Monday, February 1, 2016

KEMBARA EROPAH - DAY 07 - PART 02 - GERMANY - BLACK FOREST, TITISEE-NEUSTADT DAN RHEINFALLS

Dan kami pun tiba di Titisee-Neustadt.  

Titisee-Neustadt adalah merupakan sebuah kawasan perbandaran di daerah Breisgau-Hochschwarzwald di Baden-Württemberg di selatan Jerman. Ia terdiri daripada enam komuniti Neustadt, Langenordnach, Rudenberg, Titisee, Schwarzenbach dan Waldau.


Pekan Neustadt adalah spa yang terkenal dengan kaedah Kneipp hydrotherapeutic dan penyembuhan. Ia juga merupakan pusat sukan musim sejuk.


Titisee-Neustadt terletak dalam Naturpark Südschwarzwald (South Black Forest Nature Park).


Suasana di Titisee-Neustadt. Macam deserted je. Kedai-kedai dan restoran-restoran banyak yang tutup.

Ini adalah tasik Titisee. Cantik sangat! 
Tasik Titisee ni adalah sebuah tasik di selatan Black Forest di Baden-Württemberg. Ia meliputi kawasan seluas 1.3 km persegi dan mempunyai purata kedalaman 20 meter. Ia terbentuk dari glasier Feldberg.

SubhanAllah, cantik sungguh tasik ni!
Dalam bahasa Alemannic, Teti bermaksud 'anak kecil' atau 'bayi'. Jadi Tetisee atau Titisee menjadi tasik dari mana, menurut legenda tempatan, datangnya bayi, sama dengan kisah yang diceritakan di tempat-tempat lain yang bayi yang disampaikan oleh bangau putih [babies delivered by a white stork]

Mengikut satu lagi legenda, nama Titisee ni datangnya dari nama Jeneral Roman, Titus, yang dikatakan telah datang berkhemah di tasik ni. Titus begitu terpegun dengan keindahan tasik ni lalu menamakannya Titisee sempena nama dia. 

Tak sejuk ke itik-itik ni?! Suhu close to 0°C!
But of course itik-itik ni ada down feathers [lapisan bulu halus] yang boleh menebat haba. 

Tasik Titisee ni ambik masa yang sangat lama untuk membeku sepenuhnya masa musim sejuk disebabkan oleh angin yang sentiasa membuat permukaan air bergerak secara berterusan. Untuk tasik beku dibuka untuk digunakan oleh orang ramai, ia mesti mempunyai ketebalan ais pepejal sekurang-kurangnya 16 cm [ais pepejal atau ais padat yang tidak mempunyai sebarang poket udara].

Ok, a couple more shots of this beautiful lake :).


Di tasik juga ada boat cruise, tapi tak la masa musim sejuk :).

Berjalan-jalan santai sambil menikmati keindahan alam. Fortunately, masa kami di situ tak ramai pelancong-pelancong lain. Quite lengang actually.

Kalau tak kerana langit biru tu, the whole scene could have been black and white! :)


Ada juga sungai yang airnya mengalir dari tasik Titisee. 

Ada hotel di tepi tasik ni. Agaknya berapa la rate semalam dok di hotel ni? Imagine bangun pagi dan tengok luar tingkap nampak tasik Titisee ni! 

Seterusnya kami ke Kedai Drubba ni di mana ada dijual jam Cuckoo, wall and grandfather clocks semuanya  'made in Germany', barang kemas dan aksesori dari pereka antarabangsa, trend moden dari jenama terkenal dan peralatan rumah yang berkualiti tinggi dan peralatan dapur. 
Drubba adalah sebuah family business yang dimulakan oleh Klaus and Ursula Drubba pada 1956.


Banyak betul cuckoo clocks!


Such beautiful intricate designs. So awesome!

Yang ni ialah cuckoo clock Hansel and Gretel yang berharga €199.00 [RM955.00]. 
Menggambarkan Hansel dan Gretel berdepan dengan tukang sihir jahat yang memegang penyapu di depan rumah alpine .


Seterusnya kami dibawa ke bahagian basement kedai Drubba ni untuk mendengar penerangan bagaimana cuckoo clocks dibuat. Interesting! Petugas tu dari Indonesia so penerangan dalam bahasa melayu. 

Komponen untuk membuat cuckoo clocks.

Ada pelbagai design cuckoo clocks ni. Semuanya awesome belaka :).  

Jom tengok video penerangan proses membuat cuckoo clocks.







Selesai di Drubba, kami pun jalan-jalan lagi further down the road. Masa tu kebetulan salji sedang turun dengan lebat. Lebat sampai saya kena tutup kamera dengan winter cap.... hehe. 

Since view dah scenic awesome macam ni kan.... hahahahaha.... :D

Tengah kami sibuk mengambil gambar kami ditegur oleh lelaki ini.
Nama dia Heinz, macam jenama sos Heinz tu. Heinz tinggal di sebuah rumah di tepi tasik Titisee. Dia bertugas di sebuah syarikat IT di sini yang mempunyai cawangan di Singapura dan Johor Bahru. Sempat la bergambar dengan seorang local di Titisee ni. 

Heinz bercerita yang dulunya tasik Titisee ni boleh beku masa musim sejuk dan pelbagai kegiatan riadah boleh dibuat di tasik tu seperti ice skating. Tapi sekarang tak boleh dah sebab global warming dan tasik beku tapi nipis so bahaya. 


Sebelum beredar Heinz memberi kami majalah ni. Laaaa.. rupanya dia seorang Jehovah Witness! Lariiii.... hehehhee... 

Kami pun berjalan semula ke arah tempat parking bas kami. 

Ehhh.. terjumpa pulak kucing ni. Kesian tengok kucing ni kesejukan. Manja pulak tu siap dapat gosok-gosok dia :). 

Kami pun terus berjalan lagi mencari restoran untuk makan tengahari. Tadi ada ternampak restoran India tapi bila kami ke restoran tu, tutup pulak. Fortunately, ada sebuah kedai runcit yang buka so kami pun beli la air botol dan sebungkus biskut. Jadi la buat alas perut. 


Since ahli rombongan lain masih belum semua sampai di bas dan masih ada lagi adik-adik sibuk bermain salji, kami pun jalan-jalan lagi ke hujung tempat parking dan nampak rumah-rumah ni. 
Di depan rumah ni ada landasan keretapi. Ehh... ada ke keretapi nak lalu. Bagus sangat la kalau dapat a few shots keretapi tengah lalu :).



Then kami terperasan tak jauh dari tempat kami ambik gambar tu sebenarnya ada sebuah stesen keretapi. Dan ada keretapi baru sampai. Terus jadi excited! :)

Pe lagi, mesti la kami ambik beberapa shots :).

Keretapi 2 tingkat.

Sebuah rumah serombong tengah berasap berlatarbelakangkan Black Forest. 

Selesai di Titisee kami teruskan perjalanan ke Switzerland melalui pekan sempadan Bonndorf.

Melalui kampung-kampung yang begitu scenic sekali!

Juga melalui pekan kecil.

Cantik, tersusun, teratur dan bersih.

 So quaint. How lovely. 


Selain perkampungan dan pekan kecil, kami juga lalui tanah-tanah luas begini. Wonderful landscapes. 



Veteran hikers. 






Pemandangan di Bonndorf.

Ohh... comelnyaaaa! Punya la excitednya anjing comel tu bila nampak tuan dia keluar dari kedai tu! Standing on 2 legs with 2 front legs melambai-lambai! Cuteness overload! :)


Masa tu dah nak dekat pukul 4 petang so matahari dah nak terbenam. 









Selepas melepasi sempadan Germany-Switzerland, kami terus dibawa ke Rheinfall. 

Rhine Falls [Rheinfall dalam bahasa Jerman] adalah air terjun dataran terbesar di Eropah.

Air Terjun Rheinfalls ini mempunyai kelebaran 150 meter dan ketinggiannya 23 meter. Kadar aliran airnya di musim panas adalah 230 meter padu/saat manakala kadar alirannya dalam musim dingin seperti sekarang adalah 700 meter padu/saat.

Disebabkan ketinggiannya, ikan tak dapat berenang merentasi air terjun ini sehingga ke seberang sana. Hanya belut saja yang dikatakan boleh melepasinya dengan cara memanjat batu-batan di air terjun.

Kalau di dalam musim panas, kita boleh menaiki boat cruise dari Schloss Worth sehingga ke batu besar yang terletak di kaki air terjun di tengah sungai. Hmm.. macam nak kena datang lagi europe ni masa musim panas pulak. 

Schloss Laufen yang dibina pada tahun 850M adalah pada asalnya kediaman Barons of Laufen.

Air Terjun ini dianggarkan berusia 15,000 tahun. Aliran airnya terpecah dua oleh sebongkah batu besar di tengahnya. Boat Cruise dalam musim panas akan membawa anda ke sana di mana pengunjung boleh melihat dengan dekat aliran air di kedua-dua belah dari sana.

Malam tu dinner kami di restoran Taj Palace di bandar Zurich. 

Suasana dalam Taj Palace. Very nice ambience. Cuma group kami je yang ada masa tu. 

And yes, the food is delicious. Dapat pulak nasi.... :)

Malam tu kami menginap di Hotel Ramada Zurich City.

Very comfortable room. 



Lepas back up photos, terus tidur. 

Syukur Alhamdulillah, selamat perjalanan kami hari tu. 

Bersambung...


Di bawah adalah links kepada semua entries Kembara Eropah saya:


16) KEMBARA EROPAH 2015 - RINGKASAN KESELURUHAN PERJALANAN

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. gambar tuan syed berlatarbelakangkan salji tu macam shah rukh lak dalam filem yg tgh hot sekarang Dilwale..(actually sy tak tengok pun lg tp few of my fren yg tak pernah and tak suka tengok cerita hindustan..bole lak repeat sampai 5 kali..woha!) might b becoz of the sinematograpy kot...well tuan owesome pictures..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi FF :)
      Hehehehe... memang saya kononnya nak bergaya ala hero hindustan masa tu.. hahahaha...
      Just having a bit of fun and entertain my wife.. hehehe...

      Saya tak tgk lagi filem tu. Wah! 5 kali! Bukan ke filem hindustan selalunya sampai 3 jam pjgnya?
      5 X 3 dah 15 jam tu!!

      Thanks FF. Bila pemandangan dah secantik ini, kita cuma perlu point, compose and shoot :). Sebab cantik sangat saya hampir used up my memory cards! Hehehe...

      Delete