Thursday, December 28, 2017

EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 04 - PRAGUE - CHARLES BRIDGE-PRAGUE OLD TOWN SQUARE

Saya sambung cerite..

Ok, so we had about 2+ hours to wander around Prague Old Town on our own sebelum group berkumpul semula to go for dinner and check-in di hotel. And my wife suggested we check out Charles Bridge, sebuah jambatan bersejarah. 

Supaya tak bazir masa wandering around figuring out the way to the bridge, kami terus ke Czech Tourism office yang kebetulan lokasinya di Old Town Square ni. Staff situ gave us a map dan tunjuk jalan ke Charles Bridge. Fortunately nearby. Dia kata just follow the stream of people.. hehe. 

Peta kata 12 minit, tapi dengan ramai orang masa tu, it took us about 20 ke 30 minit jugak lah. But of course we stopped a lot here and there and took photos while on the way tu.

Berjalan menuju ke 'Karlův most' or Charles Bridge. Ni road sign depan bangunan Dům U Minuty.

Melalui di dataran kecil ni namanya Malé náměstí. 

Di Malé náměstí Square ni ada Malé náměstí fountain dan Hard Rock Cafe Prague. 


Tourists area equals lots of shops.

It was nice, walking on cobbled stone narrow lanes macam ni.  

Boleh nampak Church of Saint Giles di Husova street ni. Keujudan gereja di tapak ni dah ada sejak 1293. Pernah bumbungnya dipanah petir dan terbakar lama sampai loceng gereja ni lebur. Pada 1437, loceng baru dibuat dan ianya loceng paling tua di Prague.

Ini sebuah galeri. Ada pameran fotografi oleh Jindřich Eckert (1833–1905), salah seorang jurugambar Czech yang ternama pada abad ke-19.

Bangunan merah di hujung jalan ni ialah U Zlatého Hada (At the Golden Snake), asalnya dua plot tanah yang disatukan pada tahun 1419. Menurut rekod sejarah, ia pernah digunakan sebuah bar. Bangunan itu diberi tanda golden snake pada abad ke-18, ketika ia menempatkan sebuah farmasi. Sekarang ia sebuah cafe/restaurant.

Ini kedai jual Trolo atau Trdelník sejenis pastry yang sangat popular di Prague. Ia diperbuat dari adunan yang digulung pada kayu dan digrill dan kemudian dicampur gula dan walnut. Juga boleh dimakan dengan ice cream. Masa lalu sini memang la baunya sangat sedap. 

Ini Basilica of the Assumption of the Virgin Mary. Dan di belakangnya ialah Church of St. Salvator. 
Basilica of the Assumption of the Virgin Mary - Ia adalah basilica Romanesque dengan dua menara Renaissance yang diberi penampilan Baroque antara 1742 dan 1758.
Church of St. Salvator - Ia terletak berhampiran dengan Charles Bridge dan menandakan pintu masuk ke Old Town. Gereja St. Salvator dianggap sebagai contoh seni bina Baroque yang paling bernilai di Prague

Dah nak sampai ke Charles Bridge. Tu dah nampak tiang/gerbang jambatan tu, yang dipanggil Old Town Bridge Tower. Menara ini dikatakan adalah salah satu gerbang Gothic yang paling indah di dunia. Menara itu, bersama dengan Charles Bridge, dibina oleh Emperor Charles IV mengikut reka bentuk oleh Petr Parléř pada pertengahan abad ke-14.

So apa ada pada dinding menara ni. Ok, betul-betul atas arch tu ialah deretan coats of arms untuk jajahan-jajahan penting yang pernah diperintah oleh Louxembourg monarchs. Di atas coats of arms tu ada 3 patung iaitu patung-patung Charles IV, St. Vitus dan King Wenceslas IV. Dan 2 patung yang di atas sekali tu ialah patung-patung Czech patrons St. Sigismund and St. Adalbert.

Kanan: Charles IV, St. Vitus dan King Wenceslas IV.
Kiri: St. Sigismund and St. Adalbert.

View Old Town Bridge Tower dari Křižovnické náměstí (Křižovnické Square - Knights of the Cross Square). Untuk lihat pemandangan yang menarik bandar Prague, pelawat boleh panjat 3 tingkat dengan 138 anak tangga ke atas menara ni di Old Tower Bridge Tower gallery. Hampir 500 meter tingginya. Dari atas tu boleh nampak Charles Bridge, sungai Vltava, Old Town, Lesser Town dan Prague Castle. Tapi kami tak la naik, tak larat! 
Menara ini juga digunakan untuk tujuan ketenteraan, membentuk sebahagian daripada sistem kubu Prague, yang dibina untuk melindungi Old Town daripada penceroboh utara. Di seberang Charles Bridge, di pintu masuk ke Lesser Town, adalah Lesser Town Bridge Tower yang serupa. Patung-patung Gothic yang asal telah dialih pada abad ke-12 dan akhirnya diletak di lapidarium National Museum Prague. Menara ini asalnya dibuat dari sandstones tapi lepas rosak kena serang, dibaikpulih dengan konkrit dulu dan kemudiannya dengan batu pasir tiruan.

Ini ialah Statue of Charles IV, the Holy Roman Emperor and King of Bohemia. Patung gangsa ini telah direka oleh Arnost J. Hähnel. Patung tingginya kira-kira 4 meter dan terletak atas pedestal yang sama tingginya. Patung Charles IV ini memegang pedang dan piagam asas universiti. Bangunan kuning di belakang tu ialah Charles Bridge Museum.
Charles IV., yang sering dipanggil Pater patriae (father of the country), adalah tokoh penting di zaman pertengahan Eropah. Dia menjadikan Prague ibukota Holy Roman Empire dan bina banyak bangunan di bandar ini. Beliau juga menubuhkan universiti tertua di Eropah Tengah - Universiti Charles - pada tahun 1348. Banyak tempat dan bangunan di Prague dan di seluruh Czech menggunakan namanya: Charles Bridge, Charles Square dan lain-lain. Monumen ini dibuat pada ulang tahun ke 500 Charles University pada tahun 1848.

Pedestal patung ini dihiasi dengan 4 allegori fakultas: fakulti teologi, perubatan, undang-undang dan falsafah. 
Terdapat juga patung-patung empat tokoh penting ketika era Charles IV: Arnost of Pardubice (archbishop pertama Prague), Jan Ocko dari Vlasim (archbishop Prague yang seterusnya), Benes dari Kolovraty (dia mengiringi Charles IV dalam perjalanan ke Rome untuk penobatan) dan Matthias Arras (pembina pertama St. Vitus Cathedral di Istana Prague).

Ini peta 3D di Křižovnické Square.

Kebetulan masa tu pun dah nak senja. Cuba le juga capture the sunset dari tepi tebing sungai Vltava ni. Kiri tu ialah Charles Bridge.

Charles Bridge.

Dari belah Old Town ni, looking over sungai Vltava, ialah area Lesser Town. Juga kelihatan St. Nicholas Church, Prague Castle dan St. Vitus Cathedral.

Sungai Vltava.

Ada banyak river cruises di Sungai Vltava ni.

Di pagar tepi sungai Vltava, sebelah Charles Bridge ni ada banyak love locks. Dah di jambatan tu tak de pagar, so di sini pun jadi le.. hehe.


Street performer di Křižovnické Square.

Laluan di Old Town Bridge Tower ini juga dianggap sebagai symbolic victory arch di mana raja-raja Czech lalu di Royal Route ini semasa perarakan coronasi mereka dari Old Town hingga ke Prague Castle. Jom jalan-jalan di Charles Bridge ni.

Ini Charles Bridge, yang merentasi Sungai Vltava. Dibina mula dari 1357 di bawah naungan King Charles IV, dan siap pada awal abad ke-15. Jambatan itu menggantikan jambatan Judith yang lama yang dibina 1158-1172 yang telah rosak teruk oleh banjir pada 1342. Jambatan baru ini pada asalnya dikenali sebagai Stone Bridge atau Prague Bridge tetapi telah menjadi "Charles Bridge" sejak tahun 1870. 

Merakam suasana nak senja di Charles Bridge, Prague. Baru pukul 4:18 pm masa ni.

View Sungai Vltava dan tebing belah Old Town dari Charles Bridge. Itu Mánes Bridge.

View Old Town Bridge Tower dari Charles Bridge.

Sebagai satu-satunya cara menyeberangi sungai Vltava sehingga 1841, Charles Bridge adalah sambungan yang paling penting antara Prague Castle dan Prague's Old Town dan kawasan sekitarnya. 

Hubungan jambatan yang 'kukuh' ini menjadikan Prague penting sebagai laluan perdagangan antara Timur dan Barat Eropah. Jambatan ini panjangnya 621 meter dan hampir 10 meter lebar. 

Jambatan itu dihiasi dengan 2 barisan 30 patung-patung baroque-style on each side of the bridge, yang pada asalnya didirikan sekitar 1700 tetapi kini semuanya diganti dengan replika kerana yang asal dah mula rosak over the years. Patung-patung yang asal dipamer di Lapidarium, National Museum. 

Statue of the Madonna attending to St. Bernard.

Kebanyakan patung-patung telah didirikan di antara 1683 dan 1714, menggambarkan various saints and patron saints yang dihormati pada masa itu. Para pemahat Bohemian yang paling menonjol pada masa itu mengambil bahagian dalam menghias jambatan ini, seperti Matthias Braun, Jan Brokoff, Michael Joseph dan Ferdinand Maxmilian.

Statue of the Madonna, Ss. Dominic and Thomas Aquinas.

Statues of saints Barbara, Margaret and Elizabeth.

Legenda Czech mengatakan bahawa pembinaan Charles Bridge bermula pada 5:31 pagi pada 9 Julai 1357 dengan batu pertama yang diletakkan oleh Charles IV sendiri. Masa yang tepat ini adalah sangat penting kepada Charles IV kerana beliau adalah seorang yang percaya kepada numerologi dan merasakan bahawa masa tertentu ini akan menggabungkan Charles Bridge dengan kekuatan tambahan. 

The Crucifix and Calvary. Sebuah patung Jesus with Hebrew inscription and Virgin Mary and John the Evangelist.
Teks golden Hebrew di salib ditambahkan pada 1696 dan merupakan contoh utama anti-Semitisme Eropah Abad Pertengahan. Pada tahun itu, pihak berkuasa Prague menuduh seorang pemimpin Yahudi tempatan, Elias Backoffen, of blasphemy. Sebagai hukumannya, dia diperintahkan untuk menjana dana untuk membeli gold-plated Hebrew letters, diletakkan di kepala patung itu, mengeja "Holy, Holy, Holy, the Lord of Hosts", satu doa Hebrew dari Book of Isaiah. Ini adalah penghinaan simbolik kepada orang Yahudi Prague pada masa itu, dengan memaksa mereka membayar a set of golden letters merujuk kepada Tuhan dan digantung di leher patung Christ. Tablet tembaga dengan teks penjelasan dalam bahasa Czech, Inggeris dan Ibrani dipasang di bawah patung oleh City of Prague pada tahun 2000. Penempatan tablet itu sekarang dibuat selepas seorang Rabbi Amerika, Ronald Brown dari Temple Beth Am di Merrick, New York melawati jambatan ini dan noted the possibly offensive nature of the placing of the text. Atas permintaan langsung kepada Datuk Bandar, tablet itu segera diletakkan di tepi patung itu.

Statue of the Lamentation of Christ.

Pemandangan yang cantik ke arah Mánes Bridge.

Bangunan bumbung hijau tu ialah Rudolfinum, tempat concert utama  Česká filharmonie (orkestra simposium Czech).

Mánes Bridge ini dinamakan sempena pelukis terkenal abad ke-19 Josef Mánes (one of the prominent representatives of Czech romanticism) dan jambatan kesembilan merentasi sungai Vltava. 
Mánes Bridge terletak di tapak sebuah sistem feri lama yang menghubungkan kampung nelayan. Asalnya ia adalah a suspended iron footbridge, yang menghubungkan Old Town dan Lesser Town Klárov dari tahun 1869. Panjangnya 186 meter dengan kelebaran 16 meter.

Kalau berjalan di Charles Bridge ni dari arah Old Town ke Lesser Town, belah kanan tadi boleh nampak Mánes Bridge. Dan dalam foto ni sebelah kiri pula boleh nampak Legion Bridge. 


Lagi view dari Charles Bridge on the left side, heading to Lesser Town. Bangunan kiri sekali ialah Bedrich Smetana Museum dan yang kanan sekali dome hijau tu ialah National Theatre. In between ialah area Smetanovo Nábřeží.

Legion Bridge. Ia adalah jambatan ketujuh di Prague. Jambatan granit ini menghubungkan National boulevard dengan Újezd ​​dan Lesser Town. Jambatan lama di situ ialah Chain Bridge of Emperor Francis I. 
Legion Bridge ni melalui Střelecký Island. Jambatan ini dibina dengan gabungan gaya neo-Baroque dan Art Nouveau. Terdapat dua menara di kedua-dua belah jambatan; ini digunakan untuk pengumpulan tol di masa lalu. Jambatan ini dibina daripada blok granit dan berukuran 343 meter panjang dan lebar 16 meter. Dari jambatan, anda boleh sampai ke Pulau Střelecký, tempat kerap untuk banyak acara kebudayaan.

Lokasi Charles Bridge, Mánes Bridge, Legion Bridge dan Střelecký Island.


Sepanjang sejarahnya, Charles Bridge telah mengalami banyak bencana seperti beberapa banjir besar. Antaranya banjir 1890 di mana beribu-ribu rakit, kayu kayan dan bahan terapung lain yang hanyut dari hulu sungai secara beransur-ansur tersekat di jambatan ini. Ini mengakibatkan tekanan yang kuat pada jambatan dan tiga gerbang jambatan telah roboh dan dua tiang runtuh disamping banyak lagi kerosakan di bahagian lain jambatan ini. Dua statues turut tumbang masuk ke dalam sungai.

Charles bridge ini juga banyak menyaksikan banyak peristiwa bersejarah seperti peperangan Battle of White Mountain di mana kepala 27 leaders of the anti-Habsburg dipenggal dan dipamerkan di Old Town Bridge Tower. 

Street (bridge) artist. Amazing caricature and portraits!

Left: Statue of St. Anne
Middle: St Joseph
Right: Statue of St. Cyril and St. Methodius

Right: Statue of St. Christopher
Middle: Statue of St. John the Baptist
Left: Statue of St. Francis Xavier

Pada penghujung the Thirty Years' War pada tahun 1648, tentera Sweden yang berjaya menguasai tebing barat Vltava, cuba maju ke Old Town dan pertempuran paling hebat berlaku di jambatan ini.
View mengadap Lesser Town.

Over centuries, makin lama traffic di jambatan ni makin sibuk dengan dilalui oleh horse trams, bas, kereta, electric trams dan lain-lain kenderaan. Therefore sekarang dijadikan sebagai jambatan pejalan kaki sahaja.
View mengadap Mánes Bridge.

Pastinya saya ber360° di jambatan ni.. hehe.
View mengadap Old Town.

View mengadap Legion Bridge.

Statue of St. Francis Borgia

Nak dekat-dekat end of bridge ni ada ramai street/bridge vendors. Dan harga barang-barang di sini mahal sungguh! Maklum je la, tourist area.

Caricaturised... hehe.

Statues of St. Norbert, St. Wenceslas and St. Sigismund.

Statue of St. John of Nepomuk. Patung yang paling popular di Charles Bridge adalah patung St John of Nepomuk yang dibina pada tahun 1683. Dia adalah seorang paderi Katholik pada zaman pemerintahan King Wenceslas IV of Bohemia. Orang Katholik mempunyai amalan "Confession" di mana mereka akan membuat pengakuan kepada paderi untuk menghapuskan dosa. Bila King Wenceslas mendapat tahu yang isteri baginda, Queen Johanna membuat "Confession" kepada St John of Nepomuk, baginda terus membuat anggapan yang isteri baginda telah berlaku curang. King Wenceslas memaksa St John of Nepomuk untuk mendedahkan pengakuan Queen Johanna kepada baginda, namun St John of Nepomuk enggan berbuat demikian. Disebabkan marah, King Wenceslas telah mengarahkan supaya St John of Nepomuk dihukum dengan dibenam sehingga lemas di Sungai Vltava.

Terdapat 5 butir bintang yang diukir pada kepala patung St John of Nepomuk kerana mengikut lagenda tempatan, 5 butir bintang Tacet ('Tacet' dalam Bahasa Latin bermaksud 'Senyap') muncul di kepala St John of Nepomuk sewaktu dia mati lemas. 

Di kaki patung St John of Nepomuk terdapat sebuah plak ukiran yang menunjukkan saat beliau dicampak ke Sungai Vltava dan juga plak ukiran seekor anjing. Dikatakan siapa yang sentuh kedua-dua plak ni akan dapat tuah. 


Pengunjung sedang mengusap ukiran St John of Nepomuk untuk mendapatkan tuah.

Mengikut legenda, sesiapa yang mengusap ukiran St John ketika beliau dihumban ke Sg Vltava akan mendapat tuah juga. Kerana itulah ukiran St John ini sangat berkilat kerana sering diusap oleh pengunjung.

Ukiran anjing ini pula melambangkan kesetiaan. Legenda tempatan mengatakan jika usap ukiran anjing ini, orang itu pasti akan kembali ke Prague.

Tempat di mana St John of Nepomuk dihumban ke dalam sungai juga ditandakan di atas Charles Bridge dan tempat ini dianggap suci.



Seorang pengunjung sedang menyentuh kelima-lima bintang emas secara serentak dengan lima jari beliau untuk mendapatkan berkat.

Statue of St. Ludmila.

Dah semakin senja. Soon we need to walk back to Old Town Square.

Right: Statue of St. Jude Thaddeus
Middle: Statue of St. Francis of Assisi
Left: Statue of St. Anthony of Padua

Left: Statue of St. Nicholas of Tolentino
Middle: Statue of St. Adalbert
Right: Statue of St. Luthgard

By this time kami pun berpatah balik menuju semula ke Old Town Bridge Tower. Cukup la tu jalan-jalan di jambatan ni. Jauh ni nak jalan balik ke Old Town Square untuk berkumpul semula dengan group. 

Tapi kami tak la kelam kabut. Santai je jalan sebab masih ada banyak masa lagi. 

Sambil tu berhenti kejap here and there taking photos.


Sampai dah di Old Town Bridge Tower.


Ini Bedrich Smetana Museum. Muzium ini adalah sebuah muzium yang didedikasikan untuk kehidupan dan karya-karya komposer Czech terkenal Bedřich Smetana (1824-1884). 

Smetana adalah komposer utama Czech muncul ketika Nationalism Czech dibenarkan untuk diekspresikan melalui medium seni, yang sebelum itu telah lama dikuasai oleh bahasa rasmi, Jerman. 

Warga Czech yang pada ketika itu sedang mencari identiti kebangsaan mereka, buat pertama kalinya mempunyai peluang untuk menghasilkan drama dan opera dalam bahasa Czech. Hasil perwujudan pergerakan ini adalah National Theatre yang dibuka pada bulan November 1883 dengan persembahan opera khas yang ditulis oleh Smetana, bertajuk Libuše, sebuah kisah lagenda Prague.




Old Town Bridge Tower.

Pada permulaan abad ke-20, Prague telah membina semula dan memodenkan sistem kumbahan yang dipanggil Pražská kanalizace.

Mereka sangat bangga dengan sistem pembetungan yang paling moden dalam Empayar Austro-Hungary, mereka mahu menunjukkannya kepada para foreign dignitaries. 

Untuk melakukannya selesa, galeri tontonan telah dibuat tepat di bawah bandar Medieval ini. Tiada waktu buka biasa untuk lawatan pembetung ini. Guided tour can be made via appoinment. Look at that! It's like there is an entire whole city underneath the medieval town! 

Opposite Old Town Bridge Tower ada bangunan ini, the Church of St. Salvator, sebuah gereja evangelical terbesar di Prague. 

Gereja ini adalah salah satu daripada dua gereja yang menjadi sebahagian daripada Klementinum, kompleks bangunan terbesar dan paling bersejarah di Old Town. 

Dibina antara 1578 dan 1601, hari ini, Church of St. Salvator ni dianggap sebagai salah satu contoh seni bina awal Baroque yang paling berharga di Prague. 

Ia mempunyai facade Baroque yang menarik, dengan anjung dihiasi dengan patung-patung sandstone.



Ini pula St. Francis Of Assissi Church. Gereja ini dibina dalam gaya Baroque antara 1679 - 1685. Ia menggantikan gereja asal St Francis of Assisi (1270). Ciri dominasi gereja ini adalah kubahnya yang tinggi lebih 40 meter.


Pada 1641 kawasan di sini adalah kawasan kebun-kebun angur dan pernah didirikan satu tiang dengan patung St. Wenceslas dipanggil Vineyard column of St. Wenceslas. Lokasi tiang itu ditandakan dengan tanda berukuran 50 cm ini. Letaknya betul-betul di depan Old Town Bridge Tower. 
Jadi St. Wenceslas juga dikaitkan dengan anggur dan wine. Pada tanda ini juga ada nama St Václav patron of winemakers dan mengikut legenda dia sendiri pergi untuk mengumpul anggur dan melakukan semua kerja yang diperlukan untuk membuat wain.

Kami teruskan perjalanan ke Old Town Square. Passed by this Museum of Medieval - Torture instruments. Unfortunately, kami tak sempat nak masuk. 

Hotel Aurus, sebuah hotel 4 bintang milik monumen Prague yang dilindungi di bawah naungan UNESCO. Ia terletak di laluan Royal Path yang menghubungkan Old Town Square, Charles Bridge dan Prague Castle.

Pada satu lagi bangunan lama di Karlova Street ni ada patung Princess Libuše. 
Libuše is a legendary ancestor of the Přemyslid dynasty and the Czech people as a whole. According to legend, she was the youngest but wisest of three sisters, who became queen after their father died; she married a ploughman, Přemysl, with whom she founded the Přemyslid dynasty, and prophesied and founded the city of Prague in the 8th century - Wiki

Nearing Old Town Square.



Tiba dah semula di Old Town Square ni. Masa tu masih ada banyak masa lagi before meeting up with the group, so kami jalan-jalan di sekitar dataran ni. 

Kebetulan tengah 'blue hour' dan lampu-lampu sekitar dataran ni dah mula menyala. Makanya diketik-ketik lagilah kamera.. hehe.

Terbincang juga kami nak naik kereta kuda ni pusing bandar Prague tapi rasanya it'll take too long and thus tak cukup masa lah.


Since views dah cantik macam ni, seharusnyalah ber360°, capturing the entire scenery in one shot 😊.


A few wide angles. 


Astronomical Clock tower.


Church of Our Lady before Týn dan Jan Hus Memorial.

Jan Hus Memorial. 






Sejuk masa ni so mesti la nak ke toilet. Kami ke bangunan National Gallery ni. Sangat bersih toiletnya. Tak ingat pulak berapa cajnya.

St. Nicholas Church.









Bila semua group members dah berkumpul, kami pun berjalan ke restoran for dinner. Tak jauh, cuma about 10 minutes walk.




Delicious!

Bersama group.

Malam tu kami menginap di Hotel Duo, 4 bintang. 

Bilik Hotel Duo ni cukup selesa. Alhamdulillah. Macam biasa, mandi, solat dan backup photos before sleep.

Berikut adalah summary perjalanan kami pada hari kedua:

01) Czech Republic: Karlovy Vary - Grandhotel Pupp, Kaiserbad Spa, Café Elefant, Municipal Theater Karlovy Vary, Municipal Savings Bank, Hot Spring Colonnade, St. Mary Magdalene Church, Market Colonnade, Mill Colonnade, Dvorak Park, Park Colonnade, Czech Post dan Elizabeth Spa.

02) Czech Republic: Prague - Prague City, Wenceslas Square, Prague Old Town Square, Astronomical Clock, Church of Our Lady before Týn, Jan Hus Memorial, St. Nicholas Church, Dům U Minuty, Town Hall, National Gallery, Stone Table House, Marian Column, Prague Meridian, Old Town Bridge Tower dan Charles Bridge.

Bersambung.... 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.