya saya sangat berterima kasih pada Faizul kerana bawa saya jalan-jalan dari pagi sampai lewat petang pada hari tu. 

Syukur Alhamdulillah.

Sampai di hotel, ke pantai dulu ambik a few sunset shots. Last sunset di situ sebab esok nak balik dah.














Peta jalan-jalan saya pada hari ke 3 di Negeri Sembilan.

Big dinner.. hehe. 



Syukur saya dapat sekali lagi berjalan-jalan sambil berfotografi di Negeri Sembilan buat kali kedua selepas kali pertama pada 2015. Selamat perjalanan, dapat menjaga solat dan dapat melawat banyak tempat-tempat bersejarah dan muzium-muzium. 

Alhamdulillah.

Bersambung...

Saya list di bawah semua entries JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) for easy reference:
01) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) - DAY 01

02) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) - DAY 02 - PART 01 - PD WATERFRONT, TURTLE HATCHERY, SREE AMBAL TEMPLE DAN PANTAI BAGAN PINANG

03) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) - DAY 02 - PART 02 - PANTAI CAHAYA NEGERI, PULAU BURUNG, WAN LOONG TEMPLE DAN MASJID WARISAN TELUK KEMANG

04) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) - DAY 02 - PART 03 - BALAI CERAP TELUK KEMANG DAN PANTAI TANJUNG PELANDUK

05) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) - DAY 03 - PART 01 - MAKAM TUAN TULIS - MUZIUM DIRAJA SERI MENANTI - RUMAH TAN GUAN HING

06) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) - DAY 03 - PART 02 - TERATAK ZA'BA - MAKAM MOYANG SALLEH - MASJID KUALA DULANG

07) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) - DAY 03 - PART 03 - MUZIUM ADAT

08) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) - DAY 03 - PART 04 - JERAM TOI DAN MUZIUM TENTERA DARAT PORT DICKSON


09) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) - DAY 04 - GOING HOME - SUMMARY

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. saya pernah singgah muzium tu 2 tahun lepas dngan berbaju kurung sebab balik kenduri. tapi tak kira, jelajah semua. terowong komunis tu saya paling suka sebab rasa macam adventurous sangat!

    niceeee sunset!!

    and, serius makan semua tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejuk dalam terowong tu kan. Saya rasa seram sebab kelam sgt dan masa tu pulak saya sorang2 je. Mcm creepy pulak...hehe.

      Like, yeah, seriously.. hehe... lapar lepas penat berjalan seharian.. hehe...

      Delete
  2. panjaaaaangnya entri!!
    heehehe
    sebab tu makan banyak!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... ngalah masa berpuasa.. hehehe..

      Delete