Friday, July 31, 2015

JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - PASAR SITI KHADIJAH - SARAPAN

Jalan-jalan Pantai Timur - Day 05 - Part 01 - Pasar Siti Khadijah dan Sarapan pagi.

Lena betul tidur semalamnya disebabkan siangnya yang penuh aktiviti. Syukur Alhamdulillah tak terlajak Solat Subuh! Maklum la kan, dah lah penat, tidur dalam air-con pulak.. hehehe...


Saya jengok ke luar tingkap hotel and saw the sky was so blue. Pe lagi, grab camera and took a few shots la. These were around 6:30 am. 



Saya bersiap awal, seawal 7:00 pagi saya dah keluar hotel sebab nak ke Pasar Siti Khadijah untuk menyaksikan dan tangkap gambar suasana pagi di pasar tu. Semalam memang dah ke pasar tu tapi masa tu dah tengahari dan banyak aktiviti-aktiviti di pasar tu dah reda dah masa tu. Saya pergi seorang saja sementara kawan saya lepak je di hotel dulu. Dah habis saya ambik gambar nanti baru la saya akan call him to join me for breakfast kat pasar tu. 



Suasana pagi di Bandar Kota Bharu. Sejuk nyaman masa tu.



Menara Jam Kota Bharu.



Semasa saya sampai di luar Pasar Siti Khadijah saya terjumpa truck ni yang belakangnya penuh berisi daging lembu segar. Tentu la saya excited.. hehehe...



Terus saya bagi salam dan bersembang dengan lelaki ni bertanya tentang muatan truck dia :).



Lelaki tu kata lembu-lembu tu baru je di sembelih dan dilapah untuk dihantar ke Pasar Siti Khadijah untuk dijual.



Tentu la saya minta izin dulu sebelum tangkap foto-foto ni :). Brader tu ok je.. hehehe... 

Wah... saya fikir masa tu yang my photographic excursion saya pagi tu was off to a real good start! Syukur Alhamdulillah. 


Masuk je ke bangunan pasar terjumpa section jual kuih! Dah la pagi2 ni tadi bangun2 dah rasa lapar! Tapi tahan je dulu sebab later baru akan sarapan. 



Ada segala macam kuih muih yang dijual. Rambang mata!



Di section ni saya rasa masa berjalan di situ kira dah macam sama dengan berjalan di Bazaar Ramadhan. Banyak betul jenis-jenisnya. Most saya tu baru first time nampak kuih muih tu!



Saya terus berjalan sambil ambik gambar sambil cekalkan hati daripada membeli apa-apa kuih! Hehehehe... 



Saya rasa masa ni masih awal lagi kerana semua akak-akak dan mak cik-mak cik ni tengah sibuk set up jualan mereka. Saya pasti in the next half hour tentu penuh section ni dengan lebih ramai peniaga.



Selepas tu saya lalu ke bahagian sayur-sayuran. 



Tak banyak gambar saya ambik di section ni sebab semalamnya dah saya ambik dan up in my previous entry



Saya terus menuju ke bahagian pasar basah :).



Haaa.. section ni lebih meriah.. hehehe :)



Semuanya fresh!



Next terjumpa gerai ni yang jual santan kelapa. Inilah mesin yang digunakan untuk memerah santan. Santan dan hampas keluar berasingan dari mesin ni. Terkagum kejap saya .. hehehe... 



Foto belah kanan ialah mesin kelapa parut. Kepingan isi kelapa dimasukkan ke dalam mesin tu and keluar dalam bentuk parutan halus. Lepas tu baru masuk dalam mesin perah santan [foto tengah]. 



Tu ha.. hampas keluar yang belah kiri tu. Santan mengalir keluar pada belah kanan. Nice lah!



Then terjumpa bahagian jual daging. Tapi masa tu ramai peniaga belum sampai. So saya decided akan pusing balik ke bahagian ni untuk ambik gambar bila dah ramai penjual daging sampai. 



Saya ke section ayam pulak :). Saya tanya mak cik ni, habis ke semua ayam ni dibeli pelanggan? Dia senyum dan kata habis. Dan tambah kata selalunya tak cukup! :)



Encik ni tekun betul. Masa saya datang dekat dan ambik gambar, dia tak kisah pun. Which is super fine with me lah.. hehehehe.... 



Cekap betul dia potong-potong ayam tu! Chop chop chop.... dah siap habis kerat sekor ayam! 



Bahagian tengah Pasar Siti Khadijah.



Ada tempoyak dalam beberapa saiz botol. 



Lalu pula bahagian runcit/sayur. Akak baju oren tu saya rasa orang siam. Ada pelat sikit loghat dia. Sangat petah orangnya. hehehe...




Berjalan semula ke pasar basah...





Tak pernah seumur hidup saya nampak sedulang besar isi kerang! 



Pergi balik ke bahagian daging tapi masih belum in full swing lagi. So saya patah balik ke section pasar basah.. hehehe... Saya suka betul jalan-jalan macam ni sebab I can take my time to explore and take photos :).




Then saya sampai ke bahagian delivery tangkapan laut. Haaa.. ni yang best ni! :)

Kebetulan tengah ada kerja pemunggahan! Makanya sibuk la saya ke sana sini dok ambik gambar.. hehehe... 

Tentunya pekerja-pekerja ni nampak saya, mereka senyum je dan tak kisah pun saya ambik gambar :).


Ada peniaga-peniaga yang terus jual ikan-ikan mereka di situ juga dan pelanggan-pelanggan boleh terus je pilih-pilih ikan masa tu.

Ada juga kotak-kotak kuning/putih ni yang diletak di tepi for the fishmongers to come later to pick them up. 

Ok, pergi semula ke bahagian daging. Haaa... dah sibuk dah kat situ! :)

Jom kita tengok aktiviti di bahagian jual daging ni :).

Besar betul daging tu. Tak pasti samada tu lembu atau kerbau. 



Baik peniaga atau pelanggan, mereka tak kisah pun saya ke sana sini ambik gambar.. hehe. 





Lelaki tu sampai naik atas pelantar sebab nak gantung daging tu pada cangkuk. Senang nak kerat-kerat daging tu. 



Dah siap untuk dipotong-potong.

Pisau yang digunakan pastinya sangat tajam! Senang je mengerat!




Gerai En. Rahim :). 



Puas ambik gambar di section daging saya dah tak tahan lapar nak breakfast.. hehehe... Patah balik ke section pasar basah untuk ke tangga naik ke tingkat satu for sarapan.

Tapi terpaksa tangguh sarapan dulu sebab ternampak pulak encik ni tengah filleting ikan. So stop kejap ambik gambar.. hehehe... 


Expert betul encik ni! 


Masa awal pagi macam ni memang la tak sempat saya nak berbual-bual dengan peniaga di sini. Tengah sibuk mereka masa tu. Sempat bagi salam dan minta izin ambik gambar je :).



Masa nak ke bangunan sebelah ternampak pulak another delivery truck baru sampai. 

'Terpaksa' la ambik gambar dulu! Hahahaha... 


Kali ni saya beranikan diri sikit ambik-ambik gambar dekat-dekat.. hehehe... 











Ok, time for breakfast. Finally! Hehehe... Nak dekat pukul 8:00 am dah masa tu. So I called my friend to meet up at level 1 for breakfast. 

Ehh.. ada meow! :)

Sementara tunggu my friend Johan sampai, saya round-round dulu ke gerai-gerai makan di tingkat 1 ni. Ni Gerai Kak Moh. 

Baru pukul 8 pagi masa tu dan Kak Moh ni dah masak macam-macam lauk dah!


Memang la teringin nak makan sotong dan udang tu tapi tak kan nak sarapan makan berat-berat.. hehehe... 

Ada juga gerai ala kedai kopi :).

Satu lagi gerai nasi campur. 

Ni kiosk jual kuih muih. Hai.. mana satu nak makan ni.. hahaha..

Last2 kami pilih nak makan di gerai ni sebab ada nasi kerabu... hehehe...

Ok, sebelum makan jom kita tengok apa ada atas meja :).

Ada nasi warna biru :), telur masin dan ulam ulaman... 


Aduhh.. tak tahan tengok paru-paru goreng tu!! :o


Akak ni boss gerai ni. Huu.. berasap nasi tu! So nice!



Ok, lapar sangat dah. Ni la yang kami makan. Saya decided makan nasi sebab hari ke 5 ni itinerary pagi nak gi jalan-jalan banyak tempat.... hehe... 

Selesai makan, kami jalan-jalan sikit di section tingkat 1 yang kami tak lalu lagi. Kami jumpa gerai jual kuih bahulu ni. Freshly baked bahulu! Imagine bau semerbaknya! Hehehehe... 

Geram tengok bahulu-bahulu yang tengah panas gebu nih! :)

Jalan lagi dan terjumpa pulak gerai jual laksa. Ni Gerai Maheran Laksa. Ada laksa lemak dan laksa Penang. 


Masa turun ke lantai ground, terjumpa balik gerai kuih muih tadi.

Ok, saya share sikit lagi foto-foto kuih muih.. hehe..



Ada juga gerai senjata-senjata ni :o

Ok, dah puas ambik gambar di Pasar Siti Khadijah capturing the morning hustle and bustle, kami pun berjalan balik ke hotel nak tunggu guide dari salah satu local travel agent untuk itinerary seterusnya :).


Bersambung......


Di bawah ni saya senaraikan kesemua links entries Jalan-Jalan Pantai Timur saya:


No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.