Wednesday, December 16, 2015

KEMBARA EROPAH - DAY 02 - PART 01 - UK - LONDON CITY TOUR

Hari ke 2. Pagi tu di hotel Novotel London Heathrow hujan lebat dengan angin kuat. Dah le suhu sekitar  9°C. Brrrr.....

It will be a long day of touring, so must eat hearty breakfast lah. Well, mana yang boleh makan je la.. hehe. Saya dah tanya Manager restaurant ni yang kebetulan seorang beragama Islam bernama Nijam dan dia tunjukkan mana yang boleh makan.
Nijam, Manager restaurant di Novotel Heathrow London ni kata dia seorang beragama Islam [kami saling memberi salam] dan dia memastikan memang makanan yang kami pilih adalah halal.  

Selepas breakfast kami terima via WhatsApp peta Oxford Street ni yang dihantar oleh salah seorang ahli rombongan kami. How nice :).
Kalau lah kami ni memang nak bershopping tentunya peta kedai-kedai ni sangat helpful. Still the road maps is important. 

Pukul 9 pagi kami dah bertolak ke London yang jauhnya lebih kurang sejam perjalanan dari hotel Novotel Heathrow. Wet roads and grey sky. A wonderful day to start the morning.. hehehe...

I love it that di sana ada lots of benches in small parks macam ni.

Pastinya masa dalam bas saya cuba capture suasana pagi di sana.

Westfield, salah satu shopping mall yang besar di sana - Westfield London Shopping Centre, the largest covered shopping development in the capital dengan keluasan sebesar 150,000 m² which is sebesar 30 padang bola! Tu dia, kalau shopping kat sini mau kena datang 2 hari baru habis cover.. hehe.



Kalau dah minat, suhu below 10°C pun sanggup ke padang main bola. Bukan je 10°C, tapi dengan hujan renyai dan berangin.

Chim, chimney
Chim, chimney
Chim, chim, cher-oo
Good luck will rub off when
I shakes hands with you
Or blow me a kiss
And that's lucky too
:)

Tak pasti samada ini adalah masjid or an Islamic center.

Londoners.

Kalau kami ada peluang ke London lagi, kami merancang nak naik Big Bus London tu. Tapi not winter time la.. hehehe...

Our first short stop was at this 'Museum for life-size wax replicas of famous Americans and historic icons in themed galleries'. Tak masuk tapi...

So ambik je la gambar kat luar :).

Bangunan yang bentuk dome tu dulunya adalah sebuah planetarium tapi sekarang dah jadi sebahagian Madame Tussauds. Now it houses the the Marvel Superheroes 4D attraction.

Tak kira cliché ke tak, nak jugak bergambar dengan red telephone box, the British cultural icon... hehe..

Di wax museum ni juga rupanya ada section Bollywood.

She is so beautiful! :)


Masa dok ambik gambar depan Madame Tussauds ni, staff Mario's ni datang menegur. Bersembang le kejap dengan dia sambil dia sibuk menghisap rokok. A really nice fella. Well, since I was looking every bit like a typical tourist [haha..] dia pun tanya stuff like where am I from, where am I traveling to etc etc and he suggested some nice places in London that I might like to go. 
Surprisingly I was able to understand him despite his quite thick British accent.... hehehe... It was fun talking to him actually.

Pagi di London yang sejuk dan berangin.

Bangunan belakang tu ialah The Baker Street Emporium. Ada banyak gifts and souvenirs shops dalam tu.

Bangunan kotak warna coklat tu ialah University of Westminster.

Bergambar kejap dengan Roy the tour guide dan Alex the bus driver. 
Btw, Alex ni asalnya dari Greece tapi dah duduk UK for 17 years. Strict dia ni. Dalam bas tak boleh makan, berdiri dan berlari. Ye la kan, dalam rombongan ada budak-budak maka elok la peraturan macam tu. Alex juga jual air botol bersaiz 500ml natural spring water dengan 1‎£ for 2 bottles. He was an excellent bus driver.

We were waiting for a local tourist guide. So I took lah more Londoners shots. So basically macam  ni la their typical winter wears.



Mostly grey, black and dark blue. Warna gelap2.



Selepas di Madame Tussauds, kami meneruskan city tour to other parts of London. Kami lalu di Regent's Park. Ini Taman DiRaja. Satu lagi ialah Hyde Park.

Dalam taman ni ada Regent's University London, outdoor sports area, teater terbuka dan London Zoo.  Berdekatan dengan taman ni ada a higly visible landmark, the London Central Mosque, yang juga dikenali sebagai Regent's Park mosque. 
Besar taman ni, seluas 395 ekar. Di taman ini ada 400 jenis bunga ros dan 100 jenis burung. Tapinya kami dapat tengok dari luar je la, itu pun dari dalam bas. Dah gitu kaedahnya kalau program bus city tour ni. Apa-apa pun bersyukur :).

Ini pula ialah the International Student's House. Apa yang menariknya? Yang menariknya ialah pondok telefon tu... hehe...

Dalam pondok telefon tu ada iklan-iklan nakal ni.. seksinya nurse tu.... hehehehe...

Selalunya bas di London ni warna merah. So saya tanya la the local tourist guide, nama dia Isabelle, pasal bas hijau ni. Dia kata ni bas dari luar kota London. Bas hijau ni was first introduced in 1962. 
Huih.. lagi tua usia dari saya bas ni.. hehehe...

Next kami lalu di Regent Street ni. Salah satu shopping area yang ada banyak kedai barangan berjenama. Selain Regent Street ni, Oxford Street juga area shopping yang terkenal.

Some people photography :).





Di Oxford Circus Station. Kata Isabelle circus dalam bahasa latin bermaksud bulatan - a circular area in a town where several streets cross one another. 
A popular meeting point as well kata Isabelle.

Orang-orang London masa winter pun rajin keluar shopping. Maklum la kan nak dekat Christmas :).



Designer stores.

Piccadilly.

More designer stores. I am beginning to understand why people flew all the way to London to shop.





Aaaaa.... finally one Londoner with impeccable sense of style :).

Saya mula bertanya stores kat London ni tak jual winter coats warna-warna lain ke.. hahahaha...

Di London ni ada banyak statues dan monuments. Kalau minat memang best la ke sana. Kalau tak, memang tak rasa fascinated. Still London is definitely more than just staues and monument kan.

Ini adalah Shaftesbury Memorial Fountain which has been called "London's most famous work of sculpture".
This statue of a winged archer poised with his bow is known as The Statue of Eros. Eros was the God of Love. The statue might really be the Angel of Christian Charity, or Anteros, the brother of Eros, but Londoners call him Eros. Link

Kedai souvenirs and gifts.
'I London' t'shirts. Nope, I did not buy one... hehe..



London Trocadero.

Menuju ke Trafalgar Square.


The Theatre Royal, Haymarket (also known as Haymarket Theatre or the Little Theatre) is a West End theatre in the Haymarket in the City of Westminster which dates back to 1720, making it the third-oldest London playhouse still in use. Wiki.

Ini National Gallery Museum. Ia adalah muzium seni di Trafalgar Square di City of Westminster, di Central London. Ditubuhkan pada tahun 1824 , ia mempunyai koleksi lebih 2,300 lukisan bertarikh dari pertengahan abad ke- 13 hingga 1900. Wiki.
Kalau la saya ada masa, memang dah saya masuk! Sebab ada 2 ribu plus lukisan, kena la dok situ sehari suntuk kot.. hehe...
National Gallery Museum ni adalah antara muzium seni paling banyak dikunjungi di dunia, selepas Musée du Louvre, Muzium British dan Metropolitan Museum of Art. Wiki.

Ini pula ialah Admiralty Arch, sebuah bangunan mercu tanda di London yang menggabungkan jalan dan pejalan kaki yang menyediakan akses pintu gerbang antara The Mall dan Trafalgar Square.
Dulunya ianya bangunan yang menempatkan pejabat-pejabat kerajaan. Pada tahun 2012 kerajaan Britain menjual pajakan selama 125 tahun kepada pemaju hartanah Prime Investors Capital untuk pembangunan semula menjadi sebuah hotel mewah. Wah... kalau 5 bintang sure beribu £ semalam ratenya sebab lokasinya sangat strategik!

Betul-betul sebelah Admiralty Arch tu ialah pejabat Tourism Malaysia. Pejabat ni letaknya just across the road from Trafalgar Square.
Malaysia Night at Trafalgar Square: Trafalgar Square transformed into a bustling marketplace, complete with the vibrant sights, smells and sounds of Malaysia.

Semasa bas tengah pusing Trafalgar square ni to find the place nak turunkan kami, sempat la took a few shots. Saya suka shots ni sebab dapat view keseluruhan dataran ni.
Photo bottom left: Nampak tak tiang lampu belah kanan tu... haa.... tu lah balai polis terkecil di London. Dibuat dari tiang lampu berongga [hollow], ia telah dipasang pada tahun 1926 supaya anggota polis boleh memerhati penunjuk-penunjuk perasaan di kawasan tunjuk perasaan yang cukup popular tu. 

Ada pillar, ada fountains, ada statues. Alhamdulillah, cuaca juga baik masa tu.



Trafalgar Square: dataran terbesar di London, sering dianggap the heart of the city.

Dibina untuk memperingati kemenangan tentera British menentang tentera Perancis dalam Perang Trafalgar pada tahun 1805. Sebuah tugu untuk Lord Nelson yang mengetuai tentera British ketika itu turut didirikan di sini.
Statue yang kiri ialah patung General Sir Charles James Napier [dikenali sebab berjaya menakluk Sindh/Pakistan] dan yang kanan ialah Major-General Sir Henry Havelock. Ada cadangan yang dibuat untuk menggantikan kedua-dua patung ni dengan someone that more people knows. 

Dan kami pun turun bas for a short stop at Trafalgar Square for some photography. Ni bersama Isabelle, our local tour guide. Dia ok, tapi asyik la complain pasal the weather. Alaa... macam mak cik-mak cik membebel. Too cold la, such horrible weather la etc etc.. hehehe...

Seronok dapat turun bas ambik gambar instead of just from the bus.. hehe. The Trafalgar Square, London.
Itu patung General Sir Charles James Napier. Di belakang ialah National Gallery London. Di tengah ialah St Martin-in-the-Fields [an English Anglican church] dan tiang tu ialah Nelson's Column dikelilingi oleh 4 patung singa.

Sampai je dataran tu terus cari toilet.. hehehe... sejuk...

Satu shot klise yang mandatory.. hehehe...

Ada dua fountain di Trafalgar Square yang dibina untuk memperingati Admirals Jellycoe dan Beatty. Di air pancut ini ada patung-patung ikan duyung, mermen dan ikan lumba-lumba.
Patung duyung oleh Sir Charles Wheeler di air pancut Jellycoe.
Satu lagi ukiran Trafalgar Square Mermaid oleh Wheeler. 

Ini tiang ke 4. Actually kosong je atas tiang tu sebab patung ekuestrian William IV yang sepatutnya diletak di situ tak dibuat sebab tak cukup duit.
Sekarang pedestal tu dah jadi tempat untuk mempamerkan hasil-hasil seni kontemporari dan bukan patung seseorang juga bukan untuk tujuan memperingati. On display masa kami ke sana ialah hasil seni rangka kuda ini oleh Haans Haacke [artis German-78 tahun] yang dinamakan 'Gift Horse'. 

Ehh.. kenapa pulak ada burung helang di Trafalgar Square ni? Oh... rupanya di dataran ni ada banyak sangat burung merpati. Jadi helang ni digunakan to scare away the pigeons. Sama le macam mereka guna falcons untuk halau merpati di bangunan Burj Al Arab and Madinat Jumeirah.
Tahi burung merpati telah menyebabkan kerosakan bernilai ratusan ribu £ pada Nelson's Column.

Ada undang-undang tak boleh bagi makan pada pigeons.

Pray for Paris.



Ini patung gangsa George IV yang dibuat oleh Sir Francis Legatt Chantrey. Ia menggambarkan Raja mengenakan pakaian purba Rom dan menunggang tidak berpelana. 
Patung itu pada asalnya nak diletak di atas Marble Arch di pintu masuk ke Istana Buckingham, tetapi telah diletakkan di lokasi sekarang berikutan kematian Raja.

Ada station subway berdekatan Trafalgar Square ni. Easy access jika nak ke dataran ni.






Beautiful blue sky. Berharap sangat masa tu semoga sepanjang hari tu tak hujan.



Okeh, selesai di Trafalgar Square kami pun beredar sambung balik pusing-pusing Kota London dalam bas.

Kata Isabelle, di London ni ada 10 ribu basikal macam ni untuk disewakan. A customer can pick up a bicycle at one station and returned it at any station. Pengunaan 30 minit pertama adalah percuma. 
Boleh ke agaknya buat macam ni di Malaysia?

Di satu roundabout berdekatan Trafalgar Square ada sculpture 2 jari menuding each other. Besarnya!
Sepasang jari putih menuding ke arah satu sama lain, dipanggil "You" ini telah dicipta oleh artis Mexico Jose Rivelino . Mesejnya adalah tentang isu yang sangat penting iaitu kesaksamaan antara manusia.


Di Kementerian Pertahanan British.





Ini Cenotaph, satu memorial peringatan untuk para perajurit-perajurit yang terkorban. Setiap November upacara peringatan dibuat.
Queen sendiri meletakkan kalungan bunga popi di pangkal Tugu Peringatan ini.

10 Downing Street ~ Kediaman rasmi Perdana Menteri Britain.

Ini Raleigh Green bersetentang dengan Ministry of Defence.

Di Raleigh Green ni ada patung Field Marshall The Viscount Slim.
Beliau berjaya merampas Burma semula dari Jepun semasa Perang Dunia ke 2.

Seterusnya patung Field Marshall The Viscount Alanbrooke.
Beliau adalah Ketua Penasihat Tentera kepada Winston Churchill.


Masih lagi pusing-pusing Kota London dalam bas :).

Bangunan yang ikonik - Houses of Parliament dan Big Ben.


Nama sebenar Big Ben ni ialah Elizabeth Tower. Big Ben tu actually ialah nama yang diberikan pada loceng besar di dalam menara jam tu, yang beratnya lebih daripada 13 tan [13,760 kg].

Ini St.Margaret's Church.
 It is an Anglican parish church and dedicated to Margaret of Antioch.

Ini pula ialah Westminster Abbey atau nama formalnya the Collegiate Church of St Peter at Westminster. Ia tempat ibadat yang dimiliki oleh keluarga diraja. William and Kate's wedding diadakan di sini.
Ada bahagian bangunan ni yang dibuat pada tahun 1050! Uwah! 

This is the Sanctuary Westminster Abbey.

Yes, memang ada yang jogging masa sejuk tu! Also I noticed a homeless person tengah tidur dalam sleeping bag. It was really cold at that time.

The New Scotland Yard.

The Blewcoat School London.
Built in 1709, it was a school for poor children till 1926. Now it is a shop.

St. James' Court, sebuah Taj Hotel di Kota London ni adalah the capital's latest luxury hotel. Ia terletak antara Buckingham Palace dan the Houses of Parliament in Westminster.

Tour guide kami Roy pointed out this amazing maple leafs pattern on this road. I thought it was a natural occuring tapi bila tengok dengan lebih teliti, corak daun-daun tu cuma ada pada satu lane sahaja dan tidak pada lane sebelah dan pada curb. Nice!

Seterusnya kami stopped at Buckingham Palace to see the Changing of the Guards. Masa kami sampai tu dah ramai pelancung ada di situ.

Buckingham Palace.
Istana Buckingham merupakan kediaman dan tempat kerja utama raja yang memerintah di United Kingdom. Terletak di City of Westminster, istana ini sering menjadi tempat state occasions and royal hospitality.

Di depan Buckingham Palace ada the Victoria Memorial sebuah monumen memperingati Ratu Victoria.


Tugu di hadapan Istana Buckingham ini dibina untuk memperingati Queen Victoria, pemerintah pertama yang menjadikan Istana Buckingham sebagai kediaman rasmi baginda.

Pintu gerbang Buckingham Palace.

Perarakan Changing of the Guards.

Basically Changing of Guards ni ialah Pengawal Istana yang baru mengambil alih tugas Pegawal Istana yang sedang bertugas dan dah habis shift mereka.

Sebab masa tu winter so guards ni pakai coats kelabu. So tak nampak la mereka berpakaian the red uniform.

Ada band.































Ok, so we did not exactly see the changing sebab it all happened di dalam pagar istana. Well, at least we got to see the marching. Kalau nak tengok the changing rasanya boleh tapi kena pergi ke tepi pagar istana tu. Ramai sangat pun orang di situ. Nak dapat spot di tepi pagar tu tentunya kena berada di situ awal. Tak la kami sanggup nak berdiri lama dalam kesejukan tu.. hehehe.. Foto-foto yang dapat ni pun dah ok sangat dah :).

Bersambung....

Di bawah adalah links kepada semua entries Kembara Eropah saya:
01) KEMBARA EROPAH - DAY 01 - DEPARTURE - UK - BICESTER VILLAGE

02) KEMBARA EROPAH - DAY 02 - PART 01 - UK - LONDON CITY TOUR

03) KEMBARA EROPAH - DAY 02 - PART 02 - UK - LONDON CITY TOUR

04) KEMBARA EROPAH - DAY 03 - PART 01 - FRANCE - PARIS CITY TOUR

05) KEMBARA EROPAH - DAY 03 - PART 02 - FRANCE - PARIS CITY TOUR

06) KEMBARA EROPAH - DAY 04 - BELGIUM – ATOMIUM

07) KEMBARA EROPAH - DAY 05 - PART 01 - NETHERLANDS - ZAANSE SCHANS DAN AMSTERDAM CITY TOUR

08) KEMBARA EROPAH - DAY 05 - PART 02 - NETHERLANDS - AMSTERDAM CITY TOUR

09) KEMBARA EROPAH - DAY 06 - PART 01 - GERMANY - KE COLOGNE DAN COLOGNE CATHEDRAL

10) KEMBARA EROPAH - DAY 06 - PART 02 - GERMANY - KE FRANKFURT

11) KEMBARA EROPAH - DAY 07 - PART 01 - GERMANY - KE BLACK FOREST DAN TITISEE-NEUSTADT

12) KEMBARA EROPAH - DAY 07 - PART 02 - GERMANY - BLACK FOREST, TITISEE-NEUSTADT DAN RHEINFALLS

13) KEMBARA EROPAH - DAY 08 - PART 01 - SWITZERLAND - MOUNT TITLIS

14) KEMBARA EROPAH - DAY 08 - PART 02 - SWITZERLAND – LUCERNE

15) KEMBARA EROPAH - DAY 09 - GOING HOME

16) KEMBARA EROPAH 2015 - RINGKASAN KESELURUHAN PERJALANAN

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

14 comments:

  1. oxford street !!
    tempat fevret saya!!
    bukan untuk shopping lah..
    untuk jalan jalan tapi..
    saya dating dengan boifren saya kat sini lah dulu ..
    hehheheeeee..

    masa cuti winter.. dengan kawan-kawan.. keluar masuk selfridges tu je kerjanya..
    sebab abang kawan tu kerja kat situ masa tu..
    masuk harrods seali .. sebab nak heater .. sejuk..

    masih banyak lagi tak burung merpati kat situ?
    kesian kena halau dengan helang!!

    saya suka nya nengok jalan yang ada winter leaves tu!!
    so kreatif lah!!

    ada satu movie tu ..
    A Fish Called Wanda
    pernah nengok tak..?
    ada satu dialog tu..
    'london underground is not a political movement'
    heheheheeee..

    so fluffy nya topi tu!!
    macam very warm and comfy!!
    apa yang putih tu kat topi tu?

    ya lah kann...
    saya pun..
    kalau nak start conversation selalunya..
    dengan yang kita tak berapa kenal ..
    mesti cakap pasal weather ..
    rasa macam makcik tua lak!!
    kahkahkahhhhhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi saya pakto kat Jalan TAR je, doc dating kat Oxford Street!
      Might that be the same boy as your current boo? :)
      I understand why. Memmang best street tu. So many shops. My next entry ada cerita sikit di Oxford Street.

      Sama le doc. Every now and then masa kami jalan2 tu memang terasa macam nak masuk kedai2 tu for the heater sebab kat luar sejuk. Harrods London tu kami tak masuk pun, which was quite a bummer. Tapi bukan la frust sebab tak dapat shopping di situ cause mana ada bajetnya pun, tapi saje je la nak tgk2 kat dalam tu.

      Masa kami di sana tu, tak banyak merpati tu. Ada lah nampak sekor dua je. Tapi saya faham kenapa mereka perlu halau merpati tu sebab kos membaiki kerosakan disebabkan dari pigeon poop pada monumen2 di square tu had reached ratusan ribu pound! Moreover taik merpati kan ada disease juga.

      Kan. Saya surprised dan suka sangat dengan maple leaf pattern road tu! Super creative!

      Ooo.... lama sangat dah movie tu. One of my early favourites actually. Tapi tak ingat pulak dialog tu. Funny! Hahahaha...

      Saya tak perasan pun benda putih tu till you asked! Hehehe... Thanks doc for the query.
      Ok, Saya dah research. Tu actually is a hackle yang dibuat dari bulu burung yang di klip pada belah kiri bearskin head-dress tu. Warna hackle ni berlainan depending on which Guards and Regiments.

      Hehehe.... topik weather memang ice breaker. Also pets. People love to talk about their pets so that's a nice conversation opener :).

      Delete
    2. hahhaaaa....
      ha ah..
      boipren yang sekarang ni la...

      Delete
    3. Awesome! Later can tell grandkids atok dan opah met and fell in love in London. So romantic! :)

      Delete
  2. 1. parks with small benches like this memang cute. nak propose kat malaysia... panas. boleh, tapi kene ada pokok pokok rendang bagi teduh~

    2. kurus la GB kalau shopping kat westfield tuuu.. hahaha!!!

    3. madame tussauds hong kong saya dah masuk. hehehe

    4. cliche, tapi kalau gb pun gb buat... bergambar kat telephone booths tuh. heheh.!! sangat london kan phone booths tuh??

    5. macam biasa, saya suka people shots en syed!

    6. cantiknya langit masa kat trafalgar square!!! hdr photo tu adalah awesome!!

    7. and the Big Ben!!!

    8. and jap. cantiknya corak daun kat jalan tuh!!!!

    9. the changing of guards!! kat malaysia pun saya tak pernah tengok lagi. hahaha!!!

    10. eh, dah abis! ok next!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. agreed. contohnya masa kami di Sanliurfa, Turki, sana memang panas tapi ramai penduduk2 situ yang lepak2 santai di green field gardens di bawah pokok2 rendang. So cool!

      2. hehehe... me too! unless we used a buggy! :)

      3. me too! years ago!

      4. hehehe... kan. bukan apa, untuk buat kenangan gitu. fun stuff! :)

      5. thanks. Saya ni cam GB tau le, mesti nak ambik people shots! :)

      6. memang. kami bersyukur betul masa tu especially since weather forecast kata it'll be raining, which it did but not masa kami ni square tu. hehehe.. lama dah tak berHDR. rindu.. hehehe...

      7. yeah, that big old ben. tu la first time saya tengok big ben secara live.. hehehe...

      8. kalau tour guide kami tak point out, memang kami tak kan perasan :).

      9. ada ye kat malaysia? saya tak tau pun! *shame***

      10. hehehe... ok, ok, next post dah up dah... :).

      Delete
    2. en syeddd!!!!
      ada laaa!!
      jap..
      https://sayadankamerasaya.wordpress.com/2012/12/28/photography-kuala-lumpur-istana-negara/

      https://sayadankamerasaya.wordpress.com/2012/05/30/istana-negara-50480-jalan-duta/

      Delete
    3. Ahahaha... a'aa.. ada la.... lupaaaa... ! Thanks doc... hehehe...
      Ehh.. rasa macam nak pergi pulak!

      Delete
  3. Tuan..nak tanya macamana servis kowamas..ok ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cik dazzling :)
      Alhamdulillah saya dan isteri ok dengan servis Kowamas. In fact, kami tengah contemplating nak gi satu lagi trip dengan kowamas, insyaAllah.

      Delete
  4. salam encik syed. saya nak tanya masa london city tour ada visit warner bros studio tak? tempat shooting harry potter movie tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Tak, kami tak ke sana sebab tiada dalam itinerary pakej cuti-cuti kami tu.

      Delete
  5. Seronok betul tgk tempat2 kat sana.. indah ciptaan Allah.. banyak ilmu saya dapat..

    Nak tanya..big ben dgn house of parliament tu x pergi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sesungguhnya ciptaan Allah swt adalah yang paling sempurna.

      Tak, kami cuma pass by je.

      Delete