Saturday, February 17, 2007

BRUNEI DARUSSALAM

Percutian ke Brunei Darussalam. 

Kami menginap di Empire Hotel & Country Club, sebuah hotel 6 bintang. Macam mana boleh nak menginap di situ? Masa tu ada tawaran pakej percutian oleh Royal Brunei Airlines, jadi dapat le harga murah dengan harga RM1,600.00 untuk 3 hari 2 malam duduk di hotel tu serta program touring di Bandar Seri Begawan. 

Inilah bilik kami. Terasa sunggguh kemewahannya, apatah bagi kami yang tak pernah menginap di hotel sebegini. 



Besar dan selesa sungguh bilik airnya! Semua ada, bath tub and shower, bidet and toilet, and his and hers sink with his and hers towels. 




Sarapan pagi yang sungguh enak :).

Unta kristal ni bernilai USD 1 juta yang dipamerkan di lobi hotel. Mengikut papan kenyataan yang dipamerkan, hanya terdapat 3 unta kristal seperti ini di dunia: satu di Empire Hotel, Brunei; satu di Istana Sultan di Brunei dan satu lagi di Arab Saudi.

Lepas sarapan, jalan-jalan dalam hotel dan ambik gambar. Gah sungguh hotel ni! 

Sungguh selesa, modern chic dan inviting. 



Pagi tu kami di bawa for Bandar Seri Begawan city tour. Ini di pasar terbuka yang dinamakan Tamu Kianggeh. 

Selepas tu kami ke Royal Regalia Museum yang mempamerkan pelbagai barangan Kesultanan Brunei. Antara yang dapat dilihat adalah Royal Chariot, mahkota dan replika takhta Sultan.











Chariot ini digunakan dalam upacara pertabalan dan perkahwinan Diraja. 




Cuma gambar Chariot sahaja dapat diabadikan di Royal Regalia Museum ini kerana fotografi tidak dibenarkan di kawasan lain.

Kampung Ayer di Bandar Seri Begawan dibina di atas Sungai Brunei. Ia adalah penempatan asal Bandar Seri Begawan dan masih dikekalkan sehingga sekarang.

Hujan lebat masa tu!






















Balik ke hotel kami jalan-jalan sekeliling hotel ni. Cantik sangat landskapnya!


















Ini adalah di Kompleks Yayasan sebuah shopping mall terbesar di Brunei. 

Namun seperti juga tempat-tempat lain di Brunei, keadaannya lengang dan tidak sibuk. 

Suasananya bolehlah disamakan dengan shopping mall di sebuah pekan yang sederhana besar di Malaysia.

Masjid Sultan Omar Ali Saifudin Masjid ini adalah mercu tanda paling terkenal di Brunei. Dibangunkan pada tahun 1958, masjid ini dibina terapung di tengah-tengah sebuah lagoon buatan manusia.



Kami ke kampung Ayer lagi tapi kali ni kami cruising pulak. 


Kampung Ayer mempunyai kira-kira 30,000 penduduk dan dilengkapi dengan kemudahan seperti rumah, masjid, sekolah, klinik, balai polis dan balai bomba. 







Penduduknya bergerak ke sana sini menggunakan sampan dan motorbot.













































Syukur Alhamduillah.

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.