Saturday, May 13, 2006

LANGKAWI - PART 02

Pagi esoknya bangun, dari balkoni Awana Porto Malai ni ada pemandangan matahari terbit yang sangat indah. SubhanAllah.



Ada pula bot di situ! Wah!
















Sebuah menara yang menarik di Awana Porto Malai Resort ni. 

Saya turun dari bilik hotel dan shoot lagi sunrise dari boardwalk pulak. 







Lepas tu saya berjalan menyusuri pantai ke arah tempat bot-bot i ni berlabuh. 


Cantik sangat!


Ternampak pulak jeti! Wah, terus saya ke sana lah :).

Saya seronok betul bila jumpa jeti kayu macam ni!

Di hujung tu ialah Awana Porto Malai resort. 


Ada perkhidmatan membawa penumpang ke seberang.




Penumpang bot. 
















Kebetulan ada pula nelayan. Memang seronok la saya mabik gambar :).












Balik semula ke hotel. 

Masih awal lagi pagi tu. Saya merancang untuk pergi berjalan-jalan Langkawi tapi bukan ke tempat-tempat ramai tourists. Saya nak tengok sawah dan kampung. 

Lalu saya terfikir apa kata minta pemandu teksi bawa saya jalan-jalan. Reasonable to assume that since he is a local, taxi driver tu tentu tahu tempat yang saya nak pergi tu. Terus saya minta reception panggilkan teksi.

Teksi pun sampai dan seorang pak cik pemandunya. Yay! Orang veteran mesti tahu banyak tempat kan.. hehehe :).

Lepas berbincang dengan pak cik Hassan [nama pemandu teksi tu] ke mana saya nak pergi terus pak cik Hassan setuju. Dia kata tak pernah lagi ada orang minta dia bawak jalan-jalan macam yang saya nak tu. 

Kebetulan pak cik Hassan ada tanah sawah yang besar. Terus dibawa saya ke sana. Siap park teksi dan turun jalan-jalan di sawah milik dia dan ambik gambar :).


















Seterusnya saya minta kalau Pak Cik Hassan boleh ke kampung nelayan. Lalu dibawa saya ke kampung nelayan Bukit Malut. Kampung ni sebenarnya penempatan bagi pendatang asing dari Burma. 


Seronok dapat ambik gambar adik-adik ni :).

Saya mula meronda ke dalam kawasan kampung di tepi laut ni. 




Rumah-rumah di sini adalah dibina atas tiang-tiang kayu ke arah laut. Houses on stilts. 


Berjalan di atas pelantar kayu di celah-celah rumah orang. 




Haaa... titian macam ni la yang saya cari :).


What a wonderful view!





Baik-bauk dik, kang jatuh pulak. Tapi adik ni nampak expert dah bergayutan di tangga tu :).


Selesai jalan-jalan, balik semula ke hotel.


Secara keseluruhannya, rasa seronok dapat jalan-jalan di Langkawi dengan cara begini, ke tempat-tempat bukan tourist attractions. Kampung dan sawah.

Pengalaman yang sukar dilupakan. Alhamdulillah.  

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.