Monday, January 9, 2017

JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) - DAY 02 - PART 01 - PD WATERFRONT, TURTLE HATCHERY, SREE AMBAL TEMPLE DAN PANTAI BAGAN PINANG

Saya dah atur hari ke 2 dan hari ke 3 di Negeri sembilan ni program full day jalan-jalan. Tak ada specific itinerary, just based mana yang sempat. Lokasi yang nak dilawat tu tentu la more or less dah di research serba sedikit. 

Big breakfast dulu 😋.


Awal lagi nak start jalan-jalan. Ambik gambar dulu depan waterfront Corus Paradise Resort ni. 




Seronok bila reflection langit nampak jelas pada air 😊.


Alhamdulillah cuaca baik. Semoga tak kehujanan masa jalan-jalan nanti.



Tangkap satu shot dengan kapalterbang 😊.

Cantik tersusun pokok-pokok kelapa ni. Nyaman berangin masa tu.

Corus Paradise Resort. 



Di opening lagoon.



PD WATERFRONT
Semalam saya bertanya pada seorang staff hotel at the front entrance untuk bookingkan teksi untuk pagi ni. Bila ditanya, saya kata nak jalan-jalan ambik gambar di tempat-tempat menarik. Terus dia faham sebab apparently he shared that such requests dah biasa dia dapat terutama dari foreign tourists. Kebetulan staff tu kenal someone yang boleh drive me around dan kebetulan juga driver teksi tu ialah staff hotel ni juga.

Selepas berkenalan dan berbincang program jalan-jalan saya, Pak Hamzah, the taxi driver's name, terus bawa saya ke PD Waterfront dulu as requested.

Ada apa di PD Waterfront ni. Saja saya nak ke sini sebab curious nak tengok waterfront ni yang sebenarnya reclaimed land. It was suppose to be just a short stop. 

PD Waterfront ni adalah sebuah projek besar. To be completed by 2020. Dah ada saya nampak retails outlets, banks and restaurants di depan waterfront ni. Akan ada service apartments/residences, condotel (agaknya condo + hotel), boutique hotels dan water chalets. Juga akan ada college, recreation theme parks, convention center, wellness center, shopping malls dan sebuah marina.
Bila PD Waterfront dah siap.
Ingat just nak pusing-pusing je tempat ni dalam teksi, tapi since cantik pulak tempat ni, saya pun turun le kejap while Pak Hamzah parked his taxi nearby. 

Ada taman-taman. 

Di hujung tu ialah Avillion, tapi tak nampak sangat.

Morning glories 😊.

Dan pemandangan yang cantik. Itu adalah Pulau Arang. 



Tak jauh saya jalan, ada la cuma dalam less than 50 meters. 


Agaknya tempat parking boats dan yachts akan di buat di sini.







Ok dah, jom teruskan jalan-jalan.  

Di bandar Port Dickson.   

Saya suka bila jalan di section 'old town' macam ni 😊.  



TURTLE HATCHERY GLORY BEACH RESORT
Seterusnya saya nak tengok penyu. Saja nak pelbagaikan program jalan-jalan saya. Sebenarnya, saya tau dah kalau nak tengok anak-anak penyu dilepaskan mestilah waktu malam. Since saya malas nak keluar malam-malam (wife pun tak benarkan agaknya.. hehe), so saya lawat je la tempat tu. Pak Hamzah kata ada ke tempat penetasan penyu di area tu? Dia pun tak tau. Saya tahu pun baca di internet.

Turtle Hatchery ni terletak di Glory Beach Resort. Saya bertanya di front desk hotel ni about it. Ada waktu tertentu untuk melawat dan masa saya sampai tu masih belum buka lagi. Tapi staff tu kata kalau cuma nak tengok-tengok je tanpa guide memberi penerangan, saya boleh masuk ke dalam. Di sinilah tempat turtle hatchery tu.   
Di lobi resort ni ada display feeding time penyu adalah pada pukul 11:00 pagi setiap hari dan pada 8:00 malam ada talk about penyu (pada hari Sabtu dan cuti am). 

Pusat penetasan penyu ni adalah merupakan pusat yang sedemikian yang pertama di Negeri Sembilan. Ia adalah hasil usaha kerjasama Glory Beach Resort, Department of Fisheries Malaysia and FRI Rantau Abang, Terengganu. 

Sejak 2010, penyu-penyu Karah/Sisik datang ke tepi pantai Tanjong Gemok untuk bertelur. Jadi pusat ini mengumpul, mengeram dan menetas telur-telur ini dan anak-anak penyu kemudiannya dilepaskan ke laut.
Pada awalnya terdapat 30 jenis spesis penyu laut. Walau bagaimanapun kini hanya terdapat 7 spesies sahaja. Daripada 7 spesies tu, 4 spesies (foto di atas) datang ke pantai Malaysia untuk bertelur. 

Ini kolam tempat penyu-penyu dewasa diletakkan.

Ada penyu dalam kolam ni. Saya tengok dari luar pagar je masa tu sebab masa saya sampai pusat ni belum opening time. Air laut dipam masuk ke dalam kolam ni.

Semasa waktu lawatan yang dijadualkan akan ada banyak anak-anak penyu dilepaskan di kolam ni dan pengujung boleh beri makan. 

Dari apa yang saya baca, pengunjung boleh pegang penyu-penyu dewasa dan anak-anak penyu. Pada pendapat saya tak payah la pegang-pegang penyu-penyu ni, especially the babies. Kesian la. They are not meant to be put on your palm, digosok-gosok and take a selfie with. Tengok dan ambik gambar sudah la.

Waaa... so gorgeous! MashaAllah cantik sangat penyu ni. Juga dari apa yang saya baca, penyu-penyu bila dah cukup dewasa dan boleh survive sendiri eventually akan dilepaskan ke laut. 

Ok, jom tengok beberapa foto yang sempat saya rakam. 









A'aa.. ambik gambar dari luar pagar je.. hehe 😊.




Akhirnya dapat la juga saya merasa tengok dan ambik gambar penyu di sebuah pusat penetasan, walaupun tak dapat tengok the babies. Masa dalam program jalan-jalan pantai timur saya dulu, saya pergi ke Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu Rantau Abang, tapi tutup pulak masa tu. 


SREE DURGAI AMBAL TEMPLE, LUKUT
Ok, teruskan lagi perjalanan. Masa dalam teksi tu ternampak pulak kuil hindu ni. Nampak menarik so saya minta Pak Hamzah berhenti sekejap. Masa tu saya tak tahu bagaimanakah reaksi Pak Hamzah bila saya kata saya nak ke kuil ni. Tapi dia ok je 😊.  

Nama kuil ini ialah Sree Durgai Ambal Temple. 

Sree Durgai Ambal Temple atau Sri Ambal Temple di Kuala Lukut ini sudah ujud sejak tahun 1890an. 

Bermula dengan sebuah kuil yang dibina pada pokok semambu. Ia telah sering dikunjungi oleh pekerja ladang India yang tinggal di ladang-ladang berdekatan pada masa itu.

Masa itu ramai yang menghadapi pelbagai masalah seperti penyakit, kekangan kewangan dan pengasingan sosial lalu mereka berdoa kepada Dewi Ambal untuk melegakan rohani. 

Selepas Perang Dunia Pertama, harga getah telah meningkat. Oleh itu ramai penganut menyumbang bahagian harta mereka untuk menubuhkan sebuah kuil untuk menghormati Dewi Ambal.


Saya bertanya kepada seorang mak cik berbangsa India yang sedang menjual bunga di depan kuil samada boleh ke saya masuk. Dia kata boleh, cuma mesti tanggalkan kasut. 

Pemandangan dalam kuil. Tentu saja saya tidak masuk ke bahagian prayer kuil ni kerana ia adalah hanya untuk penganut mereka sahaja. 

Satu majlis selama 10 hari diadakan di kuil ini pada bulan 'Adi'. Mengikut kepercayaan mereka, tenaga rohani Dewi Ambal adalah di kemuncaknya pada masa itu, dan semua penganut dikatakan dapat merasakannya. Pada waktu malam pula, para sami kuil dapat mendengar 'Salangai oli' (loceng buku lali) di sekitar kuil, menandakan kehadiran Dewi Ambal.


Seorang devotees doing his prayers.


Bahagian dalam tempat prayers.



Sempat saya berteguran dengan seorang wanita di kuil ini dan bertanyakan nama kuil ini. Dia tolong tuliskan untuk saya. Saya rasa dia adalah the administrator of this temple.


Baik, selesai di kuil saya nyatakan hasrat saya pada Pak Hamzah yang saya juga nak ke kuil Cina dan Masjid. Terus dia kata dia dah tahu mana nak bawak saya. Bagus la Pak Hamzah ni 😊. Oh ya, kalau anda memerlukan khidmat teksi/kereta dari Pak Hamzah boleh call dia as below ya. Baik sangat orangnya Pak Hamzah ni. Sedang bawak bincang. 


PANTAI BAGAN PINANG
Masa dalam perjalanan nak ke tempat seterusnya, saya ternampak pantai. Pantai yang tak pernah lagi saya lawat di PD. Actually di PD ni ada banyak pantai dan saya nampak ni macam pantai nelayan je. 

Nama pantai ini ialah Pantai Bagan Pinang. 

Kelihatannya seperti pantai-pantai lain di PD ni.

Tak seperti di public beach lain yang selalu je ada orang, di sini macam lebih private sikit. Tapi mungkin later petang-petang ada ramai orang.

Kelihatan pulau Bagan Pinang. Saya baca, masa air surut boleh jalan kaki ke sana. Also masa tu akan ada nelayan cari kepah dan ketam. 

Amazing blue sky! MashaAllah.

Panas dah masa tu tapi tetap jugak ambik gambar.. hehe.





That's Avillion.

Saya jalan sikit ke arah Balai Nelayan ni. Sebab saya nampak dari jauh tadi di belakang balai ni, di tepi pantai, ada macam lagun. Ayuh, kita tengok.

Betul la, ada lagun buatan. 

More like pemecah ombak untuk lindung bot-bot nelayan yang berlabuh di situ.

Anyway, it is such a beautiful view.

Berpanorama to capture the whole 'lagoon'.   


Di sana tu ialah Pulau Bagan Pinang.  

Adalah lebih awesome kalau masa tu ada nelayan yang baru pulang dengan hasil tangkapan laut. 





Bersambung....

Saya list di bawah semua entries JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) for easy reference:
01) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) - DAY 01

02) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) - DAY 02 - PART 01 - PD WATERFRONT, TURTLE HATCHERY, SREE AMBAL TEMPLE DAN PANTAI BAGAN PINANG

03) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) - DAY 02 - PART 02 - PANTAI CAHAYA NEGERI, PULAU BURUNG, WAN LOONG TEMPLE DAN MASJID WARISAN TELUK KEMANG

04) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) - DAY 02 - PART 03 - BALAI CERAP TELUK KEMANG DAN PANTAI TANJUNG PELANDUK

05) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) - DAY 03 - PART 01 - MAKAM TUAN TULIS - MUZIUM DIRAJA SERI MENANTI - RUMAH TAN GUAN HING

06) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) - DAY 03 - PART 02 - TERATAK ZA'BA - MAKAM MOYANG SALLEH - MASJID KUALA DULANG

07) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) - DAY 03 - PART 03 - MUZIUM ADAT

08) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) - DAY 03 - PART 04 - JERAM TOI DAN MUZIUM TENTERA DARAT PORT DICKSON


09) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) - DAY 04 - GOING HOME - SUMMARY

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment