Tuesday, February 16, 2016

KEMBARA EROPAH 2015 - RINGKASAN KESELURUHAN PERJALANAN

Disebabkan catatan-catatan percutian saya dan isteri di Eropah pada setiap entry adalah panjang-panjang belaka dan terbahagi pulak kepada 15 bahagian, maka di sini saya buatkan satu ringkasan untuk keseluruhan perjalanan Kembara Eropah kami, semua dalam satu entry :). 

Dalam ringkasan ini juga saya tambahkan beberapa maklumat penting dan juga observations that hopefully can be useful untuk kawan-kawan yang membaca especially kalau ada plan nak ambik pakej Kowamas Holidays yang best ni :).

Tapi this so-called 'ringkasan' adalah agak panjang juga ya.. hehe. 

Bercuti bersama Kowamas Holidays :).
Sumber

Kami ambik pakej yang ini.
Sumber

HARI 01.

Peta perjalanan disediakan oleh Kowamas Holidays. Saya suka peta so this is very useful.

Saya sangat galak bawak botol spray ni sebab dalam toilet tak de paip. Also, of course, memudahkan nak berwuduq. Cuma jangan isi air la masa nak go through airports. 

Juga bagus tukar duit untuk makan sebab pakej ni halfboard. So senang nanti nak beli meals. Also senang nak shopping. Di Uk pakai British Pound. Di Switzerland guna Swiss franc. Negara-negara lain pakai Euro. 

Flight ke Doha pukul 2:40 pagi. So mesti dah ada di airport pukul 11:40 malam. Transit di Doha sebelum berlepas ke London. Kami suka transit ni sebab boleh stretch masa tu setelah lebih 7 jam dalam kapalterbang dari KL ke Doha.

Tour guide kami hari tu, En. Roy. A very nice fella. Dia buatkan group check-in untuk semua ahli rombongan di KLIA. Semua dapat duduk dengan pasangan atau dengan ahli-ahli keluarga. Ini sangat penting sebab flight adalah selama lebih 7 jam. Andai kata tak dapat duduk bersama, saya pasti tour guide boleh tolong rearrange semula seatings. Payah kalau kita sendiri nak ask around pada group members lain yang baru je kita kenal untuk tukar suka sama suka. 

Pihak Kowamas Holidays juga menyediakan folder biru ni yang ada maklumat-maklumat penting percutian. Saya suka info macam ni. 

En. Roy juga beri tags untuk kami pakai dan tags untuk beg-beg kami. Pastikan tag diri tu ada sentiasa pada kita. Ini penting in case ada apa-apa berlaku supaya senang diri kita dikenalpasti. Dapat tag beg terus pasang pada beg-beg. Juga ada peta perjalanan dengan maklumat berapa jam perjalanan dari bandar ke bandar. So important to me.

Pergilah ke boarding gate sejam awal pukul 1:40 pagi sebab flight pukul 2:40 pagi. Boarding the aircraft. Baca lah doa. 

Naik kapalterbang Qatar Airways Airbus A330-200.

Snek lepas departure.

Lama penerbangan ni, lebih 7 jam. Maka elok la plan something earlier. Seeloknya tidur sebab memang masa tidur pun. Atau kalau tak boleh tidur, elok bawak dan baca Surah Yasin ke, berwirid ke, bawak la buku/majalah etc untuk dibaca ke. Dan tentunya elok sangat kalau sentiasa berdoa supaya selamat perjalanan-perjalanan semasa pergi, semasa ke/di destinasi-destinasi perlancongan dan semasa pulang ke tanahair. 

Suasana dalam kapalterbang. Besar dan selesa. Saya tak boleh duduk lama sebab cepat lenguh kaki. Jadi sekali sekala saya bangun berdiri atau jalan-jalan up and down the aisle... hehe. 

Sebenarnya elok tidur sebab departure tadi pun dah lewat malam. Nanti sampai di London, terus nak gi berjalan dah. So do get a good rest. 

Makanan yang dihidang lebih kurang 2 jam sebelum mendarat di Doha. 

Sampai di Doha pukul 5:10 pagi waktu Doha, lebih kurang 30 minit lebih awal dari jadual. Transit ni adalah selama 2 jam. So pada kami it was just nice to relax dan stretch. Masa ni juga tour guide kami distributed the boarding pass. Tak distribute earlier sebab takut hilang pulak nanti.

Airport ni besar sungguh so better to stay with the group and do not go astray. Tengok luar tingkap masa tu around 5:45 pagi tapi dah terang.

Tour guide akan beritahu dan tunjukkan jalan ke gate to depart to London. Elok juga tengok departure board ni. Pastikan tahu gate berlepas di mana lokasinya. Lepas tu baru ok kalau nak jalan-jalan. Don't want to miss the flight, right? :). 

Masa di transit di Doha ni baru kami pakai these thermal underwears. Tukar di toilet je la.. hehe. So memang dah siap pack dalam carry on bags kami since dari Malaysia. Nak tukar di Heathrow kami takut tak sempat. Actually pada hari tu memang tak sempat pun sebab lepas di imigresen di Heathrow kami terus keluar airport dan tunggu bas. Kami fikir since travel dalam group better stay within the group especially bila berapa di foreign countries. Also not nice to hold back the group. 

Ke London pukul 7:45 pagi naik pesawat Airbus A380-800. 2 tingkat kapalterbang ni. So masa dalam perjalanan selama lebih 7 jam tu, jalan-jalan le naik ke tingkat atas tu. Boleh ke? Salah seorang ahli rombongan kami kata dia naik ke atas dan tak de siapa larang. 

Ke London pukul 7:45 pagi, so dah terang. Kalau dapat duduk tepi tingkap, elok sangat ambik gambar especially since di Doha kami cuma transit. At least dapat la gambar bangunan-bangunan pencakar langit di Doha macam ni :). 


Lebih 7 jam lagi perjalanan. Elok rehat secukup-cukupnya.

Makan.

Boleh caj handphone dalam kapalterbang ni. 

Important messages kalau ada plan nak guna barangan elektronik anda.


Ada snek. So jangan la risau takut lapar. 

Masa nak sampai Heathrow airport, kapalterbang kami berlegar-legar dulu a few times very likely sebab airport traffic tengah busy.

Sampai Heathrow airport di terminal 4 pukul 12:30 tengahari. Ada 5 terminal di airport ni. Tunggu bas dan dibawa ke Bicester Village. Masa tu sejuk dan ada salji nipis turun so bersiap sedialah dengan baju winter. Oh ya, masa tu kami dah siap pakai thermal wear. 

Perjalanan ke Bicester Village adalah dalam sejam menggunakan Lebuhraya M40. Masa dalam bas, patuhlah pada instructions dari driver bas. Contohnya tidak dibenarkan berdiri/jalan/lari dalam bas, especially bila ada budak-budak kecik tentu mereka hyper tak duduk diam.. hehe. Nak tidur lagi dalam bas boleh je. Tapi miss la tengok pemandangan cantik macam ni. 

Sampai Bicester Village. Kami diberi masa selama 2 jam untuk jalan-jalan dan membeli belah. Group berpecah dan akan berkumpul semula di satu tempat yang dikenalpasti. Elok juga kalau tahu di mana bas di park sebab in case anda habis awal boleh la terus masuk bas [ada heater] sebab sejuk masa tu. 

Di Bicester Village ni ada Contemplation Room berdekatan butik Dior, so kita boleh bersolat di bilik tu. 

Ni la bilik comtemplation tu. Tapi nak wuduq kena di toilet. Tentunya tak boleh la nak berwuduq splashing dalam toilet di sana macam kita kat Malaysia ni. So elok guna botol spray tu. Bilik ni dipanggil contemplation room sebab boleh digunakan oleh orang dari semua agama. Tapi yang saya nampak cuma orang Islam je yang guna bilik ni untuk bersolat.

Kalau haus/lapar boleh ke cafe ni.

Bicester ni memang tempat shopping. So kalau nak shopping elok tengok map dan cari kedai jenama yang anda nak. Takut tak cukup masa nak round satu village ni. Elok sebelum datang ke sini masa di Malaysia lagi buat research sikit tentang village ni dan plan masa shopping anda to maximize the time allocated. Kami perhatikan ramai ahli rombongan kami yang membeli belah di sini. Agaknya harga barangan di sini bagus. Kami tak tahu sebab kami tak de plan nak bershopping.

Lebih kurang pukul 5:45 petang [tapi hari dah gelap] kami terus bertolak dari Bicester Village untuk makan malam di restoran Shahzad di Slough. Dalam pakej Kembara Eropah bersama Kowamas Holidays ni, makan malam adalah disediakan. Cuma makan tengahari sahaja kita kena beli sendiri. Tapi jangan risau sebab tour guide akan tunjukkan di mana kita boleh makan lunch.


Restorannya cukup selesa dan memang boleh accommodate big group. 

Makan malam buffet style. Saya memang prefer buffet sebab boleh rasa macam-macam dishes.. hehe. Ada many choices! Ada macam-macam jenis kebab! Sedap!!

Oh by the way, ni la bas kami. Bas yang disediakan memang cukup selesa dan tentunya heated since it was winter.

Malam pertama dalam kembara ini adalah di Novotel London Heathrow. Semua urusan check-in dibuat oleh En. Roy. Kami diberi kunci/kad dan boleh terus tarik beg ke bilik. Kami juga diberitahu di restoran mana untuk bersarapan keesokan hari, bila boleh turun untuk bersarapan dan pukul berapa nak bertolak. Ini dilakukan setiap hari oleh our tour guide. 

Besar lobinya. Pada kami memang very nice lah hotel ni :).

Bilik cukup selesa. Cukup ruang nak solat. Oh ya, pastikan bawak menunjuk kiblat dan sejadah. Bagi yang bawak beg-beg besar saya rasa akan agak sempit la sikit. Tapi tu tak jadi masalah sebab boleh je arrange elok-elok. Ya, ada WiFi, boleh la update social media.. hehe. 

Kalau nak baca catatan sepenuhnya Hari 01 kami sila la ke sini


HARI 02.

Sarapan di hotel Novotel. Saya tanya manager restoran hotel ni yang kebetulan seorang Muslim, so dia tunjukkan mana yang boleh makan. Jadi rajin-rajin la bertanya ya. Atau minta la tour guide tanyakan. Saya makan lebih sikit sebab banyak aktiviti hari tu. Saya ni kalau cuaca sejuk mula la cepat lapar.. hehe..

So start London City Tour pada pukul 9 pagi. First stop di Madame Tussauds. Tak masuk, cuma bergambar di luar sahaja. 

Inilah bus driver kami Mr. Alex bersama En. Roy.

Londoners.

We were also joined by a local tour guide during the London City Tour. Nama dia Isabelle. 

Stop dan turun bergambar di Trafalgar Square. Boleh je kalau nak ke toilet masa ni. Tak ingat berapa bayaran nak guna toilet tu. Masa di Trafalgar Square ni, group boleh berpecah dan jalan-jalan sambil ambik gambar. Tapi jangan pergi jauh atau keluar dari square ni takut terpisah dari group. Better selalu perhatikan di mana group members yang lain. Bukan apa, untuk keselamatan.

Stop dan turun di Buckingham Palace untuk tengok the changing of the guards. Di sini memang sangat ramai orang jadi please stay within the group. Kami dapat tengok dari jauh sahaja. Mujur saya ada zoom lens :). 


Bas akan pusing kota London dan melalui banyak tempat-tempat menarik dan bersejarah. Jadi sediakan kamera anda. Masa lalu tu Isabelle akan memberikan pelbagai penerangan. Boleh juga tanya dia kalau ada apa-apa soalan. Inilah masa yang paling bagus kalau nak tahu lebih lagi tentang tempat-tempat yang kita lawat. Jadi jangan la malu, bertanya lah! Rugi kalau tak tanya :).

Lepas tu bas berhenti di London Bridge. Tak lama, cuma 30 minit sahaja. 

Ini London Bridge. Di sini boleh turun dan ambik gambar.

Boleh nampak Tower Bridge. 

Lepas tu makan tengahari di Malaysian Hall. Dapat la makan Malaysian food :). Dan di sini juga ada surau so boleh la bersolat.

Tengok dulu betul-betul ya harga lauk pauk tu. Jangan tunjuk je mana nak ya.. harga dalam British Pound tu.... hehehe. Makanannya memang fresh dan sedap!

Ruang makan di cafe ni. Agak kecik. Kami terpaksa tumpang meja dengan seorang pelajar Malaysia di London which was a good thing cause we really had a good chat with her :).

Seterusnya ke Oxford Street for more shopping. Elok kalau ada peta ni. Peta ni di share oleh salah seorang ahli group kami via WhatsApp. Jadi elok sangat kalau semua dalam group share mobile handphone numbers dan create WhatsApp group. Senang nak berkomunikasi dan share info/photos. 

Di Oxford Street ni kami berpecah dari group dan jalan sendiri. Berhati-hati lah masa jalan-jalan di sini. Student yang kami makan semeja masa lunch tadi di Malaysian Hall cerita dia sendiri pernah nampak seorang pelancong diragut kamera. 
Ramai group members yang shopping di sini. Dah selesai berkumpul semula di identified place sebelum naik semula ke bas. 

Makan malam di restoran As Asia Restaurant di Slough.

Sedap! Ada ais krim :).

Kalau nak baca catatan sepenuhnya Hari 02 kami sila la ke sini dan sini.  


HARI 03.

Hari ke 3, bertolak ke Perancis naik keretapi Eurostar dari stesen St. Pancras di Central London ke stesen Marne La Vallee-Chessy di Perancis. Marne La Vallee-Chessy adalah juga stesen Eurostar Paris Disneyland.

En. Roy belikan tiket untuk kami semua. Tapi pada hari tu kami semua tak dapat bersama duduk dalam satu coach, terbahagi kepada 2 groups. En. Roy bersama parents and children duduk dalam satu gerabak. The rest in another. Untuk group gerabak tidak dengan En. Roy, seorang ahli rombongan was put in charge for the train trip. Actually kami semua pun be responsible juga dan tengok-tengokkan each other. 

Beratur masuk ke boarding area selepas panggilan masuk dibuat lebih kurang sejam sebelum masa tren berlepas.

Selepas masuk ke dalam gate, kita perlu melalui pemeriksaan sekuriti macam nak naik kapalterbang tu. Cuma bezanya di sini, cecair dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam tren. Saya dan isteri mudah saja pemeriksaannya. Tapi saya nampak ada satu family dari group kami kena buka beg-beg mereka. Tapi tak de sebarang masalah.

Selepas pemeriksaan sekuriti, lalu pula pemeriksaan imigresen. Mula-mula passport akan dicop oleh Imigresen Perancis menandakan yang kita akan masuk ke France. Selepas itu passport kita dicop oleh Imigresen Britain menandakan kita nak keluar dari Britain. Gitu pulak sequence nya.

Area menunggu keretapi datang. Ni di bahagian bawah. Bila keretapi datang, jalan naik ke atas. Di sini kami nampak ada anggota-anggota tentera beruniform penuh bersenjata patrolling. We felt safe. Hati-hati ya, jangan ambil atau terambil gambar mereka pulak.  

Di platform. Setiap ahli rombongan tarik beg masing-masing ke gerabak. Jadi elok sangat pastikan anda guna beg yang ada roda, especially yang mudah ditarik terutama kalau beg anda berat. 
Nombor coach ada pada tiket.

Kemudian the guys bersama-sama membawa beg-beg naik ke keretapi dan susun di tempat letak beg ni. Ada beg yang sungguh berat! Tak pe la kan, berat sama dipikul gitu.. hehehe... Beg-beg kecik boleh bawak masuk gerabak dan letak di tempat letak beg di ruang atas.

Sangat penting memastikan ke gerabak yang betul. Kami di gerabak no 4. Tu di atas pintu masuk gerabak ni ada no. '4'. Ada passengers lain yang kata kami tersalah duduk di tempat mereka, padahal mereka yang silap. 

Seating pun ada nombor juga, bukan free seating. Jadi pastikan anda duduk di seat yang betul. Tren kami berlepas dari St. Pancras tepat pada pukul 10.14 pagi. 

Peta perjalanan keretapi dari stesen St. Pancras di Central London ke stesen Marne La Vallee-Chessy di Perancis. Walaupun destinasi kami di Perancis adalah Paris, kami tidak menaiki tren direct ke sana. Sebaliknya tren kami menuju ke Marne La Vallee - Chessy yang terletak 30 km ke timur Paris. Stesen ini juga adalah stesen persinggahan untuk sesiapa yang ingin berkunjung ke Paris Disneyland.

Sepanjang perjalanan tu ada 2 stops untuk ambil dan turunkan penumpang di dua buah stesen di England (Ebbsfleet International dan Ashford International) dan dua buah stesen di France (Calais-Fréthun dan Lille Europe). Tren juga masuk ke dalam terowong untuk melintasi Selat Inggeris. Gelap gelita sungguh dalam terowong ini. Perjalanan melintasi terowong cuma sekitar 10-15 minit sahaja.
Pemandangan-pemandangan indah sepanjang perjalanan selama 2 jam 40 minit tu.

Kapten Tren membuat pengumuman pertukaran masa. Waktu di France adalah sejam awal berbanding Britain. Jadi, sila betulkan jam anda mengikut waktu France.
Tiba di Perancis pada pukul 2.50 petang waktu tempatan, lewat 10 minit berbanding jadual. 

Oleh kerana stesen ini adalah stesen akhir, tren berhenti lama di sini dan agak mudah bagi kami mengeluarkan beg-beg kami dari tren. So tak perlu kelam kabut atau panik. Lepas tu masing-masing tarik beg sendiri naik ke platform atas untuk keluar dari stesen. 

Terus ke bus stop ni di mana bas sudah sedang menunggu. Perjalanan dari Marne La Vallee - Chessy ke kota Paris memakan masa kira-kira sejam.
 

Perjalanan diteruskan dengan Paris City Tour. Pada saya sangatlah menarik!

Dan tentunya stop dan turun di Eiffel tower :). 
Eiffel Tower dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi - 11.45 malam dengan kemasukan terakhir pada pukul 11 malam. Tapi dengan keadaan yang tegang di Paris ketika itu, masa pembukaan Eiffel Tower ini tak menentu. Umpamanya, pada hari kami di sana, belah pagi tu ia ditutup atas sebab-sebab keselamatan. Masa kami tiba ia telah dibuka sementara dan telah ditutup semula kepada pengunjung pada pukul 7 malam atas sebab-sebab yang sama. Oleh itu bersiap sedialah kemungkinan tidak dapat ke Eiffel Tower ini atau mana-mana tempat yang ada dalam itinerari. Ianya adalah atas sebab keselamatan yang tentunya lebih diutamakan demi keselamatan kita dan keluarga kita. 

En. Roy nasihatkan kami jangan beli souvenir dari lelaki-lelaki Afrika ni sebab walaupun harganya murah mereka ni berniat jahat. Pernah pelancong Malaysia diragut masa nak bayar. 

We were join by a local tour guide, Ms. Ailene. 


Seterusnya lalu di Avenue des Champs-Elysees, area shopping barangan berjenama mewah.

Terus dengan Paris City Tour. Kemungkinan besar anda juga akan berada di sini pada waktu senja jadi bersiap sedialah to capture sunset in Paris! :) 

Seterusnya ke Grand Mosquee de Paris. Masa kami di sini, ada ramai tentera berkawal. Jadi patuhi semua nasihat tour guide masa berjalan ke masjid ini seperti berjalan dalam kumpulan, jangan mengambil gambar, jangan renung tentera-tentera tu, jangan buat bising dan lain-lain. Actually, walau di mana pun kita, memang patut la kita ikut arahan tour guide for our own good.

Itinerari kami yang sebenar dalam lawatan ke Paris ini adalah berkunjung ke Galeries Lafayette, sebuah pusat membeli-belah yang terkenal di sini. Namun dengan keadaan keselamatan di Paris yang tidak menentu ketika itu, kami tidak dapat berkunjung ke sana disebabkan pusat membeli-belah ini telah ditutup seawal pukul 6 petang. Sebagai ganti kami di bawa ke Les Villages de Noel Paris. Actually, Les Villages de Noel Paris ni pun telah diarah supaya ditutup keesokkan paginya atas sebab-sebab keselamatan. 

Makan malam di restoran Yasmin. Sedap sangat :).

Sempit sikit tapi cozy. 

Sedap! Tapi memang betul la, masa di sana memang makan malam sedap-sedap :).

Bermalam di Hotel Ibis Paris Meudon-Velizy. Hotel ini terletak lebih kurang sejam perjalanan dari pusat bandar Paris. 



Bilik cukup selesa. Bilik airnya besar! Tak de cerek letrik. WiFi ada :).

Kalau nak baca catatan sepenuhnya Hari 03 kami sila la ke sini dan sini.


HARI 04.

Bersarapan Hotel Ibis Paris Meudon-Velizy.

Bertolak ke Belgium, menuju ke Brussels dijangka memakan masa 3 jam. Kami bertolak dari hotel pada pukul 9.00 pagi. Pemandangan cantik semasa di perjalanan. Ada banyak kincir angin. 

Berhenti rehat di rest area. Undang-undang sana lepas 2 jam bawak bas kena stop rehat 30 minit. Good time for toilet breaks. Juga kalau driver bas nak isi minyak, semua kena turun. Elok la turun pun, boleh stretching. 

Suasana di rest area. 


Sempat kami makan. Cuma ada masa 30 minit je, so makan le cepat-cepat.

Toilet di rest area. Bayaran yang dikenakan untuk menggunakan public toilet di Belgium (dan juga di France) adalah 50 sen (RM 2.10)
Tatacara menggunakan Public Toilet: (1) Masukkan duit syiling (duit kertas juga diterima dan baki akan dipulangkan); (2) Ambil resit pembayaran; (3) Lari cepat-cepat masuk ke dalam.

Perancis, Belgium, Netherlands dan Germany yang kami kunjungi dalam lawatan ke Eropah ini adalah negara-negara anggota Schengen. Negara-negara ini tidak mengamalkan kawalan sempadan di kalangan mereka, so tak perlu lalu imigresen. 

"Roy, our tour guide, informed that Level 4 Security was declared at Heathrow, Paris and Brussels. Tahap amaran keganasan 4 tu adalah tahap maksimum dari skala 1 hingga 4. Ini bermakna bahawa ada "ancaman yang sangat konkrit dan pasti akan berlaku". Jadi kena elakkan tempat sibuk atau tempat di mana banyak orang berkumpul seperti konsert dan acara besar, stesen keretapi dan lapangan terbang, pengangkutan awam dan jalan-jalan membeli-belah yang sibuk. Roy juga beritahu yang dia juga sudah dapat same confirmations dari pejabat Kowamas di KL, Kowamas local office dan dari isteri pemandu bas kami yang tinggal di Brussels. Juga kami diberitahu Pasar/Bazar Krismas Paris yang kami pergi malam semalam juga telah ditutup pagi ini.

Roy updated that as of that morning masih ada lagi 3 bom yang masih tidak dijumpai. Jadi dia kata elok jangan take the risk dan jangan ke Brussels. Kami semua of course agreed. Jadinya Roy kata kami akan ke Atomium sahaja dan tidak ke Manniken Pls, Grand Palace dan Great Mosque sebab tempat-tempat tu ada ramai orang/pelancung".

Alhamdulillah pihak Kowamas Holidays telah begitu prihatin dengan isu semasa dan telah dapat memberi kami maklumat terkini tentang berita keganasan yang sedang berlaku masa tu. Oleh itu dengan segera En. Roy telah membuat pertukaran itinerari kami untuk memastikan keselamatan kami. Syabas kami ucapkan pada En. Roy dan Kowamas Holidays.

Sampai di Brussels kami terus ke Atomium. Kami tidak dapat ke Grand Place dan Great Mosque kerana bomb threats. Masa di Atomium ni kami nampak beberapa kereta polis sedang meronda kawasan. 

Group photo :).

Terus ke Amsterdam. Rehat di rest area sebentar.


Kami tiba di Amsterdam pada pukul 5 petang tapi dah gelap. Di Amsterdam, makan malam di restoran Roz. 


Selesa for group dinner.

Portion besar. Sedap tapi tak habis!

Bermalam di Hotel Ibis Airport Amsterdam.


Alhamdulillah, sepanjang cuti-cuti ni bilik-bilik hotel memang selesa.

Kalau nak baca catatan sepenuhnya Hari 04 kami sila la ke sini.


HARI 05.

Sarapan di Hotel Ibis Airport Amsterdam.

Seperti biasa yang boleh makan cuma telur dan roti. Observe juga peraturan di sini. Contohnya di restoran hotel ni, lepas makan must clear table dengan meletakkan dulang makanan anda di tempat yang disediakan.  

Pukul 9 pagi kami dah start tour bertolak ke Zaanse Schans. Kami berpecah dari group dan diberi 1 jam 30 minit untuk jalan-jalan di sini. 

Ada kincir angin. Besar kawasan ni so sila bajet masa anda.

Ada kedai jual cheese. Siapa suka keju memang seronok la kat sini. 

Ada penerangan macam mana nak buat cheese. Staff di sini semua ramah belaka. Boleh je kalau nak bergambar dengan mereka. 

Ada penerangan macam mana nak buat clogs.

Touring City of Amsterdam. Kalau berjalan di Amsterdam, sangat-sangatlah berhati-hati masa melintas sebab terlalu banyak basikal dan kebanyakkannya laju-laju belaka! In fact, masa jalan di tepi jalan pun kena sangat berjaga-jaga jangan termasuk ke lorong basikal.

Singgah di kedai souvenir. 

Ke satu lagi tempat membuat cheese. 



Seterusnya ke Coster Diamonds.


Ada penerangan tentang Coster Diamonds.

Nak beli diamonds pun boleh. 

Bergambar di I Amsterdam.

Lepas tu river cruise.

Suasana dalam bot cruise.

Makan malam di Royal Tandoori Restaurant.


Kalau nak baca catatan sepenuhnya Hari 05 kami sila la ke sini dan sini

HARI 06.

Hari ke 6, 8:45 pagi bertolak ke Germany untuk ke Cologne selama lebih kurang 4 jam. 

Di Cologne kami memilih untuk masuk ke dalam Cologne Cathedral sementara group members lain pergi shopping. Dan sudah semestinya kami beritahu tour guide kami supaya dia tahu ke mana kami nak berjalan. Masuk free je ke dalam Cologne Cathedral ni. Juga bebas mengambil gambar di dalamnya. Ada juga tour guides dalam cathedral ni tapi kena bayar la kalau nak guna service mereka.

Lepas tu makan tengahari di restoran Istanbul Pizzeria & Kebaphaus. Tour guide kami En. Roy yang cadangkan. Tak jauh, cuma jalan kaki 10 minit saja dari Cologne Cathedral ni. 

Sedap makanannya dan harga pun reasonable. 


Seterusnya bertolak ke Frankfurt. Ni masa berhenti di rest area.


Lama perjalanan nak ke Frankfurt ni, dalam 2 jam. Boleh tidur atau buat macam adik yang duduk depan saya ni, dia baca Al Quran. 

Tiba di Frankfurt pukul 5:30 petang tapi dah gelap macam malam.

Makan malam di Central Grill.


Very delicious!

Bermalam di Novotel Frankfurt City. 


Very nice room.


Kalau nak baca catatan sepenuhnya Hari 06 kami sila la ke sini dan sini.

HARI 07.

Sarapan di Novotel Frankfurt City.

Pada pukul 9.00 pagi kami bertolak ke Titisee-Neustadt yang terletak di kawasan Black Forest, 300 km, 3 jam perjalanan. 


Ada tasik Titisee yang sangat cantik!

Seterusnya ke Kedai Drubba ni di mana ada dijual jam Cuckoo, wall and grandfather clocks semuanya 'made in Germany'.


Ada penerangan bagaimana jam Cuckoo dibuat.

Dari Titisee-Neustadt, perjalanan diteruskan lagi ke Switzerland melalui pekan sempadan Bonndorf. Selepas melepasi sempadan Germany-Switzerland, kami terus dibawa ke Rheinfall.

Makan malam di Taj Palace di Zurich.



Malam tu kami menginap di Hotel Ramada Zurich City.



Kalau nak baca catatan sepenuhnya Hari 07 kami sila la ke sini dan sini.

HARI 08.

Sarapan di Hotel Ramada Zurich City.

Destinasi kami yang pertama pagi ini ialah Engelberg, sebuah pekan yang terletak di kawasan pergunungan Alps. Dari Engelberg barulah kami akan menaiki kereta kabel menuju ke Mount Titlis.

Naik gunung Titlis. En. Roy belikan tiket untuk semua. Nak ke puncak gunung Titlis ni kena naik 4 cable cars dengan hentian di 3 stesen iaitu stesen Gerschnialp, Trübsee dan Stand. Tiketnya satu je untuk 4 cable cars, 3 stesen, untuk trip naik dan turun. So jangan hilang tiket tu! :)

Beramai-ramai naik cable car ke puncak gunung Titlis. Pemandangan sekeliling memang la sangat awesome. SubhanAllah.

Tiba di puncak gunung Titlis. Pastikan ambik gambar banyak-banyak.

Di atas gunung ni ada restoran jual makanan halal.


Seterusnya kami ke bandar Lucerne, sebuah bandar yang terletak di Central Switzerland. Perjalanan adalah sejauh 40 km, lebih kurang selama 40 minit.

Kami berpecah dari group for a walking tour on our own lepas beritahu En. Roy. Ada jambatan Chapel.

Juga ada Lion Monument. Selepas di Lucerne, kami balik semula ke Zurich.

Kalau nak baca catatan sepenuhnya Hari 08 kami sila la ke sini dan sini

HARI 09.

Pulang ke Malaysia. Semua beratur dan mesti check-in sendiri. Tapi seating berterabur so tour guide kami En. Roy susun seatings tu semula supaya kami semua dapat duduk dengan pasangan/keluarga. 


Besar airport ni. Susah nak cari makanan yang Halal di sini. Ada Prayer Room disediakan di Airport ini tetapi ia hanya accessible kepada staf Airport dan tidak kepada penumpang, kecuali mereka yang flightnya berlepas dari Gate D. Pesawat kami berlepas dari Gate E, jadi kami tak boleh masuk ke sana. Kami ended up bersolat di waiting area.

Pesawat kami berlepas dari Zurich menuju ke Doha pada pukul 3.10 petang. Penerbangan dari Zurich ke Doha memakan masa 6 jam. Kami tiba di Doha pada pukul 9.15 malam waktu tempatan.

Kami transit di Doha selama 4 jam sementara menunggu penerbangan sambungan ke Kuala Lumpur. Pesawat sambungan Qatar Airways kami dari Doha ke Kuala Lumpur berlepas pada pukul 1.20 pagi waktu tempatan.

Tidak seperti penerbangan dari Kuala Lumpur ke Doha dulu yang memakan masa 7 jam, penerbangan pulang ini hanya mengambil masa 6 jam 30 minit.

Alhamdulillah kami pun selamat mendarat di KLIA pada pukul 1.00 tengahari.

Kalau nak baca catatan sepenuhnya Hari 09 kami sila la ke sini.

Begitu lah ringkasan yang dapat saya kongsikan bersama anda semua dengan harapan semoga ia dapat memberi sedikit gambaran dan maklumat yang mungkin dirasakan penting supaya kembara anda jadi lebih lancar dan menggembirakan, InsyaAllah. Kalau ada apa-apa soalan sila lah tanya ya. InsyaAllah, saya akan cuba jawab.


Untuk catatan lengkap dari hari ke hari, di bawah ni adalah links kepada semua entries Kembara Eropah saya:


No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment