Thursday, December 25, 2008

BALI

Kali pertama bercuti dengan menggunakan perkhidmatan penerbangan Air Asia adalah ke Bali, Indonesia pada bulan Disember 2008.

Ketika itu, Air Asia masih mengamalkan sistem free seating. Jadi, bila pengumuman dibuat penumpang boleh mula menaiki pesawat, masing-masing berebut naik untuk mendapatkan tempat duduk di bahagian hadapan.





Bali dan Malaysia tiada perbezaan waktu. Yang berbeza cuma waktu matahari terbenam. Penerbangan kami tiba di Lapangan Terbang Ngurah Rai, Bali pada sebelah malam. Jadi, dalam penerbangan sempat melihat pemandangan matahari terbenam.


Hotel penginapan kami selama 5 hari 4 malam di Bali adalah Hotel Pelangi Bali yang terletak di kawasan Seminyak di Pulau Bali.



Hotel Pelangi Bali terletak di kawasan Pantai Seminyak. Rata-rata, pantai dan pemandangan di Bali sangat cantik, terutama sewaktu matahari terbit dan terbenam.





Ketika kami tiba di Bali, perayaan Krismas baru saja berakhir. Menurut Tourist Guide kami yang memperkenalkan dirinya sebagai Pak Ketut, setiap musim Krismas, Bali akan menerima kunjungan ramai pelancong dari Australia. Mereka akan mengadakan parti Krismas dan parti Tahun Baru di pantai. Maka, tak hairanlah pantai di Bali penuh dengan sampah waktu itu.


Selepas kejadian pengeboman di Bali pada tahun 2002, kebanyakan hotel di Bali mengambil berat akan hal keselamatan dan Hotel Pelangi Bali tidak terkecuali. Setiap kenderaan yang masuk ke perkarangan hotel akan diperiksa oleh pengawal keselamatan termasuk di scan bahagian bawah kenderaan bagi memastikan tiada bom dipasang di sana.

Hotel Pelangi Bali sarat dengan motif kesenian Bali.










Acara pertama di Bali adalah menyaksikan persembahan Barong. Barong adalah karakter dalam mitologi Bali. Ia adalah raja dari roh-roh yang melambangkan kebaikan. Lawan kepada Barong adalah raja jahat bernama Rangda.














Persembahan Barong mempunyai kaitan dengan kepercayaan Hindu Bali. Di luar teater Barong ada sebuah Pura (Tokong Hindu). Pak Ketut membawa kami ke Pura sambil menerangkan serba-sedikit tentang agama Hindu yang dianuti majoriti penduduk di Bali.

Sesuatu yang diperhatikan tentang Pura Hindu di Bali ialah mereka tak colourful macam tokong Hindu di Malaysia.


Guide kami, Pak Ketut juga beragama Hindu. Pada mulanya dia selalu memberi penerangan kepada kami dalam bahasa Indonesia. Tapi disebabkan agak sukar nak mengikuti pertuturan beliau, kami meminta beliau bercakap dalam Bahasa Inggeris. Barulah komunikasi menjadi lebih lancar. 




Selepas menonton persembahan Barong, kami dibawa ke Muzium Bali. Malangnya Muzium Bali ditutup pada hari itu.

Walaupun tak berkesempatan untuk masuk ke dalam muzium, perkarangan muzium juga ada banyak benda yang dapat dilihat.

















Di sebelah petang, kami ke Pantai Benoa. Tujuan ke sini adalah untuk pergi ke sebuah pusat pemuliharaan penyu.













Tak keterlaluan jika dikatakan Tanah Lot adalah tempat paling indah di Bali. Malah, tempat ini sering saja diabadikan sebagai simbol percutian di Bali.

Di Tanah Lot, terdapat dua buah Pura. Pura pertama yang kami lawati adalah Pura Batu Bolong. Lubang di bawah Pura terhasil secara semulajadi, kesan hakisan laut.



















Ombak di sekitar Pura Batu Bolong amat kuat. Di sekitar Pura ini, kita boleh melihat pemuda-pemuda Bali bermain luncur air (surfing).

















Sebuah lagi Pura terletak di atas bongkahan batu yang besar. Pura inilah yang dinamakan Pura Tanah Lot. Ia didirikan untuk memuja Dewa Laut.







Kembali dari Tanah Lot ke hotel, Pak Ketut membawa kami singgah di Pantai Seminyak untuk menyaksikan pemandangan matahari terbenam.
















Sebahagian besar penduduk Bali menganut agama Hindu dan mereka sangat taat beragama. Setiap hari ketika bersarapan, kami pasti dapat melihat pekerja hotel membuat persembahan kepada Pura yang dibina di kawasan pantai hotel. Nampak agak pelik kerana mereka berbangsa Melayu seperti kita, tetapi menganut agama Hindu.


























Bali terkenal dengan kraftangannya yang bermutu tinggi. Awal-awal lagi Pak Ketut membawa kami ke Silverworks Centre.



Pemandangan di dalam pusat kraftangan perak. Pengunjung dibenarkan melihat secara dekat bagaimana kraf perak dihasilkan.
































Selepas melawat pusat kraftangan perak, kami dibawa pula ke pusat ukiran kayu dan seni lukisan.


Walaupun kanak-kanak dan remaja ini sedang mempelajari seni lukisan Bali, lukisan-lukisan yang dihasilkan amat hebat sekali.















Dalam perjalanan ke Gunung Batur, kami terserempak dengan satu perarakan agama Hindu di sebuah kampung.

Kata Pak Ketut, upacara-upcara keagamaan Hindu akan diadakan oleh penduduk Bali setiap hari ke-300 dalam kalendar Bali. Kami agak bertuah kerana kebetulan waktu kami tiba di Bali adalah bertepatan dengan hari ke -300 ini. Maka banyaklah upacara-upacara keagamaan yang kami temui sepanjang perjalanan kami di sana.




















































Gunung Batur adalah sebuah gunung berapi aktif yang terdapat di Pulau Bali.









Kawah Gunung Batur boleh dilawati, tapi kami tak sampai ke sana. Cukup sekadar menikmati pemandangan Gunung Batur sambil makan tengahari dari Restoran Bumi Ayu.


























Kemudian, singgah pula di Istana Raja untuk bergambar.















Kami tiba di sebuah rumah tradisional Bali di sebuah kampung. Rumah ni bukanlah rumah "show" kerana ada penghuni tinggal di sini.



Dapur rumah tradisional Bali. Makcik ni sedang menyediakan bahan-bahan untuk persembahan kepada Pura.


Tempat penyimpanan abu mayat ahli keluarga yang telah meninggal dunia.







Perjalanan hari kedua berakhir dengan makan malam di sebuah lagi pantai yang indah di Pulau Bali, Pantai Jimbaran. Pantai ini penuh dengan restoran makanan laut.


Sementara tunggu makanan sampai, saya pun berjalan-jalan di pantai. Kebetulan tidak jauh dari restoran kami ada tempat nelayan berlabuh dengan tangkapan hasil laut mereka.




















































































Lawatan hari ketiga dimulakan dengan melawat Pura Taman Ayun. Pura ini adalah salah sebuah dari enam Pura Diraja di Bali.





























Masa dalam perjalanan ternampak ada orang ramai berkumpul berkerumun macam tengah saksikan sesuatu. Kata Pak Ketut tu tengah acara sabong ayam.




















Masa dalam perjalanan saya ternampak ada satu rumah di atas bukit sedang ada acara. Pak Ketut kata tu tengah ada house blessing ceremony.




















Lawatan seterusnya adalah ke Danau Beratan. Setibanya di sana kami mendapati ada satu upacara keagamaan sedang diadakan. Ramai penganut Hindu duduk berkumpul di tepi Danau.









Penganut-penganut agama Hindu sedang berkumpul di pinggir Danau Beratan untuk menyertai satu upacara keagamaan.




























Danau Bratan juga mempunyai sebuah pura yang dinamakan Pura Ulun Danau. Keindahan tasik ini juga diabadikan dalam matawang kertas Indonesia (dah lupa not berapa not rupiahnya).












Begitulah catatan perjalanan percutian kami di Bali. Pelbagai kebudayaan dan adat mereka dapat kami saksikan disamping menikmati pemandangan-pemandangan yang cukup indah sekali. 

Dari sudut fotografi pula, Bali memanglah sangat best :).

Syukur Alhamdulillah.

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.